Ahad, 21 Julai 2024

 Pengajian al-Quran: Makhraj dan Sifat Huruf

Maksud Makhraj

Dari segi bahasa tempat-tempat keluarnya huruf hijaiyah. Istilah pula tempat keluar suatu  huruf hijaiyah itu.  Zahirnya sesuatu huruf apabila  suara hais menyebutnya dengan sebab ia terhalang oleh anggota yang berada di kawasan mulut atau halkum.

Makhraj terbahagi kepada dua iaitu makhraj muqaddar dan muhaqqaq. Makhraj muqadar ialah  makhraj yang tidak dapat ditentukan tempat keluarnya, ia meliputi halkum, mulut dan rongga hidung. Hurufnya alif, wau dan ya’. Makhraj muhaqqaq pula suara yang berpegang  kepada bahagian tertentu seperti halkum, lidah dan dua bibir contoh huruf kha’, qaf, mim dan ra’.

Maksud Huruf

Dari segi bahasa ialah hujung sesuatu huruf. Istilah pula sebagai suara yang berpegang kepada makhraj sama ada makhraj  muqaddar atau muhaqqaq.

Hukum membaca bertajwid

Ulama’ masa kini memperincikan lebih kepada wajib syar’ie dan wajib sina’ie. Wajib syar’ie di sini adalah kewajipan mempelajari asas tajwid yang jika ditinggalkan boleh membawa kepada perubahan makna atau kerosakan pada makna. Berdosa bagi yang tidak menjaga makna al-Quran.

Adapun wajib sina’ie pula adalah apa yang diwajibkan ke atas ahli ilmu tersebut untuk menyempurnakan lagi bacaan al-Quran, dan ia adalah sepertimana yang disebut oleh para ulama’ dalam kitab-kitab tajwid seperti idghamikhfa’, iqlab, tarqiq, tafkhim dan sebagainya, dan jenis ini jika ia ditinggalkan daripada mempelajarinya tidaklah berdosa. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 10/179].

Bilangan Makhraj dan Hurufnya

Bil

Istilah

Tempat

Huruf

1

Al-Jauf   الجوف

Rongga mulut hingga ke kerongkong

ا  و  ى

2

Al-Halq

الحلق

 

Halkum

-Hujung Halkum, merapat ke anak tekak

-Tengah Halkum, rongga mengecil

-Pangkal Halkum, menghampiri dada, peti suara rapat


غ  خ

ح  ع

ء   ه 

3

Al-Lisan

السان

Lidah

3.1 Pangkal lidah bersentuhan lelangit lembut

3.2 Pangkal lidah bersentuhan lelangit keras dan lembut

3.3 Tengah lidah bersentuhan dengan lelangit

3.4 Tepi lidah  bersentuhan gigi geraham atas

3.5 Hujung lidah bersentuhan dengan lelangit berdekatan dengan gusi gigi kacip atas

3.6 Hujung lidah bersentuhan dengan lelangit keras, lebih dekat ke gusi gigi kacip atas

3.7 Hujung lidah berdekatan dengan nun sedikit ke belakang diangkat ke gusi gigi kacip atas

3.8 Hujung lidah bersentuhan dengan bahagian belakang pangkal gigi kacip atas / tengah lidah dan pangkal lidah terangkat

3.9 Hujung lidah dan atas gigi bawah atau bersentuhan belakang gigi bawah

3.10 Hujung lidah  bersentuhan dengan hujung gigi kacip atas hadapan dengan mengeluarkan sedikit lidah



ق

ك

ج  ش  ى

ض

ل


ن


ر


ت  ط  د


ص  ز  س


ظ  ذ ث

4

Al-Syafatain

الشفتىن

Dua Bibir

4.1 Hujung gigi kacip atas bersentuhan perut bibir bawah

4.2 Bersentuhan antara dua bibir/ dimuncungkan bibir


ف

ب  م  و


5

Al-Khaisyum

الخيشوم

Rongga Hidung

Terletak dipangkal hidung, keluar suara dengung bagi huruf dengung


م  ن

SIFAT HURUF

Sifat huruf bermaksud  bentuk-bentuk tertentu yang terdapat pada huruf ketika menyebutnya seperti angin keluar dari mulut semasa menyebut huruf mahmusah, lantunan suara pada qalqalah, angkat sebahagian lidah semasa menyebut huruf ist’la’ dan sebagainya.

Kepentingannya

1. Dapat membezakan sebutan huruf yang keluar dari makhraj yang sama

2. Memperelokkan sebutan huruf yang berbeza makhrajnya

3. Dapat membezakan huruf yang kuat dan lemah

4. Dapat mengidghamkan sesuatu huruf dengan huruf lain dengan betul

5. Dapat mencapai sebutan huruf dengan lebih sempurna dan memberi segala haknya

Sifat huruf dan maksudnya

Bil

Sifat

Maksudnya

hurufnya

1

Al-Hams

Sembunyi. Huruf yang keluar dengan keadaan terlepas, kerana tidak memberikan penekanan kepada makhraj huruf berkenaan

ف ح ث ه ش خ ص س ك ت

2

Al-Jahr

Nyaring. Keluarnya suatu huruf dalam keadaan tersekatnya nafas ketika menyebutnya dengan tekanan kuat pada makhrajnya

ع ظ م و ز ن ق ا ر ء ذ ي غ ض ج د ط ل

3

Al-Syiddah

Kuat. Huruf yang keluar dengan terhimpit nafasnya ketika menyebutkan huruf berkenaan.

ء ج د ق ط ب ك ت

4

Al-Tawassuth

Pertengahan antara sifat syiddah dan rakhawah. Cara melafazkan huruf-huruf tawasuth adalah tidak terlalu ditahan suara dan juga tidak terlalu mengalirkan suara.

ل ن ع م ر

5

Al-Rakhawah

Lembut. terlepasnya suara ketika menyebutkan suatu huruf berkenaan.

خ ذ غ ث ح ظ رف ص ش و ص زي س

6

Al-Isti’la’

Meninggi. Terangkatnya lidah ke lelangit hingga memenuhi mulut ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

خ ص ض غ ط ق ظ

7

Al-Istifal

Merendah. Terangkatnya lidah ke lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan

Semua selain isti’la’ 22 huruf

8

Al-Itbaq

Menutup / Mendempik. meletakkan lidah dan mengatupnya pada lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan

ص ض ط ظ

9

Al-Infitah

Membuka. Merenggangkan lidah dari lelangit, supaya nafas boleh keluar ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan

Semua selain huruf itbaq, 24 huruf

10

Al-Islaq

Tergelincir / Melepas. Huruf yang senang dan mudah disebut, kerana semua makhrajnya terletak di sekitar hujung lidah dan bibir mulut

ف ر م ن ل ب

 11

Al-Ismat

Tertegah. Huruf yang sukar diucapkan dan tidak dapat disebut dengan mudah.

Semua Selain huruf Islaq, 22 huruf

12

Qalqalah

Bergetar. Melantunkan bunyi suara sewaktu menyebut huruf-hurufnya ketika waqaf (berhenti) atau bertanda sukun (mati)

 

بجدقط

13

Sofir

Berdesir. Menyebut huruf-hurufnya berserta desiran angin

ص ز س

14

Inhiraf

Melentur. Menyebut huruf-hurufnya dengan melengkungkan lidah.

ل  ر

15

Ghunnah

Dengung. Mengeluarkan bunyi dari rongga hidung (khaisyum)

م  ن

16

Lin

Lembut. Menyebut huruf-hurufnya dengan lembut dan tidak memberatkan lidah

و ي

17

Istitolah

Berpanjangan. Menyebut hurufnya dengan tepi lidah secara memanjang

ض

18

Tafasyi

Berhamburan. Menyemburkan angin diantara lidah dan lelangit ketika menyebut hurufnya

ش

19

Takrir

Berulang-ulang. Menyebut hurufnya getaran hujung lidah serta berulang

ر

 Huruf Dan Sifat-Sifatnya

Bil

Huruf

Sifatnya

1

ء

Jahr, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat

2

ه

Hams, Al-Rakhawah, Al-Istifal, Infitah, Ismat

3

ع

Jahr,Tawasut, Istifal, Infitah,Ismat

4

ح

Hamas, Rakhawah,Istifal, Infitah, Ismat

5

خ

Hams,Rakhawah, Isti’La’, Infitah, Ismat

6

غ

Jahr,Rakhawah,Isti’La’,Infitah, Ismat

7

ق

Jahr, Syiddah, Isti’La’,  Infitah, Ismat, Qalqalah

8

ك

Hams, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat

9

ج

Jahr, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Qalqalah

10

ش

Hams, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Tafasi

11

ي

Jahr, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Lin

12

ل

Jahr,Tawasut,Al-Istifal, Infitah, Izlaq,Inhiraf

13

ن

Jahr,Tawasut,Al-Istifal, Infitah,Izlaq, ghunnah

14

ر

Jahr,Tawasut,Al-Istifal, Infitah,Izlaq,takrir, Inhiraf

15

ط

Jahr, Syiddah, Isti’La’, Itibaq, Ismat, Qalqalah

16

د

Jahr, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Qalqalah

17

ت

Hams, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat

18

ظ

Jahr, Al-Rakhawah, Isti’La’,  Itibaq, Ismat

19

ذ

Jahr, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat

20

ث

Hams, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat

21

م

Jahr,Tawasut, Al-Istifal, Infitah,Izlaq, Ghunnah

22

و

Jahr, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Lin

23

ب

Jahr, Syiddah,Al-Istifal, Infitah,Izlaq, Qalqalah

24

ف

Hams, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah,Izlaq,

25

ز

Jahr, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Sofir

26

س

Hams, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Sofir

27

ص

Hams, Al-Rakhawah, Isti’La’,  Itibaq, Ismat, Sofir

28

ض

Jahr, Al-Rakhawah, Isti’La’,  Itibaq, Ismat, Istitolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan