RUMAH SELAWAT MISYKAT

RUMAH SELAWAT MISYKAT

PENGENALAN

Bismillahir Rahmanirr Rahim. Assalamualaikum WRT. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda. demikian juga kepada para tabik tabiin, para auliya', para siddiqin dan para solihin. Semoga semuanya dalam Rahmat Allah SWT. Amin

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Yang sentiasa membimbing hamba-hamba-Nya ke jalan yang diredai-Nya, semoga page ini dapat memberi banyak manfaat kepada seluruh umat Islam terutama anak-anak saya, keturunan saya, ahli keluarga saya, anak-anak murid dan semua umat Islam hendaknya.

Allah mendatangkan ilham untuk membuka laman ini bernama "Rumah Selawat Misykat", sejarah permulaannya adalah dinamakan 'Pondok Dr. Saharizah', sempat beberapa kali dianjurkan pertemuan dalam program pondok tersebut, tetapi disebabkah beberapa hal antaranya, saya diserang sakit jantung, ditambah kos penginapan yang tinggi kerana mengunakan 'home stay jiran', menjadikan 'Pondok Dr Saharizah' terhenti programnya walaupun mendapat sambutan dari masyarakat.

Rentetan daripada itu, saya bercita-cita untuk membuat pondok sendiri, namun kekurangan modal sehinggalah Allah menjual rumah saya di Serdang Selangor, dari hasil jualan itulah saya membina 'Rumah Selawat Misykat". Alhamdulillah kini dalam proses pembikinan walaupun rumah itu dinamakan untuk anak saya Mazrina, Muzaim dan satu untuk saya dan suami yang akan kami wakafkan. Semoga anak-anak kami menjadi hamba yang bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Amin

KEGUNAANNYA

Rumah Selawat ini mengandungi 3 unit rumah sederhana, setiap unit mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Dua unit rumah berada di tingkat satu, manakala satu unit lagi di tingkat bawah bersama dengan parking kereta serbaguna, yang boleh digunakan untuk majlis taklimat, solat berjemaah, ruang makan untuk majlis perkahwinan yang memuatkan lebih kurang10 meja dan sebagainya. Rumah ini juga digunakan sebagai rumah tumpangan atau 'Home Stay" kepada para musafir dengan bayaran yang sederhana ketika ketiadaan program yang dianjurkan

Rumah Selawat Misykat telahpun didaftarkan pada 10 Jun 2025 berfungsi untuk menganjurkan pelbagai program keagamaan antaranya program selawat, mengaji al-Quran, kuliah agama, pondok Dr Saharizah, seminar dan sebagainya termasuk juga menguruskan beberapa tanah wakaf yang diwakafkan oleh saya dan suami.

Sehubungan itu, saya mengharapkan semua pihak bersama-sama saya menyediakan diri kita untuk menghadap Allah Taala dengan berbekalkan amal soleh ( amalan-amalan yang dianjurkan)  dan sedekah jariah (wakaf) supaya kita bertemu dengan Allah dengan keredaan-Nya. Amin


PERTUBUHAN RUMAH SELAWAT MISYKAT,

NO 13, LOT 1821, PINGGARAN DESA MAHKOTA,

43300 BANGI, SELANGOR

LAPORAN MESYUARAT PENUBUHAN BIL.1 TAHUN 2025

TARIKH

:

09 JUN 2025

MASA

:

9.00 PAGI

TEMPAT

:

NO 13, LOT 1821, PINGGIRAN DESA MAHKOTA, BANGI

KEHADIRAN:

BIL

NAMA

JAWATAN

1

Tn Hj Mahayudin Abu Bakar

Pengerusi

2

En Mohamad Nor Taufik bin Sazali

Timbalan Pengerusi

3

Dr Saharizah binti Mohamad Salleh

Setiausaha

4

Pn. Mazeidah Izayu binti Mahayudin

Bendahari

5

En Muhammad Muzaini bin Mahayudin

AJK

6

Pn Mazrina binti Mahayudin

AJK

7

En Muhammad Muzaim bin Mahayudin

AJK

8

Pn Maizatul Akmal bin Mahayudin

Ahli

9

En Muhammad Muhaimin bin Mahayudin

Ahli

1

PERUTUSAN PENGERUSI


Tn Hj Mahayudin Bin Abu Bakar selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ajk dan ahli Pertubuhan Rumah Selawat Misykat. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa



2

TAKLIMAT PENGURUSAN


2.1

Penubuhan Rumah Selawat Misykat



Pengerusi memaklumkan akan menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Rumah Selawat Misykat. Semua ahli telah bersetuju untuk menubuhkan pertubuhan tersebut




Makluman


2.2

Menamakan Pertubuhan




Semua ahli bersetuju dengan nama yang dinyatakan iaitu Pertubuhan Rumah Selawat Misykat. Nama ini diambil sempena Rumah Selawat yang sedang dibina dan Misykat pula sempena misykaat (niche) merujuk kepada tempat di mana cahaya itu ditempatkan, yakni hati manusia yang menerima hidayah (an-Nur:35)




Makluman


2.3

Pertubuhan ini berfungsi sebagai organisasi kebajikan bagi harta-harta Hj Mahayudin dan Dr Saharizah yang bakal diwarisi oleh keturunan mereka



Makluman


2.4

Pertubuhan ini juga bertujuan memberi kebajikan dan manfaat kepada ahli keluarga, fakir miskin dan anak yatim




Makluman


2.5

Pertubuhan ini juga berperanan mendidik, membimbing dan menyebarkan ajaran Islam yang berpaksi kepada Ahli Sunnah wal Jamaah melalui majlis ilmu, majlis Selawat serta kelas-kelas yang dianjurkannya




Makluman


2.6

Hasil dari harta-harta mereka boleh dikembangkan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi agar dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada sasaran tersebut




Makluman


2.7

Menjadi kewajipan kepada ahli pertubuhan ini menghadiri kelas-kelas dan usrah yang dianjurkannya oleh pertubuhan




Makluman


2.8

Menetapkan tempat Pengurusan



No 13, Lot 1821, Pinggiran Desa Mahkota, 43300 Bangi Selangor




Makluman


2.9

Melantik AJK Penaja Penubuhan




Pengerusi

Tn Hj Mahayudin bin Abu Bakar

T. Pengerusi

En Muhammad Nur Taufik bin Sazali

Setiausaha

Dr Saharizah binti Mohamad Salleh

Bendahari

Pn Mazeidah binti Mahayudin

AJK

En Muhammad Muzaini bin Mahayudin


Pn Mazrina binti Mahayudin


En Muhammad Muzaim bin Mahayudin




Makluman


2.10

Membuka Akaun Pertubuhan




Mesyuarat bersetuju membuka akaun semasa di CIMB ISLAMIC, Level 1 Wisma UNIKEB, Lot 1.04 & 1.05, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, 43600 Bangi  atas nama PERTUBUHAN RUMAH SELAWAT MISYKAT




Bendahari


2.11

Mesyuarat bersetuju melantik 3 AJK tertinggi seperti berikut;

Pengerusi: Tn Hj Mahayudin bin Abu bakar

Setiausaha: Dr Saharizah binti Mohamad salleh

Bendahari: Pn Mazeidah Izayu binti Mahayudin




Bendahari


2.12

Mesyuarat bersetuju dan meluluskan pengeluaran wang pertubuhan

boleh dibuat oleh dua (2) daripada tiga (3) ajk tertinggi tersebut.




Makluman


3

HAL-HAL LAIN



3.1

Pengerusi memohon tindakan segera dilakukan agar pendaftaran pertubuhan dan pembukaan Akaun dapat disegerakan


4

PENUTUP



4.1

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua ahli


4.2

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi. Majlis disudahi dengan doa yang dibacakan oleh Tn Hj Mahayudin





Disediakan oleh

….………………………………………………..

(Dr. SAHARIZAH BINTI MOHAMAD SALLEH)

Setiausaha

Pertubuhan Rumah Selawat Misykat




Tiada ulasan:

Catat Ulasan