Khamis, 13 Oktober 2016

MENUNGGANG KUDA SEBAGAI TERAPI PELBAGAI PENYAKIT



Menunggang mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah duduk menggunakan sesuatu sebagai alat yang dikenderai dengan duduk bercelapak di atasnya contoh kuda, basikal dan lain-lain. Ia juga bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (kuda, basikal dan lain-lain) dan mengendarai sesuatu.


Rasulullah s.a.w telah menganjurkan agar ibu bapa melatih anak-anak supaya mahir dalam tiga perkara iaitu memanah, menunggang kuda dan berenang. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud;

Rasulullah saw bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”

                                                       (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah saw : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” 

                                                                           (Riwayat Muslim)

Aktiviti menunggang kuda merupakan sunnah Nabi Muhammad saw dan kesukaan baginda. Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud. Kuda kedua yang bernama Sabaha, dan yang ketiga bernama al-Murtajis. Rasulullah s.a.w gemar memasuki pertandingan menunggang kuda. Dari ibnu Umar r.a katanya 

“Rasulullah saw pernah mengadakan lumba kuda yang dikurung, dari Haifa sampai keTsaniyatul Wada’ (lebih kurang 5 atau 6 batu dari kota Madinah) dan lumba kuda yang tidak dikurung dari saniyah hingga Masjid Bani Zuraiq. Ibnu Umar sendiri turut serta dalam perlumbaan itu”

                                                                          (Sahih Muslim:1831)



Al-Baladhuri (1916) menyatakan: Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: 

" Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."


Dalam hadis yang lain, Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata,

" Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."


Mengikut riwayat Dar Qutni ( 2: 552) Sanjah adalah kuda Rasullullah s.a.w yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira. Iman Ahmad bin Hanbali telah meriwayatkan dalam kitabnya "Masnad' di mana Anas telah ditanya " Adakah Rasulullah s.a.w memasuki pertandingan kuda ?" Anas menjawab "Ya", Demi Allah, baginda berlumba dengan kuda-Nya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira." Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.


Berdasarkan beberapa riwayat di atas, didapati menunggang kuda dan mengadakan pertandingan menunggang kuda adalah kegemaran Rasulullah s.a.w. Menjadi tuntutan kepada umat Islam untuk melaksanakan sunnah ini, tetapi sunnah ini telah dikelirukan oleh orientalis barat sehingga timbul anggapan menunggang kuda dan pertandingannya adalah judi dan haram. Malah menjadi satu stigma dalam masyarakat Islam menunggang kuda dan memeliharanya adalah untuk golongan kaya dan bangsawan. Kedua-dua anggapan ini hendaklah diperbetulkan dengan membudayakan aktiviti menungang kuda serta memperbanyakan pertandingan menunggang kuda yang menepati syariat Islam


Sesuatu yang menjadi sunnah, sudah tentu ia mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan sama ada yang terang dan jelas atau yang tersembunyi. Mengikut sains kesihatan berkuda mendatangkan banyak manfaat seperti menyembuhkan berbagai penyakit dan masalah seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). “Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan”.


Bentuk lekuk pada badan dan belakang kuda (tempat manusia duduk), adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari secara tidak langsung akan menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni serta meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut.


Beinotti et, al (2010) The therapy with horses, known as horseback ridingtherapy is a therapeutic and educational method that uses the horse within an interdisciplinary approach in the ar- eas of health, education and riding aiming at the psycho- social development of people with motor impairment and/or special needs. In Brazil, it is divided into pro- grams, in which hippotherapy is a program used when the patient is not able to conduct the horse by himself and needs a guide to lead the animal and one or two peo- ple, on the sides of the horse, to give protection and help with the exercises.


Pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda. Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat.


Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau terlibat dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Memulihkan sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.


Selain daripada itu, Menurut Chassigne menunggang kuda juga menjadi sebagai terapi untuk memperbaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi). Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka supaya mematuhi disiplin. Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.


Kesimpulannya terdapat begitu banyak kelebihan yang dimiliki oleh umat Islam kerana mempunyai seorang Rasul yang menjadi contoh teladan dan ikutan. Bukan sahaja kelebihan yang dapat dilihat dan dirasa malah kelebihan yang tersembunyi akan terserlah seperti keberkatan hidup, sabar, tabah dan reda, yang paling utama mencintai Allah SWT dan rasul-Nya Muhammad saw. Maka tidak hairanlah para sahabat, tabiin dan tabik tabiin adalah umat yang terbaik dalam kalangan umat manusia.


Berdasarkan kelebihan di atas, pengurusan masjid boleh memikirkan bagaimana cara untuk merealisasikan aktiviti berkuda ini. Terdapat masjid yang mempunyai dana yang banyak (Ahmad Puhad Alim dan Siti Roddiah Abdullah (2010).) Ataupun mengabungkan dana daripada beberapa buah masjid agar segala fasiliti aktiviti menunggang kuda ini dapat direalisasikan. Kehebatan menunggang kuda dapat dilihat pada Sultan Muhammed al-Fateh yang berusia 19 ketika menjadi sultan dan berjaya menawan kota konstentinapol baru berusia 21 tahun. Demikian juga Salehudin al-Ayubbi yang dapat menawan Palestien ketika usia muda juga melalui kehebatan menunggang kuda. Atau sekurang-kurangnya menganjurkan aktiviti ekspedisi menunggang basikal atau motosikal jelajah kampung untuk beriadah sambil memberi sumbangan, atau mengutip dana untuk anak-anak yatim dan miskin bagi mengantikan aktiviti berkuda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan