Sabtu, 13 April 2013

PENYUCIAN HATI (SIRI 1) Dipetik dari buku karangan Amru Khalid.

TAWAKKAL

Takrif tawakkal mengikut tafsir ulama terbahagi kepada 4;


1.     Kepasrahan hati di hadapan Allah SWT seperti pasrahnya mayat di hadapan orang yang memandikannya. Bila kita terbujur kaku, kita tidak mampu untuk menjerit kesakitan, kita tidak mampu menyatakan kepedihan, bila mana kita dimandikan dengan kasar dan keras. Kita tidak mampu menghalang, bila mana badan kita dibolak balikkan, diangkat, digosok dengan kasar dan bengis. Kita cuma mampu, buatlah se mau kamu terhadap tubuhku, kerana aku tak mampu untuk bertindak sesuatu. Inilah yang dikatakan tawakkal kepada Allah SWT, Ya Allah, Kau buatlah se mau Mu terhadapku kerana aku tak berdaya menghalang kuasa Mu, aku tak mampu menolak ujian Mu, aku lemah untuk menahan kehendak Mu. Aku reda dan aku pasrah kepada Mu.

2.     Biarkan Allah SWT melakukan sekehendak Nya terhadap kita. Bagaimana kedudukan kita bila berhadapan dengan ketetapan Allah, bagaimana reaksi kita bila mana musibah menimpa kita, bagaimana perlakuan kita apabila kehendak Allah menyalahi kehendak kita. Sebaiknya berkatalah kita:" Ya Allah, apa yang datang dari Mu, aku senang menerimanya, aku gembira dengan ketetapan Mu, aku bahagia dengan musibah Mu, aku bersyukur dengan ujian Mu, aku redha dengan ketentuan Mu, kerana aku yakin Engkau tidak akan menelantarkan aku ke dalam kemudharatan, aku yakin Engkau tidak akan menzalimi aku, aku yakin dengan sifat Engkau yang  Maha Pengasih dan Maha Penyayang, aku yakin dengan Sifat Maha Mengetahui Mu. Adakah kita pernah  bertawakkal sedemikian?

3.     Kita hanya menyempurnakan "sebab" dengan anggota badan dan memutuskan "sebab" dari hati kita. Untuk mendapat tawakkal, kita mesti memutuskan hubungan antara anggota badan dan hati kita. Tangan dan kaki mesti menyempurnakan sebab sedangkan hati mesti melepaskan diri dari sebab. Contoh: seseorang yang ingin mendapatkan pekerjaan akan berusaha dengan berbagai cara, menyiapkan diri sebaik mungkin. Ini adalah kerja anggota badan. Kerja hati pula adalah pasrah sepenuh jiwa kepada Allah tanpa berhubung sedikitpun dengan anggota badan, jika berhubung dengan anggota badan, maka tidak dikira tawakkalnya, misalnya; ia berkata " aku dah bersiap sedia untuk ditemuduga, aku rasa, aku dapat kerja ini", atau "tiada siapa yang mampu menandingi kehebatan aku dalam temuduga tadi". Hati tidak bergantung kepada Allah kerana yakin dengan tindakan tubuh badannya.

Sudah tiada pasrah lagi, sebagaimana pasrahnya mayat ketika hendak dimandikan, tiada lagi tawakkal, apabila dihubungkan dengan perbuatan anggota tubuh badan. Maka asingkan hati dan tubuh badan untuk mendapat tawakkal yang sebenarnya.

4.    Kita rela sepenuh hati Allah SWT menjadi wakil kita. Pernahkah anda melantik peguam sebagai wakil anda? adakah anda berserah kepadanya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya buat anda. Pernahkah pula anda melantik Allah SWT menjadi wakil anda dalam setiap tindakan anda. Adakah anda berserah kepada Allah SWT untuk setiap tindakan anda. Bandingkan..

Benarkah Allah SWT menjadi sandaran kita disetiap musibah yang menimpa, Allah kah sandaran kita disetiap tindakan, perlakuan dan pilihan kita. Bukankah ketika musibah, kita sandarkan tindakan dan harapan kita kepada manusia, bukankah ketika bertindak dan membuat keputusan, kita juga sandarkan kepada manusia, apa akan jadi jika  hati kita ini kita sandarkan kepada manusia, apa akan jadi pada akidah kita jika kita sandarkan harapan kepada manusia, sedangkan tawakkal itu, mesti dipisahkan hati dari anggota tubuh badannya supaya tidak berlaku syirik di hati kita.

Contoh Allah menjadi tempat bersandar: "Aku rela Allah menjadi tempat bersandarku, aku serahkan semua urusanku kepada Mu, Ya Allah, Ya Tuhan, Kau buatlah se mau  Mu kepada ku"

Contoh manusia menjadi tempat bersandar: sesiapa yang memakan wang haram, dia tidak bertawakkal kepada Allah, kerana dia tidak percaya Allah memberi rezeki halal baginya.

Sesiapa yang menangis saat ajal kerana memikirkan anak-anaknya yang ditinggalkan, dia tidak bertawakkal kerana tidak percaya Allah menjadi al-Wakil baginya. 

Yakinlah, Allah itu al-Wakil bagi kita, Allah tidak membiarkan kita terlantar dalam kemudaratan kerana kita  telah melantiknya sebagai wakil kita, pasti Allah adalah sebaik-baik wakil buat kita. 

Abu Bakar r.a ditanya oleh para sahabat ketika berhijrah bersama Rasulullah SAW. "Wahai Abu Bakar, apakah yang engkau tinggalkan untuk isterimu, ayahmu dan anak-anakmu. Abu Bakar menjawab: aku tinggalkan mereka kepada Allah dan Rasul Nya." Betapa tingginya tawakkal Saidina Abu Bakar As-Sidiq.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ' kalau kamu bertawakkal kepada allah dengan sebenar-benar tawakkal, maka Allah SWT akan memberi rezeki kamu seperti Dia memberi rezeki burung yang keluar pagi dalam keadaan lapar dan kembali petang dalam keadaan kenyang' ( at-tarmizi, ibnu majah, Imam Ahmad)

Hanya orang yang bertawakkal seperti ini akan termasuk dalam golongan 70,000 orang yang masuk syurga dengan tidak melihat neraka dan tanpa hisab. Bayangkan hanya 70,000 dari sekian jumlah manusia sejak Adam a.s hingga hari kiamat. Terlalu sedikit yang layak dipilih oleh Allah, selainnya akan melalui pelbagai tapisan, seksaan, dan timbangan untuk sampai ke syurga atau ke neraka.




Jumaat, 4 Januari 2013

SENARAI SEMAK BEKALAN AKHIRAT



SENARAI SEMAK BEKALAN UNTUK AKHIRAT
 (SIRI KELAS FARDHU AIN –SIRI 1 )
BIL




PERKARA


JUMLAH RAKAAT
DALIL
2
4

Solat Sunat Wuduk:
“Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya”. 

Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

1
Waktu subuh
1.1 solat wuduk

1.2solat sebelum subuh


1.3 solat subuh


2
Waktu Israq

2.1solat isyraq

2.2solat taubat

2.3solat hajat

2.4   solat tasbih



Solat Sunat Isyraq:
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.”

(Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)

3
Waktu Dhuha

3.1Solat Dhuha

3.2Solat taubat

3.3Solat hajat

3.4   Solat tasbih


Solat Sunat Dhuha:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Solat Tasbih:
“.....Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”

( HR Abu Daud bab solat tasbih no : 1297 )

4
Waktu Zohor

4.1Solat wuduk

4.2Solat sebelum zohor


4.3Solat zohor

4.4Solat selepas zohor


4.5Solat taubat

4.6   Solat hajat



Solat Sunat Taubat:

Suatu pagi Rasulullah memanggil Bilal dan bertanya: “Wahai Bilal, dengan amalan apa yang menyebabkan engkau mendahuluiku ke syurga? Sesungguhnya semalam aku memasuki syurga lalu aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku”. Jawab Bilal: “Wahai Rasulullah, tiadalah aku melakukan suatu dosa melainkan aku akan bersolat dua rakaat, dan tiadalah aku mengalami suatu hadas melainkan aku akan berwuduk kerananya”. Dalam satu riwayat: “…dan aku lihat bahawa wajib ke atasku kerana Allah bersolat dua rakaat”. Maka jawab Rasulullah SAW: ”Dengan amalan inilah”.

 (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, katanya: Hadith hasan sahih gharib)

5
Waktu Asar

5.1Solat wuduk

5.2Solat sebelum asar


5.3   Solat asar


Solat Sunat Sebelum dan Selepas (Rawatib);

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum salat Zhuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.

(HR Muttafaqun 'alaihi)

6
Waktu Maghrib
6.1Solat sunat wuduk

6.2Solat sebelum maghrib

6.3Solat maghrib

6.4Solat selepas maghrib

6.5Solat taubat

6.6   Solat hajat



Solat sunat Witir:

Dari Abu Hurairah“Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” 

 (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud).
7
Waktu Isyak
7.1Solat wuduk
7.2Solat sebelum isyak
7.3Solat isyak
7.4Solat selepas isyak
7.5Solat taubat
7.8Solat hajat
7.9Solat istikharah
7.10Solat witir



Solat Sunat Tahajud:
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum  ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktumalam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."
( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

8
Waktu Qiamullail

8.1Solat wuduk
8.2Solat tahajud
8.3Solat taubat
8.4Solat hajat
8.5Solat tasbih
8.6Solat witir




Solat Sunat Hajat:
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa…… Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’.  

 Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah, no: 441.


JUMLAH RAKAAT




P/S: Sila (/) jumlah rakaat yang telah kita laksanakan. Semoga kita memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat bagi menampung ibadat fardhu supaya kita layak menjadi kekasih Allah yang dicintai-Nya. Tingkatkan amalan kita sesuai dengan peningkatan usia kita.
Memperbanyakkan amalan ibadat sunat bukan menjadi sebab masuk syurga tetapi menjadi sebab kita mendapat cinta dan rahmat Allah SWT, melalui rahmat-Nyalah kita dimasukkan ke syurga. Tetapi jika  tidak memperbanyakkan ibadat sunat , kita tidak layak mendapat cinta, rahmat dan redha-Nya.  Maka kitatidak layak mendapat syurga Allah SWT.

Saya mohon semua yang saya sayangi mengamalkan ibadat ini, bertambah saban tahun sehingga melebihi 4 rakaat yang saya letakkan.



Semoga mendapat manfaat dan beribadatlah seolah-olah kita mati esoknya. amin

Rabu, 24 Oktober 2012

BENGKEL 1: TASAWWUR ISLAM SPM 2012

JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT;

  1.  Jelaskan dua ujian terhadap pemilik harta ( 4m)
  2.  Terangkan dua langkah memperolehi harta secara halal  (4m)
  3.  Terangkan dua kepentingan harta terhadap pembangunan masyarakat (4m)
  4.  Jelaskan  dua peranan harta kepada manusia (4m)
  5. Nyatakan dua sebab manusia diberi kebebasan memiliki harta (4m)
  6. Jelaskan dua kesan tiada pengiktirafkan terhadap hak milik (4m)
  7. Nyatakan maksud mencerobohi harta (2m)
  8. Nyatakan maksud merosakkan harta (2m)
  9. Jelaskan dua keburukan pencerobohan harta (2m)
  10. Jelaskan dua implikasi larangan pencerobohan harta (4m)
  11. Jelaskan dua kesan pekerjaan yang halal kepada individu (4m)
  12. Terangkan dua langkah mempertingkatkan kualiti dalam pekerjaan (4m)
  13. Terangkan dua kelebihan bekerja kerana Allah (4m)
  14. Terangkan dua implikasi bekerja sambil lewa (4m)
  15. Jelaskan dua syarat sah muamalah secara Islam (4m)
  16. Terangkan dua muamalah yang tidak sah menurut Islam(4m)
  17. Terangkan dua akibat tidak mengamalkan muamalah secara Islam (4m)
  18. Jelaskan dua perbezaan sistem muamalah Islam dengan konvensional (4m)
  19. Nyatakan maksud takaful/ wadiah/ ar-Rahnu/ mudharabah (4m)
  20. Terangkan dua keburukan tidak bermuamalah secara Islam (4m)
  21. Nyatakan dua tujuan kepelbagaian jenis dalam muamalah secara Islam (4m)
  22. Huraikan dua langkah menggalakkan masyarakat bermuamalah secara Islam (4m0