Sabtu, 4 Januari 2014

KURSUS KEPIMPINAN ASAS PEMUDA/PEMUDI MASJID


1.      PENDAHULUAN

Berdasarkan laporan dari pelbagai pihak, didapati kes  jenayah berleluasa di kalangan remaja dan pemuda malah orang dewasa juga semakin meningkat. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bertindak tegas dan tegar untuk membenteras masalah ini. Semua pihak mesti melihat dengan serius segala usaha dan tenaga untuk digembelingkan bagi menghadapi peperangan ini.

Bukti-bukti yang menunjukkan jenayah ini berleluasa seperti     berikut;

1.1                   Mymetro 16 November 2011 melaporkan anak tak sah taraf meningkat hingga                152,182 orang, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi 18,983 orang. (Sumber:JPN).

1.2                   Masalah disiplin di sekolah: Harian Metro 28 Disember 2010 melapor 111,484  orang pelajar

1.3                   Buang Bayi :PDRM menyatakan 2004 hingga 2010 seramai 396 orang bayi dibuang dan  2011 pada bulan januari sahaja 34 kes telah dilaporkan.

1.4                   Agensi Anti dadah Kebangsaan (ADK): Etnik Melayu adalah penagih paling ramai dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu (2010), iaitu 9,734 orang (80.59 peratus), berbanding Cina sebanyak 1,096 orang (9.07 peratus), India 926 orang (7.67 peratus), pribumi Sabah 238 orang (1.97 peratus), pribumi Sarawak 29 orang (0.24 peratus) dan etnik lain 56 (0.46 peratus). Keseluruhannya, penagih yang dikesan dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan sebanyak 361.91 peratus berbanding tempoh sama pada 2009. Sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, penagih baru yang dikesan berjumlah 8,984 orang, meningkat 507.44 peratus berbanding 1,479 orang dalam tempoh sama tahun lalu, manakala penagih berulang seramai 3,095 orang, meningkat 172.45 peratus berbanding 1,136 tahun sebelumnya.


1.5                   Jabatan Siasatan Jenayah Pemerdagangan (JSJK): Malaysia mencatatkan kerugian akibat jenayah kolar putih sejumlah RM2 billion pada tahun 2008. Pada tahun 2005 didapati sebanyak 8,952 kes dan meningkat sehingga 168% pada tahun 2010 iaitu sebanyak 24,023 kes. Jenayah ini lebih merbahaya dan lebih besar impaknya menurut laporan ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ( Berita Kampus, 17 Mei 2012).

Adakah tuan-tuan dan puan-puan ingin berdiam diri?, menyalahkan antara satu sama lain, dengan membiarkan remaja dan pemuda kita terumbang ambing, terkeliru, bingung dengan kerenah orang dewasa dan tua yang sama seperti mereka bergelumang dengan dosa dan dosa.

Adakah pernah tuan dan puan mendengar perintah Allah kepada Jibril a.s. supaya memusnahkan kampung yang mempunyai ahli maksiat?.  Firman Allah dalam hadis Qudsi yang bermaksud;” Tenggelamkan kampung itu! Jibril a.s. berkata: “wahai Tuhanku, di sana ada hamba-Mu si fulan yang selalu rukuk dan sujud”. Allah  menjawab ;” Wahai Jibril, mulalah!. Sungguhpun wajahnya tidak berpaling pada-Ku satu jam pun.” (riwayat Baihaqi)

Demikianlah murkanya Allah kepada orang yang hanya sibuk beribadat untuk dirinya sahaja tanpa memperdulikan orang lain, apa lagi jika sibuk dengan hal-hal keduniaan semata-mata.

Atas dasar inilah, maka saya merangka Kursus Kepimpinan Asas  untuk para remaja dan pemuda  Masjid supaya mereka ini dapat membimbing generasi seterusnya setelah ketiadaan kita.
  
  

2.                       VISI  DAN MISI KURSUS
Visi : Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat

Misi : Untuk melahirkan satu pengurusan pentadbiran masjid yang terbaik, cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W.T



3.            MATLAMAT
3.1          Pemimpin melaksanakan tugasnya untuk menjadi hamba Allah semata-mata
3.2          Pemimpin berusaha  merebut sebanyak mungkin reda Allah SWT  dalam jawatannya.
3.3          Pemimpin menjadikan dirinya  bermanfaat untuk orang lain kerana Allah SWT
3.4          Pemimpin mesti bercita-cita untuk meninggikam syiar Islam

4.            OBJEKTIF
4.1          Objektif umum
4.1.1       Mengembalikan fungsi masjid seperti di zaman       Rasulullah s.a.w
4.1.2       Mendidik pemuda sebagaimana Rasulullah s.a.w   mendidik mereka
4.1.3       Melahirkan pemuda yang berani dan sanggup berkorban untuk menegakkan  agama Islam

5.2          Objektif Khusus
5.2.1       Mendidik pemuda menjadi  hamba Allah yang cintakan al-Quran
5.2.2       Membimbing pemuda supaya menjadi pemimpin yang mahir al-Quran dan asas-asas kepimpinan dengan mengambil Rasululah s.a.w sebagai contoh kepimpinan.
5.2.3       Melahirkan pemuda  yang boleh menjadi pemimpin dan juga imam serta mampu mendidik masyarakat ke arah  diredai oleh Allah.
5.3.4       Menubuhkan Jawatan kuasa Pemuda Masjid.

6.            SIRI KURSUS KEPIMPINAN PEMUDA MASJID
Setiap peserta dikehendaki menyertai kursus ini sepenuhnya bagi melayakkannya mengendalikan program-program untuk mendidik remaja dan pemuda  agar masjid dipenuhi dengan golongan remaja sesuai dengan contoh teladan Rasulullah s.a.w. Siri kursus tersebut ialah;
6.1          Kem  Hafazan al-Quran
6.2          Kursus  Imam dan Pengucapan Awam
6.3          Kursus Kepimpinan & Pengurusan Organisasi
6.4          Kem Pemantapan Sahsiah Pemimpin


7.            SASARAN
7.1          Hanya pemuda/pemudi  yang berusia antara umur 16 hingga 30 tahun seramai 20 hingga 30 orang sahaja. Setiap orang dikehendaki melengkapkan siri kursus ini supaya terdedah kepada reality kepimpinan sekarang. Kursus ini sesuai dengan cara Rasulullah s.a.w kerana ramai sahabat baginda berusia demikian ketika dididik oleh baginda.

9.            TARIKH DAN TEMPAT
Bil
Kursus
Tarikh
Tempat
1
Kem Hafazan al-Quran
17-19/1/2014
Masjid
2
Kursus Imam danPengucapan Awam
31/1-2/2/2014
Masjid
3
Kursus Kepimpinan &Pengurusan Organisasi
21-23/3/2014
HotelSeri Malaysia
Port Dickson
4
KemPemantapanSahsiah Pemimpin
25-27/4/2014
Teratai Malaya,
Janda Baik.

Pemilihan kursus ini berdasarkan keutamaan yang diambil dari Sunnah Rasulullah s.a.w.

Untuk maklumat lanjut sila beri emel anda. Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan