Khamis, 15 Februari 2018

Bacaan-bacaan ketika Tawaf


Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah atau haji, silalah print bacaan-bacaan ini, buat 1/4 muka surat, bawalah dan bacalah ketika anda mengerjakan tawaf. mudah kan?






















Pengambilan pelajar Tahfiz Madrasah Sabil Al-Muhtadin


Assalamualaikum Wrt. Alhamdulillah segala puja dan puji hanya untuk Allah semata-mata, tiadalah daya upaya kecuali dengan izin-Mu juga. Syukur pada-Mu Ya Allah dengan segala nikmat kurniaan-Mu. Kau anugerahkan kekuatan kepadaku yang sangat kerdil ini untuk membina sebuah Madrasah Tahfiz yang berorentasikan pendidikan al-Quran dan Hadis bagi membesarkan dan mengagongkan-Mu semata.

Aku juga bersyukur kerana dianugerahkan impian untuk membina Madrasah ini dengan segala kekurangan dan kelemahan yang amat sangat. Aku bersyukur kepada-Mu kerana aku dikelilingi oleh saudara mara dan sahabat handai yang tidak pernah berkira untuk menyumbang ke arah pembangunan Madrasah ini.

Namun begitu perjalananya perlahan kerana sumber kewangannya masih jauh dan panjang untuk sampai kepada sebuah Madrasah yang memiliki bangunan pejabat, bangunan bilik darjah dan bangunan asrama, yang ada hanya doa agar ada insan yang bercita-cita seperti kami untuk membina mahligai tahfiz supaya wujud mahligai di syurga. Insan seperti ini pasti merebut peluang bersama kami memajukan Madrasah ini.

Perjalanan langkah pertama baru bermula dengan pengambilan pelajar sulong tahfiz pada 3 Mac 2018 ini hanya di buka untuk anak lelaki berusia 7 tahun yang masih tetap mengikuti sesi sekolah rendah perdana di waktu pagi dan sesi petangnya kelas tahfiz. Namun begitu pengambilan tahfiz untuk dewasa juga dibuka pada sesi pagi dan petang malah kelas Tafsir dan lain kelas juga dibuka. Semua kelas tersebut diberi sijil pengajian, tertakluk kepada syarat dan terma.

Seorang guru tahfiz telah dilantik secara tetap dan bergaji untuk menjadi tenaga pengajar bagi kelas tahfiz kanak-kanak, kelas tahfiz dewasa dan lain-lain kelas atas persetujuan bersama antara pihak pentadbir Madrasah serta pelajar.

Saya menyeru, marilah kita bersama-sama mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit kita supaya ia menjadi satu perniagaan yang dijanjikan oleh Allah di mana tidak pernah rugi sama ada di dunia maupun di akhirat. Semoga Allah SWT mengirimkan para pembantu yang bertaqwa dan ikhlas untuk membantu kami meneruskan jihad ini dalam menegakkan kalimat Allah sebagai jalan ke syurga. InsyaAllah. amin

Sekian terima kasih.