Selasa, 5 Ogos 2014

Keadaan Umat Akhir Zaman: Buatlah Pilihan

Assalamualaikum sahabat sekelian.

Kita berkongsi pengalaman, saya sebagai orang yang merasai apa yang diterangkan oleh hadis-hadis berikut. Fikirkanlah adakah tuan dan puan berada di pihak yang mana satu.

1. Orang Yang Tak Sedarkan Diri

Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" (HR Muslim). Ramai yang menuduh dan menghina saya sedangkan saya berusaha untuk menegakkan misi dan visi Allah S.W.T iaitu mengajak manusia beriman dan bertakwa kepada Allah. Mungkin mereka merasakan mereka turut mengajak kea rah terebut tetapi mereka lupa orang agama yang berjihad di jalan Allah akan sentiasa dihina dan dituduh. Maka jauhkan kita dari pihak orang yang menuduh, menyokong, bersekongkol, bersetuju walaupun diam kerana banyak hadis yang menjelaskan.

2. Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik

Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW "Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik" (HR Ibnu Ady). Saya telah menerangkan tentang hal ini. Berkali-kali supaya jangan jadi ahli ibadat yang jahil kerana ilmu agama itu sangat luas, jika kita berbicara tentang satu hadis, para ulama dan orangagama boleh berbahas dengan pelbagai hadis, kalau kita yang dihujung usia baru kenal agam, adakah kita lebih hebat dari orang agama yang seluruh hidupnya bergelumang dengan ilmu agama.

3. Menjual Agama Kerana Dunia

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi).Sebenarnya tuan dan puan sekalian, orang agama yang berjihad di jalan Allah tidak memandang dunia sebagai matlamatnya kerana mereka berimpian akhirat lebih utama. Untuk membezakan orang agama yang berjihad, lihatlah..mereka akan sangat takut apabila memegang jawatan dalam apa juga kereana mereka takut soaljawab dengan Allah di akhirat kelak. Mereka berusaha melaksanakan tanggunjawab sebagai pemimpin apabila memegang amanah Allah dengan mengajak manusia bertakwa kepada-Nya. Lihatlah betapa ramai ulama silam yang meletakakan jawatan dan melepaskan jawatan malah menolaknya semata-mata takut kepada Allah. Kalau setakat tiada nama dalam flyers , itu tiada mencacatkan nama mereka di sisi Allah.

4. Pendusta Dan Pengkhianat

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah).Lihatlah di kiri kanan tuan dan puan , bagaimana yang yang jahil dilantik menjadi pemimpin, malah mereka yang mengadu domba, menghina, memfitnah kepada orang agama malah kepada agama Islam itu sendiri mendapat sokongan dan bantuan dari seluruh masyarakat. Orang agama dipanding hina, malah dibiarkan dihina sedangkan terdapat hadis Rasulullah SAW melarang umat islam bersikap demikian. Manakah kemahiran sirah Rasul dan sirah para sahabat sebagai panduan hidup kita. Kita berpesta memfitnah golongan agama.

5. Kefasikan Berleluasa

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) umpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia" (HR Muslim). Tuan puan tidak takutkah kita, inilah yang berlaku di zaman kita apabila kita tidak faham al-Quran dan al-Hadis, Sunnah Rasulullah, sunnah para nabi, sunnah para sahabat, sunnah para wali dan sunnah para ulama. Kita merasa kita banyak tahu dari mereka sedangkan kita berada dalam kesesatan yang menyebabkan kita dan orang yang mengikut kita sekejap beriman dan sekejap kufur. Hal ini ada dinyakan di dalam al-Quran. Takulah dibimbangi kita mati dalam keadaan kufur kepada Allah kerana kejahilan kita.

6. Namanya Saja Islam

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi). Keadaan ini sangat nyata sekarang, fizikal masjid diuatamakan sedangkan mengajak kariah kea rah ketakwaan tidak dilakukan. Dalam ajaran Islam terdapat banyak kaedah untuk mengajak kariah kepada ketakwaan bukan setakat kuliah maghrib dan subuh.Semua kaedah ini hendaklah diguna pakai bagi melahirkan umat seperti dizaman Rasulullah saw. Tuan dan puan sepatutnya menyokong penoh semua usaha kea rah pembentukan ketakwaan dengan apa cara sekalipun, bukan berdiam diri kerana dalam Islam terdapat kaedah dan prinsip yang digariskan oleh Allahdan Rasul. Kita wajib mengikutinya.

7. Ulama Tidak Dipedulikan

Daripada Sahl bin Saad as-Sa 'idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan daku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab" (HR Ahmad). Adakah tuan dan puan termasuk dalam golongan ini? Jika termasuk keluarlah, kembalilah bersama para ulama, orang agama yang berjihad di jalan Allah kerana Allah itu hanya memilih hamba-Nya yang berjihad di jalanny. Tahukah tuan dan puan, jika orang agama dan ulama diketepikan, bermakna mereka adalah benat kerana Allah telah menjelaskan banyak dalam al-Quran dan al-hadis malah sunnah para nabi, para rasul, para ulama, para wali dan para solehin,mereka sentiasa difitnah, dihina dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Tahukah tuan dan puan, jika tuan dan puan dipandang mulia ketika itu tuan/puan tersalah jalanya.

8. Ulama Agama Semakin Berkurang

Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (HR Muslim). Kenapa ulama dan orang agama semakin berkurangan? Kerana sebahagian daripada mereka cintakan dunia, sebahagian lagi tak sanggup menghadapi penghinaan demi penghinaan, fitnah demi fitnah, tuduhan demi tuduhan, malah di halau, dipulau dan sebagainya. Hanya ulama dan orang yang berjihad di jalan Allah sahaja tetap dan tegas serta tekad untuk meneruskan dakwah mereka. Adakah tuan dan puan termasuk dalam golongan yang menghina dan menyokong orang yang menghina golongan ulam dan ilmuan agama. Masih tidak terlambat sebelum sampai masa dunia dipenuhi dengan orang yang jahil dan orang agama lari ke gua-gua dan
ke hutan-hutan demi menyelamatkan akidah mereka.

9. Berbangga-Bangga Dengan Masjid

Daripada Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid" (HR Abu Daud). Mengimarahkan masjid merupakan jihad, jika tuan/puan termasuk dalam golongan yang berusaha mengindahkan fizikal masjid semata-mata bertaubatlah, kerana masjid itu di bina untuk mengenal ayat-ayat Allah, mengamalkan sunnah para nabi dan Rasul, memartabatkan kitabullah sebagai peraturan hidup ajk masjid dan ahli kariahnya. Jauhi golongan yang hanya mengindahkanfizikal masjid kerana itu bukan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Adakah anda berasa berdosa dengan sokongan dan diam anda atas apa yang berlaku di masjid kalian.

10 . Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat" (HR Ibnu Majah). Akan berlaku jua di mana masjid tiada imam, jika ada imampun imam yang tidak menepati cirri-ciri yang disenaraikan dalam hadis Rasulullah saw, Imam yang bacaanya salah, salah itu bukan kesalahan yang kecil tetapi kesalahan besar terutama bila berlaku pengurangan dan penambahan hurup ayat al-Quran yang dibaca oleh imam.Tuan puan yang tidak menegurnya merupakan dosa besar kerana menyebabkan batal solat imam dan makmum berimamkan imam yang fasik. Fikirkanlah...ilmu al-Quran itu luas bukan setakat tajwid dan makhraj sahaja dia ada nahu, balaghah, saraf dan lainnya. Janganlah menyangka kita sangat alim dari orang alim.

11.Penyakit Umat Islam Masa Kini

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu" Sahabat bertanya "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi" (HR Hakim). Inilah penyakit yang ada pada umat sekarang, dia menyangka dia adalah lebih baik dari orang lain tetapi dia lupa dia telah mengamalkan sifat-sifat di atas dan menuduh orang tanpa bukti serta tidak berlakukan adil. Malah dengan gembiranya merasakan merekalah betul sedangkan orang yang berlajar agama berpuluh tahun itu salah. Kita kena ingat, orang agama yang berjihad dijalan Allah ,telah dijanjikan ganjaran-Nya kerana tuduhan, fitnah, penghinaan tuan dan puan sekalia, maka jadilah golongan yang menyebelahi golongan orang yang dihina dan dicaci kerana menegakkan agama Allah. insha Allah kita bersama Allahdan rasul-Nya. Amin.

12. Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata "Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang berada dalam satu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW "Bilakah akan terjadi hari Kiamat?" Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata "Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya" Sementara yang lain berkata "Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu" Sehingga apabila Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda "Di manakah orang yang bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut "Ya! Saya wahai Rasulullah" Maka Nabi SAW bersabda "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat" Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?" Nabi SAW menjawab "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat" (HR Bukhari). Pemimpin masjid adalah sepatutnya dipimpin oleh orang agama kerana merekalah yang mahir al-Quran dan tafsirannya, mereka juga tahu hadis dan sunnah Rasulu-Nya, malah para sahabat dan para solehin, Setiap yang berlaku di dunia ini telah ditunjuki jalannya oleh mereka tanp tertinggal sedikitpun. Maka jika kita bertindak menggunakan akal tanpa dibimbing oleh wahyu dan sunnah-sunnah di atas, kita telah menempah satu tempat duduk di neraka. Berhati-hatilah...menyokong pemimpin yang mengajak perpecahan dan menyuburkan fitnah? Pilihan anda

13. Punca Kebinasaan Seseorang

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya" Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?" Nabi SAW menjawab "Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi). Inilah yang berlaku sekarang, para mujahidin yang ingin menegakkan Islam akan lari dari masyarakat kerana bimbangkan akidah mereka danakhlak mereka, ketika itu, dunia dipenuhidengan kejahatan, maka berlakulah kiamat. Jangan merasa bangga kerana menzalimi orang agama yang dianggap tuan dan puan dipihak yang benar, tetapi tahukah kalian, kalin telah mempraktikan hadis ini kerana mengusir orang agama dan ulama dari masyarakat.

14. Perselisihan Yang Banyak

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata "Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami" Lalu baginda pun bersabda "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat" (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi). Tuan/puan, buatlah kajian tentang sunnah-sunnah yang disebut oleh Rasulullahsaw sehingga baginda menitiskan air mata, jika kita tidak menuntut dan mengkaji sunnah-sunnah ini, maka kita berada di jalan yang sesat. Fikirkan lah...

15. Golongan Yang Selamat

Daripada 'Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya "Golongan mana yang selamat?" Nabi SAW menjawab "Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah).Apa maksud jemaah; saya pernah jelaskan dalam kelas fardu ain, pendek kata, setiap perbuatan kita mesti berdalilkan dalil-dalil dari sunnah para nabi,para rasul, sahabat, auliya, ulama, wali, solihin dan salafussaleh. Jika tidak berdasarkan ini, kita bukan golongan jemaah yang dipilih untuk masuk syurga Allah.

16. Saya memilih menjadi Orang Asing

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim). Saya diasingka, difitnah dan dihina seperti yang berlaku kepada orang-orang yang berjihad di jalan Allah keran orang asing itulah orang yang beruntung .Anda bagaimana?

17. Kepayahan Orang Yang Beriman

Daripada Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda ''Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi), Marilah kita menjadi orang yang beriman yang sentiasa dalam kepayahan kerana nak masuk syurga mesti melalui rintangan, cabaran, halangan dan ujian, beruntungnya orang yang melalui kepayahan demi kepayaha untuk menyebarkan Islam. Alangkan ruginya jika anda memilih bersenang lenang, berkecuali, apatah lagi menyokong golongan yang berdusta, jahil, penyebar fitnah dan sebagainya.

18. Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki" Lalu Nabi SAW bersabda "Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu" (HR Tirmizi)

19. Golongan Yang Sentiasa Menang

Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari). Siapakah yang diketogori menang oleh Rasulullah saw, adakah kita yang mengajak kea rah ketakwaan atau kea rah fitnah, dusta, prasangka, mengadu domba, menghina dan memutar belitkan al-Quran dan sunnah nabi.Hanya orang yang tetap berjihad di jalan Allah dengan segala kepayahan dan kesusahan yang akan menang didunia dan di akhirat. Kalian ingin bersama golongan manakah ketika di dunia ini. Fikirkan kerana Allah melihat hati kalian yang menegakkan kebenaran kerana Allah semata-mata berdasar ilmu nakli dan akli yang bersumber mahyu Ilahi.

Saya membentangkan hal ini, kerana di akhir zaman ini terdapat terlalu banyak pendustaan, prasangka, fitnah, pembohongan dan sebagainya untuk mengaburi pandangan mata kita. Gunakanlah ilmu al-Quran dan hadis serta sunnah para solihin, siddiqin yang memandu mata hati kita ke jalan yang lurus bukan jalan yang dimurkai oleh Allah dan bukan juga jalan yang sesat. Kajilah sirah-sirah terdahulu supaya keputusan kita dipandu oleh ilmu bukan ikutan, ajakan apa lagi kawan-kawan yang menyesatkan.

Sekian terima kasih. Maaf jika terkasar bahasa kerana dengan kasar itu, hati kita tersentap dan akan bertindak dengan bijaksana bukan melatah.

2 ulasan:

  1. Alahmdulillah, Shahriza, sahabat telah dan mngikuti jalan yg benar iaitu jln yg dilalui oeh Rasulullah SAW, para sahabatnya, tabiin, tabiutitabiin dan ulama salafusoleh, alhamdulillah, teruskan perjuangan sahabat yg suci dan murni in insya Allah Allah SWT senantiasa menolong hamba-hambanya yg menolong agamaNya, wasallamualaikom, BJ Muhammad

    BalasPadam
  2. Doakan buat saya supa istiqomah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah, saya takut jika saya tidak termasuk dalam golongan orang yang tidak menolong agama-Nya. terima kasih tuan.

    BalasPadam