Isnin, 7 September 2020

ISTINJAK PENYUCIAN FIZIKAL,MENTAL DAN JIWA

 

ISLAM : SELAMAT DAN BAHAGIA

ISTINJAK  PENYUCIAN FIZIKAL, MENTAL DAN HATI (siri 1)

PENDAHULUAN

Alhamdulillahirabbil alamin, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekelian alam, selawat dan salam kepada baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, tabi’ tabi’in dan para ulama dahulu hingga akhir zaman demikian juga para muslim dan muslimat, mu’minin dan mu’minat. Assalamualaikum WRT.

Lama sudah kita tidak bertemu, semoga Allah sentiasa mempertemukan kita kerana Allah dan Rasulullah SAW semata untuk medapatkan reda Allah dan syafaat Rasulullah SAW. Amin. Pertemuan kali ini kita membahaskan sedikit ilmu berkaitan istinja’ dari sudut akidah untuk membersihkan fizikal, mental dan hati dari sifat mazmumah serta pelbagai penyakit. InsyaAllah. Ini merupakan siri penyucian jiwa atau hati dalam setiap amalan kita. InsyaAllah.

Seperti yang dimaklumi semua orang, permulaan kehidupan setiap hari bermula dengan istinja’. Umumnya mengetahui istinja’ dari aspek fekah tetapi penulisan kali ini berkait rapat dengan akidah supaya matlamat istinja’ itu meliputi feqah dan akidah agar kita sentiasa mendampingi Allah SWT dan Rasulullah SAW, sama sekali tidak boleh dipisahkan.

Untuk pengetahuan semua, tajuk ini mempunyai beberapa siri kerana penulis menyelusuri amalan Rasulullah SAW dan para sahabat ketika mereka beristinjak. Dibawa juga beberapa dalil dan hujah untuk menyakinkan bahawa amalan tersebut mampu membersihkan fizikal. Mental dan hati seteruskan mendampingkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. InsyaAllah. Amin. Kita bermula dengan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat mencintai Allah dan Rasulullah SAW.

1. Berjalan ke tandas dengan niat mensucikan diri untuk bertemu dengan Allah

Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi SAW bersabda: 

 

نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ

Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. [Riwayat al-Thabarani (5942) dalam al -Mu’jam al-Kabir, 185/6]

  • Niat merupakan perkara yang penting kerana ia akan menentukan halatuju perbuatan kita. Ini kerana, niat tidak dapat dipisahkan daripada setiap perbuatan kita. Niat menjadi sebab mendapat apa yang dikehendaki, maka jika banyak niat maka banyaklah yang kita dapat.
  • Kadang-kandang amalan kita juga boleh berlaku riak, ujub dan sifat-sifat dicela yang lain. Untuk itu, kita harus berjaga-jaga dengan setiap amalan kita agar terhindar daripada sifat-sifat yang dicela tersebut.
  • Niat juga menjadi kayu ukur bagi penerimaan sesuatu amalan

Imam Nawawi r.a mengatakan, dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh ‘Umar bin Al-Khattab r.a, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ يَنْكِحُهَا فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ

Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya seseorang hanya mendapatkan apa yang dia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya karena mencari dunia atau karena wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.” (HR. Bukhari dan Muslim). Sumber: Kitab Hadits Arbain: Imam An- Nawawi.

 Maka sebaik sahaja kita bangun dari tidur untuk ke bilik air, mulailah langkah dengan berniat untuk mensucikan diri supaya dapat bertemu dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW yang sangat dirindui, setelah beberapa jam kita tidur, hubungkan diri kita setiap masa dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka bersihlah diri kita dari najis kerana dengan keluarnya najis, niatkan supaya badan kita menjadi sihat. Betulkan tujuan sihat adalah untuk beribadat kepada Allah, diringankan fizikal kita untuk melakukan semua suruhan Allah, mohon diringankan badan kita dan hati kita supaya mampu mengerjakan ibadat-ibadat sunat. Terdapat banyak kes saudara2 kita yang tidak boleh buang najis dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai komplikasi yang menyusahkan kita untuk beribadat. Terkena pelbagai penyakit.

 

2. Depan pintu baca doa masuk tandas:

Daripada Anas bin Malik RA: 

كَانَ النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الخَلَاءَ قَالَ : ( اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبائِثِ ).

Maksudnya: Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139]

Para ulama’ menetapkan antara sebab mengapa dianjurkan kita meminta perlindungan kepada Allah SWT ketika  memasuki tandas adalah agar kita terlindung daripada syaitan-syaitan yang mendiami tempat-tempat najis dan tempat terbukanya aurat.

Kelebihan Ta’awudz:

  • membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.
  • cara untuk bertawakal kepada Allah SWT.
  • ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu,
  • menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was.

Tandas merupakan rumah syaitan, terdapat banyak rumah syaitan  di dalam rumah kita, kita berkongsi rumah dengannya, kita masuk rumahnya  banyak kali dalam satu hari, bayangkanlah jika kita tidak membaca doa ini, kita lihat macam-macam berlaku dalam rumah tangga kita, suami bergaduh dengan isteri, anak-anak bergaduh dengan ibu bapa, sumbang mahram, anak tidak betah tinggal di rumah, rumah seumpama neraka walaupun rumah mewah, besar cukup semuanya. Bacalah doa ini pada setiap kali  masuk tandas, siapakah yang mampu menjauhkan kita dari gangguan syaitan ini, ia sentiasa berada bersama kita, dalam setiap urat nadi tubuh kita, ia tidak pernah berputus asa, dia menggunakan pelbagai cara sehingga kita terpedaya. Rasullullah SAW telah mengajar kita cara yang paling mudah untuk menjauhkan diri dari syaitan ini. Jadi sudah pasti dengan kehendak Allah SWT kita mampu menjauhkan diri dari gangguan syaitan dan iblis ini. Kita akan dijauhi dari sebarang musibah. Oleh itu wajibkan diri kita membaca doa ini dengan berniat mengikut sunnah Rasullullah saw dan mohon bantuan dari Allah SWT. Kita lihat berapa ramai yang sakit fizikalnya, sakit jiwanya dan sakit akalnya kerana gangguan makluk ini. Berat sangat kah untuk membaca doa ini setiap kali masuk tandas.

 

3. Mendahului dengan kaki kiri ( Ya Allah, jauhilah kakiku ke tempat maksiat)

Tiada dalil khusus daripada Rasullullah SAW amalan memasuki tandas menggunakan kaki kiri dan keluar menggunakan kaki kanan. Walaubagaimanapun. Amalan ini bersifat qiyasi. Iaitu qiyas kepada hadith yang lain iaitu:-

حَدّثَنَا أَبُو حَفْصٍ عُمَرُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمُفِيدُ الْبَصْرِيّ، ثنا أَبُو خَلِيفَةَ الْقَاضِي، ثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطّيَالِسِـُيّ، ثنا شَدّادٌ أَبُو طَلْحَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ قُرّةَ، يُحَدِّثُ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنّهُ كَانَ، يَقُولُ: «مِنَ السّـُنّـَةِ إِذَا دَخَلْتَ الْمَسْجِدَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُمْنَى، وَإِذَا خَرَجْتَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُسْرَى»

“Telah mengabarkan kepada kami Abu Hafsh Umar bin Jafar al-Mufid al-Bashry, (Abu Hafsh berkata) ‘Telah mengabarkan kepada kami Abu Khalifah al-Qadhy, (Abu Khalifah berkata), ‘Telah mengabarkan kepada kami Abu Walid ath-Thayalisi, (Abu Walid berkata), ‘Telah mengabarkan kepada kami Syadad Abu Tholhah, (Abu Tholhah berkata), ‘Aku telah mendengar Mu’awiyah bin Qurrah mengabarkan dari Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa dia mengatakan “Termasuk amalan sunnah apabila engkau hendak masuk masjid maka mulailah dengan kaki kanan dan apabila meninggalkan masjid maka mulailah dengan kaki kiri.”

(Hadith riwayat Al-Hakim si dalam kitabnya al-Mustadrak I/218 no. 791 dan al-Baihaqy II/442 – hadith sahih telah disepakati oleh adz-Dzahabi, Dinilai sahih oleh Syaikh Albani dalam Silsilah Ahadith ash-Sahihah no. 2478)

Qiyasnya begini.

Jika memasuki tempat yang baik, mulainya dengan kaki kanan, maka jika melangkah ke tempat yang kurang baik dibandingkan dengan tempat asal, iaitu dimulakam dengan kaki kiri.

Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Al- Imam an-Nawawi dalam kitab beliau, Syarhu Shahih Muslim dan Al-Imam Ibnu Daqiqil ‘Id serta ada beberapa ulama’ lain lagi yang menyebutkan bahawa masuklah tandas dimulai dengan kaki kiri dan keluarlah tandas dengan kaki kanan berdasarkan hadis di atas.

Berdasarkan pendapat ulama ini, maka kita beramallah, masuk tandas dengan kaki kiri kerana mengikut amalan para ulama. InsyaAllah

 

4. Memakai sandal dengan kaki kanan

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ.

]صحيح البخاري , كتاب الوضوء , باب التيمن في الوضوء والغسل , حديث رقم [168

Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Berdasarkan hadis ini, marilah kita mula memakai sandal dengan kaki kanan, berniatlah mengikut sunnah dan kegemaran Rasulullah SAW, maka dengan cara ini kita telah bersama dengan Allah dan Rasulullah SAW. Amalan sebegini akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW yang menjadi sebab banyak kebaikan lain diperolehi seperti syafaat Baginda, bertambah rindu dan cinta kepada Allah dan Baginda. Hidup yang lebih reda, iman dan amal soleh bertambah dan sebagainya.

 

5. Memakai sandal di dalam tandas

Terdapat riwayat dari Habib bin Sholeh, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ لَبِسَ حِذَاءَهُ وَغَطَّى رَأْسَهُ

Ketika Rasulullah SAW masuk tandas, beliau memakai sandal dan penutup kepala. Status hadis: Hadis ini diriwayatkan al-Baihaqi no. 465 dan kata as-Suyuthi hadis ini mursal.

Ibnul Arabi mengatakan: “Sandal termasuk pakaiannya para nabi.” Dalam hadis dari Jabir r.a dari Nabi SAW bahwa beliau memotivasi umatnya untuk banyak menggunakan sandal. Baginda bersabda:

اسْتَكْثِرُوا مِنَ النِّعَالِ فَإِنَّ الرَّجُلَ لاَ يَزَالُ رَاكِبًا مَا انْتَعَلَ

“Sering-seringlah memakai sandal. Karena seseorang akan selalu naik kendaraan selama dia memakai sandal.” (HR. Ahmad 14874, Muslim 5615 dan yang lainnya)

Sunnah Rasulullah SAW memakai sandal, belilah sandal dan letaklah di setiap bilik air, niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW, ketika memakainya berniatlah agar dijauhi dari memakai sandal yang diperbuat dari api neraka seperti yang berlaku kepada Abu Talib bin Abdul Muthalib paman yang sangat disayangi Rasulullah SAW, namun dia mati dalam kafir. Kita bukan sesiapa di sisi Rasululah SAW, jika tidak beramal dengan sunnah dan jarang berselawat, Rasulullah SAW tidak kenalpun kita, jauh sekali disayangi oleh Baginda.

Sebagian ulama mengatakan ibadahnya orang yang lalai hanya menjadi kebiasaan, sementara kebiasaan orang yang sadar bisa menjadi ibadah. (Syarh al-Arbain an-Nawawi, Ibnu Utsaimin, hlm. 9). Maka inilah ilmu anugerah Allah untuk umat Nabi Muhammad SAW agar kita menyakininya dan mengamalkannya.


6. Menutup kepala/ menutup aurat

Dari Zubair bin Awam, beliau mengatakan,                                         

أَنَّ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ ، قَالَ ، وَهُوَ يَخْطُبُ النَّاسَ : ” يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِينَ ، اسْتَحْيُوا مِنَ اللهِ ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إنِّي لأظل حِين أَذْهَبُ إلَى الْغَائِطِ فِي الْفَضَاءِ ، مُغَطّيًا رَأْسِي اسْتِحْيَاءً مِنْ رَبِّي

Bahwa Abu Bakr as-Shidiq pernah berkhutbah, “Wahai kaum muslimin, malulah kalian kepada Allah. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, ketika saya hendak buang air di luar, saya tutupi kepalaku karena malu kepada Rabku.” (HR. Ibnul Mubarok dalam az-Zuhd (1/107) dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushanaf (1/105).

Diriwayatkan dari Abu Bakr as-Shiddiq tentang anjuran menutup kepala ketika masuk tempat buang hajat dan itu shahih dari beliau. (as-Sunan, 1/96)

Mengikut Sunnah Para Khalifah Al-Rasyidin Rasulullah S.A.W secara khususnya memberikan petunjuk dan arahan kepada para sahabat untuk mengikuti Abu Bakr al-Siddiq dan juga Umar al-Khattab. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

اقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ

Maksudnya: Hendaklah kamu semua mengikuti dua orang selepasku iaitu Abu Bakr dan juga Umar. Riwayat Al-Tirmizi (3662)

An-Nawawi mengatakan,
Imamul Haramain, al-Ghazali, al-Baghawi dan ulama lainnya mengatakan, ‘Dianjurkan untuk tidak masuk tempat buang hajat dengan kepala terbuka.’ (al-Majmu’, 2/93)

Masuk tandaspun kena tutup aurat, di dalam tandas hanya ada kita dan syaitan-syaitan, ada malaikat dan Allah SWT, tetapi indahnya Islam perkara yang wajib ditutup tetap kena tutup sama ada tersembunyi atau dikhalayak ramai. Hubungan kita dengan Allah, Malaikat dan Rasululah SAW tidak pernah terpisah, sebagai bukti kecintaan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama beramal supaya kita dianugerah kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sehingga hati kita dipenuhi dengan kerinduan yang amat kepada Allah dan Baginda Rasulullah SAW.

 

Sekian, kita ketemu lagi untuk langkah seterusnya dalam siri ke dua. InsyaAllah. Amin

 

Sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wrt

Ustazah Dr. Saharizah binti Mohamad Salleh