Selasa, 26 Mac 2024

 Cahaya  al-Quran

Maksud Cahaya

Cahaya disebut “ nur” dalam al-Quran yang boleh memberi makna kepada  cahaya fizikal  ( boleh dilihat dan disentuh),  cahaya hakiki (petunjuk, hidayah, taufiq)  dan cahaya makrifat (di jiwa dan dihayati;  rindu dan cinta )

 Al-Quran itu cahaya

 Sabda Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya, rumah yang dibacakan di dalamnya Alquran, maka rumah tersebut akan terlihat oleh para penduduk langit sebagaimana terlihatnya bintang-bintang oleh penduduk bumi” (HR Ahmad).

Rasulullah SAW memberikan penegasan. Beliau menasihati, "Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian pekuburan. Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah" (HR Muslim).

Firman Allah:

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mu`jizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur’an)”. ( QS. An-Nisa (4):174).

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”. ( QS.Ibrahim (14):1)

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (QS. Asy-Syuraa (42):52).

”Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah (al-Baqarah ayat 185)

Kelebihan al-Quran

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)

Dalam sebuah lagi hadis, dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.(Sunan Ad-Darimi: 3273)

Daripada Abu Umamah al-Bahili R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bacalah al-Quran, kerana ia akan memberikan syafat kepada para ‘sahabatnya’. Bacalah ‘Dua Bunga’: Surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran, kerana pada hari Kiamat nanti, keduanya akan datang seolah-olah dia gumpalan awan, atau seperti dua bayang-bayang, atau seperti dua gerombol burung-burung yang berbaris, yang akan membela para ‘sahabatnya.’ Bacalah surah al-Baqarah kerana mengambilnya (membaca/menghafal) merupakan satu keberkatan dan meninggalkannya merupakan kerugian. Perkara ini tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang yang batil (jahat/buruk perangainya).”Riwayat Muslim (1337)

Daripada Buraidah R.A, katanya: Aku duduk bersama Nabi SAW dan aku mendengar Baginda SAW bersabda:

Maksudnya: “Belajarlah kamu semua surah al-Baqarah. Sesungguhnya mengambilnya adalah suatu keberkatan dan meninggalkannya adalah satu kerugian, serta tidak dapat meninggalkan hal itu oleh mereka-mereka yang batil.”

Kemudian Nabi SAW dia sejenak, lalu kembali bersabda: “Belajarlah kamu semua surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran, kerana keduanya adalah bagaikan dua bunga, yang mana keduanya akan memayungi ‘sahabat-sahabatnya’ pada hari Kiamat nanti, seolah-olah seperti dua awan atau dua bayangan atau dua gerombolan burung yang berbaris.

Sesungguhnya al-Quran itu akan menemui ‘sahabatnya’ ketika dibangkitkan dari kubur dalam bentuk seperti seorang yang pucat, kemudian dia berkata: “Apakah kamu mengenalku?” Dijawab: “Aku tidak mengenalmu.” Dia berkata lagi: “Akulah temanmu. Aku al-Quran yang telah membuat kamu haus kerana kamu membaca dengan mengeluarkan suara, dan membuatmu berjaga pada malam-malam harimu. Sesungguhnya setiap pedagang itu mempunyai hasil daripada setiap dagangannya. Pada hari ini, kamu memperoleh hasil daganganmu itu.”

Kemudian orang itu diberikan kerajaan di tangan kanannya dan kekekalan di tangan kirinya. Kemudian diletakkan di atas kepalanya mahkota kewibawaan. Kedua ibu bapanya juga dipakaikan dua perhiasan yang keindahan dunia tidak sebanding dengannya. Kedua ibu bapanya pun bertanya: “Kerana apa kami dipakaikan ini?” Dijawab: “Kerana anak kamu berdua telah mengambil (mempelajari/menghafal) al-Quran.” Kemudian diperintahkan kepada keduanya untuk terus naik di tangga syurga dan (melihat) kamar-kamarnya. Mereka akan terus naik selama anaknya masih tetap membaca al-Quran.”Riwayat Ahmad (21872) (21897) (218971) dan al-Darimi (3257)

Daripada Nawwas Ibn Sam’an R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Akan datang al-Quran bersama para ‘ahlinya’ yang mengamalkannya di dunia, dikepalai (didahului) oleh surah al-Baqarah dan surah Ali ‘Imran.”Riwayat Muslim (1338) dan al-Tirmizi (2808)

Selain itu, terdapat juga hadith tentang kelebihan surah al-Baqarah sepertimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”Riwayat Muslim (780)

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri, yang dimaksudkan dengan menjadikan rumah seperti perkuburan adalah rumah yang kosong daripada zikir dan ketaatan, maka dengan itu menjadikannya seperti perkuburan atau seperti orang yang mati. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/146)

Selain itu, terdapat juga hadith tentang kelebihan dua ayat terakhir surah al-Baqarah seperti hadith riwayat Abu Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Bahawa sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam, telah cukup baginya dengan keduanya.”Riwayat al-Bukhari (5009) dan Muslim (807) 

Menurut Imam al-Nawawi, maksud cukup baginya di dalam hadith di atas adalah cukup bagi seseorang mendirikan malam pada malam tersebut, cukup baginya (terpelihara) daripada keburukan syaitan serta daripada kebinasaan-kebinasaan dan boleh jadi ia membawa makna kesemuanya sekali. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 6/91)

Apa tindakan kita? 

Kedegilan dan kesombongan manusia

Firman Allah

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya (al-Kahfi: 54)

Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.(al-Kahfi: 55)

Bersusah payahlah untuk akhirat

Firman Allah:

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)” (al-Balad 90:: 4)

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). (al-Insyiqaaq  84:6)

Kelebihan Belajar al-Quran

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia mahir membacanya, maka ia bersama para malaikat yang mulia (bersih dari maksiat) dan taat dalam kebaikan. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dengan terbata-bata dan merasa kesulitan ketika membacanya, maka baginya dua pahala.” (Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 4937 dan Muslim, no. 798]

Belajarlah seperti mana nabi Musa a.s belajar dengan Nabi Khaidir a.s yang dikisahkan dalam surah al-Kahfi ayat 60-82. Semoga para murid dan guru memerhati dan mengamalkan metodologi mereka. Mengharungi segala susah payah, membuang kesombongan diri, mengakui kejahilan diri, mengikuti ke mana sahaja guru pergi dan buat, sentiasa bersama guru dan mentaati serta memandang tinggi kepada guru.


Sabtu, 25 November 2023

 Kupasan Buku As-Syifa’ (al-Qadhi ‘Iyadh)


Siapa al-Qadhi ‘Iyadh

Nama lengkapnya adalah ‘Iyadh bin Musa bin ‘Iyadh bin ‘Imrun bin Musa bin Muhammad bin ‘Abdullah bin Musa bin ‘Iyadh al-Yahshubi al-Andalusi al-Maliki. Ia lahir pada pertengahan bulan Sya’ban tahun 476 H di kota bernama Sibtah (sekarang Ceuta) di Andalus (Sepanyol)


Dikatakan Qadhi Iyadh dilahirkan di Sibtah salah satu negeri di Maghribi pada pertengahan bulan Sya’ban tahun 476 H / 1083-84 M, enam bulan selepas Almoravid mengambil alih Andalus. Nenek moyangnya meninggalkan Andalus berpindah  ke Fez dan kemudian menetap di Ceuta.

Pendidikannya

Dikatakan Qadhi Iyadh tidak menuntut ilmu pada peringkat awal sebagai mana yang dinyatakan oleh al-Zahabi. Pada usia 22 tahun, Qadhi ‘Iyadh mendapat kebenaran (ijazah) daripada Hafiz Abu ‘Ali al-Ghasani. Ini membolehkan Qadhi ‘Iyadh mengambil ilmu daripadanya. (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 20/213)

Qadhi ‘Iyadh bermusafir keluar dari kota Ceuta dua kali, salah satunya pergi ke Andalus untuk mencari ulama yang dia dapat  mempelajari ilmu. Beliau telah berguru dengan Abu Ali al-Salafi dan melaziminya begitu juga mengambil ilmu daripada Abu Abdillah Muhammad Isa al-Tamimi serta al-Qadhi Muhammad bin Abdullah al-Masili.

Akhir hayatnya

Terdapat beberapa pendapat tarikh dan tempat beliau meninggal dunia. Pendapat ramai ulama mengatakan beliau meninggal dunia pada Ramadan 544 H/ Disember-Januari 1149-50 M.

Sebaliknya, ia juga telah dilaporkan bahawa beliau meninggal dunia pada Jamadilakhir tahun yang sama, di Marrakesh, Morocco.

Ibn Bashakwal berkata, “Qadhi ‘Iyadh meninggal dunia di sebelah barat kampung halamannya, pada pertengahan tahun 544 Hijrah.”

Anaknya, Qadhi Muhammad bin ‘Iyadh, berkata, “Beliau wafat pada tengah malam, pada hari Jumaat 9 Jamadilakhir. Beliau dimakamkan di Marrakesh pada tahun 544 Hijrah.”

Syeikh Mohammed Aslam menziarahi kubur Qadhi ‘Iyadh di Marrakesh.

Aku (al-Zahabi) berkata, “Telah sampai kepadaku bahawa dia dibunuh oleh panah kerana penyangkalannya bahawa Ibn Tumart adalah maksum dan Mahdi yang ditunggu-tunggu.”

Ada juga pendapat mengatakan Qadhi Muhammad bin ‘Iyadh meninggal dunia pada tahun 575 Hijrah.


Jenis Ilmu Mengenai Rasulullah SAW

Belajar tentang Nabi Muhammad ﷺ itu ada 5 pecahan ilmunya yang semuanya terkait dengan syari’at yang Baginda bawakan. Bagaimana hendak memahami syari’at sekiranya tidak mengenali pembawanya iaitu Nabi Muhammad SAW.

1. Syamāil (الشمائل)

Iaitu ilmu berkenaan mengetahui keperibadian Rasulullah ﷺ yang memberi manfaat supaya diketahui akan haramnya perbuatan menggambarkan Rasulullah ﷺ dengan lukisan, apatah lagi dengan lakaran-lakaran yang jelik.

Kepentingan lain dalam mempelajari Syamāil, adalah supaya dapat menangkis kebohongan mereka yang mendakwa berjumpa dengan Rasulullah ﷺ tetapi menggambarkan Baginda dengan sifat-sifat yang tidak benar.

Kepentingan belajar Syamāil yang ketiga adalah supaya diketahui sisi-sisi kemanusiaan Rasulullah ﷺ, tetapi dalam masa yang sama tahu di mana kedudukan Baginda sebagai seorang utusan Allah berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada diri Baginda ﷺ. Ilmu ini biasanya membicarakan tentang fizikal, bertujuan dapat mencintai Rasulullah SAW, wajah nabi tidak bulat tidak bujur, wajah bercahaya, berminyak rambut, wangi, jalan tekan tapak depan kaki untuk sihat, makanan; suka tembikai, labu, dan akhlak Rasulullah SAW.

 2.  Khaṣāiṣ (الخصائص)

Setelah kita kenal sisi kemanusiaan Rasulullah ﷺ dalam Syamāil maka ada berberapa hal yang perlu diketahui berkenaan kekhususan serta keistimewaan yang hanya berlaku pada Rasullulah ﷺ tetapi tidak sama hukumnya buat umat Baginda. Contoh perkara khusus bagi nabi; nabi wajib bangun malam, kahwin lebih 4 isteri - 11 isteri, dan solat 5 waktu untuk baginda.

3.  Faḍāil (الفضائل)

Dari sini kita akan lebih mengenali kelebihan dan keutamaan Nabi Muhammad ﷺ sebagai penutup kenabian serta keunggulan Baginda atas sekalian utusan Allah yang lain bahkan ketinggian kedudukan Baginda atas sekalian makhluk. Contoh kelebihan nabi dan umatnya berbanding nabi dan umat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “aku adalah penghulu bagi anak-anak Adam di akhirat, umat yg paling besar, paling mulia, dan buat baik dapat balasan yang paling besar.

4.  Dalāil ( الدلائل)

Dalāil pula perbahasan tentang perkara-perkara mencarik adat serta membingungkan akal daripada apa yang dikurniakan Allah sebagai mukjizat buat Nabi Muhammad ﷺ sebagai bukti kenabian dan kerasulan Baginda.  Dalail jamak dari dalil kenabian; mukjizat nabi, bertujuan menjaga diri dengan mesti mengamalkan sunah dan mempelajari al-Quran, akhlak nabi adalah al-Quran, dan nabi beramal apa yang ada dalam al-Quran.

5. Sīrah ( السيرة)

Riwayat hidup Baginda seluruhnya daripada kelahiran sehingga perpindahan Baginda dari alam dunia ke alam Barzakh. Kebanyakan pelajaran lain berkenaan syari’at yang dibawa Baginda terkandung dalam sirah tanpa menafikan seluruh ilmu lain di atas. 


Tafsir Surah at-Taubah:126

Dalam ayat di atas, Allah SWT menggambarkan beberapa isi utama, sifat, dan sikap mulia  yang terdapat dalam diri Nabi Muhammad, yaitu; (1) min anfusikum; (2) azizun; (3) harishun; (4) ra'ufun; dan (5) rahimun.

Pertama, min anfusikum (dari kaummu sendiri). 
Syekh Mutawalli Asy-Sya’rawi dalam kitab tafsirnya mengatakan, ayat ini menjadi bukti bahwa Nabi Muhammad merupakan utusan Allah yang sama-sama manusia biasa, sebagaimana manusia pada umumnya. Hal ini perlu ditegaskan untuk menepis anggapan orang yang menganggap bahwa ia berasal dari jenis malaikat, sehingga semua tindakannya tidak boleh dijadikan teladan.  

Selain itu, untuk menegaskan kembali, bahawa meski pun  dilahirkan dari Suku Quraisy dan berbangsa arab, ia tidak menjadikan nabi Muhammad SAW khusus bagi orang-orang arab. Sebab, diutusnya baginda nabi untuk semua umat manusia. (Syekh Mutawalli, Tafsirul Khawathir lisy Sya’rawi, juz I, halaman 593).   

Imam Abul Fida’ Ismail bin Umar ibn Katsir ad-Dimisyqi (wafat 774 H) dalam tafsirnya memiliki pandangan yang berbeza dengan penafsiran di atas. Menurutnya,  ayat di atas memiliki makna dari bangsa arab. Dengan demikian, secara tidak langsung orang-orang arab mengetahui sifat, sikap, nasab, amanah, sopan dan berbagai tingkah laku serta sifat-sifatnya.


Oleh karena itu, menurut Ibnu Katsir, tidak sepatutnya masyarakat arab mengingkari risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Sebab, semuanya sudah tahu dan sangat jelas, bahawa nasabnya berada pada garis keturunan yang mulia dan luhur, keperibadiannya sangat agung, akhlaknya sangat terpuji, orangnya sangat berhati-hati, selain itu juga amanah dan tidak pernah berbohong, menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda. (Ibnu Katsir, Tafsir Al-Quranul Adzim, [Daruth Thayyibah, cetakan kedua: 1999, tahqiq: Syekh Salamah], juz IV, halaman 241).   


Kedua, azizun (berat terasa olehnya). 
Potongan ayat ini menjadi sebuah bukti betapa besarnya cinta Nabi Muhammad kepada umatnya. Semua kesengsaraan, kesusahan, kepayahan dan musibah-musibah lain yang dirasakan umatnya, turut dirasakan Rasulullah SAW. Bahkan, sebelum semua musibah dan derita itu dirasakan oleh mereka, ia sudah merasakan terlebih dahulu.   


Syekh Syihabuddin Mahmud bin Abdullah al-Husaini al-Alusi (wafat 1270 H), dalam tafsirnya mengatakan, semua beban dan kesengsaraan yang dirasakan oleh umatnya, juga menjadi beban kepada Rasulullah. Dengan kata lain, semua penderitaan dan kesengsaraan yang dirasakan umatnya, juga dirasakan dan menjadi kesengsaraan bagi Rasulullah SAW.


Menurut Syekh Sahal, sebagaimana yang dikutip oleh Imam Al-Alusi, yang dimaksud dengan kata di atas, adalah Rasulullah tidak boleh melupakan umatnya meskipun sekelip  mata. Yang ada dalam pikirannya hanyalah tentang umatnya. Ia selalu berfikir nasib dan takdir mereka kelak. Dengan memikirkan hal tersebut, ia merasakan penderitaan yang sangat berat dan hidup tidak tenang. (Syekh Al-Alusi, Ruhil Ma’ani fi Tafsiril Quranil Azim was Sab’il Matsani, [Bairut, Darul Kutub, cetakan pertama: 2005, tahqiq: Syekh Ali Abdul Bari], juz VII, halaman 417).


Tidak hanya itu, Rasulullah juga memikul amanah  berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam, Baginda sentiasa disibukkan dengan urusan umatnya. Bahkan, ia sangat jarang memperhatikan keluarganya demi umatnya. Dan yang paling penting Baginda merasa  penderitaan berat umatnya    tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat juga.  


Menurut Syekh Mutawali Asy-Sya’rawi, ketika para nabi sibuk mengurus nasib mereka satu persatu pada hari kiamat, terik matahari yang begitu panas, api neraka yang berkobar, hisab amal kebaikan dan keburukan yang tak kunjung selesai, membuat para nabi lupa dan tidak peduli kepada umatnya, mereka sama-sama mengurus nasib mereka sendiri.   


Di waktu yang sama, semua manusia dalam posisi takut dan mengalami derita yang sangat luar biasa, tangisan terdengar di mana-mana, penyesalan untuk memohon ampunan sudah tidak ada guna. Saat itu, tidak ada satu orang pun yang berpikir perihal orang lain, masing-masing mereka sibuk dengan dirinya masing-masing, semua manusia mondar-mandir untuk mencari pertolongan kepada para nabi, namun para nabi saat itu tidaklah sanggup menolong umatnya, semua sibuk dengan dirinya bahkan rasa takut akan azab Allah juga ada dalam jiwa-jiwa mereka.   

Akan tetapi, hal itu tidak berlaku kepada Rasulullah SAW. Di tengah panasnya matahari dan kobaran api neraka yang terus membesar, ia justru bersujud kepada Allah dengan berkata “Allahumma ummati, ummati, ummati-Ya Allah, umatku, umatku, umatku” sambil menangis. Melihat Rasulullah menangis dalam keadaan bersujud, Allah berkata kepada Malaikat Jibril, “Pergilah kepada Muhammad, kemudian tanyakan, kenapa ia menangis.”   


Seketika itu malaikat Jibril pun pergi dan menanyakan alasan kenapa Rasulullah sujud dan menangis, ia menjawab, “Allah lebih tahu penyebab semua ini.”   


Mendengar jawaban Rasulullah, Jibril langsung menuju Allah SWT untuk menyampaikan jawabannya. Setelah disampaikan, Allah berkata keada Jibril, 
 
Artinya, “Sungguh, Kami (Allah) akan membuatmu reda dalam masalah umatmu, dan Kami tidak akan menyakitimu.” (Syekh Mutawalli, Tafsirul Khawathir lisy Sya’rawi, juz I, halaman 593).


Jika difikirkan, pada saat yang begitu mencemaskan, masing-masing ingin menuju syurga sebagai tempat penuh nikmat dan anugerah manakala neraka yang menjadi tempat penuh siksa dan malapetaka, Nabi Muhammad SAW merupakan satu-satunya nabi yang melupakan dirinya demi umatnya, bahkan lebih sibuk mengurus umatnya daripada dirinya.   


Ketiga, harishun (sangat menginginkan keimanan). 
Imam Abu Abdillah Muhammad bin Umar bin Hasan bin Husain at-Taimi, atau yang dikenal dengan julukan Imam Fakhruddin ar-Razi (wafat 606 H), dalam kitab tafsirnya mengatakan, potongan ayat di atas memiliki arti bahwa dalam diri Rasulullah terdapat keinginan yang sangat tinggi untuk sentiasa memberikan kebaikan kepada semua umat manusia, dan membersihkan segala kesyirikan dalam diri mereka.   


Semangat yang sangat tinggi dalam mengajak manusia untuk memeluk ajaran Islam sangat jelas kelihatan dari berbagai usaha yang dilakukan Baginda. Contohnya ketika rintangan datang silih berganti, permusuhan, fitnah yang bertebaran, serangan dan ancaman yang selalu menimpa Baginda, tidak sedikitpun mempengaruhi jiwa dan semangatnya dalam berdakwah. Berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan jalan yang benar kepada semua manusia. (Imam ar-Razi, Tafsir Mafatihul Ghaib, [Bairut, Darul Ihya’, cetakan ketiga: 2000], juz XVI, halaman 178).   


Keempat dan Kelima, raufun rahimun (penyantun dan penyayang). 


Setelah pribadi Nabi Muhammad disebutkan sebelumnya, pada penutup ayat terakhir, Allah menegaskan bahwa ia merupakan nabi dan rasul yang sangat santun dan penyayang. Hal ini tidak lain kecuali sebagai contoh teladan yang  paling tepat dari peribadinya sebagai manusia pembawa kasih sayang dan kedamaian.   


Imam Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud al-Baghawi (wafat 516 H), dalam tafsirnya mengutip salah satu pendapat ulama bahwa kasih sayang dan sikap santun Rasulullah tidak hanya kepada umat Islam yang taat saja, sebab hal itu sudah menjadi aturan dalam ajaran Islam yang dibawanya, lebih dari itu, ia juga memiliki sikap yang sangat penyayang dan penyayang meskipun kepada ahli maksiat. Imam al-Baghawi mengatakan,


   قِيْلَ رَؤُوْفٌ بِالْمُطِيْعِيْنَ رَحِيْمٌ بِالْمُذْنِبِيْنَ   


Artinya, “Dikatakan (bahwa Rasulullah) pengasih kepada orang-orang yang taat, dan penyayang kepada orang-orang yang berdosa.” (Imam al-Baghawi, Tafsir Ma’alimut Tanzil, [Bairut, Daruth Thayyibah, cetakan keempat: 1997, tahqiq: Syekh Muhammad Abdullah], juz IV, halaman 115).   


Selain itu, dalam tafsir yang lain, Syekh Mutawalli asy-Sya’rawi mengutip salah satu riwayat yang menjelaskan perihal sifat-sifat Rasulullah, bahwa ia bukanlah pribadi yang keji dan berbuat keji. Ia tidak pernah berteriak di pasar, ia (juga) tidak membalas keburukan dengan keburukan, akan tetapi memaafkan dan berlapang dada. (Syekh Mutawalli, Tafsir Asy-Sya’rawi, juz I, halaman 5023).   

Sabtu, 23 September 2023

 MENCINTAI DAN MERINDUI BAGINDA RASULULLAH SAW

Maksud rindu

Ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: contoh sentiasa mengatakan; ia selalu rindu akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat rindu baginda akan anakanda baginda; rindu akan kampung halaman; 2. = rindu  berahi =  rindu dendam = rindu rawan perasaan sangat cinta atau berahi pada seseorang: sayang sekali rindu dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan rindu mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung rindu menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang rindu sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu rindu anak cucunya; saat itu aku begitu rindu belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yang tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~rindu masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka rindu ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan rindu hati; 2. menaruh rindu akan: spt pungguk ~rindu bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yang dirindukan, kekasih: gadis tunggal rindunya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): rindu tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan; perindu orang yg menanggung rindu

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya memiliki perasaan rindu kepada baginda SAW. Rindu ingin bertemu, rindu ingin menatap wajah yang dimuliakan oleh Allah SWT, rindu ingin mendengar suara indah serta seruannya, rindu bagi mencium tangan baginda, dan rindu pada segala-galanya tentang diri insan yang disanjung oleh semua manusia yang mengenalinya lalu beriman kepadanya.

Perintah Allah Mencintai Rasulullah SAW

1.   Firman Allah Surah al-Taubah: 24

قُلْ اِنْ كَانَ اٰبَاۤؤُكُمْ وَاَبْنَاۤؤُكُمْ وَاِخْوَانُكُمْ وَاَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيْرَتُكُمْ وَاَمْوَالُ ِۨاقْتَرَفْتُمُوْهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ اَحَبَّ اِلَيْكُمْ مِّنَ اللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَجِهَادٍ فِيْ سَبِيْلِهٖ فَتَرَبَّصُوْا حَتّٰى يَأْتِيَ اللّٰهُ بِاَمْرِهٖۗ وَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِيْنَ

Bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

2.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, sungguh akan datang suatu masa, di mana seseorang tidak akan melihatku lagi, kemudian jika seandainya dia mahu melihatku, maka hal itu lebih ia cintai daripada keluarga dan hartanya" - (Riwayat Muslim).

3.  Surah Ali-'Imran ayat 31


قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

Bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

4. Rasulullah SAW bersabda,

Bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang dari kalian sampai aku lebih ia cintai daripada orang tuanya, anaknya, dan seluruh umat manusia.” (Sahih Bukhari No 15).

Cara mendapatkan rindu kepada Rasulullah SAW

1. Mendalami Ilmu tentang Baginda

Kita mulakan dengan mengenali Rasulullah SAW. Kita pelajari kisah baginda dan sunah-sunahnya. Kita terus menelusuri kisah hidup, ahli keluarga, para sahabat serta muamalat cara baginda Rasulullah SAW. Semua ini kita lakukan tanpa melihat rupa paras dan susuk tubuh baginda.

Mengenali ahli keluarga dan para sahabat Rasulullah SAW. Setelah mengenali ahli keluarga baginda, pasti kita berasa sayang pula kepada mereka. Contohnya kepada isteri-isteri baginda. Setiap seorang daripada mereka memiliki kelebihan dan kebaikan masing-masing yang patut kita teladani. Begitu juga dengan para sahabat yang mencintai Rasulullah SAW yang melebihi segala-galanya, malahan lebih daripada diri mereka sendiri, selari dengan tuntutan iman dan agama.

Tidak berhenti belajar tentang Rasulullah SAW. Semakin kita menggali kisah-kisah yang berlaku sepanjang hidup Rasulullah SAW, semakin hati kita tertarik dan terpegun dengan keistimewaan junjungan besar yang hebat ini. Sehinggakan setiap kali mengetahui dan mempelajari tentang kebaikan baginda, amalan baik baginda, kerendahan hati baginda serta kesungguhan pengabdian baginda kepada Allah SWT, kita berasa takjub dan hiba hingga ke dasar hati. Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga itu pun sangat taat kepada Pencipta-Nya, inikan pula sekiranya dibandingkan dengan diri kita sebagai makhluk kerdil yang lemah ini

Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW)." (Riwayat Malik No 1594)

Maka hadirilah majlis-majlis ilmu agar kita mendapat sebanyak mungkin ilmu tentang Rasulullah, keluarga Baginda, para sahabat, para ulama, auliya dan para solihin, di mana merekalah orang-orang yang sangat mencintai dan merindui Rasulullah SAW supaya kita dapat mencontohi dan mengikut mereka.

2. Terbitkan rasa rindu

Sentiasa berusaha menerbitkan rasa rindu kepada baginda Rasulullah SAW kerana rasa rindu itu akan meluruskan jalan kita menuju kepada Allah SWTdan rasul-Nya. Rindu itu akan mencetuskan rasa cinta. Rindu itu mampu membawa kita ke sebuah pengakhiran syurga yang kita damba. Mulakan rasa rindu kepada baginda Rasulullah SAW kerana sesungguhnya kita juga amat dirindui oleh baginda. Kerinduan ini membuatkan apabila kita berbicara mengenai Rasulullah SAW, hati kita pasti tersentuh, dan air mata pasti deras mengalir.

Sentiasa wujud rasa ingin bertemu dan berjumpa dengan baginda Rasulullah SAW. Kita berazam serta berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menunaikan umrah dan haji, seterusnya menyempurnakan ziarah dengan mengunjungi makam baginda di Tanah Suci. Kita juga rindu dan berusaha menghilangkan rindu agar dapat beretmu dengan banginda sama ada ketika tidur, atau jaga dan dapat bertemu baginda ketika di alam barzakh, di Padang Mahsyar seterus di Syurga bersama Baginda. Banyak cara-cara yang diajar oleh Baginda untuk bertemu baginda yang boleh dilakukan oleh kita.

3. Sentiasa berselawat

Sentiasa berselawat setiap kali mengingati baginda ataupun mendengar nama baginda disebut. Berselawatlah kerana Allah yang Maha Besar itu, bahkan Allah berselawat kepada baginda. Allah SWT menyatakan dalam Surah al-Ahzab, ayat 56;


اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰۤىِٕكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّۗ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا 

Bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

4. Mengamalkan Sunnah Baginda

Mengamalkan sunah baginda. Sunah Rasulullah SAW terlalu banyak dan meliputi pelbagai aspek kehidupan. Bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besar perkara, semuanya ditunjukkan dengan baik oleh Rasulullah SAW. Apatah lagi sunah baginda dalam ibadah dan amalannya sebagai hamba Allah SWT.

Mengamalkan hidup yang sederhana. Rasulullah SAW adalah insan yang menjalani kehidupan dengan seadanya. Tidurnya beralaskan pelepah kurma sehingga meninggalkan bekas-bekas pada tubuh badan baginda. Justeru, hiduplah kita dengan bersederhana walaupun kita dilimpahi dengan kekayaan harta benda. Gunakan harta itu pada jalan Allah SWT dengan sebaik-baiknya

Firman Allah SWT surah al-Hasyr :7 

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Bermaksud: "Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)."

Mencontohi Cinta Dan Rindu Para Sahabat

Firman Allah Surah at-Taubah: 100

Bermaksud;“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar

Terdapat banyak ayat yang memerintahkan kita mengikuti dan mencontohi sahabat-sahabat Rasulullah SAW dalam menjalani kehidupan seharian, antaranya dalam mencintai dan merindui Baginda SAW.

1.  Zaid bin Harithah sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan Rasulullah SAW daripada dicederakan oleh penduduk Thaif semasa melaksanakan seruan dakwah

2.  Talhah dan Abu Dujanah sanggup menjadi perisai untuk melindungi Rasulullah SAW daripada serangan golongan musyrikin dalam peperangan Uhud

3.  Saidina Abu Bakar pula diberikan gelarann 'al-Siddiq' yang bermaksud sentiasa 'membenarkan' kerana beliau sangat mempercayai dan meyakini segala kata-kata dan perbuatan baginda terutamanya dalam peristiwa Isra' Mikraj yang tidak dipercayai oleh sesiapa pun ketika itu. Katanya, “Sungguh, malam yang paling bahagia adalah malam kematianku. Sebab, aku akan segera bertemu denganmu wahai Rasulullah.”

Bahkan, sebagian ulama mengatakan kalau wafatnya Abu Bakar ash-Shiddiq disebabkan oleh wafatnya nabi Muhammad SAW. Sepeninggal beliau, rindunya kepada Nabi tidak pernah bertepi.

4.  Bilal bin Rabah. Raut wajah Bilal tampak begitu bahagia ketika hampir wafat. Bilal berbahagia lantaran ia akan segera bersua dan berkumpul kembali bersama sang kekasih, Muhammad SAW, karena rindunya kepada Nabi, Bilal juga tidak mampu lagi mengumandangkan azan setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW.

5.  Zaid bin Datsima. tak gentar menghadapi ancaman kaum kafir karena begitu luar biasa kecintaannya kepada Rasulullah SAW. Ketika itu, ia sempat disandera oleh kaum musyrik Makkah dan akan dibunuh. ”Hari ini, tidakkah engkau berharap Muhammad akan bersama dengan kita sehingga kami dapat memotong kepalanya, dan engkau dapat kembali kepada keluargamu?” kata Abu Sufyan kepadanya. “Demi Allah, aku tidak berharap sekarang ini Muhammad berada di sini, di mana satu duri pun dapat menyakitinya – jika hal itu menjadi syarat agar aku dapat kembali ke keluargaku,” jawab Zaid tegas. “Wah, aku belum pernah melihat seorang pun yang begitu sayang kepada orang lain seperti para sahabat Muhammad menyayangi Muhammad,” sahut Abu Sofyan

6.  Umar bin Khatthab. ”Ya, Rasulullah. Aku mencintaimu lebih dari segalanya, kecuali jiwaku,” kata Umar. Mendengar itu, Rasulullah SAW menjawab, ”Tak seorang pun di antara kalian beriman, sampai aku lebih mereka cintai daripada jiwamu.” ”Demi Dzat yang menurunkan kitab suci Al-Quran kepadamu, aku mencintaimu melebihi kecintaanku kepada jiwaku sendiri,” sahut Umar spontan. Maka Rasulullah SAW pun menukas, ”Wahai Umar, kini kamu telah mendapatkan iman itu” (HR Bukhari).

7.  Suatu hari seorang sahabat hadir dalam suatu majlis bersama Rasulullah SAW, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku sangat mencintaimu lebih dari mencintai nyawa, harta dan keluargaku. Jika berada di rumah, aku selalu memikirkanmu. Aku selalu tak bersabar untuk dapat berjumpa denganmu. Bagaimana jadinya jika aku tidak menjumpaimu lagi, karena engkau pasti akan wafat, demikian juga aku. Kemudian engkau akan mencapai darjat anbiya, sedangkan aku tidak?” Mendengar itu Rasulullah terdiam. Tak lama kemudian datanglah Malaikat Jibril menyampaikan wahyu,

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’: 69-70;

Berrmaksud: ”Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka akan bersama orang yang diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Mereka adalah sebaik-baik sahabat, dan itulah kurnia Allah Yang Maha Mengetahui” (QS An-Nisa : 69-70). 

-  Sahabat Wanita Rasulullah SAW. Kecintaan luar biasa kepada Rasulullah SAW itu tergambar pada diri seorang perempuan, beberapa saat selepas Perang Uhud. Dia baru saja kehilangan ayah, abang dan suaminya yang gugur sebagai syuhada. Ia bukannya meratapi mereka, tapi menanyakan nasib Rasulullah SAW, ”Apa yang terjadi pada diri Rasulullah, semoga Allah memberkati dan melimpahkan kedamaian kepadanya.” ”Nabi baik-baik saja sebagaimana engkau mengharapkannya,” jawab para sahabat. Lalu kata perempuan itu lagi, “Tunjukanlah dia kepadaku hingga aku dapat memandangnya.” Kemudian para sahabat menunjukan di mana Rasulullah SAW. “Sungguh, kini semua deritaku tak ada artinya. Sebab, engkau selamat,” kata perempuan itu kepada Rasulullah SAW. ”Mereka yang mencintaiku dengan sangat mendalam adalah orang-orang yang menjemputku. Sebagian dari mereka bersedia mengorbankan keluarga dan kekayaannya untuk berjumpa denganku,” sabda Rasulullah SAW sebagaimana diceritakan oleh Abu Hurairah (HR Muslim, Bukhari, Abu Dzar).

Kesan Cinta kepada Rasulullah SAW melahirkan ketaatan dan keselamatan

Cinta tidak hanya melahirkan rindu, tapi juga ketaatan. Orang yang cinta kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, ia akan tunduk serta patuh kepada seluruh titah-Nya, menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah Suran Ali-Imran :31


 

Bermaksud: “Katakanlah (Muhammad), ‘Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” Firman Allah Surah al-Fatih: 8-9

Bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengutus engkau sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan-Nya, membesarkan-Nya, dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang 

Kisah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, ”Bilakah datangnya hari kiamat?” Maka jawab Rasulullah SAW, ”Apa yang sudah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Jawab sahabat itu, “Saya tidak mempersiapkannya dengan banyak solat, puasa, dan sedekah, tapi dengan mencintaimu dalam hati.” Lalu, sabda Rasulullah SAW, ”Insya-Allah, engkau akan bersama orang yang engkau cintai itu.”

Menurut Ibnu Mas’ud, Abu Musa al-Asy’ari, Shafwan, dan Abu Dzar, Rasulullah SAW telah bersabda mengenai seseorang yang dengan tulus mencintainya, ”Seseorang akan berada di Yaumil Mahsyar bersama orang yang dicintainya.” Mendengar itu, para sahabat sangat berbahagia karena mereka sangat mencintai Baginda.

Demikian juga kita, jika kita cinta kepada harta maka kita berusaha bersamanya, jika kita rindu anak, pasti kita ingin sentiasa bersamanya, jika kita rindu pasangan kita, jika boleh kita ingin sehidup semati dengannya, jika kita cintakan dunia pasti ketika takut akan kematian, jadi cintailah yang kekal abadi, negari abadi, kekasih abadi, insya-Allah kita bersamanya selama-lamanya. Amin

Sekian Terima kasih semoga bermanfaat