Ahad, 1 November 2015

BELAJAR DAN MENGAJAR AL-QURAN


Sejarah pengajaran al-Quran menurut al-Buti (1991) dan Mohd Yusuf (2000) bermula ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang beribadat di Gua Hira’. Baginda dilantik menjadi pesuruh Allah S.W.T. setelah turunnya ayat al-Quran yang pertama. Dengan perutusan kenabian ini, maka bermulalah dakwah yang bersumberkan wahyu. Al-Quran yang diajar oleh Jibrail a.s dan dibaca oleh Rasulullah s.a.w bukan semata-mata bacaan, tetapi ia dilakukan untuk difahami dan diamalkan oleh umat manusia. Aktiviti Baginda yang tidak henti-henti menggerakkan lidah dan bibirnya sehingga Allah S.W.T. melarangnya berbuat demikian kerana Allah S.W.T. memberi jaminan kepada rasul-Nya berkaitan amalan menghafal al-Quran dan membetulkan bacaan rasul-Nya. Firman Allah S.W.T. Maksud: 

"Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) (kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkanbacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, Sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)".
(Surah al-Qiamah, 75: 16-19).


Berdasarkan ayat dan tindakan Rasulullah saw di atas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. membimbing rasul-Nya dan umat Islam tentang kaedah mempelajari al-Quran. Dalam kaedah ini, pada peringkat awalnya, Jibrail a.s sebagai guru, membaca kepada Nabi s.a.w dan Baginda diminta supaya mendengar dan memerhatikan bacaan Jibrail a.s. Rasulullah s.a.w semasa melalui proses bacaan al-Quran ini Baginda tidak tergopoh-gapah dalam bacaan dan hanya mengikuti bacaan al-Quran apabila malaikat Jibrail a.s selesai membacanya. (al-Buti, 1991).


Umat Islam malah Rasulullah s.a.w sendiri dalam mempelajari al-Quran amat memerlukan pertolongan Allah S.W.T. kerana mempelajari al-Quran berbeza dengan mempelajari sesuatu yang lain. Bezanya, Allah S.W.T. telah memberi jaminan kepada rasul-Nya bahawa al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w tidak akan dilupai selama-lamanya. Dengan jaminan ini, maka setiap kali Jibrail a.s datang membawa wahyu kepada Rasulullah s.a.w, Baginda mendengarnya dengan penuh perhatian dan apabila Jibrail a.s selesai, Nabi membacanya sebagaimana Jibrail a.s membacanya. 


Nabi Muhammad s.a.w memulakan pengajaran al-Quran di rumah Baginda dan rumah al- Arqam bin Abi Arqam dalam usaha membentuk peribadi para sahabat. Pengajaran al-Quran seterusnya berkembang dengan kedatangan rombongan dari Madinah untuk berjumpa Rasulullah s.a.w dan beriman dengannya. Kemudian Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, pengajaran al-Quran berterusan di rumah Baginda dan di Masjid Nabawi. Ramai di kalangan para sahabat yang berguru secara langsung dengan Rasulullah s.a.w. Mereka mempelajari al-Quran secara hafalan daripada Rasulullah s.a.w hingga lahirlah kumpulan huffaz yang terkenal, antaranya Abu Bakar, Uthman, Ali Ibn Mas’ud, A’ishah dan Hafsah (al-Buti, 1991). 


Tegasnya pada peringkat ini para sahabat masih meneruskan kaedah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dengan Jibrail dalam pendidikan al-Quran. Melalui kaedah hafalan ini telah berjaya melahirkan ramai mereka yang mampu membaca dan menghafal al-Quran. Secara ringkas terdapat empat langkah pengajaran al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w iaitu:


1. Membaca al-Quran dengan betul. Rasullullah s.a.w membaca al-Quran secara talaqi-musyafahah dengan malaikat Jibrail a.s. Maka dengan cara inilah juga Baginda s.a.w mengajarkannya kepada para sahabat.

2. Menerangkan maksud. Hal ini bertujuan untuk memahami apa yang terkandung di sebalik ayat al-Quran yang dibaca.

3. Menghafaz. Selain ayat-ayat al-Quran ditulis di pelepah-pelepah tamar, tulang dan kulit terdapat juga para sahabat yang menghafal ayat al-Quran.

4. Mengamalkan al-Quran berdasarkan ajaran yang difahami daripada ayat-ayat yang dihafal.

Berdasarkan perbincangan tentang pengajaran al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w, jelas memperlihatkan aktiviti yang bersungguh-sungguh dan berterusan dilakukan untuk memastikan kelangsungan dalam pengajaran al-Quran.

Kaedah pengajaran al-Quran secara hafalan diteruskan lagi pada zaman sahabat untuk menjamin agar al-Quran berkekalan. Al-Quran yang dipelajari oleh para sahabat telah berjaya melahirkan ramai para huffaz. Para sahabat menggunakan kaedah hafalan bukan sahaja terhad kepada pendidikan al-Quran, malah pendidikan hadis dan ilmu-ilmu juga terikut dengan cara yang sama. Oleh itu, kaedah hafalan adalah merupakan satu kaedah yang penting dalam mempelajari al-Quran pada zaman sahabat. Kaedah ini telah berjaya melahirkan golongan sahabat yang menjiwai al-Quran sepanjang hayat mereka.

Tegasnya, pengajaran al-Quran dimulai dengan cara para guru memperdengarkan bacaan surah-surah pendek dan pelajar mengulanginya beberapa kali bersama guru sehingga terlekat dalam ingatan. Proses ulangan, hafalan dan ingatan ini sangat sesuai lebih-lebih lagi pada peringkat kanak-kanak kerana ia dapat menanam benih ketakwaan dan keikhlasan pada diri mereka (Ibnu Khaldun,2000). Kaedah pengajaran al-Quran secara hafalan kepada kanak-kanak yang bermula pada usia muda ini berjalan di semua kuttab di bawah pemerintahan Kerajaan Islam. Pemerintah memberi penekanan terhadap kepentingan ilmu pengetahuan. Hal ini terbukti pada zaman Khalifah Harun al-Rashid sistem pendidikan diperkemaskan, di mana pendidikan awal kanak-kanak diberi perhatian. Bangunan sekolah yang disambungkan dengan bangunan masjid menjadi tempat belajar bagi kanak-kanak yang telah mencapai usia lima tahun. Al-Quran menjadi bahan asas dalam segala ilmu yang diajar (Ahmad, 1997).

Al-Saboony (1985) dan Ahmad (1997) menyatakan bahawa bacaan al-Quran berbeza antara sesebuah negeri dengan negeri lain. Hal ini kerana mengikut guru yang dihantar ke negeri tersebut. Para sahabat mengambil bacaan al-Quran daripada Rasulullah s.a.w berasaskan tujuh jenis bacaan.Walaupun begitu proses pengajaran al-Quran di satu-satu negeri seperi Sham, Iraq dan Kufah adalah berbeza cara bacaan mengikut guru yang mengajar. Contohnya di Sham gurunya adalah Ubai bin Ka’ab, di Kufah gurunya adalah Abdullah bin Mas’ud. Demikianlah berterusannya proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran selepas kewafatan Rasulullah s.a.w hinggalah Islam datang ke Tanah Melayu pada abad ke 15 (Ahmad, 1997), pengajaran dan pembelajaran al-Quran mula tersebar di Tanah Melayu.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”.
(Faathir:29-30). 

Dalam kitab Shahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda bermaksud,

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Hadits riwayat Al-Bukhari dari Utsman bin Affan, tetapi dalam redaksi yang agak berbeda, disebutkan bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Dalam dua hadits di atas, terdapat dua amalan yang dapat membuat seorang muslim menjadi yang terbaik di antara saudara-saudaranya sesama muslim lainnya, yaitu belajar Al-Qur`an dan mengajarkan Al-Qur`an. Tentu, baik belajar ataupun mengajar yang dapat membuat seseorang menjadi yang terbaik di sini, tidak bisa lepas dari keutamaan Al-Qur`an itu sendiri. Al-Qur`an adalah kalam Allah, firman-firman-Nya yang diturunkan kepada Nabi-Nya melalui perantara Malaikat Jibril Alaihissalam. Al-Qur`an adalah sumber pertama dan acuan utama dalam ajaran Islam. Karena keutamaan yang tinggi inilah, yang membuat Abu Abdirrahman As-Sulami –salah seorang yang meriwayatkan hadits ini– rela belajar dan mengajarkan Al-Qur`an sejak zaman Utsman bin Affan hingga masa Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi.

Hadis ini menunjukkan akan keutamaan membaca Al-Quran. Suatu ketika Sufyan Tsauri ditanya, manakah yang engkau cintai orang yang berperang atau yang membaca Alquran? Ia berkata, membaca Al-Quran, karena Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”. Imam Abu Abdurrahman As-Sulami tetap mengajarkan Alquran selama empat puluh tahun di masjid agung Kufah disebabkan karena ia telah mendengar hadis ini. Setiap kali ia meriwayatkan hadis ini, selalu berkata: “Inilah yang mendudukkan aku di kursi ini”.

Al Hafiz Ibnu Katsir dalam kitabnya Fadhail Quran halaman 126-127 berkata: [Maksud dari sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkan kepada orang lain” adalah, bahwa ini sifat-sifat orang-orang mukmin yang mengikuti dan meneladani para rasul. Mereka telah menyempurnakan diri sendiri dan menyempurnakan orang lain. Hal itu merupakan gabungan antara manfaat yang terbatas untuk diri mereka dan yang menular kepada orang lain. 

“Sesungguhnya Allah swt mengangkat derajat beberapa golongan manusia dengan kalam ini dan merendahkan derajat golongan lainnya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud dari belajar Al-Qur`an di sini, yaitu mempelajari cara membaca Al-Qur`an. Bukan mempelajari tafsir Al-Qur`an, asbabun nuzulnya, nasikh mansukhnya, balaghahnya, atau ilmu-ilmu lain dalam ulumul Qur`an. Meskipun ilmu-ilmu Al-Qur`an ini juga penting dipelajari, namun hadits ini menyebutkan bahwa mempelajari Al-Qur`an adalah lebih utama. Mempelajari Al-Qur`an adalah belajar membaca Al-Qur`an dengan disertai hukum tajwidnya, agar dapat membaca Al-Qur`an secara tartil dan benar seperti ketika Al-Qur`an diturunkan. Karena Allah dan Rasul-Nya sangat menyukai seorang muslim yang pandai membaca Al-Qur`an. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda bermaksud;

“Orang yang pandai membaca Al-Qur`an, dia bersama para malaikat yang mulia dan patuh. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur`an dengan terbata-bata dan berat melafalkannya, maka dia mendapat dua pahala.” (Muttafaq Alaih)

Adapun maksud dari mengajarkan Al-Qur`an, yaitu mengajari orang lain cara membaca Al-Qur`an yang benar berdasarkan hukum tajwid. Sekiranya mengajarkan ilmu-ilmu lain secara umum atau menyampaikan sebagian ilmu yang dimiliki kepada orang lain adalah perbuatan mulia dan mendapatkan pahala dari Allah, tentu mengajarkan Al-Qur`an lebih utama. Bahkan ketika Sufyan Ats-Tsauri ditanya, mana yang lebih utama antara berjihad di jalan Allah dan mengajarkan Al-Qur`an, dia mengatakan bahwa mengajarkan Al-Qur`an lebih utama. Ats-Tsauri mendasarkan pendapatnya pada hadits ini.

Namun demikian, meskipun orang yang belajar Al-Qur`an adalah sebaik-baik orang muslim dan mengajarkan Al-Qur`an kepada orang lain juga sebaik-baik orang muslim, tentu akan lebih baik dan utama lagi jika orang tersebut menggabungkan keduanya. Maksudnya, orang tersebut belajar cara membaca Al-Qur`an sekaligus mengajarkan kepada orang lain apa yang telah dipelajarinya. Dan, dari hadits ini juga dapat dipahami, bahwa orang yang mengajar Al-Qur`an harus mengalami fase belajar terlebih dahulu. Dia harus sudah pernah belajar membaca Al-Qur`an sebelumnya. Sebab, orang yang belum pernah belajar membaca Al-Qur`an, tetapi dia berani mengajarkan Al-Qur`an kepada orang lain, maka apa yang diajarkannya akan banyak kesalahannya. Karena dia mengajarkan sesuatu yang tidak dia kuasai ilmunya.

Aktiviti belajar dan mengajar al-Quran ini merupakan sunnah Rasulullah saw, dan para ulama maka, menjadi kewajipan kepada pihak pengurusan masjid melaksanakan aktiviti ini dengan menganjurkan aktiviti Kelas mengaji al-Quran, kem smart al-Quran, kem Hafazan dan Tadabbur al-Quran. Masjid mesti meriah dengan aktiviti ini supaya dapat menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan