Ahad, 5 Januari 2014

PEMUDA HEBAT DI ZAMAN RASULULLAH SAW


lihatlah sejarah. Bandingkan dengan pemuda masa kini
Adakah kita lupa, tentang Mus’ab bin Umair? Pemuda yang memeluk Islam tatkala umurnya menjejak 18 tahun. Siapa yang tidak kenal dirinya, pemuda tampan yang digilai wanita Arab Mekah sehingga minyak wanginya sahaja sudah mampu memberitahu akan kehadirannya. Disebabkan kebenaran yang diyakininya, lantas ditinggalkannya segala kemewahan. Walaupun tentangannya adalah ibunya sendiri, yang sebelum ini sangat-sangat menyayanginya!
Kita tahu tentang Usamah bin Zaid, panglima perang termuda kesayangan Rasulullah s.a.w? Ketika itu usianya belum pun mencecah dua puluh tahun, tetapi mendapat kepercayaan yang sangat tinggi daripada Baginda.
Begitu juga Sultan Muhammad Al-Fateh, sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera. Menakluk Kota Konstantinopel seawal umur 21 tahun sehingga berjaya membuktikan hadith nabi. Bergegak gempitalah seluruh umat islam ketika itu, hadith Baginda ternyata benar, wilayah Islam kian menyinar.
Pemuda-pemuda itu telah pun membuktikannya. Ternyata, barisan pemuda juga adalah penjulang panji-panji Islam satu ketika dahulu. Adakah kita tidak pernah menoleh ke belakang sebentar? Belajar dari sejarah, agar nanti kita juga bakal mencipta sejarah yang juga megah. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk sebuah kemenangan yang diimpikan semua masyarakat Islam terutamanya.
Syed Mahadzir (2005) dan Abdul Latip Talib (2010), Sejarah membuktikan bahawa golongan pemuda merupakan golongan yang paling berperanan di dalam perkembangan dakwah Islam. Rasulullah s.a.w sendiri ketika menerima wahyu baru berusia 40 tahun, Saidina Abu bakar berusia 37 tahun, Saidina Umar berusia 27 tahun, Saidina Ali berusia 9 tahun, demikianlah sahabat-sahabat baginda yang lain seperti Zaid bin Tsabit, Usamah bin Zaid, Mus’ab bin Umair dan Tha’labah bin Abdul Rahman.

Di Dalam al-Quran banyak terdapat ayat-ayat yang mengisahkan tentang peranan remaja dan perjuangan mereka. Antaranya menceritakan tentang kisah remaja yang lari ke gua kerana hendak menyelamatkan akidah mereka dari kekejaman raja yang zalim.
Firman Allah dalam surah al-Kahfi: 10 bermaksud;
“(Ingatlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa:”Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kami kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Allah juga menyebut tentang wasiat Lukman Al-Hakim kepada anaknya supaya tidak menyegutukan Allah, menyedarkan bahawa Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya, mendirikan solat, tidak merasa angkuh dan sentiasa bersederhana dalam tingkah laku. Firman Allah dalam surah Lukman:17 yang bermaksud:
“ Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, suruhlah berbuat kebaikan dan larang daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukanya”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan arasy daripada Allah di akhirat kelak, yang mana pada hari itu tidak ada sebarang lindungan selain daripada lindungan tersebut. Antara golongan tersebut ialah pemuda yang sepanjang umurnya sentiasa bertumpu ke masjid’ (Riwayat As-Syeikhan).

Remaja yang menjadikan masjid sebagai sumber rujukan sudah pasti akan memperlihatkan watak yang lebih jelas dan menjadi model serta sebagai pengantara masjid dan masyarakat.

Sabda Rasululah s.a.w lagi yang bermaksud:

 “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum terhadap pemuda (remaja) yang tidak didapati pada dirinya keruntuhan moral dan akhlak” ( Riwayat Ahmad dan Abu Ya’la).

Pada zaman Rasulullah SAW, remaja ketika itu sangat gigih dan beriman, golongan merekalah yang mencatat sejarah keagungan  Islam. Mereka merupakan pembawa panji-panji Islam yang sentiasa tersebar dan berkibar dalam satu kawasan geografi yang begitu luas. Remaja ketika itu ditunjangi oleh Abdullah bin Mas’ud, Abd Rahman bin Auf, Said bin Zaid, Saidina Ali, Usamah bin Zaid  dan ramai lagi.

Sebagai mengambil beberapa contoh Saidina Ali sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w semasa baginda dikepong oleh pemuda-pemuda Quraish sedangkan beliau tahu nyawanya terancam. Manakala Usamah bin Zaid dalam usia remaja beliau telah menerima amanah yang besar daripada Saidina Abu bakar untuk memimpin satu bala tentera ke medan jihad sebagai pengganti ayahnya.
Di dalam Al Qur’an, Allah SWT dengan jelas menyebutkan definisi pemuda atau as syabab tersebut di dalam surat Al Kahfi ayat 13:
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى [١٨:١٣]
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”.
Rasululullah s.a.w bersabda:
”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” (HR. Bukhari)
Allah dan Rasulullah SAW meletakkan pemuda dikedudukan yang begitu istimewa, sampai Rasulullah SAW mewasiatkan untuk berbuat baik pada golongan kaum belia ini kerana hati mereka lembut.   Para pemudalah yang pertama sekali bergabung dengan  Rasulullah s.a.w. mengusung agama yang hanif (Islam) sedangkan orang tua menentang baginda .

Ingatkah saat Zaid bin Tsabit, seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bergabung dengan Islam saat usianya 11 tahun ketika terjadi perang Badar. Beliau seorang sahabat belia yang menghafal ayat dan surat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah. Beliau adalah pemuda yang cerdas sehingga Rasulullah mengangkatnya menjadi pembantu Nabi untuk menulis wahyu yang turun dan menulis surat kepada orang Yahudi, meskipun dia masih belia.
Ingatkah pada Mush’ab bin Umair, seorang remaja Quraisy, pemuda tampan, anak seorang bangsawan yang gagah berani. Meskipun berkecukupan, beliau lebih memilih meninggalkan gemerlapnya dunia, karena Mush’ab bin Umair lebih mencintai Allah SWT dan Rasulullah s.a.w dari dunia dan seisinya. Beliau juga seorang pemuda yang menjadi Duta Pertama Islam di Madinah dan berhasil membangun masyarakat Islam di sana. Malah menjadi seorang guru pertama di Madinah dan itu dilakukan saat usianya yang masih muda.
Kisah Abdullah bin Mas’ud, seorang sahabat yang terkenal sangat mahir dengan al-Quran, memeluk Islam berusia kira-kira 18 tahun. Beliau dengan beraninya memperdengarkan bacaan al-Quran buat julung kalinya di khalayak kafir Quraish sehingga beliau pulang dengan mukanya yang luka dan berdarah (Zuraimi Ismail dalam Majalah Q & A,2013).
Demikian juga, kisah tentang Usamah bin Zaid, panglima perang termuda kesayangan Rasulullah s.a.w. Ketika itu usianya belum pun mencecah dua puluh tahun, tetapi mendapat kepercayaan yang sangat tinggi daripada Baginda.

Malah terdapat ramai lagi para sahabat  Nabi Muhammad saw tika diangkat menjadi Rasul tatkala baginda berumur 40 tahun. Pengikut-pengikut baginda pada generasi pertama kebanyakannya juga  daripada kalangan pemuda, bahkan ada yang masih kecil. Usia para pemuda Islam yang dibina pertama kali oleh Rasulullah saw di Daarul Arqaam pada tahap pembinaan, adalah sebagai berikut: yang paling muda adalah 8 tahun, iaitu Ali bin Abi Thalib dan Az-Zubair bin Al-Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, 11 tahun, Al Arqaam bin Abil Arqaam 12 tahun, Abdullah bin Mazh’un berusia 17 tahun, Ja’far bin Abi Thalib 18 tahun, Qudaamah bin Abi Mazh’un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib Ar Rumi berusia di bawah 20 tahun, ‘Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan Al Miqdad bin al Aswad berusia 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun, Umar bin al Khathab 26 tahun, Abu Ubaidah Ibnu Jarrah dan ‘Utbah bin Rabi’ah, ‘Amir bin Rabiah, Nu’aim bin Abdillah, ‘ Usman bin Mazh’un, Abu Salamah, Abdurrahman bin Auf di mana kesemuanya sekitar 30 tahun, Ammar bin Yasir diantara 30-40 tahun, Abu Bakar Ash Shiddiq 37 tahun. Hamzah bin Abdul Mutalib 42 tahun dan ‘Ubaidah bin Al Harith yang paling tua diantara mereka iaitu 50 tahun.

Demikianlah hebatnya cara dakwah Rasulullah s.a.w yang mampu membina jiwa-jiwa yang sanggup dikorbankan dengan hanya memiliki sebuah rumah yang serba kekurangan iaitu Daarul Arqam, bukanlah masjid yang besar lagi mewah. Pembentukan akidah yang mendalam kepada setiap pemuda, maka akan melahirkan jiwa-jiwa yang sanggup berdepan dengan pelbagai masalah. Inilah peranan dan tanggunjawab para da’i, imam, pemimpin, pengurus, pentadbir, ahli jawatankuasa dan pihak masjid dalam mengembalikan hak Allah dan Rasul yang telah diabaikan selama ini.


Sabtu, 4 Januari 2014

KURSUS KEPIMPINAN ASAS PEMUDA/PEMUDI MASJID


1.      PENDAHULUAN

Berdasarkan laporan dari pelbagai pihak, didapati kes  jenayah berleluasa di kalangan remaja dan pemuda malah orang dewasa juga semakin meningkat. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bertindak tegas dan tegar untuk membenteras masalah ini. Semua pihak mesti melihat dengan serius segala usaha dan tenaga untuk digembelingkan bagi menghadapi peperangan ini.

Bukti-bukti yang menunjukkan jenayah ini berleluasa seperti     berikut;

1.1                   Mymetro 16 November 2011 melaporkan anak tak sah taraf meningkat hingga                152,182 orang, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi 18,983 orang. (Sumber:JPN).

1.2                   Masalah disiplin di sekolah: Harian Metro 28 Disember 2010 melapor 111,484  orang pelajar

1.3                   Buang Bayi :PDRM menyatakan 2004 hingga 2010 seramai 396 orang bayi dibuang dan  2011 pada bulan januari sahaja 34 kes telah dilaporkan.

1.4                   Agensi Anti dadah Kebangsaan (ADK): Etnik Melayu adalah penagih paling ramai dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu (2010), iaitu 9,734 orang (80.59 peratus), berbanding Cina sebanyak 1,096 orang (9.07 peratus), India 926 orang (7.67 peratus), pribumi Sabah 238 orang (1.97 peratus), pribumi Sarawak 29 orang (0.24 peratus) dan etnik lain 56 (0.46 peratus). Keseluruhannya, penagih yang dikesan dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan sebanyak 361.91 peratus berbanding tempoh sama pada 2009. Sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, penagih baru yang dikesan berjumlah 8,984 orang, meningkat 507.44 peratus berbanding 1,479 orang dalam tempoh sama tahun lalu, manakala penagih berulang seramai 3,095 orang, meningkat 172.45 peratus berbanding 1,136 tahun sebelumnya.


1.5                   Jabatan Siasatan Jenayah Pemerdagangan (JSJK): Malaysia mencatatkan kerugian akibat jenayah kolar putih sejumlah RM2 billion pada tahun 2008. Pada tahun 2005 didapati sebanyak 8,952 kes dan meningkat sehingga 168% pada tahun 2010 iaitu sebanyak 24,023 kes. Jenayah ini lebih merbahaya dan lebih besar impaknya menurut laporan ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ( Berita Kampus, 17 Mei 2012).

Adakah tuan-tuan dan puan-puan ingin berdiam diri?, menyalahkan antara satu sama lain, dengan membiarkan remaja dan pemuda kita terumbang ambing, terkeliru, bingung dengan kerenah orang dewasa dan tua yang sama seperti mereka bergelumang dengan dosa dan dosa.

Adakah pernah tuan dan puan mendengar perintah Allah kepada Jibril a.s. supaya memusnahkan kampung yang mempunyai ahli maksiat?.  Firman Allah dalam hadis Qudsi yang bermaksud;” Tenggelamkan kampung itu! Jibril a.s. berkata: “wahai Tuhanku, di sana ada hamba-Mu si fulan yang selalu rukuk dan sujud”. Allah  menjawab ;” Wahai Jibril, mulalah!. Sungguhpun wajahnya tidak berpaling pada-Ku satu jam pun.” (riwayat Baihaqi)

Demikianlah murkanya Allah kepada orang yang hanya sibuk beribadat untuk dirinya sahaja tanpa memperdulikan orang lain, apa lagi jika sibuk dengan hal-hal keduniaan semata-mata.

Atas dasar inilah, maka saya merangka Kursus Kepimpinan Asas  untuk para remaja dan pemuda  Masjid supaya mereka ini dapat membimbing generasi seterusnya setelah ketiadaan kita.
  
  

2.                       VISI  DAN MISI KURSUS
Visi : Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat

Misi : Untuk melahirkan satu pengurusan pentadbiran masjid yang terbaik, cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W.T



3.            MATLAMAT
3.1          Pemimpin melaksanakan tugasnya untuk menjadi hamba Allah semata-mata
3.2          Pemimpin berusaha  merebut sebanyak mungkin reda Allah SWT  dalam jawatannya.
3.3          Pemimpin menjadikan dirinya  bermanfaat untuk orang lain kerana Allah SWT
3.4          Pemimpin mesti bercita-cita untuk meninggikam syiar Islam

4.            OBJEKTIF
4.1          Objektif umum
4.1.1       Mengembalikan fungsi masjid seperti di zaman       Rasulullah s.a.w
4.1.2       Mendidik pemuda sebagaimana Rasulullah s.a.w   mendidik mereka
4.1.3       Melahirkan pemuda yang berani dan sanggup berkorban untuk menegakkan  agama Islam

5.2          Objektif Khusus
5.2.1       Mendidik pemuda menjadi  hamba Allah yang cintakan al-Quran
5.2.2       Membimbing pemuda supaya menjadi pemimpin yang mahir al-Quran dan asas-asas kepimpinan dengan mengambil Rasululah s.a.w sebagai contoh kepimpinan.
5.2.3       Melahirkan pemuda  yang boleh menjadi pemimpin dan juga imam serta mampu mendidik masyarakat ke arah  diredai oleh Allah.
5.3.4       Menubuhkan Jawatan kuasa Pemuda Masjid.

6.            SIRI KURSUS KEPIMPINAN PEMUDA MASJID
Setiap peserta dikehendaki menyertai kursus ini sepenuhnya bagi melayakkannya mengendalikan program-program untuk mendidik remaja dan pemuda  agar masjid dipenuhi dengan golongan remaja sesuai dengan contoh teladan Rasulullah s.a.w. Siri kursus tersebut ialah;
6.1          Kem  Hafazan al-Quran
6.2          Kursus  Imam dan Pengucapan Awam
6.3          Kursus Kepimpinan & Pengurusan Organisasi
6.4          Kem Pemantapan Sahsiah Pemimpin


7.            SASARAN
7.1          Hanya pemuda/pemudi  yang berusia antara umur 16 hingga 30 tahun seramai 20 hingga 30 orang sahaja. Setiap orang dikehendaki melengkapkan siri kursus ini supaya terdedah kepada reality kepimpinan sekarang. Kursus ini sesuai dengan cara Rasulullah s.a.w kerana ramai sahabat baginda berusia demikian ketika dididik oleh baginda.

9.            TARIKH DAN TEMPAT
Bil
Kursus
Tarikh
Tempat
1
Kem Hafazan al-Quran
17-19/1/2014
Masjid
2
Kursus Imam danPengucapan Awam
31/1-2/2/2014
Masjid
3
Kursus Kepimpinan &Pengurusan Organisasi
21-23/3/2014
HotelSeri Malaysia
Port Dickson
4
KemPemantapanSahsiah Pemimpin
25-27/4/2014
Teratai Malaya,
Janda Baik.

Pemilihan kursus ini berdasarkan keutamaan yang diambil dari Sunnah Rasulullah s.a.w.

Untuk maklumat lanjut sila beri emel anda. Terima Kasih.