Nama: Dr. Saharizah Mohamad Salleh
Guru Agama M.A. Education UKM, PhD Usuluddin, UPSI, Pesara, Giat mengajar diTikTok, di Surau dan Masjid, serta menguruskan rumah wakaf
Suami: Mahayudin bin Abu Bakar
Pen Pengarah Hal Ehwal Agama Islam, JAKIM. M.A.Peng. Islam, UM, Giat mengajar di Surau dan Masjid, serta menguruskan rumah wakaf
Anak: 1. Mazeidah Izayu bt Mahayudin + Muhammad Nur Taufiq bin Sazali; 3 orang anak; Muhammad Amir Zakuan, Amira Zahira dan Azalia Zulaikha
2. Muhammad Muhaimin bin Mahayudin + Hajiah Najihah; 3 Orang anak; Aideen, Hanna dan Aidan
3. Maizatul Akmal bt Mahayudin + Izwan bin Halidi; 4 orang anak; Muhammad, Yusuf, Fatimah dan Hajar
4. Muhammad Muzaim bin Mahayudin + Maryatul binti Sodikin; belum ada anak
5. Mazrina bt Mahayudin + Hazlan bin Rosdan; seorang anak; Haziq
6. Muhammad Muzaini b Mahayudin ; Belum berkahwin
Alhamdulillah dengan izin Allah dan ketentuan Allah, saya telah berjaya menamatkan pengajian PhD ketika berusia 56 tahun bermula Disember 2014-2019, berjuang menuntut ilmu agama bermula dari peralihan ketika berusia 13 tahun hingga tingkat 5 di SMU Padang Tengku, dengan segala kemiskinan dan serba kekurangan, harungi SPM dan SMU dengan segala kepayahan, bekerja menoreh getah ketika cuti sekolah, lebih-lebih ayah telah bertemu Pencipta ketika usia 15 tahun, hadapi kehidupan dengan pengorbanan seorang ibu yang hanya penoreh getah mencari sesuap nasi menanggung 8 anak berseorangan. Al-Fatihah untuk ayah dan ibu, semoga Allah letakkan kalian di Syurga tertinggi, Syurga Firdaus.
Aku menyambung persekolahan setelah berhempaspulas untuk berjaya dalam SPM, maka berjayalah aku ke tingkatan 6, mendaftarlah aku sendirian di Sekolah Tinggi Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang (STUSAB), di sana aku berhempas pulas lagi tinggal di asrama yang mana ditanggung sedikit sebanyak oleh abang ipar yang juga peneroka, al-Fatihah untuknya. Bukan senang untuk senang, tetapi kesusahan itulah mengajar erti belas kasihan kepada orang tua, ayah ibu dan ahli keluarga dan sesiapa sahaja.
Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancangan, berkat kesungguhan dan doa seorang ibu, ibuku selalu menyebut " tad sentiasa berpuasa bila tiada duit" itulah aku, gelaran manja yang ayah ibu bagi, itulah hidupku sentiasa berpuasa kerana kekurangan wang, dan aku tidak pernah membentak-bentak ibuku, apabila aku memerlukan sesuatu, aku tidak mahu air mata ibuku jatuh walaupun setitis disebabkan kata-kataku atau perangaiku, aku cuma memberitau, jika dapat alhamdulillah, jika tidak dapat aku reda... akhirnya aku berjaya ke menara gading. Alhamdulillah.
Sampailah aku ke UKM, mendaftarlah aku di sana 1984 di Fakulti Pengajian Islam, aku belajar di sana juga dengan segala kekurangan, Tapi Allah itu Maha Kaya, dia sentiasa mencukupkan hidupku walaupun ibuku hanya memberi RM70 sebulan dengan pelbagai kos pengajian, kadang-kadang aku menunggu bilakah sampai wang kiriman untukku, tika itu aku puasa lagi, makan sekali sehari, bagai-bagai cara untuk aku bertahan bagi meneruskan kehidupan di kampus, cuti semester sudah pasti aku balik kampung untuk sama-sama menoreh getah untuk mengembirakan hati ibu yang selama ini menoreh sendirian, kadang-kadang aku balik awal sedikit, aku masak makanan untuk ibu yang telah kepenatan dan kelaparan, makanan kami hanya sambal bilis dengan belimbing buluh, itu je yang ada. Selesai memasak dan telah di hidangkan, aku kutip semua pakaian ibu ku dan aku, aku basuh di sungai di hadapan rumahku, alangkah bahagia ketika itu kerana aku dapat berbakti kepadanya. Aku rindu ibuku...
Di kampus, aku antara yang aktif berpersatuan, pernah masuk pilihan raya kampus untuk wakil pelajar bagi Kamsis A, tapi aku kurang berminat, so aku kalah, aku masuk lagi pilihanraya anak negeri Pahang, aku menang, maka aku jadilah exco setiausaha agong selama hampir 4 tahun, aku boleh tinggal di kampus, KAMSIS A sehingga tahun akhir, alhamdullah. Allah lah sebaik-baik perancang, ketika itu aku dengan team aku merancang pelbagai program untuk ahli persatuan, kami merantau keseluruh negeri Pahang untuk menyampaikan risalah Allah dan kepentingan negara. Aku juga bertungkus lumus menghabiskan tesis aku " Tatacara Jenayah Dan Sivil" pengkhususan bidang Syari'ah, segala kesusahan di kampus aku telan tanpa marah kepada sesiapa lebih-lebih lagi ibu. Akhirnya aku grad pada tahun 1988, ketika itu aku telah berkahwin pada tahun 1987 dengan jodohku Mahayudin Bin Abu Bakar dan dikurniakan seorang anak comel Mazeidah Izayu. Aku konvo bersamanya beserta ibuku, dan adik-adikku. Alhamdulillah semua datang meraikannya. Kejayaan pertama dalam keluargaku.
sambungan..
selepas tamat belajar di UKM, aku ditawarkan Kursus Lepas Ijazah pada tahun 1989 selama setahun sebelum aku layak bergelar guru, hidup penuh liku dan ujian, dalam kepayahan setiap hari aku ke Maktab Perguruan Lembah Pantai dengan menaiki bas kemudian berjalan kaki ke kampus untuk menghadiri kelas, begitulah selama setahun, tika itu aku tinggal di kuaters Pertanian Serdan bersama suami yang bekerja di Institut Pertanian Serdang. Sudahnya aku ditawarkan mengajar di SMK Subang, Subang Jaya pada tahun 1990 MasyaAllah lagi lah besar masalahnya kerana ketika itu, aku dan suami tiada sebarang kenderaan. Maka sepenuhnya aku bergantung kepada bas, terpaksa melalui 2 bas; satu dari UPM ke bus Stop Klang kemudian menaiki pula bus dari bus Stop Klang ke Subang. Allahu Akbar betapi peritnya ketika itu terutama masa itu aku sedang mengandungkan anak yang ke dua; Muhaimin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Aku tidak tahan dengan kesusahan yang begitu, sehingga aku mengambil kelas belajar memandu, tapi berlaku pula exident di mana aku berlanggar dengan van UPM, aku pengsan dan dimasukkan ke hospital, sementelah aku sedang mengandung. Sejak peristiwa itu, aku bersusahpayah lagi merayu kepada PPD untuk bertukar sekolah dengan berbagai alasan. Alhamdulillah, Allah mendengar rayuan hamba-Nya akupun dipindahkan ke SMK Seri Serdang pada tahun 1991.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan