Jumaat, 14 Jun 2024

 SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH SOLAT FARDU

Pengenalan.

Kewajipan solat dalam Islam berdasar perintah Allah SWT melalui firman Allah dalam al-Quran dan perintah Nabi Muhammad SAW. Solat merupakan salah satu daripada lima (5) rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam sebaik sahaja mereka menganut agama Islam;  Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah, ayat 43:   

وَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ وَارْكَعُوْا مَعَ الرَّاكِعِيْنَ

Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud;

Islam terbina di atas lima (5) perkara : Menyaksikan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa Ramadhan. (Hadith riwayat al-Bukhari 8 dan 4514 daripada Ibn Umar RA )

Terdapat beberapa syarat kepada setiap orang Islam sebelum mereka difardukan mengerjakan solat. Menurut Syekh Muhammad bin Qasim dalam Kitab Fathul Qarib, syarat adalah hal-hal yang menentukan keabsahan sebuah sholat. (Syarat sholat adalah) hal-hal yang menjadi penentu keabsahan sholat, namun bukan bahagian dari sholat. Berbeza dengan rukun yang merupakan bahagian sholat.

 

Oleh sebab itu, ada sebahagian kitab memasukkan juga syarat wajib ini beberapa syarat sah solat kerana antara keduanya ini saling bertindan dan hampir bersamaan maksud dan tujuan, tanpa salah satu daripada syarat-syarat tersebut akan menjadikan solat yang dikerjakan itu tidak diterima oleh Allah. Untuk pengetahuan umum, syarat wajib bermaksud perkara tertentu yang mewajibkan seseorang itu solat atau  syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu melaksanakan solat. Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang Dengan erti kata lain, selagi syarat-syarat wajib belum dipenuhi, seseorang itu itu tidak diwajibkan untuk melakukan solat. Manakala syarat sah pula syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. Justeru itu, penulis mengabungkan kedua-dua syarat ini dikutip dari beberapa buah buku yang saling bertindan dalam menghuraikannya terutama dari kitab Ensiklopedi Shalat. 

1. Islam

Syarat pertama seseorang itu wajib mengerjakan solat sebaik sahaja mereka Islam, lawannya adalah kafir.

Kewajipan solat kepada setiap orang Islam hadith Nabi SAW, daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW mengutuskan Mu’az R.A ke Yaman, lalu Baginda bersabda:

ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ، فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدِ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ، فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ

Maksudnya: “Dakwahlah mereka kepada syahadah (persaksian) bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya berhak disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah. Jika mereka mentaati perkara tersebut, maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. Jika mereka mentaati perkara tersebut, maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan ke atas mereka sedekah (zakat) pada harta-harta mereka, yang diambil daripada orang-orang kaya dalam kalangan mereka dan diberikan kepada orang-orang miskin dalam kalangan mereka.” Riwayat al-Bukhari (1395) dan Muslim (19)

Maksud Islam

Perkataan Islam berasal daripada kata kerja Salima yang mempunyai maksud bebas daripada kecacatan zahir dan batin. Islam juga secara literal bermaksud damai atau sejahtera, taat dan menyerah. (Ahmad Atiyatullah, 1963). Islam juga secara literalnya bermaksud kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran (Afzalur Rahman, 1980).

As-Salmu berarti damai atau kedamaian. Firman Allah SWT dalam Alquran, “Dan jika mereka condong kepada perdamaian (lis salm), maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Anfal : 61).

Kata ‘salm’ dalam ayat di atas memiliki arti damai atau perdamaian. Ini merupakan salah satu makna dan ciri dari Islam, yaitu bahwa Islam merupakan agama yang mengajarkan umatnya untuk cinta damai atau senantiasa memperjuangkan perdamaian, bukan peperangan atau konflik dan kekacauan.

“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu’min berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS. Al Hujarat : 9).

Perkataan Islam juga membawa maksud penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.; Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Esa.Islam bererti tunduk, menyerah dan mentaati Allah Subhanahuwata’ala, Rabbul’alamin. Ketundukan itu mestilah lahir dari kesedaran dan kerelaan bukan paksaan. Tunduk kerana terpaksa adalah sifat semulajadi bagi setiap makhluk Allah. Tunduk seperti ini tidak mengakibatkan timbulnya pahala atau siksa. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ

Maka apakah mereka mencari agama (din) yang lain daripada din Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah-lah mereka dikembalikan(Surah Ali-Imran: 83)

Sebabnya, agama Islam sahaja merupakan agama yang benar dan diredai oleh Allah s.w.t. berbanding dengan mana-mana agama lain. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Islam dalam pengertian ini merupakan satu-satunya din yang Allah redhai. Din yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ ٓ

 Sesungguhnya din (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. (Surah Ali-Imran : 19)

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ

Barangsiapa mencari agama selain din Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi. (Surah Ali-Imran : 85)

Maksud Kafir

Kata lawan kepada Islam adalah orang kafir. Perkataan “kafir” jika ia datang dalam bentuk mutlak, maka ia merujuk kepada seseorang yang tidak beriman kepada Allah SWT. Al-Laith menyebutkan, dikatakan bahawa orang kafir dipanggil sedemikian kerana kekufurannya telah menutupi seluruh hatinya. Al-Azhari menyatakan, penjelasannya ialah, kafir dari segi bahasa, maknanya adalah penutupan. Manakala “الكافر ذو كفر” adalah merujuk kepada orang kafir yang memiliki penutupan terhadap hatinya dengan kekufurannya, sebagaimana dikatakan kepada sarung senjata sebagai: kafir, iaitu yang menutupi senjata tersebut. Selain daripada itu, di sana terdapat pendapat lain yang lebih baik daripada pendapat al-Laith, iaitu bahawasanya ketika Allah ‘Azza wa Jalla menyeru untuk mentauhidkan-Nya, Dia sebenarnya menyerunya untuk menikmati nikmat yang akan diberikan kepada-Nya jika dia menerimanya. Oleh itu, apabila dia menolak seruan untuk mentauhidkan-Nya itu, dia menjadi kafir terhadap nikmat Allah, iaitu menutupi nikmat-nikmat itu dengan sebab keingkarannya, menghalangi nikmat-nikmat itu daripadanya. (Lihat Tahzib al-Lughah, 10/112).  

Amal orang kafir itu di tolak mestipun mereka beramal apa sekalipun bentuk dan banyaknya. Firman Allah SWT:

وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا

Maksudnya: “Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan” Surah al-Furqan (23)

Imam al-Qurtubi mengatakan dalam tafsirnya bahawa ayat di atas menerangkan keadaan orang kafir di akhirat kelak. Amalan baik orang-orang kafir atau orang bukan Islam di akhirat kelak tidak akan dihitung oleh Allah SWT kerana tiada manfaat. Ini kerana mereka hidup dalam keadaan batil dan kafir, maka setiap amalan kebaikan akan menjadi debu, seperti tanah yang asalnya kelihatan namun apabila ditiup debunya bertebangan dan hilang begitu sahaja. [Lihat Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran: 7/24]

Mereka ini tidak diwajibkan mengerjakan solat tetapi mereka boleh mengikut, turut serta solat dengan tujuan belajar, memahami, merasai dan memahai ajaran Islam bukan bermaksud menghina atau memperlekehkan ajaran Islam

Hukum Solat bagi Orang Murtad

Bagi orang murtad iaitu keluar dari Islam kemudian masuk semula islam, mereka wajib qadak solat yang ditinggalkan dalam tempoh murtad. Wajib juga diqadakkan solat  yang dia tinggalkan kerana gila  dalam tempoh murtad itu sebagai satu bebanan ke atasnya kerana gugurnya qadak  daripada orang gila adalah satu rohsoh. Manakala orang murtad tidak termasuk dalam golongan mendapat rohsoh. Adapun perempuan murtad yang meninggalkan solat kerana haid dan nifas, maka tidak perlukan menqadakannya kerana perempuan yang uzur wajib meninggalkan solat (Ensikopedi Shalat)

Hukum mengingkari wajib Solat

Orang yang mengingkari wajib solat menjadi kafir berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Dan Nabi SAW juga bersabda:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ

Maksudnya: Sesungguhnya, yang membezakan antara seorang hamba (yang mukmin) dengan seorang yang kafir dan syirik, iaitu meninggalkan solat.”  Riwayat Muslim (82) dan Ahmad (14947)

Jika seseorang meninggalkan solat dengan sengaja serta mengingkarinya akan membawa kepada kafir. Dalam isu ini, sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersenda-sendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam. Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat. Jika terus mengingkarinya dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak harus dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Malah tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka. (Kitab al-Fiqh al-Manhaji)

Hukum Malas Solat.

Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqadakkan solat, dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya, mereka tidak menjadi kafir.

Jika masih ingkar mengqadaknya dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat. Ini kerana hukuman atas orang yang meninggalkan fardu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh, dia masih dianggap seorang Islam. Justeru, jenazahnya, pengkebumiannya, dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut tatacara Islam.

Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّى دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan memerangi manusia hingga mereka mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka telah melakukannya terpeliharalah darah dan harta benda mereka daripada tindakan aku, kecuali dengan kebenaran Islam dan terserahlah perhitungan mereka itu kepada Allah. Riwayat al-Bukhari (25) dan Muslim (22)

Hadis tersebut menunjukkan sesiapa yang telah berikrar dengan dua kalimah syahadah, tetap diperangi jika dia tidak mendirikan solat tetapi tidak dihukum sebagai kafir berdalilkan hadis yang berikut:

Daripada Ubadah bin al-Somit RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Allah telah mewajibkan solat lima waktu atas hamba-hamba-Nya. Sesiapa yang tetap melakukannya tanpa meninggalkan satu pun daripadanya lantaran meringan-ringankan hukum wajibnya, Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa pun kepada-Nya sama ada mengazabkannya atau memasukkannya ke dalam syurga mengikut kehendak-Nya.” Riwayat Abu Daud (1420)

Hadis ini menunjukkan orang yang meninggalkan solat tidak dihukumkan kafir kerana jika dihukumkan demikian tentulah tidak termasuk dalam maksud sabda Nabi SAW, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga mengikut kehendak-Nya. Ini kerana hanya orang kafir yang tidak akan masuk ke dalam syurga sama sekali. Justeru, maksud tidak kafir adalah ditujukan kepada mereka yang meninggalkan solat disebabkan malas bagi menerima pakai semua dalil tersebut.

Hukum Qadak Solat

Telah menjadi isu dan polemik yang begitu hangat dalam kalangan masyarakat sekarang tentang isu qadha solat bagi sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja.

Pendapat yang mewajibkan qadak solat:

Berikut kami nyatakan beberapa tokoh ulama yang berpandangan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka wajib ke atasnya untuk qadha solat tersebut. Inilah pendapat jumhur ulama. Antaranya, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad dan kebanyakkan para ulama dalam kalangan ahli tafsir, ahli hadis, ahli fiqh, ahli usul dan lain-lain.

Berikut kami nyatakan secara terperinci beberapa tokoh ulama dan hujah-hujah bagi yang berpandangan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka wajib ke atasnya untuk qadak solat tersebut.

Tokoh besar dari kalangan ulama salaf iaitu Imam Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: Apabila seorang lelaki itu meninggalkan solat dengan sengaja sehingga telah tamat waktunya, maka ke atasnya qadak. Kami tidak mengetahui sebarang khilaf dalam hal ini. Sesiapa yang mengkafirkannya disebabkan dia meninggalkan solat dengan sengaja, maka perlu memintanya untuk bertaubat. Dan apabila dia bertaubat dan menunaikan qadha dianggap sebagai dia telah kembali kepada Islam. Dan sesiapa yang tidak menganggap perbuatan meninggalkan solat itu suatu kekufuran, maka orang yang meninggalkan solat dianggap sebagai pelaku maksiat, dan wajib ke atasnya untuk melakukan qadha. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Rajab al-Hanbali (5/136).

Imam Ibn Rushd Rahimahullah menyatakan: Para ulama sepakat bahawa sesiapa yang meninggalkan solat disebabkan terlupa atau tertidur, maka wajib ke atasnya qadak. Dan mereka berbeza pendapat berkenaan isu qadak ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja ataupun disebabkan pengsan.

Kata beliau lagi: Sesiapa yang meninggalkan solat sehingga keluar waktunya, maka jumhur ulama menganggapnya sebagai berdosa serta wajib qadak ke atas dirinya. Manakala sebahagian ahli zahir (mazhab zahiri) berpendapat bahawa tidak wajib qadak ke atasnya dan dia dianggap sebagai berdosa. Salah seorang yang berpendapat sedemikian adalah Abu Muhammad Ibn Hazm.

Imam Ibn Rushd Rahimahullah turut menyatakan sebab-sebab perbezaan pendapat di antara dua kumpulan tersebut. Kata beliau Rahimahullah: Sebab-sebab perselisihan pendapat di antara mereka adalah pada dua perkara:

Pertama: Keharusan menggunakan al-Qiyas di dalam syara’.

Kedua: Sekiranya diharuskan penggunaan qiyas, adakah boleh untuk diqiyaskan di antara seseorang yang meninggalkan solat secara sengaja dengan seseorang yang meninggalkannya disebabkan terlupa.

Kata Ibn Rushd lagi: Maka sesiapa yang melihat apabila seseorang yang terlupa itupun diwajibkan qadak ke atasnya sedangkan dalam banyak perkara mereka diberikan keuzuran, maka seseorang yang sengaja adalah lebih utama untuk diwajibkan ke atasnya untuk melakukan qadha kerana tidak ada keuzuran buat dirinya. Maka kumpulan ini mewajibkan qadha kepada orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.

Manakala sesiapa yang berpendapat bahawa orang yang terlupa dan orang yang sengaja itu sifatnya berlawanan dan tidak boleh untuk diqiyaskan di antara satu sama lain kerana hukum hakam mereka berbeza. Maka golongan ini tidak membenarkan qiyas orang yang sengaja kepada orang yang terlupa. Rujuk Bidayah al-Mujtahid, Ibn Rushd (1/192-193).

Kata al-Imam al-Qurthubi Rahimahullah: Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka jumhur fuqaha mengatakan wajib ke atasnya untuk melakukan qadha sekalipun dia dianggap sebagai pelaku maksiat kecuali diperselisihi oleh Daud dan pendapatnya itu turut dipersetujui oleh Abu Abd al-Rahman al-Asy’ari al-Syafi’e sebagaimana yang telah diceritakan darinya oleh Ibn al-Qassar.

Kemudian Imam al-Qurthubi memberikan beberapa hujah untuk menguatkan lagi pendapat jumhur. Kata beliau: Telah sabit perintah kepada orang yang tidur dan terlupa untuk melakukan qadha, dalam keadaan kedua-duanya tidak dianggap berdosa, maka orang yang sengaja meninggalkan solat adalah lebih utama (untuk melakukan qadha).

Di antara hujah lain bagi jumhur fuqaha adalah berdasarkan sebuah hadis:

مَنْ نَامَ عَنْ صَلَاةٍ أَوْ نَسِيَهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang tertidur sehingga terlepas solat ataupun dia terlupa untuk solat.”

Lalu kata al-Qurthubi: Yang dimaksudkan dengan lupa adalah meninggalkan. Ini kerana, Allah SWT berfirman:

نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ
Maksudnya: Mereka meninggalkan Allah maka Allah meninggalkan mereka. Surah al-Taubah (67)

Perkataan نَسِي di dalam ayat tersebut bukan bermaksud lupa kerana Allah SWT sama sekali tidak bersifat pelupa. Akan tetapi yang dimaksudkan di situ adalah Allah SWT meninggalkan mereka.

Kami katakan di sini, bahawa perkataan نَسِي yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut juga membawa erti meninggalkan. Sama ada solat itu ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja, maka wajib qadha ke atas sesiapa yang meninggalkannya.

Imam al-Qurthubi juga menyebutkan beberapa hujah lain seperti katanya yang berikut: Sesungguhnya hutang-hutang bagi anak Adam, sekiranya ia berkaitan dengan waktu, maka tidak gugur kewajipan untuk melangsaikannya apabila telah sampai tempohnya. Demikian hutang-hutang kepada Allah adalah lebih utama untuk tidak gugur dalam melangsaikannya melainkan dengan izin daripada-Nya sendiri.

Demikian juga al-Qurthubi mengatakan: Kita telah sepakat bahawa sekiranya ditinggalkan berpuasa dalam sehari pada bulan Ramadan dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atas orang yang meninggalkannya itu untuk melakukan qadha. Begitulah juga halnya dengan solat. Lihat al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (11/119-120).

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: Telah ijma para ulama bahawasanya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib untuknya qadha. Dan ia diperselisihi oleh Abu Muhammad Ali Bin Hazm. Beliau berkata: Seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja tidak mampu untuk mengqadhakannya selama-lamanya, dan tidak sah melakukannya. Beliau berkata, bahkan orang tersebut memperbanyakkan amalan kebaikan dan solat-solat sunat supaya dapat memberatkan timbangannya pada hari kiamat dan dia beristighfar kepada Allah serta bertaubat.

Dan pendapat yang beliau katakan ini bersama-sama dengan bercanggahnya ia dengan ijma ulama adalah suatu yang batil dari sudut dalil. Bahkan dia memanjangkan perbahasan dalam beristidlal dengannya dalam keadaan tidak ada sebarang dalil pada asalnya.

Imam al-Nawawi menyatakan satu hujah bagi pandangan yang mewajibkan qadha iaitu berdalilkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.anh bahawa Nabi S.A.W:

أَمَرَ الْمُجَامِعَ فِي نَهَارِ رَمَضَانَ أَنْ يَصُومَ يَوْمًا مَعَ الْكَفَّارَةِ أَيْ بَدَلَ الْيَوْمِ الَّذِي أَفْسَدَهُ بِالْجِمَاعِ عَمْدًا
Maksudnya: “Nabi S.A.W memerintahkan orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan supaya dia berpuasa sehari bersama dengankaffarah iaitu mengganti hari yang dia rosakkan dengan bersetubuh secara sengaja.”

Maka apabila diwajibkan qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan kerana terlupa maka bagi orang yang sengaja adalah lebih utama. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/71).

Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah juga turut mengulas hadis yang berkenaan, iaitu hadis riwayat Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kaffarah untuknya melainkan hal tersebut.” Riwayat al-Bukhari (597)

Kata al-Hafiz Ibn Hajar: Golongan yang berpendapat bahawa seseorang yang meninggalkan solat tidak perlu mengqadhakannya berpegang dengan dalil ucapan yang terdapat di dalam hadis ini. Ini kerana, ternafinya syarat membawa kelaziman kepada ternafinya perkara yang disyaratkan. Maka menjadi kelaziman bahawa sesiapa yang tidak terlupa, dia tidak perlu solat.

Manakala golongan yang berpendapat bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja perlu untuk qadha berhujah bahawa ia diambil daripada mafhum al-khitab (mafhum di dalam hadis). Maka ia menjadi suatu tanbih (peringatan) dengan sesuatu yang rendah kepada sesuatu yang lebih tinggi. Ini kerana, apabila diwajibkan kepada orang yang terlupa untuk melakukan qadha sedangkan dosa terangkat darinya, maka adalah lebih utama untuk orang yang meninggalkannya dengan sengaja melakukan qadha.

Kata beliau lagi: Wajibnya qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah berdasarkan khitab (ucapan) yang awal. Ini kerana, dia diperintahkan untuk melakukan solat serta ia menjadi suatu tanggungjawab ke atas dirinya. Maka apabila ia ditinggalkan, ia menjadi satu hutang di atas dirinya dan hutang sama sekali tidak akan gugur kecuali setelah ia dilangsaikan. Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani (2/71).

Ancaman Terhadap Orang yang Melalaikan Solat

Dalam menjawab isu di atas, kami kemukakan di sini nas al-Quran dan al-Hadith tentang ancaman bagi yang melalaikan solat dan meninggalkan solat dengan sengaja. Kami nukilkan daripada kitab al-Kabair (h.30-36) oleh Imam al-Zahabi seperti berikut:

“Solat adalah diumpamakan seperti pertalian hamba dengan Tuhannya, yang mana orang yang memutuskan pertalian itu dikira berdosa besar, apatah lagi jika dia mengingkari kewajipannya atau memperkecilkan-kecilkan orang yang mengikat pertalian itu sehingga boleh dianggap kafir, jika tidak perlu bertaubat dan kembali kepada Tuhan-Nya.

Allah SWT berfirman:

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً (٥٩) إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً

Maksudnya: “Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.” Surah Maryam: 59-60

Ibn Abbas RA berkata: “Pengertian ‘meninggalkan solat’ tersebut bukanlah beerti meninggalkan solat itu sama sekali, malah yang dimaksudkan ialah mengakhirkannya dari waktunya.”

Said bin al-Musayyib pula berkata: “Maksud ‘meninggalkan solat’ adalah seseorang yang yang tidak solat Zohor kecuali sehingga datangnya waktu Asar, dan tidak solat Asar sehingga datangnya waktu Maghrib, dan tidak solat Maghrib sehingga datangnya waktu Isya’ dan tidak solat  Isya’ sehingga datangnya waktu fajar solat Subuh, kemudian tidak menunaikan solat Subuh sehingga terbitnya matahari.

Maka sesiapa yang mati di atas cara yang sedemikian itu dan tidak bertaubat (sebelum matinya), maka Allah SWT akan meletakkannya sebagai orang yang berdosa, dan kerana itu juga dia akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam pada bahagian yang paling dalam sekali.

Firman Allah SWT:

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ، الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

Maksudnya: “(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.”  Surah al-Ma’un: 4-5

Iaitu lalai daripada menunaikan solat serta mensia-siakan solat.”

Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang melalaikan solatnya, maka Baginda menjawab: “Iaitu mengakhirkan waktu solat (daripada waktunya yang asal sehingga sampai kepada waktu solat yang lain). Mereka itu tetap dinamakan orang-orang yang menunaikan solat iaitu sebagai musalliin. Akan tetapi kerana mereka telah mensia-siakan dan mengakhirkan waktu solat tersebut, maka mereka diancam dengan neraka Wail, iaitu seksaan yang teramat pedih di dalamnya.

Ada juga yang mengatakan Wail itu adalah sebuah lembah di dalam neraka Jahannam, yang sekiranya gunung-gunung di dunia ini dicampakkan ke dalamnya, maka gunung-gunung itu akan menjadi cair akibat kepanasannnya yang teramat. Maka itulah tempat bagi mereka yang mensia-siakan solatnya dan mengakhirkan solatnya sehingga keluar dari waktunya. Kecuali jika dia telah bertaubat kepada Allah SWT dan menyesal akan kesalahannya itu.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” Surah al-Munafiqun: 9

Menurut ahli tafsir, katanya: “Zikir kepada Allah atau mengingati Allah itu di dalam ayat ini, iaitu mengerjakan solat lima waktu. Sesiapa yang disibukkan oleh hartanya ataupun anak-anaknya atau urusan perniagaan jual beli dan mencari saraan hidup ataupun disibukkan dengan pengurusan tanah kebunnya sehingga membuatkannya lalai dari mengerjakan solat sehingga keluar daripada waktunya, maka mereka itu akan tergolong dalam kategori orang-orang yang paling rugi, ini kerana Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ

Maksudnya: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.” Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425)

Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran tentang kedudukan penghuni neraka yang tidak mengerjakan solat. Firman Allah SWT:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٢) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (٤٣) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (٤٤) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (٤٥) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (٤٦) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (٤٧) فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ

Maksudnya: “(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.” Surah al-Mudatthir: 42-48

Nabi SAW bersabda lagi:

الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلَاةُ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

Maksudnya: “Perjanjian diantara kami dan mereka (orang-orang munafiq itu), ialah dengan solat. Maka sesiapa yang yang meninggalkannya sungguh dia telah menjadi kafir.” Riwayat Ahmad (23403), al-Nasaie (326), al-Tirmizi (2621) dan Ibn Hibban (1454)

Dan Nabi SAW juga bersabda:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ

Maksudnya: “Sesungguhnya, yang membezakan antara seorang hamba (yang mukmin) dengan seorang yang kafir dan syirik, iaitu meninggalkan solat.”  Riwayat Muslim (82) dan Ahmad (14947)

Yang memberi makna bahawa jika seseorang meninggalkan solat dengan sengaja serta mengingkarinya akan membawa kepada kafir. Di dalam Sahih al-Bukhari terdapat sabda Nabi SAW:

مَنْ فَاتَتْهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat asar, maka sia-sialah amalnya.” Riwayat al-Bukhari (553)

Sabda Nabi SAW lagi:

مَنْ تَرَكَ الصلاةَ متعمِّدًا فقَدْ بَرِئَتْ منْهُ ذِمَّةُ اللهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas dari perlindungan Allah.” Riwayat al-Baihaqi (14895) dan Ahmad (28007)

Nabi SAW bersabda lagi:

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكاَةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالىَ

Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan solat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka ada pada Allah SWT.” Riwayat al-Bukhari (25) dan Muslim (20)

Nabi SAW bersabda:

مَنْ حافظَ عليْهَا كانَتْ له نورًا وبرهانًا ونجاةً يومَ القيامةِ، ومَنْ لمْ يحافظْ عليهَا لمْ يكنْ لَهُ نورٌ ولا برهانٌ ولا نجاةٌ وحُشِرَ يومَ القيامةِ معَ فرعَونَ وهامانَ وقارونَ وأُبَيِّ بنِ خلفٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya, dan bukti serta penyelamat pada hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman, dan Ubai bin Khalaf.”  Riwayat Ahmad (6540) dan al-Darimi (2721

Umar bin Khattab RA berkata: “Seseorang itu tidak akan bernasib baik di dalam Islam jika dia meninggalkan solat.”

Ali RA telah ditanya tentang wanita yang tidak solat, maka beliau menjawab: “Sesiapa yang tidak solat, maka dia sebagai tidak beragama.” Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim.

Ibn Mas’ud RA berkata: “Sesiapa yang tidak solat maka dia tidak beragama.”

Ibn Abbas R.Anhuma berkata: “Sesiapa yang meninggalkan solat sekali sahaja dengan sengaja, maka dia akan mengadap Allah SWT dalam keadaan mendapat kemurkaan.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Ibn Hazm berkata: “Tidak ada dosa yang lebih besar sesudah syirik, kecuali bagi orang yang melewatkan solatnya dari waktunya yang sebenar, atau dia membunuh seorang mukmin dengan cara yang salah.”

Ibrahim al-Nakhaie berkata: “Sesiapa yang meninggalkan solat, maka sungguh dia telah menjadi kafir.” Demikian juga pendapat Ayyub al-Sakhtiani.

Aun bin Abdullah berkata: “Sesungguhnya seseorang itu jika telah memasuki alam kubur, maka yang ditanyakan adalah tentang solatnya, dan itulah yang pertama ditanyakan. Jika telah lulus maka akan dilihat pada amalnya yang lain. Dan jika solatnya tidak memenuhi syarat, maka amalnya yang lain tidak akan dilihatnya lagi.”

Inilah sepertimana yang disebut oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya yang masyhur, al-Kaba’ir. al-Kabair oleh Imam al-Zahabi, hlm. 30-36

Hukum Meninggalkan Solat Daripada Kitab al-Fiqh al-Manhaji

Kami nukilkan pendapat Ashab al-Fadhilah guru-guru kami ini, di mana mereka telah menjelaskan secara panjang lebar berkenaan isu orang yang meninggalkan solat sama ada kerana malas, cuai, ingkar dan sengaja meringan-ringankannya.

Dalam isu ini, sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersenda-sendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam. Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat. Jika terus mengingkarinya dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak harus dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Malah tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.

Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqadha’kan solat, dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya.

Jika masih ingkar mengqadha’nya dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat. Ini kerana hukuman atas orang yang meninggalkan fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh, dia masih dianggap seorang Islam. Justeru, jenazahnya, pengkebumiannya, dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut tatacara Islam.

Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّى دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan memerangi manusia hingga mereka mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka telah melakukannya terpeliharalah darah dan harta benda mereka daripada tindakan aku, kecuali dengan kebenaran Islam dan terserahlah perhitungan mereka itu kepada Allah. Riwayat al-Bukhari (25) dan Muslim (22

Hadis tersebut menunjukkan sesiapa yang telah berikrar dengan dua kalimah syahadah, tetap diperangi jika dia tidak mendirikan solat tetapi tidak dihukum sebagai kafir berdalilkan hadis yang berikut:

Daripada Ubadah bin al-Somit RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Allah telah mewajibkan solat lima waktu atas hamba-hamba-Nya. Sesiapa yang tetap melakukannya tanpa meninggalkan satu pun daripadanya lantaran meringan-ringankan hukum wajibnya, Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa pun kepada-Nya sama ada mengazabkannya atau memasukkannya ke dalam syurga mengikut kehendak-Nya.”  Riwayat Abu Daud (1420)

Hadis ini menunjukkan orang yang meninggalkan solat tidak dihukumkan kafir kerana jika dihukumkan demikian tentulah tidak termasuk dalam maksud sabda Nabi SAW, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga mengikut kehendak-Nya. Ini kerana hanya orang kafir yang tidak akan masuk ke dalam syurga sama sekali. Justeru, maksud tidak kafir adalah ditujukan kepada mereka yang meninggalkan solat disebabkan malas bagi menerima pakai semua dalil tersebut.

Ini berdasarkan hadis, daripada Jabir RA katanya, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ

Maksudnya: “Yang membezakan seseorang Islam dengan syirik dan kafir itu ialah meninggalkan solat.” Riwayat Muslim (82)

Maksud hadis ini ditujukan kepada orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari hukum wajibnya atau mempersenda-sendakan dan meremehkannya.

Marilah sama-sama kita sentiasa menjaga solat kita dan berazam untuk melaksanakannya di awal waktu.

Kami akhiri perbincangan ini dengan mengajak semua untuk berdoa:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

2. Baligh

Menentukan usia baligh

Dalam istilah bahasa Melayu, Kamus Dewan mentakrifkan akil baligh sebagai cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9-12 tahun bagi perempuan dan 12-15 tahun bagi lelaki.

Maksud baligh adalah apabila seseorang lelaki atau perempuan itu telah sampai tempoh umur layak ditujukan kepadanya perintah melaksanakan syariat seperti solat, puasa, haji dan lain-lain.

Para ahli feqah bersepakat menetapkan bahawa keluar air mani dalam keadaan tidur, bermimpi, sedar ataupun usaha mengeluarkannya dengan sengaja seperti beronani atau sebagainya, adalah demikian tanda seseorang itu menjadi baligh.

Al-Qalyubi berkata: “Keluar air mani daripada lelaki atau perempuan dalam keadaan sedar ataupun tidur ketika sampai waktunya.”al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/188

Ulama menyifatkan air mani yang keluar dikira sebagai baligh ialah air mani yang mampu menghasilkan anak. Ibnu Qudamah berkata: “Maka Adapun keluar mani: Apabila seseorang keluar mani, iaitu air putih yang memancut yang terjadi daripadanya anak ketika berjima’, atau di dalam tidur, atau ketika sedar, maka dia dikira baligh.”al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Syafie, 6/218

Selain itu juga, ulama menentukan minima masa atau umur keluarnya mani seseorang itu secara matang yang dikira sebagai baligh ialah 9 tahun. Imam al-Nawawi berkata: “Keluar air mani ketika sampai waktunya iaitu sempurna umurnya Sembilan tahun.”Minhaj al-Talibin wa Umdah al-Muftin, hlm 123

Allah SWT telah menjadikan baligh itu sebagai salah satu tanda sempurnanya akal. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan umur baligh seseorang:

Ulama bermazhab al-Syafie, Ahmad, Abu Yusuf daripada ulama bermazhab Hanafi, dengan pandangan keduanya itu juga difatwakan di dalam mazhab dan al-Awza’ie menyatakan bahawa umur baligh adalah sempurna 15 tahun qamariyyah bagi lelaki dan wanita (sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama bermazhab al-Syafie) berdasarkan khabar (riwayat) daripada Ibn Umar.

عُرِضْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ وَأَنَا ابْنُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ سَنَةً، فَلَمْ يُجِزْنِي وَلَمْ يَرَنِي بَلَغْتُ، وَعُرِضْتُ عَلَيْهِ يَوْمَ الْخَنْدَقِ وَأَنَا ابْنُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَنَةً، فَأَجَازَنِي، وَرَآنِي بَلَغْتُ

Maksudnya: “Aku menyerahkan diriku kepada Nabi SAW pada peperangan Uhud ketika aku berusia 14 tahun dan Nabi SAW tidak mengizinkanku kerana Baginda SAW tidak menganggapku telah baligh. Aku juga menyerahkan diriku kepada Nabi SAW pada peperangan Khandak ketika aku berusia 15 tahun dan Nabi SAW mengizinkanku kerana Baginda SAW menganggapku telah baligh. Riwayat Ibn Hibban (4728)

Berkata Imam al-Syafie bahawa Nabi SAW telah menolak 17 orang daripada kalangan sahabat yang mana usia mereka pada ketika itu adalah 14 tahun kerana Baginda SAW menganggap mereka belum lagi baligh. Kemudian Baginda SAW didatangi anak-anak yang berusia 15 tahun lalu Baginda SAW membenarkan mereka. Antaranya Zaid bin Thabit, Rafi’ bin Khadij dan Ibn Umar.

وَرُوِيَ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: إِذَا اسْتَكْمَل الْمَوْلُودُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَنَةً كُتِبَ مَا لَهُ وَمَا عَلَيْهِ، وَأُخِذَتْ مِنْهُ الْحُدُودُ

Maksudnya: “Apabila sempurnanya umur anak itu 15 tahun maka akan ditulis apa yang dilakukannya dan apa yang dikenakan ke atasnya serta akan dikenakan hudud.” al-Talkhis al-Habir pada 106/3

Ulama al-Malikiyyah mengatakan umur baligh adalah sempurnanya 18 tahun, dikatakan juga dengan persetubuhan atau dengan bermimpi (keluar mani) berdasarkan sabda Nabi SAW:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثٍ: عَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ

Maksudnya: “Diangkat pena pada 3 perkara: Antaranya daripada budak sehingga dia bermimpi.” Riwayat Abu Daud (4401)

Ataupun apabila datangnya haid (bagi wanita) berdasarkan sabda Nabi SAW:

لاَ يَقْبَل اللَّهُ صَلاَةَ حَائِضٍ إِلاَّ بِخِمَارٍ

Maksudnya: “Allah SWT tidak akan menerima solat orang yang telah berhaid melainkan dengan menutup kepala.” Riwayat Ahmad dan ashab al-Sunan

Atau dengan mengandung dan juga dengan tumbuhnya bulu ari-ari di bawah perutnya.

Al-Hattab ada mendatangkan 5 pandangan di dalam mazhab, antaranya riwayat yang mengatakan 18 tahun, 17 tahun dan sebahagian pensyarah kitab al-Risalah menambah kepada 16 tahun, 19 tahun dan diriwayatkan oleh Ibn Wahab 15 tahun menurut riwayat Ibn Umar.

Adapun Abu Hanifah menyatakan bahawa umur baligh seseorang budak lelaki itu mengikut pada umur adalah 18 tahun dan budak perempuan pula adalah 17 tahun. Disebabkan itu Allah SWT berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).” Surah al-Isra’: 34

Telah berkata Ibn Abbas RA, umur 18 tahun (dalam menentukan had baligh) adalah amat sedikit ahli ilmu yang cenderung kepadanya. Akan tetapi, ia diterima sebagai langkah berhati-hati. Ini adalah umur yang paling tua bagi had baligh budak lelaki dan budak perempuan pula lebih cepat balighnya berbanding budak lelaki maka kami kurangkan setahun (iaitu 17 tahun). al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah, 2/15-17

Usia anak-anak diajar dan dipukul

Menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan ke atas setiap ibubapa yang beragama Islam untuk mendidik anak-anak mereka. Pendidikan kepada anak-anak itu berlaku dalam erti kata menyuruh ke arah kebaikan dan melarang daripada melakukan keburukan. Di antara contoh nas yang memerintahkan kepada kedua ibubapa supaya memberikan didikan kepada anak-anak mereka adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amru bin Al- ‘Ash R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya: Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.

Riwayat Abu Daud (495)

Di dalam hadis di atas, perintah daripada syarak adalah ditujukan kepada ibubapa untuk memberi didikan kepada anak-anak mereka terutamanya dalam melaksanakan ibadah solat. Zahir daripada hadis di atas adalah, kedua ibubapa boleh untuk memukul anak-anak mereka sekiranya anak-anak itu meninggalkan solat semasa berumur sepuluh tahun.

Imam al-Nawawi Rahimahullah ada mensyarahkan hadis ini ketika beliau mengulas kenyataan pemilik kitab al-Muhazzab yang berkata: Dan tidaklah diperintahkan solat ke atas seseorang yang tidak wajib ke atas dirinya untuk menunaikan solat kecuali kepada kanak-kanak. Ini kerana, kanak-kanak diperintahkan (oleh ibubapa) untuk mengerjakan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan dipukul jika mereka meninggalkannya ketika berusia sepuluh tahun.

Beliau kemudiannya menukilkan kata-kata Imam al-Syafie Rahimahullah yang mengatakan: Menjadi tanggungjawab ke atas para ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak mereka, serta mengajarkan ilmu berkaitan taharah, solat, dan memukul anak-anaknya sekiranya mereka meninggalkannya semasa telah sampai umur berakal (mumayyiz). Demikian juga Imam al-Rafi’e Rahimahullah berkata: Wajib ke atas para ibu dan bapa untuk mengajarkan anak-anak mereka itu tentang taharah, solat, dan syariat-syariat apabila anak-anak mereka telah berumur tujuh tahun dan memukul anak-anak itu jika mereka meninggalkannya setelah mereka berumur sepuluh tahun. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/11).

Kaedah Mendidik Anak-Anak

Berkenaan dengan kaedah pendidikan kepada anak-anak, di sana terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pihak ibubapa untuk dikenakan kepada anak-anak setelah nasihat dengan lidah, teguran dengan lemah lembut, dan selainnya iaitu dua cara yang berikut:

Pertama: Merotan. Kedua: Memukul

Perkara paling asas yang perlu kita fahami adalah, konsep merotan dan pukulan kepada anak-anak di dalam Islam adalah lebih kepada proses pendidikan dan membentuk adab, dan bukannya bersifat menjatuhkan hukuman. Justeru, syarak meletakkan beberapa dhawabit (kriteria) dalam menjalankan kedua-dua proses tersebut. Kami ringkaskannya seperti berikut:

· Dalam merotan anak-anak, sebatan tidak boleh dilakukan dengan melebihi 10 kali. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Burdah al-Ansari R.anh bahawa Nabi S.A.W bersabda:

لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ

Maksudnya: Tidak disebat seseorang itu melebihi sepuluh kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah S.W.T. Riwayat al-Bukhari (6456)

· Rotan pula hendaklah dengan niat untuk mendidik anak-anak serta membentuk peribadi mulia pada diri mereka dan bukannya untuk menghukum anak-anak dan mencederakan mereka.

· Berkenaan dengan memukul pula, ibubapa dilarang untuk memukul ke bahagian muka anak-anak. Ini kerana, terdapat larangan daripada Nabi S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah anh bahawa baginda bersabda:

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka. Riwayat Muslim (2612)

Hal yang demikian itu kerana, muka seseorang itu adalah tempat yang lembut dan menghimpunkan keseluruhan keindahan. Bahagian anggota padanya juga lembut dan boleh rosak apabila dipukul.

· Memukul juga tidak boleh menyebabkan kerosakan dan kemudaratan pada tubuh badan anak-anak. Ini sebagaimana yang kami nyatakan, tujuan dipukul adalah bersifat ta’dibi (memberi pendidikan) dan bukannya ta’qibi (memberi hukuman dan seksaan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan