Jumaat, 1 April 2022

Istinjak Membersihkan Fizikal, Mental dan Jiwa

 sambungan dari siri terdahulu

11. Tidak memandang najis

Mengikut kitab Fikih Ibadat Madzhab Syafi’i (Syaikh Dr Alaudin Za’tari); makruh memandang ke langit atau ke kemaluannya atau ke sesuatu yang keluar darinya, kecuali atas dasar darurat.

“Jangan memandang ke langit, melihat ke arah kemaluan atau melihat kotoran yang keluar darinya. Makruh bercakap atau bersembang di dalam tandas. (Abu Dawud, Ibnu Majah). Termasuk menjawab salam pun tidak dianjurkan. Menjawabnya cukup dengan isyarat / berdehem. (Muslim, Tirmidzi, Nasa’i)

Berkata Imam Nawawi:

Dan disunatkan atas seorang itu tidak masuk ke dalam tandas dengan tidak menutup kepalanya dan bahawa tidak ia melihat kepada najis yang keluar daripadanya dan tidak melihat kepada kemaluannya.” (Kitab Ar-Raudhah At-Talibin)

 

12. Tidak membawa bahan yang mengandungi nama Allah dan nama Rasulullah SAW

Menurut sebuah riwayat bahawa Anas ra. berkata “Semasa memasuki bilik air, Nabi :saw akan membuka cincinnya”. Semua maklum bahawa cincin Nabi :saw mempunyai ukiran “Muhammad adalah Rasulullah”. Alasannya, kerana tidak sesuai Nama Allah dibawa bersama. Disini menunjukkan dua keadaan :-

a. Kebenaran mengukir Nama Allah ke atas sesuatu objek, misalnya cincin. Menurut Ibn Abi Syaibah, bahawa Hudhaifah dan Abu ‘Ubaidah mempunyai cincin yang diukir “Alhamdulillah”. Ibrahim al-Nakhai pula mempunyai cincin yang diukir “Billah”.

b. Hukum membawa barang seperti itu kedalam bilik air. Mazhab Syafie dan Hanafil tidak menggalakkan membawa objek yang mempunyai Nama Allah, akan tetapi Mazhab Maliki dan Hanbali mengharamkannya. Ibn Qudamah rh berkata, jika seseorang membawa sesuatu objek yang menyebut nama Allah, adalah mustahab (digalakkan) meninggalkan atau menanggalkannya.

Jika dia membawa bersamanya, dan menjaganya baik-baik agar tidak terjatuh, atau memusingkan bahagian yang ada nama Allah mengadap tapak tangannya, maka tidak mengapa. Menurut Imam Ahmad, jika cincin mempunyai nama Allah, hendaklah dipusingkannya mengadap tapak tangan dan kemudian baru ke bilik air. Pandangan ini merupakan pendapat Ibn al-Musayyab, Ibn Sirin, dll. (al-Mughni, 1/109).

Syeikh Atiyar Saqr (syeikhul Azhar) mengatakan bahawa jika dia takut akan cincin (objek) tersebut kehilangan, maka tidaklah menjadi kesalahan membawa ke dalam bilik air.

Perkara penting yang perlu difahami dalam menentukan persoalan ini ialah kita perlu membezakan antara kalimah suci dan ayat-ayat suci al-Quran. Kedua-duanya mempunyai hukum yang berbeza. Jika dilihat kemusykilan yang diutarakan, ianya berkisar persoalan kalimah suci.

Mengenai hukum tentang persoalan yang diutarakan, Ulama mazhab Syafie bersependapat bahawa disunatkan menanggalkan apa yang terdapat padanya sebutan Allah Taala ketika hendak memasuki tandas dan ianya tidak wajib. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah menanggalkan cincin yang dipakainya kerana tertulis di atasnya perkataan Muhammad Rasulullah.

Imam Ahmad mengatakan : Cincin yang terdapat padanya nama Allah hendaklah digenggam apabila memasuki tandas. Begitu juga dengan pendapat Ikrimah.

Pendapat lain mengatakan membawa sesuatu yang ditulis zikrullah di atasnya ke dalam tandas hukumnya makruh dan bukannya haram. Sama sepertinya iaitu nama rasulnya dan setiap nama yang diagungkan seperti yang disebutkan dalam kitab al-Kifayah sejajar dengan pendapat al-Imam.

Ibn al-Musayyab, al-Hassan al-Basri dan Ibn Sirin (tabi’in) memberikan kelonggaran tentangnya (membawa bahan yang tertulis nama Allah ke tandas) Imam Ahmad memberikan jawapan tentang seorang lelaki yang membawa duit dirham (tertulis zikrullah) masuk ke tandas dengan mengatakan: aku harap ianya tidak mengapa.

 

13. Membersihkan Tangan Selesai beristinja’ kemudian berwuduk

Diriwayat dari Abu Daud r.a dari waki’ :


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى الْخَلَاءَ أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فِي تَوْرٍ أَوْ رَكْوَةٍ فَاسْتَنْجَى قَالَ أَبُو دَاوُد فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى الْأَرْضِ ثُمَّ أَتَيْتُهُ بِإِنَاءٍ آخَرَ فَتَوَضَّأَ

"Bahawasanya Nabi SAW jika hendak buang air, maka aku bawakan air dalam bejana atau baldi kecil. Lalu Baginda beristinja’, kemudian menggosokkan tangannya pada tanah. Lalu aku bawakan bejana lain, kemudian baginda berwuduk." (HR. Abu Dawud) juga dalam Ihya’ Ulumuddin.

Membersihkan tangan setelah istinja' ini tidak harus dengan tanah, apabila ada sesuatu yang dapat menggantikannya sebagai penghilang bau seperti sabun atau semisalnya maka tidak mengapa.

14. Keluar bilik air dengan kaki kanan.

Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, Sahih Bukhari: No.Hadith : 168).

Matan hadith :

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ.

Al- Imam an-Nawawi dalam kitab beliau, Syarhu Shahih Muslim dan Al-Imam Ibnu Daqiqil ‘Id serta ada beberapa ulama’ lain lagi yang menyebutkan bahawa masuklah tandas dimulai dengan kaki kiri dan keluarlah tandas dengan kaki kanan berdasarkan hadis di atas.

 

15. Doa keluar tandas:

 Doa hendak keluar tandas

غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى

Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan akan menyihatkanku.

 

PENUTUP

Doa.

Ya Allah terimalah amalan kami ini sebagai amalan soleh, jika ia berpahala, kami hadiahkan pahalanya kepada ibu dan ayah kami, suami atau isteri kami, juga anak-anak kami, ahli keluarga kami, jiran tetangga kami, murid-murid kami, guru-guru kami dan seluruh muslimin dan muslimat. Amin

 

Sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wrt

Ustazah Dr. Saharizah binti Mohamad Salleh

 

Istinjak Membersih fizikal, Mental dan Jiwa

 sambungan dari siri pertama 

6. Tidak menghadap kiblat (jika di tempat lapang) untuk  menghormati kiblat

Rasulullah SAW bersabda:

إذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا. رواه البخاري

“Jika kalian mendatangi tempat pembuangan air (untuk buang air), maka janganlah menghadap kiblat, dan jangan pula membelakanginya saat kencing, mahupun berak.” (HR. Bukhari)

Namun hadis ini berlaku apabila tempat buang air itu tidak ada sutrah atau tabir sebagai pelindung diri dari pandangan manusia, apabila ada tabir atau tutup untuk melindungi diri dari manusia maka tidak mengapa menghadap kiblat.

Sebagaimana hadis Rasulullah :

رَقِيتُ يَوْمًا عَلَى بَيْتِ حَفْصَةَ فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حَاجَتِهِ مُسْتَقْبِلَ الشَّامِ مُسْتَدْبِرَ الْكَعْبَةِ .رَوَاهُ الْجَمَاعَة

“Aku menginap semalam di rumah Khafshah, maka aku melihat Nabi SAW ketika membuang  hajatnya menghadap ke arah Syam dan membelakangi Ka’abah”. (HR. Jama’ah).

7. Menjaga Badan Dan Pakaian Dari Najis Dan Air Kencing.

Rasulullah SAW bersabda:


قَالَ مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِن بَوْلِهِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah melewati dua kuburan dan bersabda: "Sesungguhnya kedua (penghuni)nya tengah diseksa, sedang ia tak diseksa kerana perkara besar (menurut sangkaannya). Bahkan itu (sebenarnya) adalah perkara besar. Adapun salah satu di antaranya, ia melakukan sikap suka mengadu domba. Adapun yang kedua, ia tidak berlindung dari (percikan) air kencingnya." (HR. Muslim)

Berusaha dan berhati-hati serta cermat, teliti ketika buang air besar atau kecil agar tidak terpercik kepada anggota badan dan pakaian. Sekiranya terasa ada percikkan kepada anggota tubuh badan basuhlah, jika terlena pakaian, ketika solat tukarlah supaya kita rasa aman, khusyuk dan reda dengan pertemuan tersebut. Berhati2 itu boleh dibuat dengan mengangkat kain/pakaian tetapi tidak terbuka aurat kemudian membasuh anggota yang berkemungkinan terkena percikan air najis. Amalan ini untuk mengelakkan, jangan sampai merasa perkara yang kelihatannya kecil, tetapi  menjadi sebab kita mendapat azab kubur.

Sunnah mempercepatkan buang air besar dan air kecil, menjaga masa agar tidak berlama-lama di dlam tandas. Ketika najis keluar dari qubul dan dubur, wujudkan rasa syukur atas nikmat kesihatan dan nikmat mampu membuang najis secara normal. Inilah hamba hubungan dengan Allah dan hubungan umat dengan Rasulullah SAW yang sentiasa tidak terpisah. Cuma elakkan dari berzikir dan menyebut nama Allah dan Rasulullah SAW dalam tandas.

8. Istinjak dengan tangan kiri.

Rasulullah SAW bersabda:


كَانَتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْيُمْنَى لِطُهُورِهِ وَطَعَامِهِ وَكَانَتْ يَدُهُ الْيُسْرَى لِخَلَائِهِ وَمَا كَانَ مِنْ أَذًى

"Bahawasanya tangan kanan Rasulullah SAW adalah untuk wuduk dan makannya; dan tangan kirinya untuk ke tandas, dan sesuatu yang kotor." (HR. Abu Dawud ).

Sunnah Rasulullah SAW adalah menjadikan tangan kanan digunakan untuk sesuatu yang baik seperti makan dan minum dan tangan kiri untuk istinja' dan sesuatu yang bersifat kotor. Umat Islam janganlah makan dan minum dengan tangan kiri dan beristinja' dengan tangan kanan. Niatkan di hati, semasa mengambil sesuatu. Aku ikut sunnah Nabi-Mu Ya Allah. Rahmatilah aku. Berusaha menjauhkan diri dari membasuh qubul dan dubur dengan tangan kanan,  demikian juga berusaha mengelak diri dari menggunakan tangan kiri bagi perkara2 baik seperti makan dan minum dengan niat mengikut sunnah Rasullulah SAW.

Ini kerana dengan berfikir berkenaan penciptaan makhluk-makhluk Allah S.W.T dapat membantu seseorang itu untuk menambah keyakinan dan keimanan akan kekuasaan Allah. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan juga bumi serta pertukaran malam kepada siang, nescaya terdapat padanya tanda-tanda kebesaran Allah bagi golongan ulul albab. Iaitu golongan yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, serta berbaring dan mereka memikirkan kepada penciptaan langit-langit dan juga bumi lalu mengatakan ‘’Wahai Tuhan kami, tidaklah Kau menciptakan kesemuanya ini secara sia-sia, maha suci Kamu maka peliharalah kami dari azab api neraka’’. Surah Aali Imran (191)

Begitu juga firman Allah S.W.T:

وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Maksudnya: Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak memikirkannya. Surah Al-Dzariyat (28)

Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: ‘’Pandangan paling tepat dalam menjelaskan makna ayat ini adalah: Pada diri kamu juga wahai umat manusia terdapatnya tanda-tanda kebesaran Allah dan juga ibrah yang menunjukkan kepada kamu akan keesaan Pencipta kamu. Dan sesungguhnya tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dari sudut tidak ada yang berkuasa menciptakan seperti ciptaan-Nya kepada kamu. Maka apakah kamu tidak merenung secara mendalam akan hal tersebut serta berfikir padanya. Nescaya kamu akan mengetahui hakikat keesaan Tuhan kamu’’. Rujuk Tafsir Al-Thabari (22/419).

9. Istibra’/Berdehem:

Istibra' menurut Mausu'ah al-Fiqhiyah , (3/167) membawa dua maksud:
1. Dalam bahasa arab ialah menuntut kebersihan

2.Dalam fiqh membawa dua maksud:
i) Taharah lelaki ketika buang air khususnya buang air kecil
ii) Taharah rahim pezina dan hamba, supaya rahim mereka benar2 bersih sebelum dapat bernikah atau disetubuhi oleh orang lain.


Menurut Ibnu 'Arafah, istibra' ialah menghilangkan kekotoran daripada kedua-dua tempat keluar najis. Jadi melalui takrifan ini, ulama mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat membersihkan air kencing, tahi, mazi, wadi dan mani

Perkataan yang ada hubung kaitnya dengan istibra’ ini ialah istinqa’, istinzah dan istintar. Kesemua perkataan ini membawa makna membersihkan kedua-dua tempat keluar najis daripada apa yang keluar darinya. Sebilangan besar ulama’ Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan hukumnaya adalah sunat dengan beralasan bahawa selepas berhenti pengaliran air kencing itu ia tidak akan keluar lagi. Sementara itu ada juga sebahagian ulama’ Mazhab Syafie yang berpendapat bahwa istibra’ itu hukumnya wajib dan inilah juga menjadi pendapat ulama’ Mazhab Hanafi dan Maliki. Mereka yang mengatakan hukum beristibra’ itu wajib berdalilkan dengan hadis ad-Daraquthni yang bermaksud : “Bersihkanlah kemaluan kamu daripada air kencing kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya.”

Cara istibra’ bagi lelaki dengan meletakan ibu jari di atas kemaluan dan jari hantu di bawah kemaluan kemudian diurut dari pangkal hingga ke hujung sambil berdehem dengan tujuan semua baki najis dapat keluar manakala bagi wanita memadai berdehem 3 kali untuk memastikan najis keluar dengan sempurna.

Sehubungan ini, semua mazhab bersetuju mengatakan seseorang yang berhadas jika kuat sangkaannya bahawa hadasnya ada yang masih belum habis dan berhenti keluar maka tidak sah wuduknya tanapa beristibra’. Ini bersabdakan kepada kata sepakat para ulama dalam menentukan bahawa suatu hukum itu boleh dibina bersandarkan sangkaan kuat.

Hadis ini disokong dengan kenyataan bahawa jika seseorang itu menyangka atau merasa yakin bahawa mengikut kebiasaannya, jika dia tidak beristibra’ nescaya kan keluar sesuatu lagi daripada kemaluannya maka dia melakukan istibra’. Dalil mereka yang kedua : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma dia berkata : “Nabi S.A.W. melalui salah satu tembok daripada tembok-tembok Madinah atau Mekah lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang diseksa di dalam kuburnya. Nabi bersabda : Dua orang sedang diseksa dan keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.” Kemudian Baginda bersabda: “Ya, yang seorang tidak beristibra’ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba”. Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. Lalu dikatakan : ‘Wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini?” Baginda bersabda : “Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah pelepah kurma kering atau sehinggalah ia kering.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

kencing berdiri hukumnya adalah harus atau makruh mengikut perbezaan ulamak di atas. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir; “Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi s.a.w.”

10. Tidak berkata-kata atau menjawab salam

Hal di atas berdasarkan hadith Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma:

أَنَّ رَجُلاً مَرَّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَبُوْلُ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ

“Bahawa ada seseorang yang melewati Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda sedang buang air kecil, orang itu mengucapkan salam kepadanya, namun baginda tidak menjawabnya.”
(HR. Jama’ah selain Bukhari)

PENUTUP

Doa.

Ya Allah terimalah amalan kami ini sebagai amalan soleh, jika ia berpahala, kami hadiahkan pahalanya kepada ibu dan ayah kami, suami atau isteri kami, juga anak-anak kami, ahli keluarga kami, jiran tetangga kami, murid-murid kami, guru-guru kami dan seluruh muslimin dan muslimat. Amin

 

Sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wrt

Ustazah Dr. Saharizah binti Mohamad Salleh

Ahad, 12 Disember 2021

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum semua, jom  kita menambah ilmu tentang sunnah Rasulullah SAW dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian supaya kita dapat bersama Baginda di dunia dan akhirat, Amin. Fiqh Wanita: Sunnah Fitrah; Khitan, Cabut bulu ketiak, cukur bulu kemaluan, potong kuku dan  cukur misai. 

Sabtu, 23 Oktober 2021


Assalamualaikum semua, semoga sedikit ilmu yang diberikan oleh Allah ini dapat dimanfaatkan oleh semua orang

Selasa, 12 Oktober 2021

Fiqh Wanita: Takrif fiqh

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualikum. Sedikit ilmu dariku tentang takrif Fiqh, kenapa berlaku perselisihan pendapat dalam islam, apa sikap kita dan apa pegangan kita untuk menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. Dalami agama agar kita sentiasa dalam reda Allah kerana Islam melihat akhlak dari hati yang suci bersih. Jadilah hamba allah yang takut kepada balsan di akhirat. Amin


Sabtu, 21 November 2020

 

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QUR’AN 

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum WRT

Terdapat banyak kelebihan membaca al-Quran. Saya ceritakan di sini setakat kemapuan diri yang terbatas kerana kedaifan diri. Hanya bertujuan mengajak kalian membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran serta menjadikannya rutin kewajipan harian.

Bulan Ramadhan merupakan bulan Al-Qur`an. Pada bulan inilah Al-Qur`an diturunkan oleh Allah swt sebagaimana dalam firman-Nya :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

 “bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan pembeza (antara yang haq dan yang bathil).” [Al-Baqarah : 185]

Di antara amal ibadah yang sangat ditekankan untuk diperbanyak pada bulan Ramadhan adalah membaca (tilawah) Al-Qur`anul Karim. Banyak sekali hadits-hadits Nabi SAW yang menyebutkan tentang keutamaan membaca Al-Qur`an. Di antaranya :

1. Dari shahabat Abu Umamah Al-Bahili r.a : Saya mendengar Rasulullah SAW  bersabda :

إقرؤا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه

 “Bacalah oleh kalian Al-Qur`an, karena ia (Al-Qur`an) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.” [HR. Muslim 804]

Nabi SAW memerintahkan kita  membaca Al-Qur`an dengan bentuk perintah yang bersifat mutlak, sehingga diperintahkan membacanya pada setiap waktu dan setiap kesempatan. Lebih ditekankan lagi pada bulan Ramadhan. Nanti pada hari Kiamat, Allah SWT akan menjadikan pahala membaca Al-Qur`an sebagai sesuatu yang berdiri sendiri, datang memberikan syafa’at dengan seizin Allah kepada orang yang rajin membacanya.

Iktibar dari hadits :

  • Dorongan dan motivasi memperbanyak membaca Al-Qur`an, jangan sampai terlupa  karena kesibukan hal keduniaan.
  • Allah jadikan Al-Qur`an sebagai pemberi  syafa’at kepada orang-orang yang senantiasa rajin membacanya dan mengamalkannya ketika di dunia.

2.  Dari shahabat Abu Umamah Al-Bahili r.a : Saya mendengar Rasulullah SAW  bersabda :

قْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ ‏"‏ ‏.

  “Bacalah oleh kalian dua bunga, yaitu surat Al-Baqarah dan Surat Ali ‘Imran, karena keduanya akan datang pada hari kiamat seakan-akan keduanya, dua awan besar atau dua kelompok besar dari burung yang akan membela orang-orang yang senantiasa rajin membacanya. Bacalah oleh kalian surat Al-Baqarah, karena sesungguhnya mengambilnya adalah barakah, meninggalkannya adalah kerugian, dan sihir tidak akan mampu menghadapinya.”[HR. Muslim 804]

3. Dari sahabat An-Nawwas bin Sam’an Al-Kilabi r.a  berkata : saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"‏يؤتى يوم القيامة بالقرآن وأهله الذين كانو يعملون به في الدنيا تقدمه سورة البقرة وآل عمران تحاجان عن صاحبهما ‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏

  “Akan didatangkan Al-Qur`an pada Hari Kiamat kelak dan orang yang rajin membacanya dan senantiasa rajin beramal dengannya, yang paling depan adalah surat Al-Baqarah dan surat Ali ‘Imran, keduanya akan membela orang-orang yang rajin membacanya.” [HR. Muslim 805]

Pada hadits ini Rasulullah SAW memberitakan bahwa surat Al-Baqarah dan Ali ‘Imran akan membela orang-orang yang rajin membacanya. Namun Rasulullah SAW mempersyaratkan dalam hadits ini dengan dua hal, yaitu :

·                 Membaca Al-Qur`an dan

·                 Beramal dengannya karena orang yang membaca Al-Qur`an ada dua jenis :

Jenis 1 : Orang yang membaca tetapi tidak beramal dengannya, tidak mengimani berita-berita Al-Qur`an, tidak mengamalkan hukum-hukumnya. Al-Qur`an menjadi hujjah yang membantah mereka.

Jenis 2: Orang yang membacanya dan mengimani berita-berita Al-Qur`an, membenarkannya, dan mengamalkan hukum-hukumnya. Al-Qur`an menjadi hujjah yang membela mereka.

Nabi SAW bersabda :  والقرآن حجة لك أو عليك

 “Al-Qur`an itu bisa menjadi hujjah yang membelamu atau sebaliknya menjadi hujjah yang membantahmu.” [HR. Muslim]

Dalam hadits ini terdapat dalil bahwa tujuan terpenting diturunkannya Al-Qur`an adalah untuk diamalkan. Hal ini diperkuat oleh firman Allah subhanahu wata’ala :

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

 “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka mentadabburi (memperhatikan) ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” [Shad : 29]

“supaya mereka mentadabburi”, yakni agar mereka berupaya memahami makna-maknanya dan beramal dengannya. Tidak mungkin bisa beramal dengannya kecuali setelah tadabbur. Dengan tadabbur akan menghasilkan ilmu, sedangkan amal merupakan buah dari ilmu.

Jadi inilah tujuan diturunkannya Al-Qur`an :

·         untuk dibaca dan ditadabburi maknanya

·         diimani segala beritanya

·         diamalkan segala hukumnya

·         direalisasikan segala perintahnya

·         dijauhi segala larangannya

Iktibar  dari hadits :

·    Al-Qur`an sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya dan beramal   dengannya.

·     Ilmu mengharuskan adanya amal. Kalau tidak maka ilmu tersebut akan menjadi hujjah yang    membantahnya pada hari Kiamat.

·         Keutamaan membaca surah Al-Baqarah dan Ali ‘Imran

·         Penamaan surah-surah dalam Al-Qur`an bersifat tauqifiyyah.

4.   Dari sahabat ‘Utsman bin ‘Affan r.a berkata, bahwa Rasulullah  SAW  bersabda :

( خيركم من تعلم القرآن وعلمه)

 “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur`an dan mengajarkannya.” [Al-Bukhari 5027]

Orang yang terbaik adalah yang ada padanya dua sifat tersebut, yaitu : mempelajari Al-Qur`an dan mengajarkannya. Ia mempelajari Al-Qur`an dari gurunya, kemudian ia mengajarkan Al-Qur`an tersebut kepada orang lain. Mempelajari dan mengajarkannya di sini mencakup mempelajari dan mengajarkan lafazh-lafazh Al-Qur`an; dan mencakup juga mempelajari dan mengajarkan makna-makna Al-Qur`an.

5.   Dari Ummul Mu`minin ‘Aisyah r.a  berkata, bahwa Rasulullah  SAW bersabda :

"‏الذي يقرأ القرآن وهو ماهر به مع السفرة الكرام البررة، والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏

“Yang membaca Al-Qur`an dan dia mahir membacanya, dia bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan yang membaca Al-Qur`an namun dia tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala.” [Al-Bukhari 4937, Muslim 244]

Orang yang mahir membaca Al-Qur`an adalah orang yang bagus dan tepat bacaannya. Adapun orang yang tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala : pertama, pahala tilawah, dan kedua, pahala atas kecapaian dan kesulitan yang ia alami.

6.   Dari shahabat Abu Musa Al-Asy’ari r.a berkata, bahwa Rasulullah SAW bersabda :

"مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأترجة‏:‏ ريحها طيب، وطعمها طيب، ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن كمثل التمرة‏:‏ لا ريح لها وطعمها حلو، ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن كمثل الريحانة‏:‏ ريحها طيب وطعمها مر، ومثل المنافق الذي لايقرأ القرآن كمثل الحنظلة‏:‏ ليس له ريح وطعمها مر‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.‏

 “Perumpamaan seorang mu`min yang rajin membaca Al-Qur`an adalah seperti buah Al-Atrujah : aromanya wangi dan rasanya enak. Perumpamaan seorang mu`min yang tidak membaca Al-Qur`an adalah seperti buah tamr (kurma) : tidak ada aromanya namun rasanya manis.

Perumpamaan seorang munafiq namun ia rajin membaca Al-Qur`an adalah seperti buah Raihanah : aromanya wangi namun rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan seorang munafiq yang tidak rajin membaca Al-Qur`an adalah seperti buah Hanzhalah : tidak memiliki aroma dan rasanya pun pahit.” [Al-Bukhari 5427, Muslim 797]

Seorang mu`min yang rajin membaca Al-Qur`an adalah seperti buah Al-Atrujah, iaitu buah yang aromanya wangi dan rasanya enak, karena seorang mu`min itu jiwanya bagus, qalbunya juga baik, dan mampu memberi kebaikan kepada orang lain. Duduk bersamanya terdapat kebaikan. Maka seorang mu`min yang rajin membaca Al-Qur`an adalah baik seluruhnya, baik pada zatnya dan baik untuk orang lain. Dia seperti buah Al-Atrujah, aromanya wangi dan harum, rasanya pun enak dan lazat.

Adapun seorang mu’min yang tidak membaca Al-Qur`an adalah seperti buah kurma. Rasanya enak namun tidak memiliki aroma yang wangi dan harum. Jadi seorang mu’min yang rajin membaca Al-Qur`an jauh lebih utama dibandingkan yang tidak membaca Al-Qur`an. Tidak membaca Al-Qur`an artinya tidak tahu membaca Al-Qur`an dan tidak pula mempelajarinya.

Perumpamaan seorang munafiq, namun ia rajin membaca Al-Qur`an adalah seperti buah Raihanah : aromanya wangi namun rasanya pahit kerana orang munafiq itu pada zatnya hodoh, tidak ada kebaikan padanya. Munafiq adalah : orang yang menampakkan dirinya sebagai muslim namun hatinya kafir –wal’iyya dzubillah-. Kaum munafiq inilah yang Allah nyatakan dalam firman-Nya :

Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhir,” padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” [Al-Baqarah : 8 – 10]

Didapati orang-orang munafiq yang mampu membaca Al-Qur`an dengan bacaan yang bagus dan tartil. Namun mereka hakikatnya adalah para munafiq –wal’iyyadzubillah- keadaan mereka ketika membaca Al-Qur`an adalah seperti yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW:

يقرأون القرآن لا يجاوز حناجرهم

 “Mereka rajin membaca Al-Qur`an, namun bacaan Al-Qur`an mereka tidak melewati kerongkongan mereka.” (Sahih Muslim:1837)

Maka Nabi SAW mengumpamakan mereka dengan buah Raihanah, yang harum aromanya karena mereka terlihat rajin membaca Al-Qur`an; namun buah tersebut pahit rasanya, karena hodoh dan jahatnya jiwa mereka serta rosaknya niat mereka.

Adapun orang munafiq yang tidak rajin membaca Al-Qur`an, maka diumpamakan oleh Rasulullah SAW seperti buah Hanzhalah, rasanya pahit dan tidak memiliki aroma wangi. Inilah munafiq yang tidak memiliki kebaikan sama sekali. Tidak memiliki aroma wangi, karena memang ia tidak bisa membaca Al-Qur`an, di samping zat dan jiwanya adalah zat dan jiwa yang hodoh dan jahat.

Inilah jenis-jenis manusia  dengan Al-Qur`an. Maka hendaknya kita berusaha agar menjadi orang mu`min yang rajin membaca Al-Qur`an dengan sebenar-benar bacaan, sehingga kita seperti buah Al-Atrujah, aromanya wangi, rasanya pun enak.

7.   Dari shahabat ‘Umar bin Al-Khaththab r.a  bahwa Nabi SAW  bersabda :

 إن الله يرفع بهذا الكتاب أقوامًا ويضع به آخرين‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)

 “Sesungguhnya Allah dengan Al-Qur`an ini mengangkat suatu kaum, dan menghinakan kaum yang        lainnya.” [HR. Muslim 269]

Hadis ini menepati firman Allah SWT dalam surah ‘Abasa 11-16 yang bermaksud “Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi) (11) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. (12) (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan (13) Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan) (14) (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz (15) (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti (16).

Sebahagian ahli tafsir menghuraikan bahawa orang yang membaca al-Quran adalah orang yang mulia, suci hati dan akhlaknya, diangkat darjat mereka sehingga mereka sentiasa bersama para malaikat, sebaliknya ayat seterusnya telah meletakkan orang yang tidak membaca al-Quran adalah orang yang binasa dan kufur kepada Allah SWT.

Demikianlah kehebatan al-Quran yang akan mendidik pembacanya menjadiorang-orang yang hebat, apatah lagi jika orang itu sentiasa membaca, belajar dan mengajarseterusnya memahami dan mengamalkannya. Alangkah hebatnya mereka di sisi Allah SWT.

 Jom bersamaku kita belajar, mengajar, bertadabbur dan mengamalkan al-Quran semoga kita bertemu Allah SWT di syurga Firdaus. Amin

 Ustazah Dr Saharizah binti Mohamad Salleh

Isnin, 7 September 2020

ISTINJAK PENYUCIAN FIZIKAL,MENTAL DAN JIWA

 

ISLAM : SELAMAT DAN BAHAGIA

ISTINJAK  PENYUCIAN FIZIKAL, MENTAL DAN HATI (siri 1)

PENDAHULUAN

Alhamdulillahirabbil alamin, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekelian alam, selawat dan salam kepada baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, tabi’ tabi’in dan para ulama dahulu hingga akhir zaman demikian juga para muslim dan muslimat, mu’minin dan mu’minat. Assalamualaikum WRT.

Lama sudah kita tidak bertemu, semoga Allah sentiasa mempertemukan kita kerana Allah dan Rasulullah SAW semata untuk medapatkan reda Allah dan syafaat Rasulullah SAW. Amin. Pertemuan kali ini kita membahaskan sedikit ilmu berkaitan istinja’ dari sudut akidah untuk membersihkan fizikal, mental dan hati dari sifat mazmumah serta pelbagai penyakit. InsyaAllah. Ini merupakan siri penyucian jiwa atau hati dalam setiap amalan kita. InsyaAllah.

Seperti yang dimaklumi semua orang, permulaan kehidupan setiap hari bermula dengan istinja’. Umumnya mengetahui istinja’ dari aspek fekah tetapi penulisan kali ini berkait rapat dengan akidah supaya matlamat istinja’ itu meliputi feqah dan akidah agar kita sentiasa mendampingi Allah SWT dan Rasulullah SAW, sama sekali tidak boleh dipisahkan.

Untuk pengetahuan semua, tajuk ini mempunyai beberapa siri kerana penulis menyelusuri amalan Rasulullah SAW dan para sahabat ketika mereka beristinjak. Dibawa juga beberapa dalil dan hujah untuk menyakinkan bahawa amalan tersebut mampu membersihkan fizikal. Mental dan hati seteruskan mendampingkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. InsyaAllah. Amin. Kita bermula dengan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat mencintai Allah dan Rasulullah SAW.

1. Berjalan ke tandas dengan niat mensucikan diri untuk bertemu dengan Allah

Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi SAW bersabda: 

 

نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ

Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. [Riwayat al-Thabarani (5942) dalam al -Mu’jam al-Kabir, 185/6]

  • Niat merupakan perkara yang penting kerana ia akan menentukan halatuju perbuatan kita. Ini kerana, niat tidak dapat dipisahkan daripada setiap perbuatan kita. Niat menjadi sebab mendapat apa yang dikehendaki, maka jika banyak niat maka banyaklah yang kita dapat.
  • Kadang-kandang amalan kita juga boleh berlaku riak, ujub dan sifat-sifat dicela yang lain. Untuk itu, kita harus berjaga-jaga dengan setiap amalan kita agar terhindar daripada sifat-sifat yang dicela tersebut.
  • Niat juga menjadi kayu ukur bagi penerimaan sesuatu amalan

Imam Nawawi r.a mengatakan, dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh ‘Umar bin Al-Khattab r.a, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ يَنْكِحُهَا فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ

Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya seseorang hanya mendapatkan apa yang dia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya karena mencari dunia atau karena wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.” (HR. Bukhari dan Muslim). Sumber: Kitab Hadits Arbain: Imam An- Nawawi.

 Maka sebaik sahaja kita bangun dari tidur untuk ke bilik air, mulailah langkah dengan berniat untuk mensucikan diri supaya dapat bertemu dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW yang sangat dirindui, setelah beberapa jam kita tidur, hubungkan diri kita setiap masa dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka bersihlah diri kita dari najis kerana dengan keluarnya najis, niatkan supaya badan kita menjadi sihat. Betulkan tujuan sihat adalah untuk beribadat kepada Allah, diringankan fizikal kita untuk melakukan semua suruhan Allah, mohon diringankan badan kita dan hati kita supaya mampu mengerjakan ibadat-ibadat sunat. Terdapat banyak kes saudara2 kita yang tidak boleh buang najis dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai komplikasi yang menyusahkan kita untuk beribadat. Terkena pelbagai penyakit.

 

2. Depan pintu baca doa masuk tandas:

Daripada Anas bin Malik RA: 

كَانَ النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الخَلَاءَ قَالَ : ( اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبائِثِ ).

Maksudnya: Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139]

Para ulama’ menetapkan antara sebab mengapa dianjurkan kita meminta perlindungan kepada Allah SWT ketika  memasuki tandas adalah agar kita terlindung daripada syaitan-syaitan yang mendiami tempat-tempat najis dan tempat terbukanya aurat.

Kelebihan Ta’awudz:

  • membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.
  • cara untuk bertawakal kepada Allah SWT.
  • ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu,
  • menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was.

Tandas merupakan rumah syaitan, terdapat banyak rumah syaitan  di dalam rumah kita, kita berkongsi rumah dengannya, kita masuk rumahnya  banyak kali dalam satu hari, bayangkanlah jika kita tidak membaca doa ini, kita lihat macam-macam berlaku dalam rumah tangga kita, suami bergaduh dengan isteri, anak-anak bergaduh dengan ibu bapa, sumbang mahram, anak tidak betah tinggal di rumah, rumah seumpama neraka walaupun rumah mewah, besar cukup semuanya. Bacalah doa ini pada setiap kali  masuk tandas, siapakah yang mampu menjauhkan kita dari gangguan syaitan ini, ia sentiasa berada bersama kita, dalam setiap urat nadi tubuh kita, ia tidak pernah berputus asa, dia menggunakan pelbagai cara sehingga kita terpedaya. Rasullullah SAW telah mengajar kita cara yang paling mudah untuk menjauhkan diri dari syaitan ini. Jadi sudah pasti dengan kehendak Allah SWT kita mampu menjauhkan diri dari gangguan syaitan dan iblis ini. Kita akan dijauhi dari sebarang musibah. Oleh itu wajibkan diri kita membaca doa ini dengan berniat mengikut sunnah Rasullullah saw dan mohon bantuan dari Allah SWT. Kita lihat berapa ramai yang sakit fizikalnya, sakit jiwanya dan sakit akalnya kerana gangguan makluk ini. Berat sangat kah untuk membaca doa ini setiap kali masuk tandas.

 

3. Mendahului dengan kaki kiri ( Ya Allah, jauhilah kakiku ke tempat maksiat)

Tiada dalil khusus daripada Rasullullah SAW amalan memasuki tandas menggunakan kaki kiri dan keluar menggunakan kaki kanan. Walaubagaimanapun. Amalan ini bersifat qiyasi. Iaitu qiyas kepada hadith yang lain iaitu:-

حَدّثَنَا أَبُو حَفْصٍ عُمَرُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمُفِيدُ الْبَصْرِيّ، ثنا أَبُو خَلِيفَةَ الْقَاضِي، ثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطّيَالِسِـُيّ، ثنا شَدّادٌ أَبُو طَلْحَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ قُرّةَ، يُحَدِّثُ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنّهُ كَانَ، يَقُولُ: «مِنَ السّـُنّـَةِ إِذَا دَخَلْتَ الْمَسْجِدَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُمْنَى، وَإِذَا خَرَجْتَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُسْرَى»

“Telah mengabarkan kepada kami Abu Hafsh Umar bin Jafar al-Mufid al-Bashry, (Abu Hafsh berkata) ‘Telah mengabarkan kepada kami Abu Khalifah al-Qadhy, (Abu Khalifah berkata), ‘Telah mengabarkan kepada kami Abu Walid ath-Thayalisi, (Abu Walid berkata), ‘Telah mengabarkan kepada kami Syadad Abu Tholhah, (Abu Tholhah berkata), ‘Aku telah mendengar Mu’awiyah bin Qurrah mengabarkan dari Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa dia mengatakan “Termasuk amalan sunnah apabila engkau hendak masuk masjid maka mulailah dengan kaki kanan dan apabila meninggalkan masjid maka mulailah dengan kaki kiri.”

(Hadith riwayat Al-Hakim si dalam kitabnya al-Mustadrak I/218 no. 791 dan al-Baihaqy II/442 – hadith sahih telah disepakati oleh adz-Dzahabi, Dinilai sahih oleh Syaikh Albani dalam Silsilah Ahadith ash-Sahihah no. 2478)

Qiyasnya begini.

Jika memasuki tempat yang baik, mulainya dengan kaki kanan, maka jika melangkah ke tempat yang kurang baik dibandingkan dengan tempat asal, iaitu dimulakam dengan kaki kiri.

Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Al- Imam an-Nawawi dalam kitab beliau, Syarhu Shahih Muslim dan Al-Imam Ibnu Daqiqil ‘Id serta ada beberapa ulama’ lain lagi yang menyebutkan bahawa masuklah tandas dimulai dengan kaki kiri dan keluarlah tandas dengan kaki kanan berdasarkan hadis di atas.

Berdasarkan pendapat ulama ini, maka kita beramallah, masuk tandas dengan kaki kiri kerana mengikut amalan para ulama. InsyaAllah

 

4. Memakai sandal dengan kaki kanan

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ.

]صحيح البخاري , كتاب الوضوء , باب التيمن في الوضوء والغسل , حديث رقم [168

Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Berdasarkan hadis ini, marilah kita mula memakai sandal dengan kaki kanan, berniatlah mengikut sunnah dan kegemaran Rasulullah SAW, maka dengan cara ini kita telah bersama dengan Allah dan Rasulullah SAW. Amalan sebegini akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW yang menjadi sebab banyak kebaikan lain diperolehi seperti syafaat Baginda, bertambah rindu dan cinta kepada Allah dan Baginda. Hidup yang lebih reda, iman dan amal soleh bertambah dan sebagainya.

 

5. Memakai sandal di dalam tandas

Terdapat riwayat dari Habib bin Sholeh, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ لَبِسَ حِذَاءَهُ وَغَطَّى رَأْسَهُ

Ketika Rasulullah SAW masuk tandas, beliau memakai sandal dan penutup kepala. Status hadis: Hadis ini diriwayatkan al-Baihaqi no. 465 dan kata as-Suyuthi hadis ini mursal.

Ibnul Arabi mengatakan: “Sandal termasuk pakaiannya para nabi.” Dalam hadis dari Jabir r.a dari Nabi SAW bahwa beliau memotivasi umatnya untuk banyak menggunakan sandal. Baginda bersabda:

اسْتَكْثِرُوا مِنَ النِّعَالِ فَإِنَّ الرَّجُلَ لاَ يَزَالُ رَاكِبًا مَا انْتَعَلَ

“Sering-seringlah memakai sandal. Karena seseorang akan selalu naik kendaraan selama dia memakai sandal.” (HR. Ahmad 14874, Muslim 5615 dan yang lainnya)

Sunnah Rasulullah SAW memakai sandal, belilah sandal dan letaklah di setiap bilik air, niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW, ketika memakainya berniatlah agar dijauhi dari memakai sandal yang diperbuat dari api neraka seperti yang berlaku kepada Abu Talib bin Abdul Muthalib paman yang sangat disayangi Rasulullah SAW, namun dia mati dalam kafir. Kita bukan sesiapa di sisi Rasululah SAW, jika tidak beramal dengan sunnah dan jarang berselawat, Rasulullah SAW tidak kenalpun kita, jauh sekali disayangi oleh Baginda.

Sebagian ulama mengatakan ibadahnya orang yang lalai hanya menjadi kebiasaan, sementara kebiasaan orang yang sadar bisa menjadi ibadah. (Syarh al-Arbain an-Nawawi, Ibnu Utsaimin, hlm. 9). Maka inilah ilmu anugerah Allah untuk umat Nabi Muhammad SAW agar kita menyakininya dan mengamalkannya.


6. Menutup kepala/ menutup aurat

Dari Zubair bin Awam, beliau mengatakan,                                         

أَنَّ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ ، قَالَ ، وَهُوَ يَخْطُبُ النَّاسَ : ” يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِينَ ، اسْتَحْيُوا مِنَ اللهِ ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إنِّي لأظل حِين أَذْهَبُ إلَى الْغَائِطِ فِي الْفَضَاءِ ، مُغَطّيًا رَأْسِي اسْتِحْيَاءً مِنْ رَبِّي

Bahwa Abu Bakr as-Shidiq pernah berkhutbah, “Wahai kaum muslimin, malulah kalian kepada Allah. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, ketika saya hendak buang air di luar, saya tutupi kepalaku karena malu kepada Rabku.” (HR. Ibnul Mubarok dalam az-Zuhd (1/107) dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushanaf (1/105).

Diriwayatkan dari Abu Bakr as-Shiddiq tentang anjuran menutup kepala ketika masuk tempat buang hajat dan itu shahih dari beliau. (as-Sunan, 1/96)

Mengikut Sunnah Para Khalifah Al-Rasyidin Rasulullah S.A.W secara khususnya memberikan petunjuk dan arahan kepada para sahabat untuk mengikuti Abu Bakr al-Siddiq dan juga Umar al-Khattab. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

اقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ

Maksudnya: Hendaklah kamu semua mengikuti dua orang selepasku iaitu Abu Bakr dan juga Umar. Riwayat Al-Tirmizi (3662)

An-Nawawi mengatakan,
Imamul Haramain, al-Ghazali, al-Baghawi dan ulama lainnya mengatakan, ‘Dianjurkan untuk tidak masuk tempat buang hajat dengan kepala terbuka.’ (al-Majmu’, 2/93)

Masuk tandaspun kena tutup aurat, di dalam tandas hanya ada kita dan syaitan-syaitan, ada malaikat dan Allah SWT, tetapi indahnya Islam perkara yang wajib ditutup tetap kena tutup sama ada tersembunyi atau dikhalayak ramai. Hubungan kita dengan Allah, Malaikat dan Rasululah SAW tidak pernah terpisah, sebagai bukti kecintaan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama beramal supaya kita dianugerah kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sehingga hati kita dipenuhi dengan kerinduan yang amat kepada Allah dan Baginda Rasulullah SAW.

 

Sekian, kita ketemu lagi untuk langkah seterusnya dalam siri ke dua. InsyaAllah. Amin

 

Sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wrt

Ustazah Dr. Saharizah binti Mohamad Salleh

 

 

Jumaat, 13 Disember 2019

TANDA-TANDA ALLAH KASIH KEPADA HAMBA-NYA

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum WRT

Antara sifat Allah SWT ialah ar-Rahman dan ar-Rahim, Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terdapat banyak bukti Allah bersifat demikian, sifat ini Maha Sempurna, bersifat jitu jauh sekali dari sebarang kekurangan dan kecacatan. Sifat ini dapat dibuktikan melalui saintifik, kebijaksanaan akal, kematangan emosi dan keimanan yang tinggi. Berdasarkan buku Akidah 1 Ahli Sunnah wal-Jamaah oleh Prof Ahmad Izzuddin al-Bayanuni cetakan JAKIM, saya mengulas dengan dengan ilmu untuk digarafkan dalam kehidupan kita, umat akhir zaman.

Antara tanda Allah kasihkan hamba-nya ialah

1. Allah  memberi taufiq dan hidayah ke arah mentaati perintah-Nya serta memelihara      hamba-nya dari melakukan maksiat dan dosa.

   Dari Hadis Qudsi:

عَنْ أَبِـيْ هُرَيْرَةَ  رَضِيَ اللهُ  عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللّـهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «إِنَّ اللهَ  تَعَالَـى قَالَ : مَنْ عَادَى لِـيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْـحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَـيَّ مِمَّـا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَـيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا ، وَإِنْ سَأَلَنِيْ لَأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِـيْ لَأُعِيْذَنَّهُ».
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu ia berkata, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Sesungguhnya Allâh Azza wa Jalla berfirman, ’Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku mengumumkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya.’'
Berdasarkan hadis ini, setiap umat Islam yang melaksanakan semua perkara fardu yang meliputi akidah, ibadat, sirah dan akhlak dengan sempurna diikuti pula dengan amalan-amalan sunat yang banyak sehingga melahirkan rasa cinta Allah kepadanya, mereka inilah yang dikategorikan sebagai wali Allah. Hasil dari kecintaan ini, Allah memelihara pendengarannya, penglihatannya, tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan dosa. Malah Allah melindungi pada setiap masa serta memakbulkan segala permohonannya. Seterusnya yang paling hebat cinta Allah SWT kepada hamba-Nya ini dengan mengisytiharkan perang ke atas sesiapa sahaja yang memusuhi wali-Nya.

Maha hebat cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya. Marilah kita menuntut ilmu agar menjadi kuat untuk menggamalkan amalan-amalan sunat, marilah kita berjemaah untuk kuat beribadat dengan sempurna dan tepat demi mencari cinta Allah.

2. Allah SWT memelihara hamba-nya dari mencintai dunia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila Allah SWT kasihkan seseorang hamba. Dia akan memeliharanya dari dikuasi oleh dunia sebagaimana kamu menjaga lukamu daripada terkena air' (Riwayat at-Tirmizi)

Hadis ini dijelas lagi dengan Sabda Rasulullah SAW dalam hadis berikut

 عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيّ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إلَى النَّبِيِّ فَقَالَ: يَا رَسُولَ الله  دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ؛ فَقَالَ: “ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبُّك اللَّهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبُّك النَّاسُ
 (حديث حسن، رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة)
Daripada Abu al-‘Abbas Sahlu ibn Sa’ad al-Sa’idi Radhiallahu’anhu beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi (Sallallahu’alaihiwasallam) lalu berkata: Wahai Rasulullah! tunjukkan aku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.
(Riwayat lbnu Majah dan yang lain dengan sanad-sanad yang baik)

Merujuk kepada hadis ini, Allah SWT akan memelihara hamba yang dicintai-Nya dari dikuasai oleh dunia dan isinya iaitu pangkat, harta, emas, perak, wang, pengaruh, anak penak, isteri, rumah dan perniagaan yang menguntungkan. Mereka sibuk menguruskan hal-hal keduniaan sehingga kebanyakkan masa mereka dihabiskan dengan urusan dunia sahaja. Jika dibandingkan masa untuk dunia dan masa untuk akhirat di dapati terlalu sedikitnya masa untuk akhirat. Orang yang sebegini mereka tidak tergolong dalam golongan hamba yang dicintai oleh Allah SWT. Cuba kita renongkan masa-masa yang dihabiskan oleh para sahaba, tabik tabiin dan salafussoleh, pasti mereka jauh banyak menggunakan masa untuk bertemu kekasih mereka iaitu Allah SWT, sentiasa melaksanakan amalan-amalan yang mendekatkan diri dengan-Nya. Maka Allah memelihara mereka dari dikuasai dunia, dan mereka adalah para wali Allah SWT.

Bagaimanakah keadaan kita, umat alhir zaman, masihkah kita berlumba-lumba menghabiskan masa untuk merebut harta dunia, menghabiskan dengan perbuatan lagha, menghabiskan masa dengan kerja-kerja makan gaji kita sehingga kerja akhirat hanyalah rutin solat lima waktu, itupun mujur dilaksanakan, malah ada yang meninggalkan solat tersebut dengan pelbagai alasan. dunia semakin hampir kiamat, adakah kita bersedia menghadapinya dengan kerja-kerja lagha kita.

sekian, insyaAllah ada sambungan untuk tanda cinta allah seterusnya...

Ustazah Dr. Saharizah binti Mohamad Salleh