Khamis, 27 Jun 2024

Tafsir Surah al-Naba’

Dalil untuk ayat 1 hingga 16 Surah al-Naba' berpandukan kitabTafsir al-Munir.

1. Al-Mursalat 77:16: Manusia terdahulu telah binasa

2. Al-Mursalat 77: 20: Manusia dicipta dari air yang hina

3. Al-Mursalat 77: 25: Bumi tempat berkumpul

4. Al-Mursalat 77: 12-14: Hari keputusan yang ditangguhkan

5. Al-Mukminun 23:37 : Anggapan manusia tidak dibangkitkan

6. Al-Jathiyah 45: 32 : Tidak percaya hari kiamat

 

7. Al-Ghafir 40: 16: Kepunyaan siapa kerajaan

8. Al-Naziaat 79:32: Gunung ganang sebagai pacak

9. Al-Ruum 30: 21: Tanda-tanda kekuasaan Allah


Surah An-Naba: 9-10 tentang malam siang, langit bumi. Lebih kurang 41 ayat

Surah al-Furqan: 47


 

Surah al-Isra’ 79:

 

Doa tengok langit:

 Surah an-Naba’: 14-16 Awan membawa hujan dan tumbuhan

Tafsir Ibnu Kathir; Al-Aufi dari Ibnu Abbas, bahwa yang dimaksud dengan al-mu'sirat ialah angin. Ibnu Abu Hatim dari Ibnu Abbas  dimaksud ialah dari angin. Dikatakan demikian karena anginlah yang meniup awan yang mengandung air, hingga awan itu menurunkan kandungan airnya dan terjadilah hujan. Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya, "Al-mu'sirat," bahwa makna yang dimaksud ialah awan yang mengandung air hujan. Demikian juga Ikrimah, lalu dipilih oleh Ibnu Jarir. Al-Farra mengatakan bahwa mu’sirat ialah awan yang mengandung air dan masih belum diturunkan, jelasnya pendapat yang mengatakan bahwa makna yang dimaksud dengan mu’sirat ialah awan yang mengandung air, seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:


10  Al-Ra’d 13: 4 : Tanda-tanda kekuasaan Allah



 

 

Khamis, 20 Jun 2024

 SIFAT 20 SUATU PENGENALAN ASAS

MUQADDIMAH

Maksud ahli sunnah wal Jamaah:

Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah berasal daripada dua patah perkataan iaitu “ahl al-Sunnah” dan “al-Jamaah” yang memberi maksud golongan yang mengikuti pegangan Nabi Muhammad s.a.w. atau mengikuti jalan hidup Baginda s.a.w. dan jamaah para sahabat terutamanya para khulafa’ alRasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w. Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa semenjak zaman Nabi s.a.w. serta para sahabat Baginda s.a.w. 

Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah diambil dan dirumus oleh ulama berdasarkan riwayat hadis. Daripada Abdullah bin Amr R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah berpecah Bani Israil kepada tujuh puluh dua (72) kelompok. Manakala umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (73) kelompok di mana kesemuanya akan ke neraka kecuali satu (1) kelompok. 

Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: Mereka adalah golongan yang berpegang kepada ajaranku dan para sahabatku”. (Riwayat at-Tirmidzi). Berdasarkan riwayat hadis tersebut dan riwayat-riwayat lain yang seerti dengannya, para ulama telah membuat kesimpulan bahawa maksud mereka yang mengikut sunnah Rasul dan para sahabat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu pegangan yang berakar umbi dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda.

Kemudian, disusun dengan lebih bersistem dan teguh oleh dua tokoh imam Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Abu al-Hassan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. 

Kebenaran al-Asya`irah Dan Al-Maturidiyyah Disokong Oleh Al-Quran Dan Hadith

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ

يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ) المائدة :54

"Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa yang murtad daripada agamanya (Islam) maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang mana Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui". (Al-Maidah:54).

Antara ciri-ciri pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:

1. Berpegang dan mentafsirkan hukum-hukum Islam berdasarkan sumber perundangan utama iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias tanpa menolak atau mengurangkan peranan salah satu darinya

2. Berpegang kepada ajaran Islam yang meliputi perkara mengenai iman iaitu akidah, Islam iaitu syarak dan ihsan iaitu akhlak.

3. Berpegang kepada al-Quran yang dihimpunkan oleh para sahabat terutamanya al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani serta perpegang kepada al-Sunnah terutama hadis-hadis yang dihimpun oleh imam-imam besar hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu Majah dan imam-imam yang diiktiraf

4. Berkepercayaan bahawa para sahabat kesemuanya bersikap benar dan adil tanpa mengkufurkan salah seorang dari mereka. Terutama para khulafa’ Al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A, Saidina Umar al-Khatab R.A, Saidina Uthman R.A dan Saidina Ali R.A

5. Percaya dan beriman kepada perkara ghaib terutamanya yang thabit melalui al-Quran dan al-Sunnah seperti seksaan azab kubur, pembalasan syurga neraka dan sebagainya.

6. Tidak mengkufurkan saudara seislam atau yang berkiblatkan  Kaabah (ahli Qiblah) dengan mudah kecuali dengan pertimbangan ilmu atau hujjah yang kuat dan sikap yang adil.

Asya'irah

Asya'irah atau Asy'ariyah (Arabأشعرية al-ʾAšʿarīyah or ٱلْأَشَاعِرَة al-ʾAšāʿirah) merupakan satu aliran utama dalam pengajian aqidah Ahli Sunah Waljamaah. Aliran ini digagaskan oleh Abu al-Hasan al-Ashʿari dan juga mazhab Maturidiyah

Abu Musa al-Asy’ari

Nama sebenar Abu Musa al-Asy’ari ialah Abdullah bin Qais RA sebagaimana yang disebut di dalam hadis ketika Nabi SAW mendoakannya. Doa Nabi SAW kepadanya:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِ اللهِ بنِ قَيْسٍ ذَنْبَهُ، وَأَدْخِلْهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مُدْخَلاً كَرِيْماً

“Ya Allah, Kau ampunkanlah bagi Abdullah bin Qais akan dosanya dan Engkau masukkanlah dia pada hari akhirat kelak dengan kemasukan yang mulia.” Riwayat al-Bukhari (4323)

Beliau lebih dikenali dengan nama kunniyahnya Abu Musa al Asy’ari dan Abu Musa telah masuk Islam di Makkah lalu berhijrah ke Habsyah. Peperangan pertama yang disertainya adalah al-Khaibar. Tambahan pula, Abu Musa berasal daripada kabilah Bani Asy’ari (Kaum Asy’ariyyiin) di Yaman ini.

Abu Musa al Asy’ari merupakan seorang yang soleh, alim, rajin beribadah, kuat menuntut ilmu dan seorang berani. Selain itu, Abu Musa merupakan Qari al-Quran (pengajar al-Quran) bagi orang Basrah dan mengajar mereka tentang agama.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang berbunyi,

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مَنْ يَّرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهٖ فَسَوْفَ يَأْتِى اللّٰهُ بِقَوْمٍ يُّحِبُّهُمْ وَيُحِبُّوْنَهٗٓ ۙاَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ اَعِزَّةٍ عَلَى الْكٰفِرِيْنَۖ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَلَا يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ لَاۤىِٕمٍ ۗذٰلِكَ فَضْلُ اللّٰهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ ٥٤

Artinya: "Wahai orang-orang yang beriman, siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir. Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut pada celaan orang yang mencela. Itulah karunia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahaluas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Dalam ayat ini disebutkan bahwa akan ada kaum yang Allah SWT cintai dan kaum tersebut mencintai Allah SWT. Ketika ayat ini turun, Rasulullah SAW memberitakannya sambil menepuk pundak Abu Musa Al Asy'ari RA seraya berkata, "Mereka (kaum tersebut) adalah kaum orang ini!"

Demikian Rasulullah SAW memuliakan dan mengangkat derajat Abu Musa Al Asy'ari RA dan kaumnya dari sahabat yang lainnya. Kaum ini adalah kaum yang diberi karunia ilmu dan pemahaman yang benar.

Kaum Abu Musa Al Asy'ari RA adalah kaum yang memiliki kekuatan dalam membela sunah-sunah Rasulullah SAW dan memerangi berbagai macam bid'ah dengan dalil-dalil mereka yang kuat.

Abu Hassan al-Asy’ari

Beliau adalah Ali bin Ismail bin Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Nurdah bin Abu Musa al-Asy’ri. Datuk beliau yan bernama Abu Musa al-Ash’ari  ialah seorang sahabat nabi  yang berasal dari Yaman dan menetap di Basrah (Iraq). Beliau lebih dikenali dengan Abu Hassan al-Asy’ari, merupakan keturunan yang kesembilan daripada sahabat Nabi iaitu Abu Musa al-Asyari.

Beliau dilahirkan pada tahun 260 H  di Basrah. Pada mulanya, beliau menganut fahaman Muktazilah. Beliau mempelajarinya dari guru beliau iaitu Abu Ali al-Jubba’i, manakala ilmu hadis belajar dengan gurunya bernama Zakariya al-Saji dan lain-lain lagi.  Beliau merupakan seorang tokoh ulama Kalam dan pengasas mazhab usul yang mengambil sempena namanya.  Pada ketika ayahnya meninggal dunia, beliau telah diamanahkan untuk dijaga oleh Zakariyya bin Yahya al-Saji (m.285/898), seorang tokoh ulama fiqh al-Syafiiyyah.

Ketahuilah bahawa Imam Asy`ari tidak membawa pandangan baru yang berbeza dengan akidah Nabi Muhammad dan sahabat baginda, ini telah dijelaskan oleh Imam Al-Hafiz Tajuddin As-Subki dalam kitab Thabaqotnya yang bermaksud :

"Ketahuilah bahawa Imam Abu Hasan Al-Asy'ari tidak mendatangkan pandangan yang baru (yang bercanggah dengan Islam) dan tidak pula beliau membuat mazhab yang baru (yang bercanggah dengan Islam) akan tetapi beliau datang mempersetujui atau memperakui mazhab salaf (sebenar yang bukan wahhabi),yang selari dengan akidah para sahabat Rasulullah. Disandarkan akidah tersebut kepada nama beliau kerana beliau telah mendatangkan penyusunan hujah yang cukup hebat bagi mempertahankan akidah yang sebenar"

Al-Maturidi

Nama lengkapnya Abu Manshur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Maturidi al-Samarqandi, nisbah kepada Maturid, nama sebuah daerah di Samarkand, negeri yang terletak di seberang sungai Amu Dariya (seberang sungai Jihun), daratan Transoxiana.

Tidak ada tarikh tepat tetang kelahirannya, sangkaan kuat beliau  dilahirkan pada masa khalifah al-Mutawakkil (205-247 H/820-861 M), Khalifah ke-10 dari dinasti Abbasiyah. Diperkirakan al-Maturidi lahir sekitar 20 tahun sebelum lahirnya al-Imam al-Asy’ari.

Nasab Abu Manshur al- Maturidi masih bersambung dengan sahabat Rasulullah dari kaum Anshar, yaitu Abu Ayyub al-Anshari (w. 52 H/672 M). hal ini menjadi bukti bahwa al-Maturidi lahir dari keluarga terhormat dan terpandang di kalangan masyarakat, karena ketika Rasulullah hijrah ke kota Madinah, beliau singgah dan tinggal di rumah Abu Ayyub al-Anshari, sahabat yang menjadi saksi peristiwa Bai’at al-‘Aqabah, dan mengikuti peperangan Badar, Uhud, Khandaq dan lain-lain.

Kesimpulannya saya memetik pendapat beberapa tokoh Islam antaranya Sheikh `Izzuddin bin Abdus Salam berkata dalam karangan akidah beliau:

"Dan akidah Asy`ari semoga Allah meredhainya merangkumi apa yang ditunjukkan ke atas 99 nama-nama Allah".

Manakala menurut Ketua para Qadhi Tajuddin As-Subki:

"Dan golongan Hanafiyyah, As-syafi`iyyah, Al-Malikiyyah dan ulama tersohor daripada Hanabilah kesemuanya dalam hal akidah seolah-olah berpegang dengan pandangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaaah iaitu cara yang dipilih oleh As-Sheikh as-Sunnah al-Imam Abu Hasan Al-Asy`ary". Kata beliau lagi: "Dan secara umumnya akidah Asy`ari ini merupakan juga apa yang telah disampaikan oleh Imam Abu Ja`far At-Thahawi (as-Salafi) yang mana seluruh para ulama telah menerimanya".

Salaf (Arabالسلف) adalah golongan umat Islam generasi terdahulu yang hidup dalam kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah, atau sehingga kurun kelima hijrah. Golongan yang paling kuat diterima sebagai golongan ini adalah sehingga kurun ketiga hijrah. Lazimnya, generasi yang hidup selepas mereka digelar sebagai golongan khalaf.

Salaf itu bukan semata-mata suatu zaman yang diberkati, tetapi suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama walaupun keseragaman manhaj dalam bidang agama itu tidak berlaku dalam keseluruhan salaf. Dalam bidang fiqh sahaja ada perbezaan antara Ahl Hadith dengan Ahl Ra'yi. Dalam bidang aqidah juga berbeza-beza manhajnya. Imam Ahmad berbeza dengan Imam Al-Muhasibi dan Ibn Kullab. Begitu juga Imam Al-Bukhari berbeza dengan Al-Imam Ahmad dalam masalah lafaz Al-Qur'an. Begitulah masalah-masalah lain. Jadi, tidak ada namanya mazhab salaf dalam erti kata suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama. Salaf dalam istilah sebenar hanyalah suatu tempoh masa yang diberkati.

Sahabat Nabi SAW merupakan di antara generasi yang terbaik kerana mereka hidup sezaman dengan Nabi SAW dan mereka juga dididik sendiri oleh Baginda SAW. Hal ini diakui sendiri oleh Baginda SAW melalui sabdanya:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

“Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka. [Riwayat al-Bukhari (3651)]

Selain itu juga, di dalam al-Quran ada dinyatakan bahawa Allah SWT meredhai para sahabat ini dan Allah SWT menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ 

(al-Taubah: 100)

 “Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) daripada Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.”

Glosori

Sifat Ma’ani; sifat wajib yang berhubungan dengan perbuatan atau kehendak Allah SWT. Sifat wajib Allah SWT yang masuk dalam kategori sifat ma'ani adalah Qudrat, Iradat, Imu, Hayat, Sama, basar, dan Kalam.

Sifat yang Wujudi:

Sifat yang ada, lagi sungguh adanya, yang benar-benar ada dirinya pada zat Allah Taala iaitu sifat ma’ani yang 7 itu.

Tanzih:

Mensucikan Allah dengan sesuatu, merupakan konsep yang menekankan ketidakserupaan Tuhan dengan segala sesuatu. Ini adalah pengakuan bahwa Tuhan tidak memiliki keserupaan dengan makhluk-Nya dalam bentuk apapun. Wujud Mutlak(iaitu Allah) itu tidak boleh dibandingkan atau disifatkan dengan makhluk. Wujud Mutlak itu tidak boleh disifat atau dikatakan bersifat seperti makhluk; misalnya tidak boleh dikatakan Allah itu bertangan, mendengar, berkata-kata dan sebagainya. Allah itu melampaui segala ibarat dan sifat. Ia Maha Tinggi dan tidak tercapai oleh fikiran kita untuk mengetahui-Nya. Inilah pandangan orang munazzih (iaitu orang yang memegang fahaman "Tanzih"

Tasybih:

Diserupakan Allah dengan sesuatu,merupakan konsep yang menekankan keserupaan Tuhan dengan makhluk-Nya dalam beberapa aspek.Tasybih membawa pengertian yang berlawanan dengan pengertian Tanzih; iaitu Wujud Mutlak itu disifatkan seperti sifat manusia atau makhluk. Dikatakan Ia bertangan, berkaki, mendengar, melihat, berkata-kata dan sebagainya. Orang yang percaya Allah itu bersifat demikian dikatakan musyabbih (iaitu orang yang memegang fahaman "Tasybih") atau mujassim (orang yang menganggap Wujud Mutlak itu mempunyai sifat-sifat seolah-olah Ia berjisim atau berbadan).

Tajsim/Mujasimah:

Ibnu Faris seorang ulama masyhur pakar bahasa Arab mengatakan dalam kitabnya :

جسمالجيم والسين والميم , يدلّ على تجمع الشيء , فالجسم كل شخص مدرك , كذا قال ابن دريد , والجسيم : العظيم الجسم ، وكذلك الجسام

 “ Jisim terdiri dari huruf jim, sin dan mim. Menunjukkan atas terkumpulnya sesuatu. Maka jisim artinya adalah sebuah sosok yang dapat diindra (dirasa), demikian Ibnu Darid mengatakan. Sedangkan Jasim adalah : orang yang besar jisimnya demikian juga jassam..”

Dari definisi Ibnu Faris, dapat kita pahami bahwa jisim itu adalah sesuatu yang terkumpul atau menyatu, dan beliau menyebutkan definisi dari Ibn Darid bahwa jisim itu adalah sosok yang dapat dirasa dengan indra, maka tidak ada sesuatu yang dapat dirasa dengan indra kecuali sesuatu yang menyatu atau terkumpul.

Imam al-Qurthubi mengatakan :

والجسم هو المجتمع وأقل ما يقع عليه اسم الجسم جوهران مجتمعان وهذه الاصطلاحات وإن لم تكن موجودة في الصدر الأول فقد دل عليها معنى الكتاب والسنة فلا معنى لانكارها. وقد استعملها العلماء واصطلحوا عليها وبنوا عليها كلامهم وقتلوا بها خصومهم

“ Jisim adalah suatu yang tersusun, paling sedikit disebut jisim adalah terdiri dari dua materi yang tersusun. Istilah-istilah ini walaupun tidak ada di qurun pertama, tapi sungguh makna al-Quran dan sunnah telah menunjukkannya, maka taka da gunanya mengingkarinya. Sungguh para ulama telah menggunakan istilah tersebut dan menjadikan sebuah dasar dalam ilmu kalam mereka serta mampu mematahkan (hujjah) lawan-lawan mereka “. Tafsir al-Qurthubi / Jami’ Ahkam al-Quran : 6/386

Definisi istilah dari para ulama ini tidaklah keluar dari makna segi bahasanya, karena segala sesuatu yang besar yang tersusun sudah pasti memiliki ukuran panjang, lebar dan dalam.

Hukum Tajsim (Menganggap Allah memiliki bagian dan susunan pada Dzat-Nya).

Setelah kita memahami makna jisim dan tajsim, lalu bagaimana hukumnya orang yang memiliki pemahaman tajsim tersebut ?

Para ulama sepakat mencela dan menilai nista dan buruk pemahaman tajsim dan para pelakunya. Jumhur ulama sepakat menilai kafir kepada orang yang meyakini tajsi m secara sharih (jelas dan tidak samar). Sedangkan para ulama berbeda pendapat penilaian hukum kepada orang yang meyakini tajsim secara tidak sharih, apakah dihukumi kafir atau berbuat dosa besar. Di sini terdapat perbahasan yang panjang dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Ada yang menghukumkannya kafir dan wajib dibunuh, ada yang menghukumkan tidak kafir tetapi ahli bid’ah, pendosa, maksiat, fasiq, sesat dan sebagainya.