Pengajian al-Quran: Makhraj dan Sifat Huruf
Maksud Makhraj
Dari segi bahasa tempat-tempat keluarnya huruf hijaiyah. Istilah pula tempat keluar suatu huruf hijaiyah itu. Zahirnya sesuatu huruf apabila suara hais menyebutnya dengan sebab ia terhalang oleh anggota yang berada di kawasan mulut atau halkum.
Makhraj terbahagi kepada dua iaitu makhraj muqaddar dan muhaqqaq. Makhraj muqadar ialah makhraj yang tidak dapat ditentukan tempat keluarnya, ia meliputi halkum, mulut dan rongga hidung. Hurufnya alif, wau dan ya’. Makhraj muhaqqaq pula suara yang berpegang kepada bahagian tertentu seperti halkum, lidah dan dua bibir contoh huruf kha’, qaf, mim dan ra’.
Maksud Huruf
Dari segi bahasa ialah hujung sesuatu huruf. Istilah pula sebagai suara yang berpegang kepada makhraj sama ada makhraj muqaddar atau muhaqqaq.
Hukum membaca bertajwid
Ulama’ masa kini memperincikan lebih kepada wajib syar’ie dan wajib sina’ie. Wajib syar’ie di sini adalah kewajipan mempelajari asas tajwid yang jika ditinggalkan boleh membawa kepada perubahan makna atau kerosakan pada makna. Berdosa bagi yang tidak menjaga makna al-Quran.
Adapun wajib sina’ie pula adalah apa yang diwajibkan ke atas ahli ilmu tersebut untuk menyempurnakan lagi bacaan al-Quran, dan ia adalah sepertimana yang disebut oleh para ulama’ dalam kitab-kitab tajwid seperti idgham, ikhfa’, iqlab, tarqiq, tafkhim dan sebagainya, dan jenis ini jika ia ditinggalkan daripada mempelajarinya tidaklah berdosa. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 10/179].
Bilangan Makhraj dan Hurufnya
Bil | Istilah | Tempat | Huruf |
1 | Al-Jauf الجوف | Rongga mulut hingga ke kerongkong | ا و ى |
2 | Al-Halq الحلق | Halkum -Hujung Halkum, merapat ke anak tekak -Tengah Halkum, rongga mengecil -Pangkal Halkum, menghampiri dada, peti suara rapat | غ خ ح ع ء ه |
3 | Al-Lisan السان | Lidah 3.1 Pangkal lidah bersentuhan lelangit lembut 3.2 Pangkal lidah bersentuhan lelangit keras dan lembut 3.3 Tengah lidah bersentuhan dengan lelangit 3.4 Tepi lidah bersentuhan gigi geraham atas 3.5 Hujung lidah bersentuhan dengan lelangit berdekatan dengan gusi gigi kacip atas 3.6 Hujung lidah bersentuhan dengan lelangit keras, lebih dekat ke gusi gigi kacip atas 3.7 Hujung lidah berdekatan dengan nun sedikit ke belakang diangkat ke gusi gigi kacip atas 3.8 Hujung lidah bersentuhan dengan bahagian belakang pangkal gigi kacip atas / tengah lidah dan pangkal lidah terangkat 3.9 Hujung lidah dan atas gigi bawah atau bersentuhan belakang gigi bawah 3.10 Hujung lidah bersentuhan dengan hujung gigi kacip atas hadapan dengan mengeluarkan sedikit lidah | ق ك ج ش ى ض ل ن ر ت ط د ص ز س ظ ذ ث |
4 | Al-Syafatain الشفتىن | Dua Bibir 4.1 Hujung gigi kacip atas bersentuhan perut bibir bawah 4.2 Bersentuhan antara dua bibir/ dimuncungkan bibir | ف ب م و |
5 | Al-Khaisyum الخيشوم | Rongga Hidung Terletak dipangkal hidung, keluar suara dengung bagi huruf dengung | م ن |
SIFAT HURUF
Sifat huruf bermaksud bentuk-bentuk tertentu yang terdapat pada huruf ketika menyebutnya seperti angin keluar dari mulut semasa menyebut huruf mahmusah, lantunan suara pada qalqalah, angkat sebahagian lidah semasa menyebut huruf ist’la’ dan sebagainya.
Kepentingannya
1. Dapat membezakan sebutan huruf yang keluar dari makhraj yang sama
2. Memperelokkan sebutan huruf yang berbeza makhrajnya
3. Dapat membezakan huruf yang kuat dan lemah
4. Dapat mengidghamkan sesuatu huruf dengan huruf lain dengan betul
5. Dapat mencapai sebutan huruf dengan lebih sempurna dan memberi segala haknya
Sifat huruf dan maksudnya
Bil | Sifat | Maksudnya | hurufnya |
1 | Al-Hams | Sembunyi. Huruf yang keluar dengan keadaan terlepas, kerana tidak memberikan penekanan kepada makhraj huruf berkenaan | ف ح ث ه ش خ ص س ك ت |
2 | Al-Jahr | Nyaring. Keluarnya suatu huruf dalam keadaan tersekatnya nafas ketika menyebutnya dengan tekanan kuat pada makhrajnya | ع ظ م و ز ن ق ا ر ء ذ ي غ ض ج د ط ل |
3 | Al-Syiddah | Kuat. Huruf yang keluar dengan terhimpit nafasnya ketika menyebutkan huruf berkenaan. | ء ج د ق ط ب ك ت |
4 | Al-Tawassuth | Pertengahan antara sifat syiddah dan rakhawah. Cara melafazkan huruf-huruf tawasuth adalah tidak terlalu ditahan suara dan juga tidak terlalu mengalirkan suara. | ل ن ع م ر |
5 | Al-Rakhawah | Lembut. terlepasnya suara ketika menyebutkan suatu huruf berkenaan. | خ ذ غ ث ح ظ رف ص ش و ص زي س |
6 | Al-Isti’la’ | Meninggi. Terangkatnya lidah ke lelangit hingga memenuhi mulut ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan. | خ ص ض غ ط ق ظ |
7 | Al-Istifal | Merendah. Terangkatnya lidah ke lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan | Semua selain isti’la’ 22 huruf |
8 | Al-Itbaq | Menutup / Mendempik. meletakkan lidah dan mengatupnya pada lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan | ص ض ط ظ |
9 | Al-Infitah | Membuka. Merenggangkan lidah dari lelangit, supaya nafas boleh keluar ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan | Semua selain huruf itbaq, 24 huruf |
10 | Al-Islaq | Tergelincir / Melepas. Huruf yang senang dan mudah disebut, kerana semua makhrajnya terletak di sekitar hujung lidah dan bibir mulut | ف ر م ن ل ب |
11 | Al-Ismat | Tertegah. Huruf yang sukar diucapkan dan tidak dapat disebut dengan mudah. | Semua Selain huruf Islaq, 22 huruf |
12 | Qalqalah | Bergetar. Melantunkan bunyi suara sewaktu menyebut huruf-hurufnya ketika waqaf (berhenti) atau bertanda sukun (mati) | بجدقط |
13 | Sofir | Berdesir. Menyebut huruf-hurufnya berserta desiran angin | ص ز س |
14 | Inhiraf | Melentur. Menyebut huruf-hurufnya dengan melengkungkan lidah. | ل ر |
15 | Ghunnah | Dengung. Mengeluarkan bunyi dari rongga hidung (khaisyum) | م ن |
16 | Lin | Lembut. Menyebut huruf-hurufnya dengan lembut dan tidak memberatkan lidah | و ي |
17 | Istitolah | Berpanjangan. Menyebut hurufnya dengan tepi lidah secara memanjang | ض |
18 | Tafasyi | Berhamburan. Menyemburkan angin diantara lidah dan lelangit ketika menyebut hurufnya | ش |
19 | Takrir | Berulang-ulang. Menyebut hurufnya getaran hujung lidah serta berulang | ر |
Huruf Dan Sifat-Sifatnya
Bil | Huruf | Sifatnya |
1 | ء | Jahr, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat |
2 | ه | Hams, Al-Rakhawah, Al-Istifal, Infitah, Ismat |
3 | ع | Jahr,Tawasut, Istifal, Infitah,Ismat |
4 | ح | Hamas, Rakhawah,Istifal, Infitah, Ismat |
5 | خ | Hams,Rakhawah, Isti’La’, Infitah, Ismat |
6 | غ | Jahr,Rakhawah,Isti’La’,Infitah, Ismat |
7 | ق | Jahr, Syiddah, Isti’La’, Infitah, Ismat, Qalqalah |
8 | ك | Hams, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat |
9 | ج | Jahr, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Qalqalah |
10 | ش | Hams, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Tafasi |
11 | ي | Jahr, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Lin |
12 | ل | Jahr,Tawasut,Al-Istifal, Infitah, Izlaq,Inhiraf |
13 | ن | Jahr,Tawasut,Al-Istifal, Infitah,Izlaq, ghunnah |
14 | ر | Jahr,Tawasut,Al-Istifal, Infitah,Izlaq,takrir, Inhiraf |
15 | ط | Jahr, Syiddah, Isti’La’, Itibaq, Ismat, Qalqalah |
16 | د | Jahr, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Qalqalah |
17 | ت | Hams, Syiddah,Al-Istifal, Infitah, Ismat |
18 | ظ | Jahr, Al-Rakhawah, Isti’La’, Itibaq, Ismat |
19 | ذ | Jahr, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat |
20 | ث | Hams, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat |
21 | م | Jahr,Tawasut, Al-Istifal, Infitah,Izlaq, Ghunnah |
22 | و | Jahr, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Lin |
23 | ب | Jahr, Syiddah,Al-Istifal, Infitah,Izlaq, Qalqalah |
24 | ف | Hams, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah,Izlaq, |
25 | ز | Jahr, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Sofir |
26 | س | Hams, Al-Rakhawah,Al-Istifal, Infitah, Ismat, Sofir |
27 | ص | Hams, Al-Rakhawah, Isti’La’, Itibaq, Ismat, Sofir |
28 | ض | Jahr, Al-Rakhawah, Isti’La’, Itibaq, Ismat, Istitolah |