Selasa, 26 Mac 2024

 Cahaya  al-Quran

Maksud Cahaya

Cahaya disebut “ nur” dalam al-Quran yang boleh memberi makna kepada  cahaya fizikal  ( boleh dilihat dan disentuh),  cahaya hakiki (petunjuk, hidayah, taufiq)  dan cahaya makrifat (di jiwa dan dihayati;  rindu dan cinta )

 Al-Quran itu cahaya

 Sabda Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya, rumah yang dibacakan di dalamnya Alquran, maka rumah tersebut akan terlihat oleh para penduduk langit sebagaimana terlihatnya bintang-bintang oleh penduduk bumi” (HR Ahmad).

Rasulullah SAW memberikan penegasan. Beliau menasihati, "Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian pekuburan. Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah" (HR Muslim).

Firman Allah:

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mu`jizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur’an)”. ( QS. An-Nisa (4):174).

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”. ( QS.Ibrahim (14):1)

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (QS. Asy-Syuraa (42):52).

”Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah (al-Baqarah ayat 185)

Kelebihan al-Quran

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)

Dalam sebuah lagi hadis, dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.(Sunan Ad-Darimi: 3273)

Daripada Abu Umamah al-Bahili R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bacalah al-Quran, kerana ia akan memberikan syafat kepada para ‘sahabatnya’. Bacalah ‘Dua Bunga’: Surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran, kerana pada hari Kiamat nanti, keduanya akan datang seolah-olah dia gumpalan awan, atau seperti dua bayang-bayang, atau seperti dua gerombol burung-burung yang berbaris, yang akan membela para ‘sahabatnya.’ Bacalah surah al-Baqarah kerana mengambilnya (membaca/menghafal) merupakan satu keberkatan dan meninggalkannya merupakan kerugian. Perkara ini tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang yang batil (jahat/buruk perangainya).”Riwayat Muslim (1337)

Daripada Buraidah R.A, katanya: Aku duduk bersama Nabi SAW dan aku mendengar Baginda SAW bersabda:

Maksudnya: “Belajarlah kamu semua surah al-Baqarah. Sesungguhnya mengambilnya adalah suatu keberkatan dan meninggalkannya adalah satu kerugian, serta tidak dapat meninggalkan hal itu oleh mereka-mereka yang batil.”

Kemudian Nabi SAW dia sejenak, lalu kembali bersabda: “Belajarlah kamu semua surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran, kerana keduanya adalah bagaikan dua bunga, yang mana keduanya akan memayungi ‘sahabat-sahabatnya’ pada hari Kiamat nanti, seolah-olah seperti dua awan atau dua bayangan atau dua gerombolan burung yang berbaris.

Sesungguhnya al-Quran itu akan menemui ‘sahabatnya’ ketika dibangkitkan dari kubur dalam bentuk seperti seorang yang pucat, kemudian dia berkata: “Apakah kamu mengenalku?” Dijawab: “Aku tidak mengenalmu.” Dia berkata lagi: “Akulah temanmu. Aku al-Quran yang telah membuat kamu haus kerana kamu membaca dengan mengeluarkan suara, dan membuatmu berjaga pada malam-malam harimu. Sesungguhnya setiap pedagang itu mempunyai hasil daripada setiap dagangannya. Pada hari ini, kamu memperoleh hasil daganganmu itu.”

Kemudian orang itu diberikan kerajaan di tangan kanannya dan kekekalan di tangan kirinya. Kemudian diletakkan di atas kepalanya mahkota kewibawaan. Kedua ibu bapanya juga dipakaikan dua perhiasan yang keindahan dunia tidak sebanding dengannya. Kedua ibu bapanya pun bertanya: “Kerana apa kami dipakaikan ini?” Dijawab: “Kerana anak kamu berdua telah mengambil (mempelajari/menghafal) al-Quran.” Kemudian diperintahkan kepada keduanya untuk terus naik di tangga syurga dan (melihat) kamar-kamarnya. Mereka akan terus naik selama anaknya masih tetap membaca al-Quran.”Riwayat Ahmad (21872) (21897) (218971) dan al-Darimi (3257)

Daripada Nawwas Ibn Sam’an R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Akan datang al-Quran bersama para ‘ahlinya’ yang mengamalkannya di dunia, dikepalai (didahului) oleh surah al-Baqarah dan surah Ali ‘Imran.”Riwayat Muslim (1338) dan al-Tirmizi (2808)

Selain itu, terdapat juga hadith tentang kelebihan surah al-Baqarah sepertimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”Riwayat Muslim (780)

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri, yang dimaksudkan dengan menjadikan rumah seperti perkuburan adalah rumah yang kosong daripada zikir dan ketaatan, maka dengan itu menjadikannya seperti perkuburan atau seperti orang yang mati. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/146)

Selain itu, terdapat juga hadith tentang kelebihan dua ayat terakhir surah al-Baqarah seperti hadith riwayat Abu Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Bahawa sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam, telah cukup baginya dengan keduanya.”Riwayat al-Bukhari (5009) dan Muslim (807) 

Menurut Imam al-Nawawi, maksud cukup baginya di dalam hadith di atas adalah cukup bagi seseorang mendirikan malam pada malam tersebut, cukup baginya (terpelihara) daripada keburukan syaitan serta daripada kebinasaan-kebinasaan dan boleh jadi ia membawa makna kesemuanya sekali. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 6/91)

Apa tindakan kita? 

Kedegilan dan kesombongan manusia

Firman Allah

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya (al-Kahfi: 54)

Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.(al-Kahfi: 55)

Bersusah payahlah untuk akhirat

Firman Allah:

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)” (al-Balad 90:: 4)

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). (al-Insyiqaaq  84:6)

Kelebihan Belajar al-Quran

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia mahir membacanya, maka ia bersama para malaikat yang mulia (bersih dari maksiat) dan taat dalam kebaikan. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dengan terbata-bata dan merasa kesulitan ketika membacanya, maka baginya dua pahala.” (Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 4937 dan Muslim, no. 798]

Belajarlah seperti mana nabi Musa a.s belajar dengan Nabi Khaidir a.s yang dikisahkan dalam surah al-Kahfi ayat 60-82. Semoga para murid dan guru memerhati dan mengamalkan metodologi mereka. Mengharungi segala susah payah, membuang kesombongan diri, mengakui kejahilan diri, mengikuti ke mana sahaja guru pergi dan buat, sentiasa bersama guru dan mentaati serta memandang tinggi kepada guru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan