Rabu, 10 Ogos 2022

 CERAMAH MAAL HIJRAH 2022 

Maksud Hijarah dari segi Bahasa: Asal Bahasa Arab haajaro, yuhajiru, muhajaratun wa hijraton, kata dasar :hajaro, yahjuru, hajron bermaksud: meninggalkan, berpalinn memutuskan dan menahan. ( Hijrah Dalam Perspektif Fiqih Islam). Meninggalkan suatu tempat menuju tempat yang lain, boleh jadi negatif atau positif.

Syaikh Ahmad bin Muhammad al-Fayumi dalam Kamusnya: meninggalkan suatu negeri menuju negeri lain, dalam rangka meningkatkan diri kepada Allah. Syekh Ibnu Atahillah dalm kitab Hikamnya : tentang hijrah

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

“Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khattab RA, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan apa yang diniatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ditujunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Manakala dari segi Istilah pula hijrah ialah meninggalkan sesuatu yang dilarang sebagaimana sbda Rasulullah SAW: orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah ( Riwayat Abu Daud)

Ayat-ayat tentang hijrah

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. – (Q.S Al-Baqarah: 218)

Terdapat 11 ayat tentang hijrah, yang menunjukkan kefarduan  kepada kita berhijrah. Hijrah itu terbahagi kepada dua; hijrah bil jasad (hijrah fisik) dan hijrah bil qalbi (hijrah hati). Hijrah bil jasadberarti proses peralihan diri yang tampak secara fisik. Sebagai contoh misalnya ketika seseorang berpindah dari lingkungan yang buruk menuju lingkungan yang baik. Termasuk hijrah secara fisik misalnya ketika seorang wanita yang terbiasa berpakaian minim membuka aurat, kemudian ia memutuskan untuk mengubah penampilan fisiknya dengan mengenakan hijab dan berbusana syar’i.

Sementara hijrah bil qalbi atau hijrah hati adalah proses peralihan diri yang tidak lagi sebatas fisik saja, namun sudah berada pada tataran yang lebih tinggi. Pada fase ini, seseorang sudah masuk pada tahapan terus berusaha istiqamah memantapkan hatinya di jalan Allah SWT.  Inilah inti yang sebenarnya dari proses berhijrah. Karena tidak sedikit orang yang telah berhijrah secara fisik, namun lupa menata hatinya untuk terus mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Hijrah 1 ke Habsyah tahun ke4 kenabian berumur 44 tahun

Seksa yang melampuan membuatkan r memerintahkan umat islm berhijrah ke Habsyah (ethiopia sebuah negeri di afrika, penduduknya beragama nasrani dipimpin oleh Ashimah an-najashi raja yang adil, dlm negaranya tiada seorangpun dizalim (as-sunan al-Kubra)

Hijrah pa ini dertai 11 (10)  lelaki dan 4 (5) perempuan (Nur-Yakin), termasuklah Saidina uthman bin Affan dan isterinya Ruqayyah binti Muhammad dan Ummu Salamah yg akhirnya menjadi Isteri Rasulullah SAW diketuai oleh Utsman bin Mazh’un, selepas 3 bulan mereka kembali ke mekah.

Hrah 2 ke Habsyah tahun ke7 kenabian berumur 46 tahun

Pada tahun ini orang kafir Quraisy menambah seksaan kpd umat Islam, pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abd Mutalib selama 3 tahun sehingga mereka dilarang berjualbeli, bertegur sapa, berkahwin, umat Islam sangat terseksa kerana kekurangan makanan.mereka makan daun kering dan kulit-kulit kayu untuk hidup. Saidatina khadijah menggunakan semua hartanya ketika ini untuk membantu umat Islam sehingga beliau kehabisan harta, dikatakan harta Saidatina Khadijah sebanyak 2/3 wilayah Mekah adalah milik Saidatina Khadijah tetapi ketika beliau wafat, biliau hanya Namun ketika wafat, tak selembar kafan pun dia miliki. Bahkan baju yang dikenakannya di saat menjelang ajal adalah pakaian kumuh dengan 83 tambalan.  

Kisah Khadijah Menyusui Fatimah (akibat pemboikotan orang kafir Qurais)

Dikisahkan, suatu hari, ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu, kemudian Rasulullah bersabda, “Wahai Khadijah, tetaplah kamu di tempatmu”.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi. Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makanan pun tak punya, sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Rasulullah mengambil Fatimah dari gendongan istrinya, dan diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah sepulang berdakwah dan menghadapi segala caci-maki serta fitnah manusia itu, lalu berbaring di pangkuan Khadijah hingga tertidur.

Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah hingga membuat beliau terjaga.

“Wahai Khadijah, mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku?” tanya Rasulullah dengan lembut.

Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal, wahai Khadijah, bersuamikan aku, ?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.

“Wahai suamiku, wahai Nabi Allah. Bukan itu yang kutangiskan," jawab Khadijah.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan, Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan, Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan, Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya”.

"Wahai Rasulullah, sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah, sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyeberangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit atau pun jembatan, maka galilah lubang kuburku, ambillah tulang-belulangku, jadikanlah sebagai jembatan bagimu untuk menyeberangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu”.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah, Ingatkan mereka kepada yang hak, Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah”.

Rasulullah pun tampak sedih. “Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?”

“Aku, ya Rasulullah!” sahut Ali bin Abi Thalib. jawab, menantu Rasullulah...

Sesiapa yang menolong akan ditangkap dan diseksa. Ada beberapa percubaan menolong seperti Umar al-Amiri menyeludup gandum, Hakim bin Hazim juga gandum untuk mak saudaranya Sadatina Khadijah tetapi semuanya dihukum,

Ketika ini masih ada Saidatina khadijah dan Abi Talib, bapa saudara yang sentiasa menyokongnya sehingga mengumpulkan pemuda yang membawa besi untuk membunuh orang kafir quraisy lalu mereka berhenti sejenak rancangan membunuh Baginda SAW.

Hijrah kedua ke Habsyah

Akhirnya Rasulullah saw memerintahkan umat Islam berhijrah ke Habsah kali kedua. Disertai 83 orang lelaki dan 11 perempuan (Nur Yakin) diketuai oleh Jaafar bin Abi Tholib. Orang kafir quraisy mengetahuinya lalu menghantar 2 orang wakil untuk memujuk Raja Najasyi agar mengembalikan orang Islam ke Mekah. Raja menolak permintaan tersebut setelah mendengar hujah Jaafar bin Abi Talib “  wahai raja, kami sebelum ini hidup dlm jahiliah, org kuat menindas orang lemah, kamu melupakan hak tetangga, memutuskan tali silaturahim sehingga datang kpd kami seorang lelaki yang kami kenal nasabnya, aklhlaknya, amanahnya, dia mengajak kami masuk Islam, berkata jujur, menyampaikan amanah, menyambung silaturahim dan berbuat baik kpd jiran. Lalu Raja bertanya “ ada apa2 yang engkau bawa, Lalu dibacakan surah Mariam. Raja dan pendetanya masuk Islam

 لَتَجِدَنَّ اَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوا الْيَهُوْدَ وَالَّذِيْنَ اَشْرَكُوْاۚ وَلَتَجِدَنَّ اَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوا الَّذِيْنَ قَالُوْٓا اِنَّا نَصٰرٰىۗ ذٰلِكَ بِاَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيْسِيْنَ وَرُهْبَانًا وَّاَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُوْنَ ۔

82. Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman, yaitu orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan pasti akan kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya kami adalah orang Nasrani.” Yang demikian itu karena di antara mereka terdapat para pendeta dan para rahib, (juga) karena mereka tidak menyombongkan diri. Al-Maidah: 82

Tahun ke 10 kenabian umur 49 tahun (Tahun Dukacita)

Pemulauan berakhir tetapi berlaku pula tahun dukacita dimana Rasululah SAw kehilangan bapa saudara yang sentiasa melindunginya iaitu Abi Tholib, 3 bulan kemudian Saidatina khadijah pula wafat, berusia 65 tahun (ada pendapat Saidatina khadijah wafat dulu sebulan kemudian baru Abu Tholib meninggal dunia) seorang isteri yang sentiasa membantu baginda dalam semua hal. Anugerah besar dari Allah untuk Baginda nabi dan umat Islam, menjadi penghibur hati baginda, pemebri semangat, sentiasa menyokong baginda, membela baginda dengan jiwa dan harta. Rasulullah SAW bersabda;

“Dia telah beriman kepadaku ketika manusia tiada beriman, dia membenarkanku ketika manusia mendustakanku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menahannya, Allah mengurniakanku anak-anak daripadanya, sedangkan Allah tidak memberikannya dari isteriku yang lain (Riwayat Ahmad)

Kecintaan Baginda sangat dalam, ketika sembelih kambing  bahagian pertama yang diambil diberikan kpd sahabat2 khadijah. Baginda mengucapkan “Ini adalah penghormatanku atas jasa-jasa mereka terhadap isteriku yang tercinta”

Ketika Saidatina Khadijah masih hidup Jibril datang kepada Rasulullah dan memberitahu tentang kemuliaan Khadijah di sisi Allah. Kata Jibril, Wahai Rasulullah, inilah Khadijah, dia telah datang dengan membawa lauk pauk, makanan dan minuman. Apabila dia datang kepadamu sampaikan salam Allah kepadanya serta beritahu khabar gembira tentang rumahnya di syurga yang tidak ada bising dan tidak ada banyak menggunakan tenaga di dalamnya ( Bukhari)

Kewafatan Khadijah

“Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba,” bisik Khadijah kepada Fatimah sesaat menjelang ajal. “Yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa digunakan menerima wahyu untuk dijadikan kain kafanku. Aku malu dan takut memintanya sendiri”  Mendengar itu Rasulullah Nuhammad Shallallahu alaihi wasallam (S.aw.) berkata, “Wahai Khadijah, Allah menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga”. Siti Khadijah, ummul Mukminin (ibu kaum mukmin), pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya sang istri itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Rasulullah dan semua orang yang ada di situ.Dalam suasana seperti itu, Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan.

Rasulullah menjawab salam Jibril, kemudian bertanya, “Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?

“Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan,” jawab Jibril yang tiba-tiba berhenti berkata, kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, “Kenapa, ya Jibril?”

“Cucumu yang satu, Husain, tidak memiliki kafan. Dia akan dibantai, tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan,” jawab Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah, “Wahai Khadijah istriku sayang, demi Allah, aku tak kan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. Allah Mahamengetahui semua amalanmu. Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu. Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban!?”

Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.

Dua insan ini banyak sekali membantu baginda dalam menyebarkan Islam. Orang kafir Quraisy tidak berani menyakiti Baginda Nabi kerana menghormati mereka berdua ini.

Sebaik sahaja mereka meninggal dunia, orang kafir quraisy mengambil peluang untuk menyeksa Rasulullah SAw dan umat Islam.

Dalam keadaan dukacita dan kesedihan. Baginda bersama Zaid bin Haritah meneruskan dakwah. Kali ini mereka ke Thoif, 60 batu dari Mekah, mereka berjalan kaki. Tetapi mereka menerima layanan buruk dari , pemimpin mereka menyuruh orang jahat, hamba-hamba dan kanak menghina mencaci dan membaling batu sehingga Baginda berdarah walaupun dilindungi orang Zaid bin Harisah. Baginda berada di Thaif selama 15 malam, mereka pergi ke pasar, ke tempat perkumpulan orang, Baginda mengajak orang masuk Islam tetapi baginda dizalimi oleh penduduk Thoif. Lalu Baginda melarikan diri dan duduk di atas batu lalu berdoa

“ Ya Allah kepada-Mu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia, Wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi. Engkaulah Tuhan untuk orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah aku menyerah diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau  Kepada musuh yang menguasai aku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli. Namun afiatmu sudah cukup buatku.Aku berlindung dengan nur zat-Mu yang menerangi segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia.

Tahun kenabian ke12 (umur 51 tahun)

Perjanjian aqabah 1- penduduk Madinah hantar 12 lelaki ansar dari suku Aus dan Khazraj bertemu Nabi di Aqabah dan berbai’ah di sebut Bai’ah An-Nisa ( Perjanjian tentang perempuan) Lalu Rasulullah SAW menghantar Mus’ab bin Umair untuk berdakwah di Madinah untuk mengajar tentang Islam, solat, dan baca al-Quran antara perjanjiannya:

- tidak menyegutukan Allah

-tidak mencuri

-tidak berzina

-tidak membunuh anak2

-tidak menentang Rasulullah SAw

Hijrah ke 3: Tahun Ke 13 kenabian (umur 52 tahun)

Perjanjian aqabah ke2

73 orang orang lelaki dan 2 perempuan dari kalangan Kabilah Aus dan Khazraj dari Madinah bertemu dengan Rasulullah dan berbai’ah. Baginda ditemani oleh Abbas bin Abdul Mutalib yang belum islam. Baginda melantik 12 orang sebagai naqib (ketua Kumpulan). Islam semakin berkembang.

Hasil dari bai’ah ini, Rasulullah merasai sudah tiba masa umat Islam Mekah berhijrah ke Madinah, mereka mula behijrah secara senyap sedikit demi sedikit untuk mengelak dari diketahui oleh orang quraisy. Orang Islam mekah yang berhijrah menghadapi pelbagai tentangan termasuk meninggalkan semua ahli keluarga yang disayangi juga harta benda seperti Abu Salamah ( anak dan Isteri;  bani saad dan Bani al-Mughirah) dan Suhaib bin ar-Rumi (dibebas setelah semua hartanya diberikan). Berikutnya berhijrah pula segolongan sahabat seperti Umar al-khatab, Tholhah, Hamzah, Zaid, Uthman bin Affan. Yang tinggal hanya, Baginda sendiri, Abu bakar dan Ali tidak berhijrah kerana menunggu arahan dari allah SWT

Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

Kaum Ansar terdiri dari kabilah Aus Dan Khazraj

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (QS. at-Taubah: 100)

Rasulullah SAW mempersaudarakan 90 orang terdiri dari 45 Muhajirin dan 45 Ansar. Kaum Ansar bersifat itsar ( mendahulukan orang lain dari diri sendiri) manakala Muhajirin mula bersifat  iffah ( menahan diri demi menjaga kemuliaan diri)

Oleh itu didapati Saad bin Ar-Rabi’ menawarkan separuh hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf termasuk seorang isterinya tetapi ditolak cuma memohon tolong tunjukkan aku di mana letaknya pasar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan