Selasa, 15 Oktober 2013

MENGINGATI MATI



Dalam rangka berubudiah dan mengingati Allah, adalah perlu untuk sentiasa dalam peningkatan dan penerusan amal, dan di antara perkara perkara yg boleh menolong kita dalam penerusan dlm tarbiyah dan amal ialah mengingati mati.

Sabda rasul saw:

Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan dlm keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dlm keadaan sedikit (amalan )melainkan memperbanyakkannya.” Hadis riwayat al Baihaqi drp ibn Umar radiallahu anhuma.
“sesuatu yg menghapuskan kelazatan” dlm hadis tersebut adalah dimaksudkan dgn mengingati mati, perkara ini telah dijelaskan oleh satu sabda nabi saw yg lain dari riwayat Tarmizi dan Nasa-ie, ibn majah dan al Hakam.

“Banyakkanlah olah kamu akan mengingati sesuatu yg menghapuskan kesedapan iaitulah mati.”
Rasulullah saw pernah ditanya:
Siapakah orang orang beriman yg lebih bijak (al mukminun al akyas)? Jawab baginda: Mereka yg lebih byk mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kpd perkara selepas mati, mereka itulah yg lebih bijak” (hadis riwayat ibn Majah drpd ibn Umar radiallahu anhuma).

Tentang mukminun al akyas (mukmin yg bijak ) atau al kayyisu (org yg bijak) Diceritakan dari hadis yg lain riwayat imam Ahmad,Tarmizi,ibn Majah,Hakam drpd Saddad ibn Aus:

“Al kayyisu (org yg bijak/cerdik) ialah siapa yg menghisab dirinya dan beramal dgn utk bekalan selepas mati.”

Mati merupakan azab kesakitan,sengsara yg akan dilalui oleh semua yg hidup, apatah lagi seseorg yg kufur dan engkar kpd Allah. Dengan menginsafi kesakitan dan kesengsaraannya sudah tentu mengingati mati bermanfaat besar utk menjauhkan diri seseorg daripada sesuatu yg melalaikan dirinya dan merosakkan amal kebajikannya serta mendekatkan dirinya kpd hari akhirat.

Sebab bagi lupa diri dan lalai drpd mengingati mati:

1.Panjang angan angan (yg tidak memberi manfaat dunia akhirat)
2.kasihkan dunia i.e perkara yg melalaikannya serta menjauhkannya dari keredhaan ALlah.

Daripada ibn umar radiallahu anhuma berkata: “Rasulullah bersabda: Jadilah dirimu di dunia ini seumpama engkau Gharib (org yg dagang, kembara/pendatang) atau seperti sedang bermusafir di jalanan (lalu di jalan)” (Hadis Riwayat Bukhari )

Inilah kata kata yg amat tepat, pengertian yg mendalam yg pernah diajarkan oleh Rasul SAW tentang hakikat hidup didunia ini kpd Ibn Umar r.a. Lihatlah petunjuk ini dan fikirkanlah dgn mendalam, sudah tentu dengan memahami hakikat org dagang atau hakikat pengembaraan kita dpt memahami apa sebenarnya hidup kita ini.

Begitulah sabda nabi saw yg kalau digali terlalu byk pengertiannya, antaranya :

1.Hidup di dunia ini umpama kita sedang bermusafir dari satu tempat ke tempat lain,sudah tentu kita perlukan persediaan, bekalan, kita tidak berniat atau leka utk menetap di sini sebab kita sedang dlm perjalanan. kita tidak mengambil semua yg ada di sini,sebab sudah tentu tidak mampu kita simpan,seorang musafir hanya perlu kpd benda yg penting yg tidak menyusahkan perjalanannya, juga bekalan semugakembalinya dgn sesuatu hasil yg lumayan.

2.Hidup di dunia umpama acara acara, peristiwa yg kita akan lalui datang dan pergi sudah tentu kita perlu bersedia untuK melalui peristiwa peristiwa itu,kerana masanya yg singkat, dan kita berharap dapat melaluinya dengan baik.

3.Hidup di dunia ibarat melalui satu arus pelayaran kehidupan, masanya kian sampai utk tiba ke tempat tujuan, sudah pasti kita membawa perbekalan,bersedia sebaiknya utk pelayaran ini, dan bersedia membawa pulang hasil hasilnya nanti. kelak jua kita akan ditanya tentang masa yg telah digunakan,bicara tentang amal dan pelakuan. Begitu banyak yg boleh dipelajari dari sabda rasul saw itu, dan hakikat hidup ini boleh difahami dengan memerhati dua ciri tersebut iaitu ciri orang yg dagang (asing) dan sedang bermusafir berkelana. Memahami sabda inilah maka Ibn Umar radiallahu anhuma berkata:

“jika engkau melalui waktu petang maka jgnlah menunggu hingga waktu pagi.jika kamu melalui pagi, jgnlah menunggu hingga waktu petang, gunakanlah waktu sihatmu sebelum masa sakitmu. waktu hidupmu sebelum masa matimu.”

Kejahilan tentang hakikat kehidupan,dari mana datangnya,kenapa didatangkan,ke mana kembalinya. kejahilan tentang nilai dunia yg akan ditinggalkan berbanding akhirat tempat kembalinya yg abadi.

Antara perkara perkara yg mengingatkan mati ialah menziarahi qubur

Sabda rasul SAW: "Ziarahilah qubur, sesungguhnya qubur itu mengingatkan kpd kematian"
Hadis riwayat Muslim dpd Abu Hurairah.
"Aku dahulu telah menegah kamu menziarahi qubur, maka kini ziarahilah qubur; kerana dgn menziarahinya menambahkan kezuhudan kpd dunia dan mengingatkan kamu tentang akhirat."
Hadis riwayat ibn Majah dan al Hakam dpd ibn Mas 'ud radiallahu anhu.

Pendek Angan angan adalah menyedari dan memahami perkara perkara yg akan dilalui selepas kematian lalu bersedia untuk melaluinya dengan menjaga amalan dan menjauhi perkara perkara larangan. Angan angan dan cita cita manusia berbeza, Ada orang bercita cita utk hidup seribu tahun. Inilah yg diceritakan oleh Allah swt dlm al Quran nul karim surah al Baqarah ayat 96:

Maksudnya: "Bercita cita seseorang dari kamu sekiranya dipanjangkan umurnya seribu tahun".

Sabda Rasul saw: "Hati seorang tua itu sentiasa muda dengan mengasihi dua perkara; lama hidup (panjang umur) dan harta" Hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah dpd Abu Hurairah.; juga hadis yg mempunyai makna yg sama diriwayatkan oleh Bukhari.

# dimaksudkan dgn muda iaitu kuat sempurna kasih (hendak) panjang umur dan harta seperti kehendak org muda pada usia mudanya.Ada juga org yg berharap utk hidup lagi setahun, ada yg berharap dapat hidup lagi utk 6 bulan, ada yg berharap sehari semalam ; Itulah permintaan manusia yg mengingati kematian,menyedari atau diberitahu bahwa dia akan mati; cita cita atau harapan itu juga berbeza mengikut amalan atau untuk apakah telah dihabiskan usia hidupnya

Diceritakan daripada Mu'az bin Jabal radiallahu anhu dari riwayat Abu Nu'aim dlm kitab ah hulliyah daripada Anas radiallahu anhu berkata: "Tidak melangkah satu langkahan melainkan aku menyangka bahawa aku tidak akan sempat utk teruskan satu langkah yg lain"

Pendeklah angan angan dan cita cita kosong dgn menyedari hakikat kematian, lalu bersegera utk beribadah dan melaksanakan ketaatan yg menjadi tugas sebenar kewujudannya di muka bumi.

Itulah petunjuk yg diperolehi oleh org yg tidak lalai dari mengingati mati; dia bersedia pada pagi pagi yg diingat hakikat kematian, lalu bertaubat dan melaksanakan amal yg baik. jika hidupnya terus sampai petang maka syukurlah dirinya kpd Allah kerana berpeluang mentaatinya dan gembira kerana hari harinya tidak sia sia, Kemudian dia bersedia lagi pada petang itu hingga tiba pagi. Lalu bersyukur kerana sepanjang malam itu hidupnya dalam ketaatan dan gembira kerana malamnya tidak dibiarkan sepi kosong dpd amal soleh. Begitulah dirinya tiap tiap pagi dan petang, hatinya tidak kosong dari menginsafi hakikat kematian; maka ingatan kpd mati itu TUAH baginya dan hidupnya bertambah dgn kebajikan dan kebaikan.

Selasa, 14 Mei 2013

TASAWWUR ISLAM

SIRI 1


Rububiyah berasal dari perkataan rabb. Kalimah ini mempunyai beberapa pengertian seperti pemimpin, pemilik, penguasa danpemelihara. Namun pengertian rububiyah tidak mencakupi semua yang di atas, dan sifat yang sempurna hanyalah milik Allah s.w.t. Rububiyah ialah tuhan yang mengatur segala sesuatu. Maka tauhid rububiyah berkisar mengenai cara-cara seorang hamba mengesakan Allah sebagai tuhan yang satu dalam konteks Tuhan yang menguruskan keperluan-keperluannya.
Tauhid Rububiyah bermaksud Allah ialah Tuhan pengatur segala sesuatu, Dia pemiliknya, Dia pencipta aturannya dan pemberi rezekinya. Sesungguhnya Dia yang menghidupkan, yang mematikan, yang memberi manfaat, yang mendatangkan hukum mudarat dan Dia menerima doa terutama dalam kesukaran. Semua perkara adalah bagi-Nya, ditangan-Nya terletak seluruh kebaikan, Dia berkuasa atas apa sahaja yang Dia kehendaki dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal ini, termasuklah qada’ dan qadar seseorang. Semua hamba-Nya berhajat kepada Allah sahaja.
Allah berfirman
“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (QS 35:15)
Namun tauhid ini sahaja tidak cukup untuk menjamin seseorang hamba bahawa dia ialah seorang Muslim, tetapi perlu disusuli dengan tauhid uluhiyah iaitu mengesakan Allah dalam ketuhanan-Nya, kerana orang musyrik juga mempercayai Allah dalam tauhid rububiyah, namun tidak mengabdikan diri kepada-Nya.
Allah berfirman
“Tanyakanlah: siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang berkuasa sanggup menciptakan pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup? Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa?” (QS 10:31)
Dan firman Allah
“Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah” (QS 43:87)
Allah berfirman lagi
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan bumidengan air itu sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah” (QS 29:63)
Ketiga-tiga ayat diatas merupakan antara ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang musyrik mengakui kewujudan Allah, namun menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain.

Sabtu, 13 April 2013

PENYUCIAN HATI (SIRI 1) Dipetik dari buku karangan Amru Khalid.

TAWAKKAL

Takrif tawakkal mengikut tafsir ulama terbahagi kepada 4;


1.     Kepasrahan hati di hadapan Allah SWT seperti pasrahnya mayat di hadapan orang yang memandikannya. Bila kita terbujur kaku, kita tidak mampu untuk menjerit kesakitan, kita tidak mampu menyatakan kepedihan, bila mana kita dimandikan dengan kasar dan keras. Kita tidak mampu menghalang, bila mana badan kita dibolak balikkan, diangkat, digosok dengan kasar dan bengis. Kita cuma mampu, buatlah se mau kamu terhadap tubuhku, kerana aku tak mampu untuk bertindak sesuatu. Inilah yang dikatakan tawakkal kepada Allah SWT, Ya Allah, Kau buatlah se mau Mu terhadapku kerana aku tak berdaya menghalang kuasa Mu, aku tak mampu menolak ujian Mu, aku lemah untuk menahan kehendak Mu. Aku reda dan aku pasrah kepada Mu.

2.     Biarkan Allah SWT melakukan sekehendak Nya terhadap kita. Bagaimana kedudukan kita bila berhadapan dengan ketetapan Allah, bagaimana reaksi kita bila mana musibah menimpa kita, bagaimana perlakuan kita apabila kehendak Allah menyalahi kehendak kita. Sebaiknya berkatalah kita:" Ya Allah, apa yang datang dari Mu, aku senang menerimanya, aku gembira dengan ketetapan Mu, aku bahagia dengan musibah Mu, aku bersyukur dengan ujian Mu, aku redha dengan ketentuan Mu, kerana aku yakin Engkau tidak akan menelantarkan aku ke dalam kemudharatan, aku yakin Engkau tidak akan menzalimi aku, aku yakin dengan sifat Engkau yang  Maha Pengasih dan Maha Penyayang, aku yakin dengan Sifat Maha Mengetahui Mu. Adakah kita pernah  bertawakkal sedemikian?

3.     Kita hanya menyempurnakan "sebab" dengan anggota badan dan memutuskan "sebab" dari hati kita. Untuk mendapat tawakkal, kita mesti memutuskan hubungan antara anggota badan dan hati kita. Tangan dan kaki mesti menyempurnakan sebab sedangkan hati mesti melepaskan diri dari sebab. Contoh: seseorang yang ingin mendapatkan pekerjaan akan berusaha dengan berbagai cara, menyiapkan diri sebaik mungkin. Ini adalah kerja anggota badan. Kerja hati pula adalah pasrah sepenuh jiwa kepada Allah tanpa berhubung sedikitpun dengan anggota badan, jika berhubung dengan anggota badan, maka tidak dikira tawakkalnya, misalnya; ia berkata " aku dah bersiap sedia untuk ditemuduga, aku rasa, aku dapat kerja ini", atau "tiada siapa yang mampu menandingi kehebatan aku dalam temuduga tadi". Hati tidak bergantung kepada Allah kerana yakin dengan tindakan tubuh badannya.

Sudah tiada pasrah lagi, sebagaimana pasrahnya mayat ketika hendak dimandikan, tiada lagi tawakkal, apabila dihubungkan dengan perbuatan anggota tubuh badan. Maka asingkan hati dan tubuh badan untuk mendapat tawakkal yang sebenarnya.

4.    Kita rela sepenuh hati Allah SWT menjadi wakil kita. Pernahkah anda melantik peguam sebagai wakil anda? adakah anda berserah kepadanya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya buat anda. Pernahkah pula anda melantik Allah SWT menjadi wakil anda dalam setiap tindakan anda. Adakah anda berserah kepada Allah SWT untuk setiap tindakan anda. Bandingkan..

Benarkah Allah SWT menjadi sandaran kita disetiap musibah yang menimpa, Allah kah sandaran kita disetiap tindakan, perlakuan dan pilihan kita. Bukankah ketika musibah, kita sandarkan tindakan dan harapan kita kepada manusia, bukankah ketika bertindak dan membuat keputusan, kita juga sandarkan kepada manusia, apa akan jadi jika  hati kita ini kita sandarkan kepada manusia, apa akan jadi pada akidah kita jika kita sandarkan harapan kepada manusia, sedangkan tawakkal itu, mesti dipisahkan hati dari anggota tubuh badannya supaya tidak berlaku syirik di hati kita.

Contoh Allah menjadi tempat bersandar: "Aku rela Allah menjadi tempat bersandarku, aku serahkan semua urusanku kepada Mu, Ya Allah, Ya Tuhan, Kau buatlah se mau  Mu kepada ku"

Contoh manusia menjadi tempat bersandar: sesiapa yang memakan wang haram, dia tidak bertawakkal kepada Allah, kerana dia tidak percaya Allah memberi rezeki halal baginya.

Sesiapa yang menangis saat ajal kerana memikirkan anak-anaknya yang ditinggalkan, dia tidak bertawakkal kerana tidak percaya Allah menjadi al-Wakil baginya. 

Yakinlah, Allah itu al-Wakil bagi kita, Allah tidak membiarkan kita terlantar dalam kemudaratan kerana kita  telah melantiknya sebagai wakil kita, pasti Allah adalah sebaik-baik wakil buat kita. 

Abu Bakar r.a ditanya oleh para sahabat ketika berhijrah bersama Rasulullah SAW. "Wahai Abu Bakar, apakah yang engkau tinggalkan untuk isterimu, ayahmu dan anak-anakmu. Abu Bakar menjawab: aku tinggalkan mereka kepada Allah dan Rasul Nya." Betapa tingginya tawakkal Saidina Abu Bakar As-Sidiq.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ' kalau kamu bertawakkal kepada allah dengan sebenar-benar tawakkal, maka Allah SWT akan memberi rezeki kamu seperti Dia memberi rezeki burung yang keluar pagi dalam keadaan lapar dan kembali petang dalam keadaan kenyang' ( at-tarmizi, ibnu majah, Imam Ahmad)

Hanya orang yang bertawakkal seperti ini akan termasuk dalam golongan 70,000 orang yang masuk syurga dengan tidak melihat neraka dan tanpa hisab. Bayangkan hanya 70,000 dari sekian jumlah manusia sejak Adam a.s hingga hari kiamat. Terlalu sedikit yang layak dipilih oleh Allah, selainnya akan melalui pelbagai tapisan, seksaan, dan timbangan untuk sampai ke syurga atau ke neraka.




Jumaat, 4 Januari 2013

SENARAI SEMAK BEKALAN AKHIRAT



SENARAI SEMAK BEKALAN UNTUK AKHIRAT
 (SIRI KELAS FARDHU AIN –SIRI 1 )
BIL




PERKARA


JUMLAH RAKAAT
DALIL
2
4

Solat Sunat Wuduk:
“Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya”. 

Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

1
Waktu subuh
1.1 solat wuduk

1.2solat sebelum subuh


1.3 solat subuh


2
Waktu Israq

2.1solat isyraq

2.2solat taubat

2.3solat hajat

2.4   solat tasbih



Solat Sunat Isyraq:
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.”

(Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)

3
Waktu Dhuha

3.1Solat Dhuha

3.2Solat taubat

3.3Solat hajat

3.4   Solat tasbih


Solat Sunat Dhuha:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Solat Tasbih:
“.....Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”

( HR Abu Daud bab solat tasbih no : 1297 )

4
Waktu Zohor

4.1Solat wuduk

4.2Solat sebelum zohor


4.3Solat zohor

4.4Solat selepas zohor


4.5Solat taubat

4.6   Solat hajat



Solat Sunat Taubat:

Suatu pagi Rasulullah memanggil Bilal dan bertanya: “Wahai Bilal, dengan amalan apa yang menyebabkan engkau mendahuluiku ke syurga? Sesungguhnya semalam aku memasuki syurga lalu aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku”. Jawab Bilal: “Wahai Rasulullah, tiadalah aku melakukan suatu dosa melainkan aku akan bersolat dua rakaat, dan tiadalah aku mengalami suatu hadas melainkan aku akan berwuduk kerananya”. Dalam satu riwayat: “…dan aku lihat bahawa wajib ke atasku kerana Allah bersolat dua rakaat”. Maka jawab Rasulullah SAW: ”Dengan amalan inilah”.

 (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, katanya: Hadith hasan sahih gharib)

5
Waktu Asar

5.1Solat wuduk

5.2Solat sebelum asar


5.3   Solat asar


Solat Sunat Sebelum dan Selepas (Rawatib);

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum salat Zhuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.

(HR Muttafaqun 'alaihi)

6
Waktu Maghrib
6.1Solat sunat wuduk

6.2Solat sebelum maghrib

6.3Solat maghrib

6.4Solat selepas maghrib

6.5Solat taubat

6.6   Solat hajat



Solat sunat Witir:

Dari Abu Hurairah“Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” 

 (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud).
7
Waktu Isyak
7.1Solat wuduk
7.2Solat sebelum isyak
7.3Solat isyak
7.4Solat selepas isyak
7.5Solat taubat
7.8Solat hajat
7.9Solat istikharah
7.10Solat witir



Solat Sunat Tahajud:
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum  ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktumalam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."
( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

8
Waktu Qiamullail

8.1Solat wuduk
8.2Solat tahajud
8.3Solat taubat
8.4Solat hajat
8.5Solat tasbih
8.6Solat witir




Solat Sunat Hajat:
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa…… Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’.  

 Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah, no: 441.


JUMLAH RAKAAT




P/S: Sila (/) jumlah rakaat yang telah kita laksanakan. Semoga kita memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat bagi menampung ibadat fardhu supaya kita layak menjadi kekasih Allah yang dicintai-Nya. Tingkatkan amalan kita sesuai dengan peningkatan usia kita.
Memperbanyakkan amalan ibadat sunat bukan menjadi sebab masuk syurga tetapi menjadi sebab kita mendapat cinta dan rahmat Allah SWT, melalui rahmat-Nyalah kita dimasukkan ke syurga. Tetapi jika  tidak memperbanyakkan ibadat sunat , kita tidak layak mendapat cinta, rahmat dan redha-Nya.  Maka kitatidak layak mendapat syurga Allah SWT.

Saya mohon semua yang saya sayangi mengamalkan ibadat ini, bertambah saban tahun sehingga melebihi 4 rakaat yang saya letakkan.



Semoga mendapat manfaat dan beribadatlah seolah-olah kita mati esoknya. amin