Sabtu, 23 September 2023

 MENCINTAI DAN MERINDUI BAGINDA RASULULLAH SAW

Maksud rindu

Ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: contoh sentiasa mengatakan; ia selalu rindu akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat rindu baginda akan anakanda baginda; rindu akan kampung halaman; 2. = rindu  berahi =  rindu dendam = rindu rawan perasaan sangat cinta atau berahi pada seseorang: sayang sekali rindu dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan rindu mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung rindu menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang rindu sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu rindu anak cucunya; saat itu aku begitu rindu belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yang tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~rindu masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka rindu ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan rindu hati; 2. menaruh rindu akan: spt pungguk ~rindu bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yang dirindukan, kekasih: gadis tunggal rindunya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): rindu tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan; perindu orang yg menanggung rindu

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya memiliki perasaan rindu kepada baginda SAW. Rindu ingin bertemu, rindu ingin menatap wajah yang dimuliakan oleh Allah SWT, rindu ingin mendengar suara indah serta seruannya, rindu bagi mencium tangan baginda, dan rindu pada segala-galanya tentang diri insan yang disanjung oleh semua manusia yang mengenalinya lalu beriman kepadanya.

Perintah Allah Mencintai Rasulullah SAW

1.   Firman Allah Surah al-Taubah: 24

قُلْ اِنْ كَانَ اٰبَاۤؤُكُمْ وَاَبْنَاۤؤُكُمْ وَاِخْوَانُكُمْ وَاَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيْرَتُكُمْ وَاَمْوَالُ ِۨاقْتَرَفْتُمُوْهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ اَحَبَّ اِلَيْكُمْ مِّنَ اللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَجِهَادٍ فِيْ سَبِيْلِهٖ فَتَرَبَّصُوْا حَتّٰى يَأْتِيَ اللّٰهُ بِاَمْرِهٖۗ وَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِيْنَ

Bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

2.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, sungguh akan datang suatu masa, di mana seseorang tidak akan melihatku lagi, kemudian jika seandainya dia mahu melihatku, maka hal itu lebih ia cintai daripada keluarga dan hartanya" - (Riwayat Muslim).

3.  Surah Ali-'Imran ayat 31


قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

Bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

4. Rasulullah SAW bersabda,

Bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang dari kalian sampai aku lebih ia cintai daripada orang tuanya, anaknya, dan seluruh umat manusia.” (Sahih Bukhari No 15).

Cara mendapatkan rindu kepada Rasulullah SAW

1. Mendalami Ilmu tentang Baginda

Kita mulakan dengan mengenali Rasulullah SAW. Kita pelajari kisah baginda dan sunah-sunahnya. Kita terus menelusuri kisah hidup, ahli keluarga, para sahabat serta muamalat cara baginda Rasulullah SAW. Semua ini kita lakukan tanpa melihat rupa paras dan susuk tubuh baginda.

Mengenali ahli keluarga dan para sahabat Rasulullah SAW. Setelah mengenali ahli keluarga baginda, pasti kita berasa sayang pula kepada mereka. Contohnya kepada isteri-isteri baginda. Setiap seorang daripada mereka memiliki kelebihan dan kebaikan masing-masing yang patut kita teladani. Begitu juga dengan para sahabat yang mencintai Rasulullah SAW yang melebihi segala-galanya, malahan lebih daripada diri mereka sendiri, selari dengan tuntutan iman dan agama.

Tidak berhenti belajar tentang Rasulullah SAW. Semakin kita menggali kisah-kisah yang berlaku sepanjang hidup Rasulullah SAW, semakin hati kita tertarik dan terpegun dengan keistimewaan junjungan besar yang hebat ini. Sehinggakan setiap kali mengetahui dan mempelajari tentang kebaikan baginda, amalan baik baginda, kerendahan hati baginda serta kesungguhan pengabdian baginda kepada Allah SWT, kita berasa takjub dan hiba hingga ke dasar hati. Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga itu pun sangat taat kepada Pencipta-Nya, inikan pula sekiranya dibandingkan dengan diri kita sebagai makhluk kerdil yang lemah ini

Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW)." (Riwayat Malik No 1594)

Maka hadirilah majlis-majlis ilmu agar kita mendapat sebanyak mungkin ilmu tentang Rasulullah, keluarga Baginda, para sahabat, para ulama, auliya dan para solihin, di mana merekalah orang-orang yang sangat mencintai dan merindui Rasulullah SAW supaya kita dapat mencontohi dan mengikut mereka.

2. Terbitkan rasa rindu

Sentiasa berusaha menerbitkan rasa rindu kepada baginda Rasulullah SAW kerana rasa rindu itu akan meluruskan jalan kita menuju kepada Allah SWTdan rasul-Nya. Rindu itu akan mencetuskan rasa cinta. Rindu itu mampu membawa kita ke sebuah pengakhiran syurga yang kita damba. Mulakan rasa rindu kepada baginda Rasulullah SAW kerana sesungguhnya kita juga amat dirindui oleh baginda. Kerinduan ini membuatkan apabila kita berbicara mengenai Rasulullah SAW, hati kita pasti tersentuh, dan air mata pasti deras mengalir.

Sentiasa wujud rasa ingin bertemu dan berjumpa dengan baginda Rasulullah SAW. Kita berazam serta berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menunaikan umrah dan haji, seterusnya menyempurnakan ziarah dengan mengunjungi makam baginda di Tanah Suci. Kita juga rindu dan berusaha menghilangkan rindu agar dapat beretmu dengan banginda sama ada ketika tidur, atau jaga dan dapat bertemu baginda ketika di alam barzakh, di Padang Mahsyar seterus di Syurga bersama Baginda. Banyak cara-cara yang diajar oleh Baginda untuk bertemu baginda yang boleh dilakukan oleh kita.

3. Sentiasa berselawat

Sentiasa berselawat setiap kali mengingati baginda ataupun mendengar nama baginda disebut. Berselawatlah kerana Allah yang Maha Besar itu, bahkan Allah berselawat kepada baginda. Allah SWT menyatakan dalam Surah al-Ahzab, ayat 56;


اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰۤىِٕكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّۗ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا 

Bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

4. Mengamalkan Sunnah Baginda

Mengamalkan sunah baginda. Sunah Rasulullah SAW terlalu banyak dan meliputi pelbagai aspek kehidupan. Bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besar perkara, semuanya ditunjukkan dengan baik oleh Rasulullah SAW. Apatah lagi sunah baginda dalam ibadah dan amalannya sebagai hamba Allah SWT.

Mengamalkan hidup yang sederhana. Rasulullah SAW adalah insan yang menjalani kehidupan dengan seadanya. Tidurnya beralaskan pelepah kurma sehingga meninggalkan bekas-bekas pada tubuh badan baginda. Justeru, hiduplah kita dengan bersederhana walaupun kita dilimpahi dengan kekayaan harta benda. Gunakan harta itu pada jalan Allah SWT dengan sebaik-baiknya

Firman Allah SWT surah al-Hasyr :7 

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Bermaksud: "Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)."

Mencontohi Cinta Dan Rindu Para Sahabat

Firman Allah Surah at-Taubah: 100

Bermaksud;“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar

Terdapat banyak ayat yang memerintahkan kita mengikuti dan mencontohi sahabat-sahabat Rasulullah SAW dalam menjalani kehidupan seharian, antaranya dalam mencintai dan merindui Baginda SAW.

1.  Zaid bin Harithah sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan Rasulullah SAW daripada dicederakan oleh penduduk Thaif semasa melaksanakan seruan dakwah

2.  Talhah dan Abu Dujanah sanggup menjadi perisai untuk melindungi Rasulullah SAW daripada serangan golongan musyrikin dalam peperangan Uhud

3.  Saidina Abu Bakar pula diberikan gelarann 'al-Siddiq' yang bermaksud sentiasa 'membenarkan' kerana beliau sangat mempercayai dan meyakini segala kata-kata dan perbuatan baginda terutamanya dalam peristiwa Isra' Mikraj yang tidak dipercayai oleh sesiapa pun ketika itu. Katanya, “Sungguh, malam yang paling bahagia adalah malam kematianku. Sebab, aku akan segera bertemu denganmu wahai Rasulullah.”

Bahkan, sebagian ulama mengatakan kalau wafatnya Abu Bakar ash-Shiddiq disebabkan oleh wafatnya nabi Muhammad SAW. Sepeninggal beliau, rindunya kepada Nabi tidak pernah bertepi.

4.  Bilal bin Rabah. Raut wajah Bilal tampak begitu bahagia ketika hampir wafat. Bilal berbahagia lantaran ia akan segera bersua dan berkumpul kembali bersama sang kekasih, Muhammad SAW, karena rindunya kepada Nabi, Bilal juga tidak mampu lagi mengumandangkan azan setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW.

5.  Zaid bin Datsima. tak gentar menghadapi ancaman kaum kafir karena begitu luar biasa kecintaannya kepada Rasulullah SAW. Ketika itu, ia sempat disandera oleh kaum musyrik Makkah dan akan dibunuh. ”Hari ini, tidakkah engkau berharap Muhammad akan bersama dengan kita sehingga kami dapat memotong kepalanya, dan engkau dapat kembali kepada keluargamu?” kata Abu Sufyan kepadanya. “Demi Allah, aku tidak berharap sekarang ini Muhammad berada di sini, di mana satu duri pun dapat menyakitinya – jika hal itu menjadi syarat agar aku dapat kembali ke keluargaku,” jawab Zaid tegas. “Wah, aku belum pernah melihat seorang pun yang begitu sayang kepada orang lain seperti para sahabat Muhammad menyayangi Muhammad,” sahut Abu Sofyan

6.  Umar bin Khatthab. ”Ya, Rasulullah. Aku mencintaimu lebih dari segalanya, kecuali jiwaku,” kata Umar. Mendengar itu, Rasulullah SAW menjawab, ”Tak seorang pun di antara kalian beriman, sampai aku lebih mereka cintai daripada jiwamu.” ”Demi Dzat yang menurunkan kitab suci Al-Quran kepadamu, aku mencintaimu melebihi kecintaanku kepada jiwaku sendiri,” sahut Umar spontan. Maka Rasulullah SAW pun menukas, ”Wahai Umar, kini kamu telah mendapatkan iman itu” (HR Bukhari).

7.  Suatu hari seorang sahabat hadir dalam suatu majlis bersama Rasulullah SAW, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku sangat mencintaimu lebih dari mencintai nyawa, harta dan keluargaku. Jika berada di rumah, aku selalu memikirkanmu. Aku selalu tak bersabar untuk dapat berjumpa denganmu. Bagaimana jadinya jika aku tidak menjumpaimu lagi, karena engkau pasti akan wafat, demikian juga aku. Kemudian engkau akan mencapai darjat anbiya, sedangkan aku tidak?” Mendengar itu Rasulullah terdiam. Tak lama kemudian datanglah Malaikat Jibril menyampaikan wahyu,

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’: 69-70;

Berrmaksud: ”Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka akan bersama orang yang diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Mereka adalah sebaik-baik sahabat, dan itulah kurnia Allah Yang Maha Mengetahui” (QS An-Nisa : 69-70). 

-  Sahabat Wanita Rasulullah SAW. Kecintaan luar biasa kepada Rasulullah SAW itu tergambar pada diri seorang perempuan, beberapa saat selepas Perang Uhud. Dia baru saja kehilangan ayah, abang dan suaminya yang gugur sebagai syuhada. Ia bukannya meratapi mereka, tapi menanyakan nasib Rasulullah SAW, ”Apa yang terjadi pada diri Rasulullah, semoga Allah memberkati dan melimpahkan kedamaian kepadanya.” ”Nabi baik-baik saja sebagaimana engkau mengharapkannya,” jawab para sahabat. Lalu kata perempuan itu lagi, “Tunjukanlah dia kepadaku hingga aku dapat memandangnya.” Kemudian para sahabat menunjukan di mana Rasulullah SAW. “Sungguh, kini semua deritaku tak ada artinya. Sebab, engkau selamat,” kata perempuan itu kepada Rasulullah SAW. ”Mereka yang mencintaiku dengan sangat mendalam adalah orang-orang yang menjemputku. Sebagian dari mereka bersedia mengorbankan keluarga dan kekayaannya untuk berjumpa denganku,” sabda Rasulullah SAW sebagaimana diceritakan oleh Abu Hurairah (HR Muslim, Bukhari, Abu Dzar).

Kesan Cinta kepada Rasulullah SAW melahirkan ketaatan dan keselamatan

Cinta tidak hanya melahirkan rindu, tapi juga ketaatan. Orang yang cinta kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, ia akan tunduk serta patuh kepada seluruh titah-Nya, menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah Suran Ali-Imran :31


 

Bermaksud: “Katakanlah (Muhammad), ‘Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” Firman Allah Surah al-Fatih: 8-9

Bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengutus engkau sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan-Nya, membesarkan-Nya, dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang 

Kisah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, ”Bilakah datangnya hari kiamat?” Maka jawab Rasulullah SAW, ”Apa yang sudah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Jawab sahabat itu, “Saya tidak mempersiapkannya dengan banyak solat, puasa, dan sedekah, tapi dengan mencintaimu dalam hati.” Lalu, sabda Rasulullah SAW, ”Insya-Allah, engkau akan bersama orang yang engkau cintai itu.”

Menurut Ibnu Mas’ud, Abu Musa al-Asy’ari, Shafwan, dan Abu Dzar, Rasulullah SAW telah bersabda mengenai seseorang yang dengan tulus mencintainya, ”Seseorang akan berada di Yaumil Mahsyar bersama orang yang dicintainya.” Mendengar itu, para sahabat sangat berbahagia karena mereka sangat mencintai Baginda.

Demikian juga kita, jika kita cinta kepada harta maka kita berusaha bersamanya, jika kita rindu anak, pasti kita ingin sentiasa bersamanya, jika kita rindu pasangan kita, jika boleh kita ingin sehidup semati dengannya, jika kita cintakan dunia pasti ketika takut akan kematian, jadi cintailah yang kekal abadi, negari abadi, kekasih abadi, insya-Allah kita bersamanya selama-lamanya. Amin

Sekian Terima kasih semoga bermanfaat