Jumaat, 19 Julai 2024

KULIAH SIFAT 20 (Sambungan..2)

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ADALAH AKIDAH YANG SELAMAT

Akidah yang selamat dan diakui kebenarannya oleh al-Quran dan hadis hanyalah akidah ahli sunnah wal jamaah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, antara sebabnya ialah

1. Firman Allah SWT

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang berbunyi,

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مَنْ يَّرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهٖ فَسَوْفَ يَأْتِى اللّٰهُ بِقَوْمٍ يُّحِبُّهُمْ وَيُحِبُّوْنَهٗٓ ۙاَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ اَعِزَّةٍ عَلَى الْكٰفِرِيْنَۖ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَلَا يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ لَاۤىِٕمٍ ۗذٰلِكَ فَضْلُ اللّٰهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ ٥٤

Artinya: "Wahai orang-orang yang beriman, siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir. Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut pada celaan orang yang mencela. Itulah karunia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahaluas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Mengikut tafsir Ibnu Kathir menyatakan dari Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Sa'id Al-Asyaj, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnul Ajlah, dari Muhammad ibnu Amr, dari Salim, dari Sa'id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan firman-Nya: maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya. (Al-Maidah: 54) Yang dimaksud adalah segolongan orang-orang dari penduduk negeri Yaman, Kindah, dan-As-Sukun.

حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُصَفَّى، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ -يَعْنِي ابْنَ حَفْصٍ-عَنْ أَبِي زِيَادٍ الْحِلْفَانِيِّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ المُنْكَدر، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: سُئل رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَوْلِهِ: {فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ} قَالَ: "هَؤُلَاءِ قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ، ثُمَّ مِنْ كِنْدَةَ، ثُمَّ مِنَ السكون، ثم من تُجِيبَ".

Telah menceritakan pula kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnul Musaffa, telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah (yakni Ibnu Hafs), dari Abu Ziyad Al-Hilfani, dari Muhammad ibnul Munkadir, dari Jabir ibnu Abdullah yang menceritakan bahwa Rasulullah Saw. pernah ditanya mengenai makna firman-Nya: maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya. (Al-Maidah: 54) Maka Rasulullah Saw. bersabda: Mereka adalah suatu kaum dari kalangan penduduk negeri Yaman, lalu dari Kindah, dari As-Sukun, dan dari Tajib.

Hadis ini berpredikat garib sekali.

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ شَبَّة، حدثنا عَبْدُ الصَّمَدِ -يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الْوَارِثِ-حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ سِمَاك، سَمِعْتُ عِيَاضًا يُحَدِّثُ عَنِ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ} قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "هُمْ قَوْمُ هَذَا".

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Umar ibnu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Abdus Samad (yakni Ibnu Abdul Waris), telah menceritakan kepada kami Syu'bah, dari Sammak; ia pernah mendengar Iyad menceritakan hadis dari Abu Musa Al-Asy'ari yang mengatakan bahwa ketika ayat ini diturunkan, yaitu firman Allah Swt.: maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya. (Al-Maidah: 54) Maka Rasulullah Saw. bersabda: Mereka adalah dari kaum orang ini (seraya mengisyaratkan kepada Abu Musa Al-Asy'ari, yakni dari penduduk Yaman, pent.).

2. Hadis Rasulullah SAW

Al-Asya’irah merujuk kepada pengikut Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Al-Maturidiyyah pula merujuk kepada pengikut Imam Abu Manshur al-Maturidi, rahimahumallah.


Al-Hakim meriwayatkan dalam Al-Mustadrak dan Al-Hafiz Ibn ‘Asakir dalam Tabyin Kazib al-Muftari, ketika turun ayat:

“Maka nanti Allah SWT akan mendatangkan kepada mereka dengan satu kaum yang Allah SWT menyukai dan mereka menyukai Allah SWT.” (Surah Al-Maidah: 54)


Ketika itu Rasulullah SAW mengisyaratkan kepada sahabat Baginda SAW Sayyiduna Abu Musa al-Asy’ari dan bersabda:

“Mereka adalah kaum orang ini (Abu Musa al-Asy’ari).”

Al-Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya menjelaskan: “Al-Qusyairi berkata: Pengikut Abu al-Hasan al-Asy’ari (dipanggil Al-Asya’irah) adalah termasuk kaumnya.”


Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari, imam yang menjadi ikutan golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah aliran Al-Asya’irah, adalah dari keturunan Abu Musa al-Asy’ari, sahabat Nabi SAW yang disebutkan.


3. Hadis Rasulullah SAW


Demikian juga Imam Al-Bukhari menyebutkan didalam Shahihnya, bab Qudum Al-Asy’ariyyin wa Ahl al-Yaman (Bab kedatang kaum Asy’ari dan penduduk Yaman), Abu Musa al-Asy’ari berkata, dari Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda: “Mereka dariku dan aku daripada mereka.”


4. Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel


Kota Konstantinopel yang kini dikenali sebagai Istanbul, terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam. Penganut aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah aliran Asya’irah ini telah mendapat pujian daripada Rasulullah SAW seperti dalam hadith:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير و لنعم الجيش ذلك الجيش

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Hakim dengan sanad sahih

Kota konstantinopel (Istanbul sekarang) telah dibuka selepas 800 tahun dan yang membukanya adalah Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau beraqidah Sunni Aliran Imam Al-Asy’ari. Beliau juga menyukai kesufian yang benar di samping juga bertawassul dengan Nabi SAW. Mustahil Rasulullah SAW memuji seseorang yang aqidahnya tidak betul atau sesat.


Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabandiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar.

5. Pengiktirafan Para Ulama antaranya;

5.1  Al-Hafiz Murtadha az-Zabidi menyebutkan: Fasal Kedua, dalam kitab Ittihaf as-Sadat al-Muttaqin, Kitab syarah kepada ihya’ Ulum ad-Din.

“Jika diitlaqkan (digunakan) lafaz as-Sunnah wa al-Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah golongan Asya’irah dan al-Maturidiyyah.” Kemudian beliau berkata:

“Al-Imam Al-Izz ibn Abd as-Salam mengemukakan bahawa aqidah Asy’ariyyah disepakati oleh kalangan pengikut mazhab Syafi’e, Maliki, Hanafi dan Fudhala’ al-Hanabilah (orang-orang utama dari mazhab Hanbali).”

5.2 Kata-kata Al-Imam Al-Izz ibn Abd as-Salam disepakati oleh Abu ‘Amir bin Al-Hajib (pemimpin ulama’ Malikiyyah pada zamannya), Jamal ad-Din al-Hushoiri (pemimpin ulama’ Hanafiyyah pada zamannya), juga dipersetujui oleh Al-Imam At-Taqiy ad-Din as-Subki asy-Syafi’e, seperti yang dinukilkan oleh anaknya, Al-Imam Taj ad-Din as-Subki.

5.3 Al-Alim al-Mutakallim al-Faqih, Al-Imam Muhammad bin Hibatullah al-Barmaki al-Himawi al-Makki (599H) telah menulis satu risalah yang diberi nama Hada’iq al-Fushul wa Jawahir al-Ushul yang mana ia terkenal selepas itu dengan nama Qasidah atau Aqidah Ibn Makki. Beliau telah menghadiahkannya kepada Sultan Salahuddin al-Ayyubi (589H).


Sultan menerimanya dan mengarahkan agar ia diajar kepada semua peringkat sehingga kepada kenak-kanak di sekolah-sekolah. Akhirnya aqidah ini diberi nama dengan Al-Aqidah ash-Solahiyyah. Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah seorang alim, faqih dalam mazhab Syafi’e. Beliau mendalami ilmu hadith dan menghadiri majlis-majlis para muhaddithin. Beliau juga mempunyai riwayat daripada mereka. Beliau telah menghafaz kitab At-Tanbih dalam mazhab Syafi’e.


5.4 Ibn ‘Abidin al-Hanafi mengatakan dalam Hasyiyah Radd al-Mukhtar ‘ala ad-Durr al-Mukhtar:

“Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah.”


Imam Ahmad bin Hajar al-Haitami menyebutkan didalam Tathhir al-Jinan wa al-Lisan:

“Sesungguhnya dimaksudkan dengan Ahl as-Sunnah jika diitlaqkan adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi.”


5.5 K.H. Zainal Abidin Dimyathi menyebutkan di dalam kitab nazhamnya Al-Iza’ah al-Muhimmah:

“Pengikut Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah itu adalah mereka yang mengikuti mazhab para imam. Dalam usul aqidah mereka  adalah pengikut mazhab Imam Al-Maturidi dan Imam Al-Asy’ari. Dalam Furu’ (feqah) mengikut salah satu dari empat mazhab. Para imam mazhab itulah pemimpin menunjuk umat ini. Imam Syafi’e dan Imam Hanafi yang cemerlang serta Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal. Dan dalam bidang tasauf atau tariqah Imam kita Al-Junaid yang menguasai Ilmu Hakikat.”


5.6 Al-Allahmah al-Muhaddith al-Habib as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin Abbas bin Abd al-Aziz al-Maliki al-Hasani menjawab persoalan ini dengan sangat baik sekali didalam kitabnya Mafahin yajibu an-Tushahhah. Di sini dinyatakan ringkasan jawapan beliau:


1)  Ramai yang tidak mengetahui siapakah mereka, dan mentod mereka dalam bidang aqidah. Oleh itu, ada yang melemparkan tuduhan bahawa golongan Asy’irah sesat atau telah keluar dari islam dan mulhid (menyimpang dari kebenaran) dalam memahami sifat-sifat Allah SWT. Kejahilan ini membawa kepada retaknya kesatuan golongan Ahlus Sunnah.

2)  Al-Asya’irah adalah para pemimpin ulama’ yang membawa petunjuk dari kalangan ulama’ muslimin yang ilmu mereka memenuhi bahagian timur dan barat dunia dan disepakati oleh manusia sepakat atas keutamaan, keilmuan dan keagamaan mereka.

3) Mereka adalah tokoh-tokoh besar ulama’ Ahl as-Sunnah berwibawa tinggi menentang golongan Mu’tazilah sehinggakan Ibn Taimiyyah sendiri mengatakan: “Para ulama’ adalah pembela ilmu agama dan Al-Asya’irah pembela dasar-dasar agama (Ushuluddin)”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan