Sabtu, 27 Ogos 2022

NOTA PENDIDIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH SPM

Pengertian Ulum al-Quran:

Bahasa: pengetahuan bacaan.

Istilah syarak: kalam al-Quran yg bermukjizat diturunkan kpd Nabi Muhammad saw melalui malaikat jibril dalam bahasa arab diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadat.

Kedudukan dalam mashaf: bermula al-fatihah hingga an-nas

Kedudukan ulum al-Quran: gagasan mengkaji tentang al-Quran dan yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan,penulisannya,

pengumpulannya,sababul nuzul, al-Makki,al-Madani,nasakh dan mansukh.

Sejarah perkembangan /pembukuan ulum al-Quran:

-bermula zaman Rasulullah saw hasil pengajian baginda dengan para sahabat. Diturunkan dalam bahasa arab namun perlu pentafsiran isi kandungan al-Quran

-Selepas Rasulullah saw wafat,ulum al-Quran berkembang serentak dgn pengajian al-Quran oleh para sahabat, tabiin hingga menjadi satu disiplin ilmu yg lengkap dan dibukukan.

Faedah memperlajari ulum al-Quran:
-meneguhkan keiman terhadap keangongan al-Quran sebagai kalam Allah
-mengambil iktibar daripada para ulama yg mengkaji al-Quran
-dapat memahami al-Quran dengan betul
-dapat mengamal dan menghayati al-Quran
-dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran

Bidang kajian ulum al-Quran:

Terlalu luas dan banyak disebabkan kedudukan al-Quran sebagai mukjizat yg mencabar akal manusia antara bidangnya ialah konsep wahyu, konsep nuzul al-Quran,ulumTafsir al-Quran, asbabul Nuzul, sejarah penulisan, pengumpulan dan pembukuan, tajwid al-Quran.

Kesan perkembangan ulum al-Quran:

-hasil usaha gigih para ulama mengkaji al-Quran dari pelbagai aspek
-menguatkan jati diri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap al-Quran
-melatih daya ingatn melalui hafalan
-melatih minat membaca dan mengkaji ilmu2 islam berdasarkan al-Quran
-melatih pemikiran kreatif dan kritis melalui perbahasan ulum al-Quran

Peringkat perkembangan/pembukuan ulum al-Quran:

Peringkat

Individu terlibat

Bentuk perkembangan

Pertama:

Rasulullah

Rasulullah dan para sahabat

Penurunan,penulisan, konsep wahyu,konsep nuzul al-Quran,ulum tafsir.kaedah penghafalan,pengajian al-Quran

Kedua:

Zaman Abu Bakar

Zaman Usman bin Affan

Zaman Ali bin Abi Talib

Para sahabat/tabiin

Pengumpulan al-Quran kerana kematian para penghafaz, penyatuan al-Quran dari pelbagai mashaf dikenali mashaf Ushmani lahir ilmu resam al-Quran,pembukuan kaedah nahu bahasa arab lahir I’rab al-Quran

Ketiga:

Zaman Amawi

Para Tabiin

Penandaan titik dan baris huruf al-Quran oleh Hajaj bin yusuf ath-Thaqafi lahir ilmu ulum resam al-Quran

Keempat:

Zaman Abasiyah

Para Tabik Tabiin

Perkembangan ilmu tafsir al-Quran dan  pembukuan pelbagai bidang ulum al-Quran cth tafsir bir-Rakyi, Gharibul al-Quran, asbabu an-Nuzul

 

Perbezaan al-Quran dengan kitab samawi yg lain:

Al-Quran

Kitab samawi lain

-isi kandungan meliputi semua aspek akidah, syariat dan akhlak
-diriwayat secara mutawatir, selamat dari tersilap
-sesuai digunakan pd setiap masa hingga kiamat
-kegunnannya untuk seluruh umat
-dijamin kekal tanpa sebarang perubahan
-tidak meliputi seluruh aspek
-tidak diriwayat secara mutawatir, terdedah kepada kesilapan
-sesuai pada masa dan tempat tertentu
-untuk umat tertentu shj
-tiada jaminan kekal tanpa perubahan
Takrif mukjizat:
Bahasa: kata kerja “a’jaza, yukjizu,I’jazan” bermaksud melemahkan
Istilah syarak: perkara luar biasa yg dianugerahkan Allah kpd seorang Rasul sebagai bukti kebenaran risalah yg dibawa oleh mereka.
 
Jenis mukjizat:
-mukjizat Hissi: mukjizat yg dapat dilihat oleh pancaindera seperti bulan terbelah dua, tongkat menjadi ular
-mukjizat ma’nawi: mukjizat yg dapat dikesan melalui minda dan mata hati contoh al-Quran.
 
Nama al-Quran:
-Al-Kitab: sebuah kitab berdasarkan firman2 Allah SWT
-al-Furqan: pemisah antara yg hak dan batil
-az-Zikr: peringatan
-at-Tanzil: penurunan.

Definisi al-Quran:

Bahasa: terbit dari kata kerja “qara’a, yaqra’u, qira’ata, waqur’anan.
Istilah syarak: kalam Allah yg bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril dalam bahasa arab diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadat.

Huraian Definisi:

Kalam Allah

Membezakan al-Quran dgn semua jenis kalam makhlok

Bermukjizat

Membezakan al-Quran dgn hadis Qudsi/hadis Nabawi

Diturunkan

Membezakan al-Quran dgn kalam Allah yg lain

Nabi Muhammad saw

Membezakan al-Quran dgn kitab samawi yg diturunkan kpd nabi lain

Melalui malaikat Jibril

Membezakan al-Quran dgn semua jenis wahyu yg diturunkan melalui mimpi, atau di sebalik tabir.

Dalam bahasa arab

Membezakan al-Quran dgn kitab samawi yg diturunkan bukan bahasa arab ctk injil ,taurat dan zabur

Secara mutawatir

Membezakan al-Quran dgn hadis Qudsi/Hadis nabawi melalui ‘khabar ahad’

Membacanya ibadat

Membezakan al-Quran dgn hadis Qudsi/hadis Nabawi

 

Sifat al-Quran:
-an-Nur: cahaya yg menerangi kegelapan kerana al-Quran memberi cahaya keimanan kpd manusia yg dalam kekufuran.
-al-Mubin: menerangkan sesuatu kerana menghuraikan ajaran islam kpd umat manusia
-al-Huda: petunjuk kerana menunjuk jalan yg lurus kpd manusia
-ar-Rahmah:kerahmatan kerana al-Quran memberi rahmat kepada orang mukmin yg sentiasa mempelajari al-Quran

Perkara luar biasa yag lain:

Perkara

Takrif`

contoh

Sihir

Perkara yg berlaku kpd manusia dgn pertolongan syaitan

Tongkat ahli sihir firaun jadi ular

Silap mata

Tipu muslihat manusia melalui kepantasan tangan/teknikal

Mengeluarkan bunga dari sapu tangan

Ilham

Memperolehi idea sama ada spontan, mimpi, proses pemikiran

Ijtihad mujtahid

Irhas

Perkara yg berlaku kpd bakal nabi

Awam melindungi Nabi Muhamad

Istidraj

Suatu kelebihan kpd orang yg ingkar untuk menambah kesestan mereka

Kekayaan/kekuasaan firaun/namrud

maunah

Pertolonngan Allah kpd orang biasa untuk menyelamatnya dari bencana

Terselamat nahas kapal terbang

karamah

Kelebihan yg dianugerah Allah kpd hamba yg bertakwa

Mariam menerima hidangan dr langit



Takrif wahyu:

Dari segi Bahasa ada 5 maksud:

Al-Ilhamu al-Fitri: diberi oleh Allah kpd manusia biasa contoh ibu Nabi Musa as untuk menyusukannya.

Al-ilhamu al-Azizi: diberi oleh Allah kpd haiwan cth lebah buat sarang digunung/pokok/bangunan

Isyarat pantas: diberikan Allah kpd para Nabi contoh Nabi Zakaria keluar dan memberi isyarat kpd kaumnya supaya beribadat kpd Allah pagi/petang

Bisikan/godaan syaitan: diberi oleh syaitan kpd manusia contoh syaitan membisikan pengikutnya  membantah supaya menghalalkan yg haram

Perintah Allah kepada para malaikat; melakukan sesuatu perkara cth Allah mewahyukan kpd malaikat menyertai kamu, maka tetaplah hati kamu..

Dari segi istilah:

Kalam Allah yg diturunkan kpd para nabi/rasul sebagai ajaran agama mengikut cara yg khusus.

Huraian Istilah:

Ungkapan

huraian

Kalam Allah yg diturunkan

Membezakan wahyu dgn semua jenis kalam selain Allah.membezakan juga dgn kalam Allah yg tidak diturunkan

Kepada seorang nabi/rasul

Membezakan wahyu istilah dengan wahyu dari segi bahasa iaitu ilham

Mengikut cara yg khusus

Membezakan wahyu dengan ilham dan fikiran yg diperolehi dari mimpi.fikiran

Cara wahyu turun:

-malaikat datang dalam rupanya yang asal,agak berat. menyampaikan wahyu dgn bunyi yg nyaring sperti bunyi loceng contoh yg berlaku di Gua Hira’

-malaikat datang dalam rupa lelaki dewasa, agak ringan.baginda berinteraksi seperti manusia biasa

-melalui mimpi yang baik (ar-Ru’ya as-solihah); mimpi sewaktu tidur yg datang seperti cahaya falak waktu subuh..

-melalui percakapan di sebalik hijab secara sedar seperti yg berlaku pd malam isrk wal mikraj ketika menerima arahan solat fardu.

Aspek Mukjizat al-Quran:

-aspek bahasa: mempunyai bahasa yg tinggi lagi indah sehingga Allah mencabar bangsa arab membuat satu surah tetapi tidak Berjaya

-aspek isi kandungan: al-Quran menceritakan kisah terdahulu cth kejadian Adam as, banjir besar, para nabi. Juga menceritakan perkara ghaib cth malaikat, syurga dan neraka, malah yg akan berlaku seperti kiamat.

-aspek ilmu pengetahuan: al-Quran menceritakan tentang;

 i. kejadian makhlok berpasangan, tumbuh2an, haiwan malah yg paling kecil cth nucleus

ii.kejadian siang malam terjadi bila bumi berpusing mengelilingi matahari selama 24 jam.

iii.kejadian dan peranan air sebagai unsur sangat penting untuk makhlok hidup

Dalil akli tentang mukjizat al-Quran:

-ketinggian bahasa al-Quran mengalahkan semua pakar bahasa

-al-Quran menceritakan perkara ghaib,kisah lampau,peristiwa akan datang dan syariat islam tidak mampu dijangkau oleh akal manusia

-isyarat al-Quran kepada fakta sains yg dapat diperolehi melalui kajian saintifik.

Ringkasan cara penurunan Wahyu:









 
















Jenis-jenis wahyu;

terbahagi 2:

-wahyu al-Quran diturunkan melalui jibril dgn kedua2nya iaitu lafaz dan makna daripada Allah. Melalui riwayat mutawatir.

-wahyu hadis diturunkan malalui ilham,mimpi atau disebalik hijab hanya makna dari Allah sedangkan lafaz dari Rasulullah saw. Melalui riwayat ahad

Peranan wahyu dalam kehidupan:

-memandu manusia untuk memahami agama kerana tidak boleh melalui akal manusia yg terbatas

-memandu manusia kepada kesejateraan hidup di dunia dan akhirat kerana bersesuaian dengan fitrah semula jadi manusia.

Akibat mengabaikan peranan wahyu:

-gagal memahami agama
-dipengaruhi budaya asing
-hilang jati diri
Berada dalam kesesatan.

Sejarah penurunan wahyu:

-terdapat beberapa pendapat tentang wahyu pertama diturunkan antaranya mengatakan surah al-Alaq  ayat 1-5, surah al-mudathir ayat 1-56,. Jumhur ulama mengatakan pendapat pertama paling rojih berdasar sahih Aisyah r.a.

-terdapat beberapa pendapat tentang wahyu terakhir diturunkan antaranya mengatakan  surah al-Baqarah ayat 287, surah al-Baqarah ayat 281surah al-Baqarah ayat 282. Agak sukar menetapkan yg paling rojih krn tiada dalil hanya berdasarkan ijtihad peribadi ulama. Tetapi dikatakan rojih surah al-Baqarah ayat 281 kerana ayat ini turun beberapa hari sebelum Rasulullah saw wafat.

 Takrif Nuzul Quran:

Proses penurunan wahyu mengikut cara2 tertentu. 

Tujuan untuk  melahirkan keyakinan terhadap kebenaran al-Quran dan kebenaran Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah. 

Peringkatan2 penurunan al-Quran:

1.sebelum turun ke bumi al-Quran pada mulanya berada di Luh mahfuz.

2.al-Quran turun ke Baitul Izzah yg terletak di langit dunia pd malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan secara sekali gus.

3. al-Quran turun secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kpd Rasulullah saw melalui malaikat jibril.

Peringkatan2 penurunan al-Quran:

1.sebelum turun ke bumi al-Quran pada mulanya berada di Luh mahfuz.

2.al-Quran turun ke Baitul Izzah yg terletak di langit dunia pd malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan secara sekali gus.

3. al-Quran turun secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kpd Rasulullah saw melalui malaikat jibril.

Peringkatan2 penurunan al-Quran:

1.sebelum turun ke bumi al-Quran pada mulanya berada di Luh mahfuz.

2.al-Quran turun ke Baitul Izzah yg terletak di langit dunia pd malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan secara sekali gus.

3. al-Quran turun secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kpd Rasulullah saw melalui malaikat jibril.

 


Hikmah al-Quran turun berperingkat:
-membezakan keistimewaan al-Quran dan Rasulullah saw dengan kitab2 dan nabi2 terdahulu
-menguji keimanan manusia terhadap peristiwa yg berlaku di alam ghaib
-menguji keimanan manusia terhadap kebanaran al-Quran
-menguji keimanan manusia terhadap kerasulan Nabi Muhammad saw.

Hikmah al-Quran turun secara beransur-ansur:

-sebagai bukti al-Quran daripada Allah swt krn bahasa, isi, masa, tempat menunjukan keagongan Allah taala.

-menetapkan hati Rasulullah saw yg menempoh berbagai rintangan dalam berdakwah

-menjawab persoalan yg dikemukakan kpd Rasulullah saw berkaitan dengan pelbagai perkara.

-memastikan manusia mampu menerima syariat Islam sebagai cara hidup yg tidak membebankan

-memudahkan umat Islam menghafal dan memahami isi kandungan al-Quran.

Pengertian Makiyyah dan Madaniyyah:

Terdapat 3 pendapat:

1.berdasarkan tempat: makiyyah ialah ayat/surah yg diturunkan di Makkah dan kawasan sekitarnya seperti mina,Arafah,Hudaibiyyah sebelum atau selepas hijrah. Madaniyyah pula ayat/surah yang diturunkan di Madinah dan kawasan sekitarnya seperti Badar, uhud sama ada sebelum atau selepas hijrah

2.pendapat  berdasarkan kumpulan sasaran:

Makiyyah ialah ayat/surah yg ditujukan kpd penduduk mekah dan kawasan sekitarnya. Madaniyyah pula ayat/surah yang ditujukan kepada pendudukan madinah dan kawasan sekitarnya.

3.pendapatkan berdasarkan masa:

Makiyyah ialah ayat/surah yg diturunkan sebelum hijrah Rasulullah saw ke madinah. Madaniyyah pula ayat/surah yg turun selepas hijrah.

Pembahagian paling tepat berdasarkan masa kerana:

-tidak semua ayat turun di Mekah dan madinah atau sekitarnya contoh tabuk.

-tidak semua ayat/surah ditujukan kpd penduduk mekah (ya aiyyuhan nas) atau penduduk madinah (ya aiyyuhal lazina amanu).

Faedah mengetahui Makiyyah dan Madaniyyah:

-dapat mengetahui perundangan Islam dan tahap2 yg dilalui oleh sesuatu hokum sebelum ditetapkan Allah.

-dapat membantu mufassirin mentafsir al-Quran keran mengetahui siapa, bila diturnukan.

Dapat memahami sirah Rasulullah saw dengan terperinci berdasarkan pendekatan al-Quran.

-Dapat menambah keyakinan terhadap keaslian al-Quran supaya dapat dipindahkan dari generasi ke generasi.

Surah2 Makiyyah dan Madaniyyah:

-Jumlah surah dalam al-Quran yg disepakati ulama ialah 114 surah dibahagikan kepada Surah Makiyyah dan Madaniyyah. 20 surah Madaniyyah antaranya al-Baqarah, al-Imran,an-Nisa’,al-Maidah,al-Anfal dan lain.

-surah yg diperselisihkan sama ada Makiyyah/madaniayah ada 12 surah antaranya al-Fatihah, al-Ra’d, al-Rahman,al-Safal-Ikhlas,an-Nas.

-surah Makiyyah pula ada 82 surah antaranya al-An’an, yunus, Hud, Yusuf, Ibrahim.

Bentuk ayat Makiyyah dan Madaniyyah;

Ayat Makiyyah

Ayat Madaniyyah

-semua surah ada lafaz “kalla”

-surah yg tidak terdapat ayat “sajadah”

-dimulaai dgn huruf hijaiyyah seperti alif, lam, mim dan lain2

-surah yg menceritakan Adam dan Iblis kecuali surah al-Baqarah.

-adalah lafaz “Ya bani adam”

-surah menceritakan kisah para rasul dan umat terdahulu

-ada lafaz” ya ayyuhan nas”

-ayatnya pendek2.

Ayat mencerita orang munafik dan sikap mereka terhadap dakwah Rasulullah

-semua surah menceritakan tentang ahli kitab

-surah ada lafaz “Ya ayyuhallazi na’amanu”

-ayatnya panjang2.

 

Ciri kandungan ayat Makiyyah dan Madaniyyah:

Ayat Makiyyah

Ayah Madaniyah

-memantapkan akidah serta memerangi syirik dan penyembah berhala

Menggalakkan manusia merenong alam untuk mencari bukti kekuasa Allah

-membenteras budaya jahiliyyah seperti membunuh,suka bergaduh dan berperang

-menjelaskan prinsip2 serta hak social dalam Islam

-menceritakan kisah rasul dan umat terdahulu sebagai peringatan

-menggunakan ayat ringkat dan padat

-menjelaskan hukum syarak, muamalat, ibadat, perundangan sebagai cara hidup Islam

-menyeru ahli kitab supaya menerima islam

-terdappat ayat yg memberi izin berperang dan berjihad

-lebih terperinci kerana penduduk madinah tidak sama dgn penduduk mekah dari segi penguasaan bahasa yg perlu lebih teliti.

 

 

 

2.Zaman Abu Bakar:

-semasa beliau menjadi khalifah,Negara tidak aman kerana ancaman dari nabi palsu,golongan enggan bayar zakat dan golongan murtad.Beliau menghantar tentera memeranginya antara mereka adalh penghafaz. Dalam peperangan al-Yamamah seramai 70 penghafaz syahid.

-keadaan ini mencetuskan kebimbangan, saidina umar mencadangkan kpd Abu Bakar supaya al-Quran dikumpul dan disusun, akhirnya saidina Abu Bakar bersetuju dan melantik Zaid bin Thabit kerana beliau penghafaz dan penulis wahyu, sempat membaca al-Quran bersama Rasulullah dan Jibril.

-Zaid bin Thabit mensyaratkan mesti merujuk kpd semua penghafaz dan penulis wahyu, kemudian disahkan oleh 2 orang saksi yg adil

Memudian disimpan di rumah Saidina Abu Bakar, bila wafat rumah Saidina Umar akhirnya di rumah Hafsah

 

Sejarah al-Quran di zaman Rasulullah,Khulafa’ ar-Rasyidin dan Bani Umaiyyah.

Al-Quran terpelihara hingga kiamat.Dalil;’sesungguhnya Kami yg menurunkan al-Quran dan Kamilah yg memeliharanya (alHijr:9).

Pengumpulan, penulisan dan penyebaran al-Quran:

1.Zaman Rasulullah saw:

-al-Quran belum dikumpul dan ditulis seperti sekarang.sebaik menerima wahyu,Rasulullah saw segera menghafaz dan memahaminya. Rasulullah hanya melantik penulis wahyu di pelepah tamar, batu,kulit bnatang seperti Ali bin Abi Talib,zaid bin thabit.


-al-Quran disebar melalui:
1. bacaan dalam solat
2.majlis tadarus: rasulullah dgn sahabat, sahabat dgn sahabat,sahabat dgn keluarga
3.khutbah yg disampaikan Baginda
4.Rasulullah utus pengajar al-Quran cth Mus’ab bin Umair





Jumaat, 26 Ogos 2022

 TADABBUR SURAH YASIN AYAT 76

Ayat sebelum ini telah menerangkan bagaimana Allah SWT mencela sikap manusia yang kufur akan nikmat-Nya, di mana seharusnya mereka bersyukur agar mendapat nikmat tambahan, namun mereka berpaling dan kembali melakukan kemaksiatan dan pelbagai kemungkaran antaranya menyembah selain Allah SWT. Sikap mereka yang demikian, telah menyebabkan  Nabi Muhammad SAW merasa dukacita dan bersedih, inilah yang berlaku kepada Baginda, apabila kita turut sama melakukan maksiat dan enggan mentaati perintah Allah dan Rasulullah SAW. Hal inilah yang akan kita bahas dalam tafsir surah Yasin ayat 76, yakni perihal Allah yang menghibur nabi dikala ia dirundung kesedihan. Berikut Allah berfirman

فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘاِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّوْنَ وَمَا يُعْلِنُوْنَ

  1. Maka jangan sampai ucapan mereka membuat engkau (Muhammad) bersedih hati. Sungguh, Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.

فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ

Tafsir Al-Muyassar: Maka janganlah kamu (wahai rasul) bersedih karena kekafiran mereka kepada Allah, pendustaan  dan penghinaan mereka kepadamu. Syaikh Dr. Shalih bin Abdullah bin Humaid (Imam Masjidil Haram), orang kafir mengatakan " sungguhnya kamu bukanlah seorang utusan, kamu adalah penyair," Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dan Syaikh Dr. Muhammad Sulaiman Al Asyqar, orang kafir itu menegaskan “itu adalah tuhan-tuhan kami, yang menjadi sekutu Allah untuk disembah”, “Sesungguhnya mereka adalah tuhan-tuhan Kami”. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang menyekutukan Allah dalam beribadah. 

Perjalanan dakwah nabi Muhmmad SAW tidak pernah surut dari lika-liku ujian. Baginda sentiasa  mendapat hinaan, baik tentang Allah, ajaran yang Baginda bawa, atau bahkan peribadinya sendiri, hingga kadang-kadang membuatnya bersedih. Di antara tuduhan yang dilemparkan kepada Muhammad SAW, seorang penyair, pendusta, pembohong, gila, bomoh, tukang sihir  dan sebagainya.

Dari pelbagai pendapat ahli tafsir, ungkapan "La Tahzan " dibahagikan kepada beberapa isu. Isu pertama: Nabi Muhammad SAW merasa sedih kerana  kekufuran mereka kepada Allah SWT, kepada kerasulan Baginda dan kepada al-Quran itu sendiri dengan menuduh sebagai penyair, orang gila, malah dicela dan dikeji, dimaki, diletak najis serta pelbagai seksaan dan ancaman kepada Nabi Muhammad SAW serta umat Islam.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW ada seorang yang 'Rahmatan lil A'lamin" sentiasa mencintai umatnya sesuai dengan ayat al-Quran, Surah at-Taubah: 128

لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Artinya: "Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin." Dalam firman Allah yang lain ;
وَمَآ اَرْسَلْنٰكَ اِلَّا رَحْمَةً لِّلْعٰلَمِيْنَ  bermaksud : " dan tidak Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad melainkan untuk (menjadi) rahmat sekelian alam."
Baginda Nabi Muhammad SAW sangat mencintai dan merindui kita umatnya, Baginda sangat risau dan bimbang jika kita mendustakan Allah, dan kerasulannya serta kitab al-Quran dan hadis yang diwariskan oleh Baginda. Baginda sangat takut jika kita membuat maksiat, kemungkaran dan dimasukkan ke dalam neraka, kebimbangan Baginda ini berterusan sehingga Baginda wafat. Marilah kita bersungguh-sungguh mengukuhkan keimanan kepada Baginda dengan terus mempelajari al-Quran dan hadis supaya sampai kepada cinta Rasululah SAW.

Kecintaan Rasululah SAW kepada umatnya, kerinduan Baginda itu dinyatakan di hadapan sahabatnya, dalam satu riwayat daripada Abdullah bin Abbas. Beliau menceritakan, pada satu hari selepas solat Subuh berjemaah, Rasulullah SAW duduk sambil menghadap sahabatnya, satu hadis yang panjang.. sambung Baginda lagi dan kali ini dengan nada penuh kerinduan Baginda bersabda: “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.” Baginda SAW mengulangi lafaz itu sebanyak tujuh kali lagi: “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Satu lagi riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersama sahabatnya pergi ke kawasan perkuburan Baqi’ dan bersabda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita.” Sahabat Baginda bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang Mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah SAW).” (Hadis Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasa’ie dan Imam Malik)

Inilah bukti kecintaan dan kerinduan Nabi Muhammad kepada kita, umat akhir zaman, sebab itu Baginda sangat sedih dan risau sehingga menyebut-yebut umat akhir zaman. Baginda sangat risau jika kita berbuat maksiat dan dosa, melanggar suruhan dan larangan Allah. tetapi Allah SWT sentiasa memujuk hati Baginda agar berserah kepada Allah SWT.

Isu kedua, kalimat " Lah Tahzan"  juga ditujukan kepada Rasulullah SAW dan umat Islam supaya jangan bersedih apabila ditimpa musibah. Rasulullah SAW adalah seorang hamba yang paling hamba di sisi Allah SWT,  hamba yang paling dicintai-Nya, manusia yang paling beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, manusia yang tiada dosa, manusia yang paling ikhlas kerana Allah SWT semata, manusia paling baik akhlaknya, manusia yang paling taat dan sentiasa di sisi Allah SWT, namun Baginda tidak surut dari ujian, ujian yang paling hebat dari segala manusia di muka bumi berbanding kita yang hanya diuji serendah-rendah ujian. Berdasarkan hal keadaan ini, umat Islam telah mempunyai motivator yang paling hebat iaitu Allah SWT, seharusnya umat Islam tidak merasa kecewa, putus asa, rendah diri dan sebaliknya sentiasa memiliki jati diri yang tinggi, kental dan bersemangat waja. Islam itu tinggi dan meninggikan.

Maka dengan itu, Allah Yang Maha Penyayang memberi hiburan kepada Baginda Nabi dan umat Islam dengan memberi dorongan dan motivasi, menguatkan jiwa dan hati, meningkatkan keyakinan dan ketakwaan serta menambahkan kesabaran dan keyakinan serta mengharapkan bantuan Allah SWT. Allah Azza Wajalla memujuk dan menghibur Baginda dan kita semua dengan berfirman-Nya: 

فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ   " Maka janglah engkau (Muhammad ) merasa sedih dengan tuduhan mereka" dalam ayat yang lain Allah berfirman  "  لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا" bermaksud " janganlah kamu bersedih, sungguh Allah itu bersama kita"
Allah juga kerap kali menghibur hati Nabi Muhammad SAW apabila Baginda ditimpa kesedihan seperti dalam surah Yunus ayat 65, firmannya:

وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْۘ اِنَّ الْعِزَّةَ لِلّٰهِ جَمِيْعًاۗ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Dan janganlah engkau (Muhammad) sedih oleh perkataan mereka. Sungguh, kekuasaan itu seluruhnya milik Allah. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Isu ke-tiga adalah umat Islam adalah manusia yang dijadikan hamba Allah Azza wajalla, sebagai hamba  mestilah menyandarkan segala bentuk kesedihan kepada Allah SWT. Hal inilah yang diterapkan oleh Allah kepada para nabi dan orang-orang soleh.

Sebagaimana al-Qur’an juga mengabadikan kesedihan Ya’qub dalam surah Yusuf ayat 86, Allah berfirman:

قَالَ اِنَّمَآ اَشْكُوْا بَثِّيْ وَحُزْنِيْٓ اِلَى اللّٰهِ وَاَعْلَمُ مِنَ اللّٰهِ مَا لَا تَعْلَمُوْنَ

Dia (Ya'kub) menjawab, “Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.

Mengutip dari Tafsir Kementerian Agama ayat diatas menceritakan bagaimana Ya’qub bersedih atas  isu kematian Nabi Yusuf A.S. Ia berkata kepada anak-anaknya yang lain,

“Wahai anak-anakku kalian jangan mencercaku, aku tidak pernah mengadu kepadamu sekalian, begitu juga kepada manusia yang lain tentang kesedihan dan kesusahanku. Sebab aku hanya mengadu kesusahan yang menimpaku kepada Allah SWT"

Isu ke-empat yang boleh diambil ialah tidak berlarutan dalam kesedihan. Ini sekaligus menegaskan bahwa kesedihan itu wajar, yang dilarang adalah larut bahkan terbenam dalam kesedihan itu. Oleh karena itu Al-Biqa’i menerangkan bahwa kata yahzunka (يَحْزُنْكَ) dalam ayat ini, dimaknakan dengan tidak larut dalam kesedihan. Dan cara mengurangkan kesedihan tersebut dengan sesegera mungkin mengingati  Allah SWT yang sentiasa bersama.

Dalam kitab Nashaih al-‘Ibad, Imam Nawawi al-Bantani menjelaskan bahwa ada dua kategori kesedihan, ia berkata:

هَمُّ الدُنْيَا بِظُلْمِ القَلْبِ وَهَمُّ الْأَخِرَةِ بِنُوْرِ القَلْبِ

“Sedih karena perkara dunia dapat menggelapkan hati, sedangkan sedih karena perkara akhirat dapat menerangkannya (hati)”

Sehubungan itu, apabila kita dirundung sedih dan dukacita jalan penyelesaiannya, perbetulkan hati. Hati merupakan wadah yang lengkap, ia menampung berbagai macam sikap dan perangai serta perasaan manusia, termasuk rasa sedih. Karena itu, apapun bentuk dari kesedihan kita, hendaklah menyandarkannya kepada Sang Pemiliki Hati. Bahkan Allah sangat ingin hamba-Nya berbicara langsung kepada-Nya. Allah berfirman:

اِلَّا تَنْصُرُوْهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّٰهُ اِذْ اَخْرَجَهُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا ثَانِيَ اثْنَيْنِ اِذْ هُمَا فِى الْغَارِ اِذْ يَقُوْلُ لِصَاحِبِهٖ لَا تَحْزَنْ اِنَّ اللّٰهَ مَعَنَاۚ فَاَنْزَلَ اللّٰهُ سَكِيْنَتَهٗ عَلَيْهِ وَاَيَّدَهٗ بِجُنُوْدٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِيْنَ كَفَرُوا السُّفْلٰىۗ وَكَلِمَةُ اللّٰهِ هِيَ الْعُلْيَاۗ وَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ

"Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Mekah); sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya, “Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantu dengan bala tentara (malaikat-malaikat) yang tidak terlihat olehmu, dan Dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

Tiada cara lain untuk mengubati hati yang paling hebat adalah mendekatkan diri kepada Pencipta kita dengan memperbanyakan ibadah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat dan sabar serta reda pada kehendak-Nya. Seperti dalam hadith:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Siapa yang melazimkan beristighfar, maka Allah jadikan baginya jalan keluar atas segala kesulitannya. Allah juga akan memberikan kelapangan atas segala kesempitan dan kesusahannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka." (HR Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim).

Juga dengan mendekat (berteman) pada orang-orang soleh. Sebab, mereka adalah peranan penting yang juga diceritakan al-Quran – seperti dalam QS. Taubah: 40 diatas – untuk menghilangkan kesedihan yang sedang dialami. Disisi lain, juga untuk menilai manakah kawan yang setia bersama, baik dalam keadaan senang maupun susah.

Sebagaimana Abu Bakar yang sentiasa menemani nabi Muhamad SAW, serta mampu menenangkan sahabatnya itu ketika khawatir dengan kejaran orang-orang kafir, disaat yang sama juga sedang bersedih karena diusir dari tempat kelahirannya. Abu Bakar berkata, “jangan bersedih sahabatku, sesungguhnya Allah bersama kita”.

Kepada para pendakwah dan umat Islam, apapun caci maki, cela, hina dan tuduhan, itu adalah adat dunia yang penuh dengan kekotoran, daki dan najis, fitnah dan hasad dengki pasti terkena kepada kita, maka janganlah bersedih, carilah Allah SWT diwaktu malam ketika sunyi sepi, merintih dan merayulah pada-Nya, buangkan semua kesombongan dan keegoan kita, pangkat dan kekayaan, kehebatan dan kecemerlangan, sujud dan merintihlah pada-Nya sebagai hamba abdi kepada-Nya yang telah lama terlupa akan kebesaran-Nya. Allah sentiasa ada untuk setia membantu hamba-hamba-Nya, sedia setiap masa, pada bila masa, kasih sayang Allah dan cinta-Nya tanpa syarat.

Rasulullah SAW bersabda, "Allah membentangkan tangan-Nya di malam hari agar orang yang berbuat keburukan di siang hari bertaubat, dan membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang berbuat keburukan di malam hari bertaubat. (Ini akan terus berlaku) hingga matahari terbit dari arah Barat" (HR Muslim).

Jom kita berterusan mencari cinta Allah, cinta Allah itu ada di mana-mana, untuk mendapat cinta Allah, kita kena berterusan mencinri cinta Nabi Muhammad SAW kerana cinta Allah akan hadir apabila cinta Nabi ada dalam jiwa kita, untuk itu tindakan pertama adalah mendalami ilmu mengenal Nabi Muhammad SAW dengan mengamalkan sunnahnya kemudian mendalami ilmu makrifatullah, maka akan lahir cinta Allah dan cinta Rasul, apabila segala musibah menimpakan, ia adalah satu nikmat dari Allah untuk kita. Alhamdulilah.

Kesimpulan setiap manusia akan menghadapi pelbagai ujian dan musibah, maka carilah Allah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat banyak  ayat yang  sedemikian yang mengajar manusia menjadi hamba-Nya, sayugialah hamba akan  menyandarkan segala bentuk kesedihan kepada Allah SWT. Hal inilah yang diterapkan oleh Allah kepada para nabi dan orang-orang soleh.

Sekian Terima Kasih. Insya-Allah bertemu lagi..






Sabtu, 20 Ogos 2022

 TAFSIR SURAH YASIN AYAT 74-75

Artikel sebelumnya telah menerangkan bagaimana besarnya nikmat yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Salah satunya adalah nikmat haiwan ternakan yang sangat  dirasakan dalam kehidupan sehari-hari. Namun sebahagian mereka  melakukan kufur nikmat, bahkan bertuhankan sesuatu selain Allah. 
Wahbah Az-Zuhaili berkpendapat, berbagai kenikmatan yang diberikan Allah pada manusia sebagaimana yang dihuraikan pada ayat-ayat sebelumnya, hendaknya disyukuri dengan cara hanya menyembah dan mentaati Allah SWT. Namun orang-orang kafir dan musyrik mengingkari kewajiban ini. Mereka kufur nikmat, tetap bertahan dalam kesesatan dan enggan menyembah Allah. Malangnya mereka menyembah sesuatu yang tidak mampu memberikan manfaat maupun mudharat.
Dalam tafsir surat Yasin ayat 74-75 berikut ini Allah SWT mencela hal tersebut:

وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لَّعَلَّهُمْ يُنصَرُونَ

لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُندٌ مُّحْضَرُونَ

Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapatkan pertolongan. Berhala-berhala itu tiada dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentera yang disiapkan untuk menjaga mereka. (Surah Yasin Ayat 74-75)
Mengikut Ibnu Kathir; Allah SWT. berfirman untuk mengecam sikap orang-orang musyrik yang menjadikan tandingan-tandingan yang disembah-sembah selain Allah SWT. Mereka berbuat demikian dengan tujuan agar sembahan-sembahan  tersebut dapat membantu mereka, memberi mereka rezeki, dan mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. 
Tafsir Jalalain: وَٱتَّخَذُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ (Mereka mengambil selain Allah) selain-Nya ءَالِهَةً (sebagai sesembahan-sesembahan) berhala-berhala yang mereka sembah لَّعَلَّهُمۡ يُنصَرُونَ (agar mereka mendapat pertolongan) terhindar dari azab Allah, karena mendapat syafaat dari tuhan-tuhan sesembahan mereka itu, ini menurut dugaan mereka sendiri.
Tafsir Quraish Shihab: Orang-orang musyrik menyembah tuhan-tuhan selain Allah dengan harapan agar tuhan-tuhan itu dapat memberikan pertolongan kepada mereka.
Hamka menjelaskan, sesembahan selain Allah ini tidak hanya terbatas pada patung-patung berhala, apalagi di masa sekarang di mana banyak orang yang bertuhankan pelbagai benda. Antara lain batu, kayu, pohon atau gunung tertentu, termasuk kuburan orang yang telah mati. Mereka yang memuja dan meminta pertolongan pada tuhan-tuhan buatan inilah yang dituju oleh ayat ini.
Allah SWT. berfirman:
{لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ}
Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka. (Yasin: 75)

Ibnu Kathir : Yakni sembahan-sembahan mereka yang selain Allah itu tidak dapat menolong mereka yang menyembahnya, bahkan berhala-berhala itu lebih lemah, lebih hina, lebih rendah, dan lebih kecil; bahkan untuk membela dirinya sendiri dari orang yang bertujuan jahat terhadap dirinya pun tidak mampu. Karena berhala-berhala itu benda mati, tidak dapat mendengar dan tidak dapat berpikir.

Qatadah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka. (Yasin: 75) Yakni sembahan-sembahan mereka itu tidak dapat membantu mereka. Padahal berhala-berhala itu menjadi tentera yang disiapkan untuk menjaga mereka. (Yasin: 75) Orang-orang musyrik semasa di dunia mereka marah demi berhala-berhala sesembahan mereka. Padahal berhala-berhala itu tidak dapat mendatangkan suatu kebaikan pun bagi mereka, tidak dapat pula menolak suatu keburukan pun dari mereka, karena sesungguhnya berhala-berhala itu adalah patung-patung belaka.Hal yang sama telah dikatakan oleh Al-Hasan Al-Basri; pendapat ini baik dan dipilih oleh Ibnu Jarir.

Tafsir Jalalain: لَا يَسۡتَطِيعُونَ (Berhala-berhala itu tidak akan dapat) yakni sesembahan-sesembahan mereka itu tidak dapat menolong. Ungkapan kata berhala memakai jamak untuk orang yang berakal hanyalah sebagai kata kiasan saja, yakni mereka dianggap sebagai makhluk yang berakal نَصۡرَهُمۡ وَهُمۡ لَهُمۡ (menolong mereka padahal berhala-berhala itu) sesembahan-sesembahan mereka itu جُندٌ (menjadi tentara mereka) menurut dugaan mereka, yaitu tentara yang siap menolong mereka مُّحۡضَرُونَ (yang disiapkan) di dalam neraka bersama mereka.

Adapun menurut Nawawi al-Bantani, mereka menyembah selain Allah sebab berkeyakinan bahwa sesembahan tersebut akan mampu menolong mereka dari azab Allah Swt. Keyakinan ini diberitakan pula dalam QS. Yunus: 18 berikut:

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَٰؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللَّهِ ۚ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ ۚ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dan mereka menyembah selain Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan. Mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafa’at kepada kami di sisi Allah.” Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) dibumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka mempersekutukan (itu).
Menurut Hamka, tanpa penegasan Allah pada QS. Yasin ayat 75 itu pun, akal cerdas manusia sebenarnya akan membenarkan pernyataan bahwa tuhan yang dibuat dan dikhayalkan manusia tidak akan sanggup menolongnya sedikitpun. Sebuah perbuatan bodoh atau jahiliah manakala seseorang meminta tolong kepada buah hasil tangannya sendiri.
Firman Allah Swt.:
{وَهُمْ لَهُمْ جُنْدٌ مُحْضَرُونَ}
Padahal berhala-berhala itu menjadi tentera yang disiapkan untuk menjaga mereka. (Yasin: 75)

Mujahid mengatakan bahwa makna yang dimaksud ialah 'di hari penghisaban amal perbuatan, Allah bermaksud menghimpun semua berhala itu kelak di hari kiamat, semuanya dihadirkan saat dilakukan penghisaban terhadap para pengabdinya'. Yang sudah barang tentu hal tersebut dimaksudkan untuk memperberat kesedihan mereka dan merupakan bukti yang lebih akurat menunjukkan kesalahan mereka (yang menyembahnya).

Terkait dengan yang dimaksud “tentara yang dihadirkan” pada ujung ayat ke-75 itu ulama berbeda pendapat. Apakah ungkapan itu merujuk kepada berhala ataukah para penyembahnya.
Menurut Quraish Shihab, ungkapan tersebut merujuk kepada para penyembah yang menjadi seperti tentara bagi sesembahannya. Mereka senantiasa menemani, memberikan persembahan dan melindungi berhala yang mereka anggap sebagai tuhan dari berbagai ancaman. Dapat pula dipahami bahwa sesembahan itu disiapkan sebagai tentara untuk menjaga penyembahnya. Berhala itu dihadirkan di dekat mereka, namun demikian tidak mampu membantu atau membela mereka yang telah menyembahnya. Ketika berada dekat bersama mereka saja tidak mampu, maka apalagi ketika berada di tempat yang jauh.
Adapun menurut Wahbah Az-Zuhaili, berhala itu akan dihadirkan untuk membantu mengazab penyembahnya di hari kiamat, karena kelak berhala merupakan salah satu bahan bakar api neraka. Sementara itu, at-Tabataba’i menyatakan sesembahan didatangkan ketika penyembahnya diazab di neraka untuk menunjukkan ketidakmampuannya menolong mereka. Pendapat lain mengatakan, kelak setiap kaum akan didatangkan apa yang mereka sembah selain Allah ketika di dunia. Mereka diperintahkan mengikuti sesembahan ini menuju neraka sebagaimana layaknya sebuah rombongan tentara.
Ibnu Jarir al-Thabari menerangkan bahwa pada surat Yasin ayat 74, Allah SWT mengecam orang-orang musyrik yang tidak hanya abai terhadap ajaran Islam, tetapi mereka malah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan dan sesembahan. Padahal Allah SWT menegaskan bahwa berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka. Dalam penjelasan al-Thabari, bahwa orang-orang musyrik berharap berhala itu dapat menolong mereka dari bencana dan azab.
Pada redaksi surat Yasin ayat 75, Allah SWT menegaskan bahwa berhala-berhala itu tidak mampu untuk menolong mereka. Al-Thabari menulis terdapat perbedaan penafsiran terhadap kalimat wahum lahum jundun muhdharuun. Berdasarkan riwayat dari Muhammad bin ‘Amr dari Abu ‘Ashim dari ‘Isa dari al-Harits dari al-Hasan dari Waraqa dari Abu Najih dari Mujahid, yang dimaksud dengan dihadirkan (muhdharuun) pada kalimat tersebut adalah pada Hari Perhitungan (‘inda al-hisab).
Adapun berdasarkan riwayat dari Basyar dari Yazid dari Sa’id dari Qatadah, al-Thabari menuliskan bahwa ayat 75 ini berkaitan dengan kekecewaan orang-orang musyrik terhadap berhala-berhala mereka. Orang-orang ini marah kepada berhala ketika di dunia karena tidak dapat mendatangkan kebaikan maupun tidak bisa menolak kesialan atau bencana yang menimpa mereka. Karena berhala ini hanyalah patung-patung yang tidak bisa berbuat apa pun.

Dalam tafsir al-Wajiz, al-Wahidi menerangkan bahwa yang dimaksud dengan muhdharuun pada ayat 75 adalah berhala-berhala yang disembah orang musyrik ini akan menjadi bahan bakar para penghuni neraka. Artinya berhala-berhala ini akan dihadirkan pula di dalam neraka.
Menurut al-Zamakhsyari dalam al-Kasysyaf, orang-orang musyrik mengharapkan agar berhala-berhala yang mereka sembah dapat menolong mereka dari segala bentuk marabahaya, tetapi sebaliknya, berhala itu tidak mampu berbuat apa apa. Bahkan kata al-Zamakhsyari berhala-berhala ini akan menjadi bahan baku api di dalam neraka bagi orang-orang musyrik.

Berbeda dengan mufassir-mufassir sebelumnya, Fakhruddin al-Razi menerangkan ayat 74 surat Yasin ini adalah isyarat dan keterangan tentang puncak kesesatan orang-orang musyrik. Mereka diwajibkan untuk beribadah kepada Allah SWT, mensyukuri nikmat yang telah Allah SWT anugerahkan, akan tetapi malah meninggalkan kewajiban itu dan beribadah kepada selain-Nya, yang bahkan tidak memberikan dampak apa pun. Orang-orang musyrik ini malah meminta pertolongan kepada berhala itu, padahal berhala ini tidak mampu menolong. Al-Razi mengutip QS al-Anbiya ayat 68, bahwa berhala ini pada akhirnya akan menjadi bahan bakar bagi para penghuni neraka.

Menurut al-Razi, ayat 75 ini mengisyaratkan bahwa pasca ditetapkannya hukuman bagi orang-orang musyrik, berhala-berhala ini akan dihadirkan di dalam api neraka menyertai para penyembahnya ketika di dunia. Hal ini sesuai dengan keterangan dalam QS al-Anbiya ayat 98. Bahkan ketika Hari Perhitungan, kata al-Razi, sesuai dengan QS al-Shaffat ayat 22-23, berhala-berhala ini akan dihadirkan bersama dengan orang-orang yang zhalim terhadap diri mereka sendiri.

Quraish Shihab dalam tafsirnya berpendapat bahwa kalimat wahum lahum jundun muhdharuun pada ayat 75, dapat dipahami dalam arti ‘padahal mereka’ para penyembah itu menjadi ‘pembela mereka’, berhala-berhala ini. Maksudnya adalah kaum musyrik itu selalu menemani, membantu, dan melindungi tuhan-tuhan berhala itu. Padahal yang mereka sembah itu akan dihadirkan pada Hari Kiamat untuk memeroleh balasan amal-amal mereka.

Kata muhdharuun, menurut Quraish dapat juga berarti dihadirkan di tempat mereka, yakni bahwa berhala-berhala itu tidak jauh dari tempat mereka, bahkan selalu hadir bersama kaum musyrik. Meski demikian, berhala-berhala ini tidak dapat membantu atau membela orang musyrik. Artinya bila dalam keadaan dekat dan hadir pun berhala-berhala itu tidak dapat membela dan membantu apa-apa, apalagi kalau jauh.
Berkaitan dengan pendapat terakhir ini, al-Qurtubi dalam tafsirnya mengutip potongan awal dari sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim dan at-Timidzi sebagai berikut:

 عن  أبي هريرة أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال : يجمع الله الناس يوم القيامة في صعيد واحد ، ثم يطلع عليهم رب العالمين فيقول : ألا ليتبع كل إنسان ما كان يعبد . فيمثل لصاحب الصليب صليبه ، ولصاحب التصاوير تصاويره ، ولصاحب النار ناره ، فيتبعون ما كانوا يعبدون ويبقى المسلمون

Dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Allah mengumpulkan manusia pada hari kiamat di satu tanah lapang, kemudian Ia mendatangi mereka dan berfirman; ‘Ingat, setiap manusia mengikuti apa yang pernah disembahnya.’ Lalu penyembah salib diperlihatkan penjelmaan salibnya, penyembah patung diperlihatkan penjelmaan patungnya dan penyembah api diperlihatkan penjelmaan apinya lalu mereka mereka mengikuti yang pernah mereka sembah. Sementara kaum muslimin tetap tinggal.” (HR. at-Tirmidzi no. 2480)