Jumaat, 2 September 2016

Penyucian Hati: Tanda-Tanda Ikhlas

Bismillahirrahmanirahhim. Assalamualaikum wrt
Kuliah Agama Minggu Pertama 2/9/2016


Tajuk: Tanda-Tanda Ikhlas


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana Allah telah melapangkan diriku dan diri saudara/saudari, sahabat dan anak-anak sekelian untuk datang ke majlis Ilmu, salah satu taman syurga Allah SWT. Syukur juga daripada ribuan penghuni, hanya kalian yang dipilih oleh Allah. Doa dan harapan kita semoga kitalah juga antara orang yang dipilih oleh Allah untuk menghuni syurganya nanti. amin


sahabat dan anak2 sekelian. 

Terdapat banyak tanda-tanda ikhlas yang ada pada orang yang ikhlas antaranya;


1. Selalu berwaspada terhadap diri dan sentiasa menganggap diri serba kekurangan.

Perbuatan yang mengatakan aku baik, aku selalu berbuat baik, akulah yang buat itu, akulah yang buat ini, akulah yang mencipta kejayaan dan sebagainya. Kata-kata dan ungkapan yang memberi makna kitalah yang terbaik ini akan menjadi bahaya dan mudarat yang besar kepada diri kita.

Abdullah bin Umar suatu ketika menangis, lalu ditanya "mengapa kamu menangis?" bukankah kamu telah melakukan ketaatan yang banyak?. Abdullah bin umar menjawab;" Aku menangis kerana mendengar firman Allah yang bermaksud"..sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa" (al-Maidah :27).

Abdullah bin Umar seorang yang telah banyak beribadat, apabila mendengar ayat ini, beliau menangis kenapa? kerana Allah hanya menerima ibadat orang yang bertakwa kepada Allah. Takwa itu tempatnya di hati.Bermakna sifat takut kepada Allah itu juga tempatnya di hati. bilamana hati bersih, suci, dari penyakit riak, sombong, ujub, angkuh dan takbur, barulah Allah menerima amal ibadat kita. orang yang menjauhi diri dari sifat-sifat tadi adalah orang yang bertakwa.Mereka adalah orang yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Maka jauhilah perbuatan yang menganggap diri lebih baik dari orang lain.

Mengikut Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, (Yusuf al-Qaradhawi). Orang mukhlis sentiasa menuduh diri berlebih2an kepada Allah sedangkan sebenarnya kurang melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tidak diterima.

Inilah yang sentiasa berlegar di hati dan minda mereka, rasa bimbang merasa lebih baik kepada manusia apa lagi kepada Allah. Sentiasa menjaga hati, jangan sekali-kali terpesong hatinya kepada riak, ujub malah paling takut sombong dan takbur, berbangga diri dengan kebaikan-kebaikan yang dimiliki.

Kerana sikap seperti inilah, sebahagian ulama salaf menangis tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?”

Beliau menjawab, “Apa yang membuatkan aku menangis kerana aku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku yang masuk dalam timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku. Sedangkan Allah telah berfirman, Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa,”


Sahabat dan anak-anak.

Bagaimana dengan kita? solat tidak banyak, puasa sunat tidak banyak, sedekah berkira, haji dan umrah sekali seumur hidup, mengajar ilmu agama tidak pernah, berzikirpun tak banyak, tetapi merasa diri lebih baik, lebih hebat, dari orang lain, sentiasa menyebut2nya pula berulang kali, adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bertakwa?


Marilah kita jaga hati kita yang sentiasa dibolak balik, pastikan ia berada di trek siratol mustaqim, tiada dirosakkan oleh riak, ujub, sombong dan takbur. Bersihkan setiap perbuatan dan perkataan dengan cerminan hati yang ikhlas sekurang-kurangnya pada tahap lilahi Taala.

Dalam kitab Al Hikan, karya Syeikh Ibnu Atho’ilah tentang kedudukan seorang hamba dalam amal perbuatannya, terdapat dua tingkatan kemuliaan seorang hamba ahli ikhlas, iaitu hamba Allah yang abrar dan hamba Allah yang muqarrabin.

Keikhlasan seorang abrar adalah apabila amal perbuatannya telah bersih dari riya‘ baik yang jelas maupun tersembunyi. Tujuan amal perbuatannya hanya untuk mendapatkan pahala yang dijanjikan Allah SWT. Dengan kata lain, amalan seorang hamba yang abrar dinamakan amalan lillah, yaitu beramal karena Allah. Amal lillah menghasilkan sekedar memperhatikan hukun zahir.

Perbincangan tentang keikhlasan hamba yang abrar, yang berniat kerana Allah semata2 dalam setiap perbuatan telah dibincangkan sejak kuliah yang pertama lagi. Untuk menjadi hamba yang abrarpun kita tidak mampu. Kita tidak mampu untuk melafazkan lillahi Ta'ala pada setiap perbuatan kita, makan, minum, belajar, bekerja, berjalan, bersukan, dan sebagainya. Kita tak mampu menghapuskan riak, ujub, takbur dan sombong ketika melaksanakan kerja harian kita. Kita tetap melakukan amalan dengan menyebut-nyebut kebaikan, kelebihan dan keistimewaan kita. hanya baru setakat lillah pun kita belum lulus.

Inikan pula tahap keikhlasan hamba Allah yang muqarrabin. Maqam mukhlisin muqarrabin ini, adalah ia merasa bahwa semua amal kebaikannya semata-mata kurniaan Allah kepadanya, amalan seorang hamba yang muqarrabin dinamakan amalan billah, yaitu beramal dengan bantuan karunia Allah, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufik. Amal billah menembus ke dalam perasaan kalbu. Sebab segala sesuatu itu dari Allah, sebab Allahlah pemilik, pengurus, pentadbir, dan pencipta. Tiada sesuatupun dari kita sesuai dengan zikir "la hau la wala quuwata illa billahil aliyyunl azim".

Wajarkah kita, menyebut2 kebaikan kita, membanding-bandingkan kelebihan, keistimewaan, kerajinan, kejayaan, kepandaian, kebijaksanaan, kekayaan dan sebagainya sedangkan semua itu kurniaan Allah kepada kita. Malulah kepada Allah, mengakui ketaatan beribadat, banyak berpuasa, banyak solat, banyak berzikir, banyak bersedekah dan sebagainya sedangkan semua itu kurniaan Allah kepada kita. Semua kelebihan itu bukan kerana aku pandai, aku rajin, aku bijak kerana pandai, rajin dan bijak itu juga kurniaan Allah kepada kita.


sahabat dan anak sekelian,

Jika kita berbuat demikian, maka lahirlah rasa ikhlas dan ikhlaslah punya semua ibadat dan amalan kita diterima oleh Allah.Alanglah malangnya kita jika segala jerit perit kita tidak diberi sebarang balasan oleh Allah di akhirat nanti.


Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, sebagai berikut :

"Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya? "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (Kita mafhum bahwa gunung batu pun bisa menjadi rata ketika ditolak oleh buldozer atau sejenisnya yang terbuat dari besi).

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?"

Allah yang Maha suci menjawab, "Ada, yaitu api" (Besi, bahkan waja bisa menjadi cair dan mendidih setelah dibakar api).

Bertanya kembali para malaikat, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, yaitu air" (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air).

"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?" Kembali bertanya para malaikat.

Allah yang Maha tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, yaitu angin" (Air di samudera luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung, dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah berlayar, tiada lain karana dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya menjawab, "Ada, yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Artinya, orang yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat melebihi semua yang di atas adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur pamer ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.

Jadi sahabat dan anak2 sekelian jadilah hamba Allah yang ikhlas sekurang-kurangnya di tahap permulaan iaitu melakukan segala sesuatu itu dengan niat. Sesuai dengan hadis " sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat' kemudian berpindahlah ke maqam yang lebih tinggi. insyaAllah.

Sekian, akan disambung pada jumaat minggu keempat. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan