Ahad, 22 April 2018

SUKARELAWAN ASATIZAH AL-QURAN

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wrt




Umat Islam yang dermawan,
Selangkah penapak dengan pendek dan perlahan,  UMJS Serdang telah ditubuhkan 7 tahun yang lalu dengan hanya beberapa orang ahli. Kini UMJS telah mempunyai keahlian yang agak ramai dan meluas sehingga menjangkau kepada beberapa buah masjid dan surau. UMJS sederap langkah memartabatkan al-Quran sejak ia mula ditubuhkan tanpa meninggalkan amalan-amalan yang lain seperti kelas fardu ain, Kuliah bulanan, kupasan buku, ziarah orang sakit dan mengurus jenazah. Juga disertai dengan sumbangan, sedekah dan wakaf kepada pihak-pihak yang kurang bernasib baik. Jiran tetangga sekampung setaman dan sedaerah dapat merasai rezeki secupak dikongsi bersama malah melangkau ke Yaman, Palestin, Syria, Myanmar, Kemboja dan Sabah. Semuanya menikmati bersama rezeki secupak yang Allah kurniakan kepada UMJS. Alhamdulillah. Nikmatnya bersama UMJS.

Langkah kedua dibuka pula. Kali ni UMJS mengambil anisiatif untuk bersama membangunkan  sebuah Madrasah Tahfiz Sabil al-Muhtadin yang berada di Kampung Keledek, Bukit Betong Kuala Lipis, Pahang. Semoga ahli UMJS bersatu saf mencari dana untuk membantu madrasah ini yang bertujuan kebajikan dengan mengajar al-Quran dan al-Hadis serta melahirkan al-Hafiz yang akan berjuang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Semoga hajat kami ini dibantu oleh tuan dan puan sekalian. Oleh itu, bantuan kewangan sangat diperlukan sekurang-kurangnya untuk membina sebuah blok bangunan pejabat, rumah guru dan asrama murid. Sekarang Madrasah yang serba kekurangan itu beroperasi pada bulan mac yang lalu dengan seorang guru, seorang mudir dan 10 orang murid, belajar dalam serba kekurangan.

Langkah UMJS diperkemaskan lagi dengan misi dan visi yang sama, memartabatkan al-Quran sebagai manual kehidupan umat Islam. Maka kami telah mewujudkan Sukarelawan Asatizah al-Quran yang dilatih mahir al-Quran untuk mengajar umat Islam secara sukarela. Maka kelas-kelas al-Quran akan diadakan di mana-mana pada bila masa atas permintaan orang ramai. Biarlah al-Quran itu berkumandang di setiap rumah umat Islam. Tiga siri kursus dan bengkel telah diadakan untuk melatih sukarelawan ini, walaupun masih dalam percubaan namun semangat sukarelawan ini sangat mengembirakan kerana mereka sudah tidak sabar untuk belajar dan mengajar al-Quran. Mereka ini kebanyakanya terdiri dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang kerana terasa sedih di hati saya bila melihat anak-anak zaman sekarang sudah tidak mempedulikan al-Quran yang lebih dipedulikan berapa A dalam matematik, matematik tambahan, sains, fizik dan sebagainya. Al-Quran sebagai buku manual telah diketepikan. 

Oleh itu, saya mengajak semua pencinta Al-Quran marilah bersama saya dan UMJS berkorban masa tenaga dan wang ringgit untuk kita membina "satu perniagaan yang tidak pernah rugi" untuk bekalan menjadi jutawan di akhirat nanti. Anda sekalian dijemput untuk menjadi sama ada Sukarelawan al-Quran, tenaga pengajar, dan penyumbang untuk merealisasikan al-Quran sebagai manual kehidupan umat Islam. Jom bersama saya....InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan