Isnin, 17 Disember 2018

Key Performance Indicator (KPI)  atau Petunjuk Prestasi Utama dalam Ibadat

            1.  KPI SOLAT

Kewajiban Shalat Tepat Pada Awal Waktu

Setiap pekerja bertungkus lumus mencapai KPI kerja atau matlamat majikan tetapi bagaimana dengan KPI akhirat kita? Satu dari KPI akhirat kita adalah solat. 

Allah swt berfirman yang bermaksud: 
“Sesungguhnya shalat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nisa`,4: 103). 

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ ﷺ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ قَالَ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيّقَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهٌِ 

Bermaksud: Dari Ibn Mas’ud, ia berkata: Aku bertanya kepada 
Nabi saw: “Amal apa yang paling dicintai Allah swt?” Baginda menjawab: “Shalat pada (awal) waktunya.” “Kemudian apa lagi?” Beliau menjawab: “Berbakti kepada orang tua.” “Kemudian apa lagi?” Baginda menjawab: “Jihad fi sabilillah.” 
(Shahih al-Bukhari bab fadlis-shalat li waqtiha no. 527).


Al-Hafizh Ibn Hajar menjelaskan, hadits di atas jika ditelusuri semua sanadnya, maka ditemukan tiga jenis matan terkait shalat pada waktunya tersebut: Pertama, ‘ala waqtiha (atas waktunya). Kedua, li waqtiha (bagi waktunya). Ketiga, fi awwali waqtiha (pada awal waktunya). Artinya, tiga jenis sabda Nabi saw ini maksudnya saling berkaitan. Bahwa yang dimaksud shalat pada waktunya di atas adalah pada awal waktunya (Fathul-Bari bab fadlis-shalat li waqtiha). Di samping itu, Ibn Hajar menjelaskan, kata ‘ala menunjukkan makna isti’la (di atas/permukaan/permulaan). Maka berarti ‘ala waqtiha maksudnya di permukaan/permulaan waktunya. Demikian halnya kata li  jika ditujukan pada waktu bermakna istiqbal (di hadapan/awal), sebagaimana halnya firman Allah swt: fa thalliquhunna li ‘iddatihinna; ceraikan isteri di hadapan/awal ‘iddahnya (QS. at-Thalaq [65] : 1). Maka maksud li waqtiha berarti “shalat di hadapan/awal waktunya” (Fathul-Bari bab fadlis-shalat li waqtiha).


Mari kita menghitung KPI solat kita terlebih dahulu sebelum KPI ibadat-ibadat yang lain (Waktu solat bulan Disember 2018). 

Kita yang membuat pilihan sama ada ingin mengerjakan solat          awal waktu atau akhir waktu, Allah telah menawarkan pelbagai      ganjaran tetapi umat Islam masih mengutamakan KPI dunia dari
akhirat, di akhirat nanti kita akan meminta untuk kembali ke    
dunia supaya dapat beribadat  sebagaimana mafhum hadis  
Rasulullah SAW Dari Anas ra. berkata: Rasulullah saw.          berkhutbah, tidak pernah aku mendengar suatu khutbah pun yang    semacam itu karena amat menakutkan. Beliau saw.          bersabda:Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui,  kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis. Anas  berkata: Maka para sahabat Rasulullah saw. menutupi muka    mereka lalu menangis terisak-isak.
(Muttafaq 'alaih, al-Bukhari, hadis no. 91, 507)

Jangan utamakan KPI dunia sedang KPI akhirat dalam keadaan fakir. Jika kita sentiasa solat di akhir waktu, sudah pasti KPI kita hanya berada di tahap D dan E. Sila fikirkan jika dibuat andaian  KPI solat kita seperti berikut;

SOLAT
WAKTU SOLAT
KPI SOLAT
BERJEMAAH / TIDAK
TARGET KPI (%)
Subuh
5.50-710 pagi
(80 m)
A (80-100)
5.50-6.05 pg
27 pahala/0


B (70-80)
6.05-6.20 pg
27 pahala/0


C (55-70)
6.20-6.35 pg
27 pahala/0


D (40-55)
6.35-6.50 pg
27 pahala/0


E (00-40)
6.50-7.10 pg
27 pahala/0









Zohor
1.10-4.34 petang
(205 m)
A (80-100)
1.10-1.50 ptg
27 pahala/0


B (70-80)
1.50-2.30 ptg
27 pahala/0


C (55-70)
2.30-3.10 ptg
27 pahala/0


D (40-55)
3.10-3.50 ptg
27 pahala/0


E (00-40)
3.50-4.34 ptg
27 pahala/0









Asar
4.34-7.09 malam
(155 m)
A (80-100)
4.34-5.05 ptg
27 pahala/0


B (70-80)
5.05-5.35 ptg
27 pahala/0


C (55-70)
5.35-6.05 ptg
27 pahala/0


D (40-55)
6.05-6.35 ptg
27 pahala/0


E (00-40)
6.35-7.09 ptg
27 pahala/0









Maghrib
7.09-8.24 malam
( 75 m)
A (80-100)
7.10-7.25 mlm
27 pahala/0


B (70-80)
7.25-7.40 mlm
27 pahala/0


C (55-70)
7.40-7.55 mlm
27 pahala/0


D (40-55)
7.55-8.10 mlm
27 pahala/0


E (00-40)
8.10-8.24 mlm
27 pahala/0









Isyak
8.24-5.50 pg
(500 m)
A (80-100)
8.24-10.20 mlm
27 pahala/0


B (70-80)
10.20-12.20 pg
27 pahala/0


C (55-70)
12.20-2.20 pg
27 pahala/0


D (40-55)
2.20-4.20 pg
27 pahala/0


E (00-40)
4.20-5.50 pg
27 pahala/0



Ahad, 22 April 2018

SUKARELAWAN ASATIZAH AL-QURAN

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wrt




Umat Islam yang dermawan,
Selangkah penapak dengan pendek dan perlahan,  UMJS Serdang telah ditubuhkan 7 tahun yang lalu dengan hanya beberapa orang ahli. Kini UMJS telah mempunyai keahlian yang agak ramai dan meluas sehingga menjangkau kepada beberapa buah masjid dan surau. UMJS sederap langkah memartabatkan al-Quran sejak ia mula ditubuhkan tanpa meninggalkan amalan-amalan yang lain seperti kelas fardu ain, Kuliah bulanan, kupasan buku, ziarah orang sakit dan mengurus jenazah. Juga disertai dengan sumbangan, sedekah dan wakaf kepada pihak-pihak yang kurang bernasib baik. Jiran tetangga sekampung setaman dan sedaerah dapat merasai rezeki secupak dikongsi bersama malah melangkau ke Yaman, Palestin, Syria, Myanmar, Kemboja dan Sabah. Semuanya menikmati bersama rezeki secupak yang Allah kurniakan kepada UMJS. Alhamdulillah. Nikmatnya bersama UMJS.

Langkah kedua dibuka pula. Kali ni UMJS mengambil anisiatif untuk bersama membangunkan  sebuah Madrasah Tahfiz Sabil al-Muhtadin yang berada di Kampung Keledek, Bukit Betong Kuala Lipis, Pahang. Semoga ahli UMJS bersatu saf mencari dana untuk membantu madrasah ini yang bertujuan kebajikan dengan mengajar al-Quran dan al-Hadis serta melahirkan al-Hafiz yang akan berjuang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Semoga hajat kami ini dibantu oleh tuan dan puan sekalian. Oleh itu, bantuan kewangan sangat diperlukan sekurang-kurangnya untuk membina sebuah blok bangunan pejabat, rumah guru dan asrama murid. Sekarang Madrasah yang serba kekurangan itu beroperasi pada bulan mac yang lalu dengan seorang guru, seorang mudir dan 10 orang murid, belajar dalam serba kekurangan.

Langkah UMJS diperkemaskan lagi dengan misi dan visi yang sama, memartabatkan al-Quran sebagai manual kehidupan umat Islam. Maka kami telah mewujudkan Sukarelawan Asatizah al-Quran yang dilatih mahir al-Quran untuk mengajar umat Islam secara sukarela. Maka kelas-kelas al-Quran akan diadakan di mana-mana pada bila masa atas permintaan orang ramai. Biarlah al-Quran itu berkumandang di setiap rumah umat Islam. Tiga siri kursus dan bengkel telah diadakan untuk melatih sukarelawan ini, walaupun masih dalam percubaan namun semangat sukarelawan ini sangat mengembirakan kerana mereka sudah tidak sabar untuk belajar dan mengajar al-Quran. Mereka ini kebanyakanya terdiri dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang kerana terasa sedih di hati saya bila melihat anak-anak zaman sekarang sudah tidak mempedulikan al-Quran yang lebih dipedulikan berapa A dalam matematik, matematik tambahan, sains, fizik dan sebagainya. Al-Quran sebagai buku manual telah diketepikan. 

Oleh itu, saya mengajak semua pencinta Al-Quran marilah bersama saya dan UMJS berkorban masa tenaga dan wang ringgit untuk kita membina "satu perniagaan yang tidak pernah rugi" untuk bekalan menjadi jutawan di akhirat nanti. Anda sekalian dijemput untuk menjadi sama ada Sukarelawan al-Quran, tenaga pengajar, dan penyumbang untuk merealisasikan al-Quran sebagai manual kehidupan umat Islam. Jom bersama saya....InsyaAllah

Khamis, 15 Februari 2018

Bacaan-bacaan ketika Tawaf


Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah atau haji, silalah print bacaan-bacaan ini, buat 1/4 muka surat, bawalah dan bacalah ketika anda mengerjakan tawaf. mudah kan?