Sabtu, 16 Ogos 2014

Tafsir Surah al-Fatihah (siri 1)

1.Ayat 1: Bismillahirrahmanirahim:

Maksudnya: "dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang".

1.1 Ayat ini dimulakan dengan huruf "bi".

Iaitu huruf jar yang bermaksud "dengan". Segala apa yang kita niatkan dalam hati, sebutkan dengan lidah kita dan kita lakukan melalui perbuatan kita mestilah ' dengan atau bersama atau beserta, adanya, wujudnya Allah pada setiap masa, ketika kita berdiri, ketika kita baring dan ketika kita duduk. Besarnya makna "bi" dalam perkataan ini, menunjukkan setiap manusia mesti sentiasa bersama dengan Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mengurus, Maha Pencipta tanpa melupakan-Nya walaupun sedetik. Sekiranya kita melupakan Allah walaupun sedetik, maka ketika itu kita telah lalai dari mengingati-Nya pada hati, lidah dan perbuatan kita. Oleh sebab itulah, banyak sekali kejahatan demi kejahatan yang dilakukan oleh manusia kerana tidak mengingati Allah dan balasan-Nya di hari akhirat. Terdapat banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengingati-Nya sentiasa antaranya;



a. "Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring." (ali-Imran:191)
b. "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak- banyaknya.(Perbanyakkanlah mengingati Allah)." (al-ahzab:41)
c. "Dan ingatlah Tuhanmu di dalam hatimu serta merendahkan diri dan takut, dan bukan
dengan suara yang keras, ketika pagi dan petang dan jangan kamu termasuk orang-orang
yang lalai." (al-a’raf:205)

Kesimpulan dari perkataan "bi" ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan bermatlamatkan kepada Allah, melaksanakan segala perbuatan mengikut syariat Allah, dan meletakkan segala pengharapan kepada Allah jua. Adakah kita telah menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah sebagaimana dalam pengertian di atas.

1.2 Perkataan Bismillah. Bermaksud "dengan nama Allah"

Allah telah menegaskan sekali lagi ,segala niat, perkataan dan perbuatan mesti disandarkan kepada Allah semata-mata, tidak boleh sama sekali disandarkan dengan benda-benda lain sama ada manusia, binatang atau jin dan syaitan. Tidak boleh kerana ibu bapa, anak-anak, kawan, sahabat atau suami/isteri, rumah, harta, pekerjaan dan sebagainya. Setiap sesuatu mesti hanya niat kerana Allah semata-mata. Setiap niat, perkataan dan perbuatan itu pula mestilah menepati kehendak syariat Allah dengan menjauhi segala larangan-Nya. Allah melarang kita mensyirikkan-Nya dalam semua perkara di atas. Antara firman Allah yang menjelaskannya:

a. "Sesungguhnya mensyirikkan Allah merupakan perbuatan zalim yang amat besar." [ Luqman :13 ]

b. “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”( Surah al Jaatsiyah : Ayat 23)

c. "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun" (Surah Al Ma’idah : Ayat 72)
Hasad dengki, iri hati, sombong, bongkak, ketakutan dan kemaksiatan berpunca daripada syirik. Bahkan seluruh penyakit dalaman diri sebenarnya bukanlah penyakit, tetapi ia merupakan kesakitan yang berpunca daripada syirik. Kelazatan dan keseronokan yang diinginkan daripada maksiat sebenarnya menjurus ke arah membuka keaiban. Keaiban yang terdedah akan menjurus ke arah kehancuran. Tuan/puan, jauhilah kita dari sifat-sifat di atas kerana dengan sifat tersebut kita telah syirik kepada Allah, maka dengan itu kita termasuk dalam golongan orang yang zalim dan habuan bagi orang yang zalim ialah di humban ke dalam neraka. Untuk itu, datangkanlah di hati kita setiap niat, perbuatan dan percakapan hanya semata-mata kerana allah atas dasar takutkan azab Allah SWT. Inilah yang dikatakan orang yang beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat.

Manakala perkataan Allah dihuraikan sebagai satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri ‘Allah’ yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. Inilah ajaib nama ini.

Kata Allah juga merupakan lambang untuk Rabb, yakni nama untuk Rabb Yang Maha Suci lagi Maha tinggi. Pendapat lain mengatakan bahwa Allah sebagai ismul a’zham karena Allah disifati oleh seluruh sifat, sebagaimana terdapat dalam firman Allah yang bermaksud;

“Dialah Allah Yang tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah) kecuali selain Dia, Raja Yang Mahasuci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan. Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki Keagungan, Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”(al-Hasyr:22-24)

Berdasarkan firman Allah ini, Perkataan llah yang ditujukan kepada Allah merujuk kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah. Tauhid Uluhiyyah iaitu mengakui secara mutlak bahawa tiada tuhan (illah) yang layak disembah sebenar-benarnya melainkan Allah. Maksud menyembah di sini ialah tunduk dan patuh kepada semua perintah dan larangan Allah meliputi semua sama ada hati, lidah dan anggota. Ia kembali kepada maksud huraian huruf 'bi' di atas. Malah perkataan ilah ini juga merujuk kepada Tauhid Rububiyah yakni Tuhan yang sebenar-benar tuhan. Iaitu mengakui secara mutlak bahawa hanya Allah Tuhan (illah) yang mencipta, mengurus, mentadbir, memiliki semua makhluk di alam ini, tiada suatupun terkecuali daripadanya. Ini bermakna setiap sesuatu yang terjadi kepada kita dan seisi alam ini adalah dalam perencanaan Allah SWT sama ada ia baik atau buruk. Hal ini akan mengembalikan kita, yang setiap sesuatu itu akan kembali kepada-Nya dan akan dipersoalkan sekiranya kita mensyirikan-Nya dalam apa juga niat, lisan dan perbuatan. Hal keadaan ini juga kembali kepada huraian huruf 'bi' yang telah dijelaskan di atas. Menjadi kemurkaan Allah sekiranya kira melemparkan sesuatu kejadian baik atau buruk kepada sesama manusia atau binatang kerana kita menafikan tauhid rububiyyah yang mana diyakini bahawa segala sesuatu itu dari Allah semata-mata.

Justeru itu didapati, Perkataan “ISM” (nama) adalah suatu perkataan yang menunjukkan zat atau makna. Sedangkan lafz al Jalalah, iaitu ALLAH, adalah zat yang mesti ada, suatu nama yang pokok dan penghimpun. Adapun selain daripada itu adalah sifat sifat Allah yang berkenaan dengan perbuatan mahupun dengan perkataan, yang semua itu dinamakan Asma’ al Husna atau nama nama yang indah seperti bagi perkataan ar-Rahman dan ar-Rahim.Di mana setiap nama itu bererti sifat yang menunjukkan pada zat dan sifat perbuatan. Sedangkan ism al Jalalah ini menunjukkan itu semua dengan seluruh kesempurnaan dan kesucian Nya daripada segala sifat yang berlawanan dengannya. Nama Allah Itu sendiri menunjukkan sifat zat yang bersifat Maha Sempurna dan bersih daripada segala sifat kekurangan.

1.3 Ar-Rahmanir Rahim

Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah iaitu Allah, al-Rahman dan al-Rahim. Allah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai manusia kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.”

Al-Rahman dan al-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Al-Rahman dan al-Rahim apabila disekalikan sebutan memberi makna yang berbeza, di mana al-Rahman lebih umum dan di dunia ini sedangkan al-Rahim khusus untuk ahli taat di hari akhirat. Sebaliknya, apabila disebut al-Rahman atau al-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.

Hikmah dikhususkan sebutan al-Rahman dan al-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara:

· Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah, Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan ibadah memohon kepada-Nya.

· Nama al-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru, dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.

Ar-Rahmanir Rahim ialah dua nama berindikasi pada keluasan dan kebesaran kasih sayang Allah. Di dunia, semua makhluk memperoleh kasih sayang Allah. Orang kafir sekalipun memperoleh nikmat ini. Allah Taala bersifat ar-Rahman kerana ia tidak membataskan rahmat-Nya itu hanya kepada orang yang beriman sahaja bahkan kepada orang kafir, binatang-binatang dan seluruh makhluk yang dijadikan-Nya. Semua ini, kalau tidak dengan rahmat Allah s.w.t. tidak akan dapat hidup di muka bumi ini.Segala apa yang dilakukan seperti bergerak, memperolehi makanan dan sebagainya adalah tertakluk kepada Rahman Allah Taala. Inilah sifat maha pemurah Allah Taala, apa sahaja yang dikehendaki oleh makhluk akan diberi oleh Allah s.w.t. Ar-Rahim pula ialah satu sifat yang khusus, kasih Allah Taala kepada orang mukmin sahaja, tidak termasuk orang yang kafir dan sekalian di bumi ini yang bukan manusia. Lahirnya sifat ar-Rahim Allah s.w.t., misalnya, orang yang beriman itu tidak rehat di dunia ini tetapi ia berehat di akhirat kelak, selepas ia diadili di Yaumil Mahsyar. Di dunia, ia memberi janji-Nya kepada orang mukmin, maka inilah Rahim Allah Taala maksud yang tersurat dalam Bismillahirrahmani rahim.

Ar-Rahman artinya Dzat Yang Maha Pengasih. Makna Ar-Rahman adalah Yang Maha Luas kasih sayang-Nya. Ar-Rahim artinya Dzat Yang Maha Penyayang. Makna Ar-Rahim adalah Yang mencurahkan kasih sayang kepada hamba - hamba yang dikehendakinya didunia dan diakhirat. Ar-Rahman adalah sifat Allah Subhanahu wa ta'ala. Sedangkan Ar-Rahim adalah perbuatan Allah Subhanahu wa ta'ala. Jika didalam ayat disebut ar-Rahman saja, atau ar-Rahim saja, maka makna nya meliputi sifat dan perbuatan-Nya. Dan jika disebut keduanya secara bersamaan, maka ar-Rahman ditafsirkan sebagai sifat dan ar-Rahim ditafsirkan sebagai perbuatan-Nya.

Gambaran luasnya rahmat Allah Subhanahu wa ta'ala. Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat, Dia turunkan 1 rahmat-Nya kepada jin, manusia, binatang ternak dan serangga. Dengan rahmat itulah mereka saling mengasihi, menyayangi dan dengan nya binatang buas menyayangi anaknya. Allah mengakhirkan 99 rahmat-Nya untuk merahmati hamba-hamba-Nya pada hari kiamat." [Shahih : Muttafaq 'Alaih]

Didapati bahawa;
1. Penetapan dua nama Allah Subhanahu wa ta'ala yakni Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

2. Penetapan sifat ar-Rahmah (kasih sayang) dan perbuatan mencurahkan kasih sayang yang terkandung didalam ar-Rahman dan ar-Rahim.

3. Penetapan bahwasanya rububiyyah Allah ditegakkan atas dasar kasih sayang-Nya yang Maha luas yang tercurah atas para makhluk-Nya.

4. Penetapan luasnya rahmat Allah Subhanahu wa ta'ala.

Kesimpulan dari perbahasan di atas adalah ar-Rahman menegaskan Allah itu Maha Pengasih kerana Allah memberi rahmannya kepada semua makhluk di bumi tanpa mengira mereka beriman atau mereka kufur kepada Tuhannya. Manakala Ar-Rahim pula menjelaskan betapa luasnya kasih sayang Allah kepada orang mukmin sehingga Allah menjaga mereka, memelihara mereka, mengurus mereka, memberi peraturan dan disiplin kepada mereka, memperingatkan tentang dosa dan pahala,menerangkan tentang hukum-hakam syariat Islam supaya orang Islam tidak melanggarnya. Allah juga sentiasa memberi peringatan demi peringatan, ganjaran dan balasan, malah mendatangkan ujian demi ujian, musibah demi musibah untuk memastikan hamba yang dikasihinya sentiasa bersama-Nya, sentiasa mengingati-Nya, sentiasa taat dan patuh kepada suruhan dan menjauhi larangan-Nya agar mereka mendapat nikmat yang berganda di akhirat kelak. Demikianlah luasnya rahim Allah SWT taala.

Persoalannya sekarang, adakah kita termasuk dalam golongan orang yang beriman, beriman kepada Tauhid Uluhiyyah dan rububiyah, beriman dengan basamalah, beriman dan Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan balasan-balasan di akhirat yang dijanjikan oleh Allah sekiranya kita masih memisahkan hati kita, lisan kita dan perbuatan kita dari takarrub kepada Allah semata-mata dengan melakukan segala perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT seperti sombong, bongkak, angkuh, jahil, hasad dengki, iri hati, menghina, memfitnah, buruk sangka dan seumpamanya sama ada kita berbuat demikian atau kita menyokong perbuatan demikian atau kita diam, hokum di sisi Allah sama sahaja.

1.4 Kelebihan Bismillah.
Berdasarkan kepada Tafsir al-Jailani antara kelebihannya ialah

1.4.1 "Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman dan isinya: " Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (an-Naml 27:30)
1.4.2 Dalam riwayat 'Atha'dari jabir ibn Abdullah r.a. dikisahkan,

"Ketika bismillahirrahmanirrahim diturunkan ke dunia, awan mendung bergerak ke timur, angin berhenti bertiup, air laut pasang, haiwan haiwan memasang telinganya, syaitan2 terlempar dari langit, dan Allah bersumpah demi keagunganNya jika namanya tidak disebut pada sesuatu kecuali Dia akan menyembuhkannya dan memberkahinya. Dan barangsiapa mengucapkan bismillahirrahmanirrahim, nescaya dia akan masuk syurga."

1.4.3 Diriwayatkan pula dari Anas ibn Malik r.a., bahwa Rasullullah saw. bersabda,

" Barangsiapa memungut kertas bertulis basmallah dari tanah dengan niat agar ia tidak terinjak maka disisi Allah ia tercatat pahala orang shiddiq dan siksaan kedua orang tuanya akan diringankan meskipun mereka musyrik."

1.4.4 Salim ibn Abu al-Ju'd, mengisahkan bahwa pada suatu waktu Ali ibn Abi Thalib pernah berkata, ketika ayat basmalah diturunkan, Rasullullah bersabda,

" Awalnya, bismillahirahmanirrahim diturunkan kepada Nabi Adam a.s. sehingga dikatakan, apabila anak cucunya membaca bismillahirahmanirrahim, mereka akan aman dari azab Allah. Kemudian diangkat kembali, dan diturunkan kembali kepada Ibrahim. Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam kobaran api, ia kemudian membaca kalimat itu dan api pun menjadi dingin, tidak membakar. Kemudian di angkat kembali ke langit dan baru diturunkan kembali kepada Nabi Sulaiman. Ketika itu, para malaikat berkata, 'Demi Allah, sekarang kerajaanmu telah sempurna!' Kemudian kalimat itu diangkat lagi, dan Allah berkenan menurunkannya kembali kepadaku."

1.4.5 Makhluk pertama yang diciptakan Allah ialah Lauh Al-Mahfuzh dan Qalam. Kemudiannya diperintahkan untuk menulis segala sesuatu yang akan terjadi hingga hari kiamat di atas Lauh Al-Mahfudzh, dan yang pertama kali ditulisnyaadalah bismillahirahmanirrahim. Allah kemudiann menjadikan ayat tersebut sebagai jaminan keamanan bagi seluruh makhluk-Nya selama mereka membacanya, dan kalimat ini pun menjadi bacaan seluruh penghuni 7 langit, penghuni ashshafh al-a'la, penghuni suradiqat al-majd, al-kurawiyyin, ash-shafiyyin dan al-musabbihin.

1.4.6 Imam Abu Muhammad Abdurrahman bin Abi Hatim rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya dari Utsman bin Affan, ”Rosulullah SAW ditanya tentang Bismillah maka beliau menjawab, ’Ia merupakan salah satu nama Allah. Jarak antara Dia dan Nama Yang Agung itu hanyalah seperti antara bagian hitam dan bagian putih pada mata, karena demikian dekatnya”

1.4.7. An-Nasa’I meriwayatkan dalam al Yaumu wal-Lailah dan Ibnu Mardawih dalam tafsirnya dari hadis Khalid al-Hadza’ dari al-Hujaimi, dari Abu Malih bin Usamah bin Umair, dari ayahnya dia berkata, ’’Aku membonceng pada kendaraan Nabi SAW. karena terjatuh Aku berkata, ’setan celaka, ’Maka beliau bersabda’ Jangan berkata demikian karena setan akan membesar hingga sebesar rumah, tetapi katakanlah’bismillah’ karena ia akan mengecil seperti lalat. "Hal itu karena pengaruh dari berkah basmalah.

1.4.8 Disunahkan membaca basmalah ketika masuk WC, memulai wudhu, makan dan menyembelih. Khusus untuk menyembelih, sebagian ulama mewajibkannya. Disunahkan pula ketika hendak berjimak karena ada keterangan dalam sahihain dari Ibnu Abbas bahwasannya Rosulullah SAW bersabda ”Apabila kamu hendak mencampuri istrimu, maka katakanlah, Dengan Nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari setan dan jauhkan setan dari apa Yang Engkau anugerahkan kepada kami. ’jika Allah menakdirkan anak melalui hubungan keduanya, maka anak itu tidak akan di ganggu setan selamanya.” (HR Bukhari dan Muslim).

Tuan/puan/sahabat/muridku. Renongkanlah perkataan Bismillahirrahmanir Rahim dengan mata hati dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang ada di dada, dengan amalan para sahabat, dan para solihin. Adakah kita menghampiri amalan-amalan mereka atau kita terjauh terpisah dari mereka. Mana mungkin kita termasuk dalam golongan yang diterima amal soleh kita.

Sekian Wassalam. akan bersambung untuk ayat berikutnya. Insha Allah.








Selasa, 5 Ogos 2014

Keadaan Umat Akhir Zaman: Buatlah Pilihan

Assalamualaikum sahabat sekelian.

Kita berkongsi pengalaman, saya sebagai orang yang merasai apa yang diterangkan oleh hadis-hadis berikut. Fikirkanlah adakah tuan dan puan berada di pihak yang mana satu.

1. Orang Yang Tak Sedarkan Diri

Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" (HR Muslim). Ramai yang menuduh dan menghina saya sedangkan saya berusaha untuk menegakkan misi dan visi Allah S.W.T iaitu mengajak manusia beriman dan bertakwa kepada Allah. Mungkin mereka merasakan mereka turut mengajak kea rah terebut tetapi mereka lupa orang agama yang berjihad di jalan Allah akan sentiasa dihina dan dituduh. Maka jauhkan kita dari pihak orang yang menuduh, menyokong, bersekongkol, bersetuju walaupun diam kerana banyak hadis yang menjelaskan.

2. Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik

Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW "Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik" (HR Ibnu Ady). Saya telah menerangkan tentang hal ini. Berkali-kali supaya jangan jadi ahli ibadat yang jahil kerana ilmu agama itu sangat luas, jika kita berbicara tentang satu hadis, para ulama dan orangagama boleh berbahas dengan pelbagai hadis, kalau kita yang dihujung usia baru kenal agam, adakah kita lebih hebat dari orang agama yang seluruh hidupnya bergelumang dengan ilmu agama.

3. Menjual Agama Kerana Dunia

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi).Sebenarnya tuan dan puan sekalian, orang agama yang berjihad di jalan Allah tidak memandang dunia sebagai matlamatnya kerana mereka berimpian akhirat lebih utama. Untuk membezakan orang agama yang berjihad, lihatlah..mereka akan sangat takut apabila memegang jawatan dalam apa juga kereana mereka takut soaljawab dengan Allah di akhirat kelak. Mereka berusaha melaksanakan tanggunjawab sebagai pemimpin apabila memegang amanah Allah dengan mengajak manusia bertakwa kepada-Nya. Lihatlah betapa ramai ulama silam yang meletakakan jawatan dan melepaskan jawatan malah menolaknya semata-mata takut kepada Allah. Kalau setakat tiada nama dalam flyers , itu tiada mencacatkan nama mereka di sisi Allah.

4. Pendusta Dan Pengkhianat

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah).Lihatlah di kiri kanan tuan dan puan , bagaimana yang yang jahil dilantik menjadi pemimpin, malah mereka yang mengadu domba, menghina, memfitnah kepada orang agama malah kepada agama Islam itu sendiri mendapat sokongan dan bantuan dari seluruh masyarakat. Orang agama dipanding hina, malah dibiarkan dihina sedangkan terdapat hadis Rasulullah SAW melarang umat islam bersikap demikian. Manakah kemahiran sirah Rasul dan sirah para sahabat sebagai panduan hidup kita. Kita berpesta memfitnah golongan agama.

5. Kefasikan Berleluasa

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) umpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia" (HR Muslim). Tuan puan tidak takutkah kita, inilah yang berlaku di zaman kita apabila kita tidak faham al-Quran dan al-Hadis, Sunnah Rasulullah, sunnah para nabi, sunnah para sahabat, sunnah para wali dan sunnah para ulama. Kita merasa kita banyak tahu dari mereka sedangkan kita berada dalam kesesatan yang menyebabkan kita dan orang yang mengikut kita sekejap beriman dan sekejap kufur. Hal ini ada dinyakan di dalam al-Quran. Takulah dibimbangi kita mati dalam keadaan kufur kepada Allah kerana kejahilan kita.

6. Namanya Saja Islam

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi). Keadaan ini sangat nyata sekarang, fizikal masjid diuatamakan sedangkan mengajak kariah kea rah ketakwaan tidak dilakukan. Dalam ajaran Islam terdapat banyak kaedah untuk mengajak kariah kepada ketakwaan bukan setakat kuliah maghrib dan subuh.Semua kaedah ini hendaklah diguna pakai bagi melahirkan umat seperti dizaman Rasulullah saw. Tuan dan puan sepatutnya menyokong penoh semua usaha kea rah pembentukan ketakwaan dengan apa cara sekalipun, bukan berdiam diri kerana dalam Islam terdapat kaedah dan prinsip yang digariskan oleh Allahdan Rasul. Kita wajib mengikutinya.

7. Ulama Tidak Dipedulikan

Daripada Sahl bin Saad as-Sa 'idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan daku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab" (HR Ahmad). Adakah tuan dan puan termasuk dalam golongan ini? Jika termasuk keluarlah, kembalilah bersama para ulama, orang agama yang berjihad di jalan Allah kerana Allah itu hanya memilih hamba-Nya yang berjihad di jalanny. Tahukah tuan dan puan, jika orang agama dan ulama diketepikan, bermakna mereka adalah benat kerana Allah telah menjelaskan banyak dalam al-Quran dan al-hadis malah sunnah para nabi, para rasul, para ulama, para wali dan para solehin,mereka sentiasa difitnah, dihina dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Tahukah tuan dan puan, jika tuan dan puan dipandang mulia ketika itu tuan/puan tersalah jalanya.

8. Ulama Agama Semakin Berkurang

Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (HR Muslim). Kenapa ulama dan orang agama semakin berkurangan? Kerana sebahagian daripada mereka cintakan dunia, sebahagian lagi tak sanggup menghadapi penghinaan demi penghinaan, fitnah demi fitnah, tuduhan demi tuduhan, malah di halau, dipulau dan sebagainya. Hanya ulama dan orang yang berjihad di jalan Allah sahaja tetap dan tegas serta tekad untuk meneruskan dakwah mereka. Adakah tuan dan puan termasuk dalam golongan yang menghina dan menyokong orang yang menghina golongan ulam dan ilmuan agama. Masih tidak terlambat sebelum sampai masa dunia dipenuhi dengan orang yang jahil dan orang agama lari ke gua-gua dan
ke hutan-hutan demi menyelamatkan akidah mereka.

9. Berbangga-Bangga Dengan Masjid

Daripada Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid" (HR Abu Daud). Mengimarahkan masjid merupakan jihad, jika tuan/puan termasuk dalam golongan yang berusaha mengindahkan fizikal masjid semata-mata bertaubatlah, kerana masjid itu di bina untuk mengenal ayat-ayat Allah, mengamalkan sunnah para nabi dan Rasul, memartabatkan kitabullah sebagai peraturan hidup ajk masjid dan ahli kariahnya. Jauhi golongan yang hanya mengindahkanfizikal masjid kerana itu bukan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Adakah anda berasa berdosa dengan sokongan dan diam anda atas apa yang berlaku di masjid kalian.

10 . Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat" (HR Ibnu Majah). Akan berlaku jua di mana masjid tiada imam, jika ada imampun imam yang tidak menepati cirri-ciri yang disenaraikan dalam hadis Rasulullah saw, Imam yang bacaanya salah, salah itu bukan kesalahan yang kecil tetapi kesalahan besar terutama bila berlaku pengurangan dan penambahan hurup ayat al-Quran yang dibaca oleh imam.Tuan puan yang tidak menegurnya merupakan dosa besar kerana menyebabkan batal solat imam dan makmum berimamkan imam yang fasik. Fikirkanlah...ilmu al-Quran itu luas bukan setakat tajwid dan makhraj sahaja dia ada nahu, balaghah, saraf dan lainnya. Janganlah menyangka kita sangat alim dari orang alim.

11.Penyakit Umat Islam Masa Kini

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu" Sahabat bertanya "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi" (HR Hakim). Inilah penyakit yang ada pada umat sekarang, dia menyangka dia adalah lebih baik dari orang lain tetapi dia lupa dia telah mengamalkan sifat-sifat di atas dan menuduh orang tanpa bukti serta tidak berlakukan adil. Malah dengan gembiranya merasakan merekalah betul sedangkan orang yang berlajar agama berpuluh tahun itu salah. Kita kena ingat, orang agama yang berjihad dijalan Allah ,telah dijanjikan ganjaran-Nya kerana tuduhan, fitnah, penghinaan tuan dan puan sekalia, maka jadilah golongan yang menyebelahi golongan orang yang dihina dan dicaci kerana menegakkan agama Allah. insha Allah kita bersama Allahdan rasul-Nya. Amin.

12. Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata "Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang berada dalam satu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW "Bilakah akan terjadi hari Kiamat?" Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata "Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya" Sementara yang lain berkata "Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu" Sehingga apabila Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda "Di manakah orang yang bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut "Ya! Saya wahai Rasulullah" Maka Nabi SAW bersabda "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat" Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?" Nabi SAW menjawab "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat" (HR Bukhari). Pemimpin masjid adalah sepatutnya dipimpin oleh orang agama kerana merekalah yang mahir al-Quran dan tafsirannya, mereka juga tahu hadis dan sunnah Rasulu-Nya, malah para sahabat dan para solehin, Setiap yang berlaku di dunia ini telah ditunjuki jalannya oleh mereka tanp tertinggal sedikitpun. Maka jika kita bertindak menggunakan akal tanpa dibimbing oleh wahyu dan sunnah-sunnah di atas, kita telah menempah satu tempat duduk di neraka. Berhati-hatilah...menyokong pemimpin yang mengajak perpecahan dan menyuburkan fitnah? Pilihan anda

13. Punca Kebinasaan Seseorang

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya" Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?" Nabi SAW menjawab "Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi). Inilah yang berlaku sekarang, para mujahidin yang ingin menegakkan Islam akan lari dari masyarakat kerana bimbangkan akidah mereka danakhlak mereka, ketika itu, dunia dipenuhidengan kejahatan, maka berlakulah kiamat. Jangan merasa bangga kerana menzalimi orang agama yang dianggap tuan dan puan dipihak yang benar, tetapi tahukah kalian, kalin telah mempraktikan hadis ini kerana mengusir orang agama dan ulama dari masyarakat.

14. Perselisihan Yang Banyak

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata "Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami" Lalu baginda pun bersabda "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat" (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi). Tuan/puan, buatlah kajian tentang sunnah-sunnah yang disebut oleh Rasulullahsaw sehingga baginda menitiskan air mata, jika kita tidak menuntut dan mengkaji sunnah-sunnah ini, maka kita berada di jalan yang sesat. Fikirkan lah...

15. Golongan Yang Selamat

Daripada 'Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya "Golongan mana yang selamat?" Nabi SAW menjawab "Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah).Apa maksud jemaah; saya pernah jelaskan dalam kelas fardu ain, pendek kata, setiap perbuatan kita mesti berdalilkan dalil-dalil dari sunnah para nabi,para rasul, sahabat, auliya, ulama, wali, solihin dan salafussaleh. Jika tidak berdasarkan ini, kita bukan golongan jemaah yang dipilih untuk masuk syurga Allah.

16. Saya memilih menjadi Orang Asing

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim). Saya diasingka, difitnah dan dihina seperti yang berlaku kepada orang-orang yang berjihad di jalan Allah keran orang asing itulah orang yang beruntung .Anda bagaimana?

17. Kepayahan Orang Yang Beriman

Daripada Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda ''Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi), Marilah kita menjadi orang yang beriman yang sentiasa dalam kepayahan kerana nak masuk syurga mesti melalui rintangan, cabaran, halangan dan ujian, beruntungnya orang yang melalui kepayahan demi kepayaha untuk menyebarkan Islam. Alangkan ruginya jika anda memilih bersenang lenang, berkecuali, apatah lagi menyokong golongan yang berdusta, jahil, penyebar fitnah dan sebagainya.

18. Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki" Lalu Nabi SAW bersabda "Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu" (HR Tirmizi)

19. Golongan Yang Sentiasa Menang

Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari). Siapakah yang diketogori menang oleh Rasulullah saw, adakah kita yang mengajak kea rah ketakwaan atau kea rah fitnah, dusta, prasangka, mengadu domba, menghina dan memutar belitkan al-Quran dan sunnah nabi.Hanya orang yang tetap berjihad di jalan Allah dengan segala kepayahan dan kesusahan yang akan menang didunia dan di akhirat. Kalian ingin bersama golongan manakah ketika di dunia ini. Fikirkan kerana Allah melihat hati kalian yang menegakkan kebenaran kerana Allah semata-mata berdasar ilmu nakli dan akli yang bersumber mahyu Ilahi.

Saya membentangkan hal ini, kerana di akhir zaman ini terdapat terlalu banyak pendustaan, prasangka, fitnah, pembohongan dan sebagainya untuk mengaburi pandangan mata kita. Gunakanlah ilmu al-Quran dan hadis serta sunnah para solihin, siddiqin yang memandu mata hati kita ke jalan yang lurus bukan jalan yang dimurkai oleh Allah dan bukan juga jalan yang sesat. Kajilah sirah-sirah terdahulu supaya keputusan kita dipandu oleh ilmu bukan ikutan, ajakan apa lagi kawan-kawan yang menyesatkan.

Sekian terima kasih. Maaf jika terkasar bahasa kerana dengan kasar itu, hati kita tersentap dan akan bertindak dengan bijaksana bukan melatah.

Ahad, 16 Februari 2014

TAKLIMAT KURSUS KEPIMPINAN ASAS MASJID























VISI DAN MISI PEMUDA MASJID


















Kuliah Tasawwur Islam

Kuliah Tasawwur (Siri 1)

KONSEP KETUHANAN

Tauhid Rububiyah:

Maksudnya; keyakinan dan iktikad dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang mentadbir semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir yang lain melainkan Allah SWT Yang maha Esa dan Kuasa.

Ini bermakna di sudut hati kita, wajib kita mengakui dgn setulusnya dan sepenuhnya bahawa hanya Allah SWT Tuhan Pencipta, Tuhan Pemilik, Tuhan Pentadbir, Tuhan Pengurus, Tuhan Pemberi, Tuhan Perencana, Tuhan Perancang dan Tuhan Pelaksana. Sekiranya ada di sudut hati kita menyatakan apa sahaja yg berlaku ke atas kita disebabkan oleh manusia, oleh binatang atau oleh lain-lain makhlok, maka secara tidak langsung, kita seolah2 telah menduakan Allah, menyamakan Allah, menafikan Allah atas segala iktikad yg sepatutnya kita yakini di atas tadi.


Selain daripada itu juga, kita juga seolah2 menafikan Allah itu Tuhan yg maha Berkuasa, maha Mengetahui, Maha adil, Maha Bijaksana sebagaimana yg kita akui dalam Asma' Wa sifat.


Firman Allah dlam ayat 164 surah al-baqarah yg bermaksud:" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pada pertukaran siang dan malam, pada kapal2 yg berlayar di lautan dengan membawa benda2 yg bermanfaat kepada manusia, demikian juga pada air hujan yg Allah turunkan daripada langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh2an di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai2 jenis binatang, demikian juga peredaran angin dan awan yg tunduk terapung2 di antara langit dan bumi, sesungguhnya pada semua itu adalah tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah, bagi kaum yg mahu menggunakan akal".


Sahabat2 sekelian, untuk mengelakkan kita tersesat atau tersyirik kepada Allah, jangan sekali2 kita mengatakan apapun yg datang kepada kita sama ada rezeki, musibah, kaya, miskin, gagal, berjaya, pandai dan sebagainya datang dari kehebatan kita atau dari manusia atau dari makhlok selain dari Allah. Kekuasaan Allah itu meliputi langit dan bumi, Allah itu Maha berkuasa untuk memberi sesuatu mengikut kehendak-Nya. yakinilah Allahlah Pencipta, Pemilik dan Pentadbir segala sesuatu.


Sekian.

Harga Sebuah Syurga


Ibrahim bin Adham: “wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk memasukinya, bagaimanakah pula dengan syurga Allah.Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya…

Teknik Pengucapan Awam