Isnin, 10 September 2012

CIRI-CIRI BLOGGER MESRA ISLAM

Ciri-ciri Blogger Mesra Islam


Assalamualaikum, kepada semua blogger yang beragama Islam, renungkan kepada dalam diri kita, adakah kita menepati ciri-ciri sebagai blogger Islam yang meletakkan diri sebagai da'i mengamalkan amar makruf nahi mungkar untuk bekalan akhirat nanti, perhatikan ciri-ciri berikut;
 
1. Adakah masa yang diluangkan untuk menulis blog dapat menghasilkan sesuatu yang produktif dan kesan yang efektif kepada blogger dan pembaca tanpa membawa kesan yang membawa fitnah kepada Islam?

2. Adakah dengan maklumat dan info yang disebarkan melalui blog dapat mengekalkan momentum hubungan kita dengan Allah S.W.T secara konsisten? atau dengan kata lain, sejauhmanakah peranan kita menyebarkan dakwah melalui blog dapat mendekatkan diri kita iaitu taqarrub kepada Allah S.W.T?

3. Apakah setiap post atau artikel yang kita terbitkan benar-benar mencerminkan keperibadian kita sebagai blogger muslim yang sebenar dan selari dengan matlamat mempraktikkan Islam sebagai cara hidup?

4. Benarkah fakta dan maklumat yang kita paparkan dirujuk kepada sumber yang sahih dan tidak mengelirukan pembaca yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang?

5. Bagaimana kita menangani komen dan kritikan daripada pembaca terhadap artikel yang kita terbitkan secara berhemah dan berhikmah?

Jawapan kepada kelima-lima soalan di atas menjadi intipati kepada kriteria blogger muslim yang benar-benar menghayati perjuangan para sahabat Rasulullah S.A.W yang dapat saya memberikan penjenamaan kepada mereka sebagai blogger yang dijamin mendapat redha dan syurga Allah (رضي الله عنهم).

Moga topik ini membuka ruang kotak fikiran diri saya sendiri dan pembaca yang lain agar sama-sama memikirkan formula berkesan merawati penyakit-penyakit ummah pada hari ini, insya Allah..

Dipetik dari MAG