ISLAM : SELAMAT DAN BAHAGIA
ISTINJAK PENYUCIAN FIZIKAL, MENTAL DAN HATI (siri 1)
PENDAHULUAN
Alhamdulillahirabbil alamin,
segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekelian alam, selawat dan salam kepada
baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, tabi’ tabi’in
dan para ulama dahulu hingga akhir zaman demikian juga para muslim dan
muslimat, mu’minin dan mu’minat. Assalamualaikum WRT.
Lama sudah kita tidak bertemu,
semoga Allah sentiasa mempertemukan kita kerana Allah dan Rasulullah SAW semata
untuk medapatkan reda Allah dan syafaat Rasulullah SAW. Amin. Pertemuan kali
ini kita membahaskan sedikit ilmu berkaitan istinja’ dari sudut akidah untuk
membersihkan fizikal, mental dan hati dari sifat mazmumah serta pelbagai
penyakit. InsyaAllah. Ini merupakan siri penyucian jiwa atau hati dalam setiap
amalan kita. InsyaAllah.
Seperti yang dimaklumi semua
orang, permulaan kehidupan setiap hari bermula dengan istinja’. Umumnya mengetahui
istinja’ dari aspek fekah tetapi penulisan kali ini berkait rapat dengan akidah
supaya matlamat istinja’ itu meliputi feqah dan akidah agar kita sentiasa
mendampingi Allah SWT dan Rasulullah SAW, sama sekali tidak boleh dipisahkan.
Untuk pengetahuan semua, tajuk
ini mempunyai beberapa siri kerana penulis menyelusuri amalan Rasulullah SAW
dan para sahabat ketika mereka beristinjak. Dibawa juga beberapa dalil dan
hujah untuk menyakinkan bahawa amalan tersebut mampu membersihkan fizikal. Mental
dan hati seteruskan mendampingkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. InsyaAllah.
Amin. Kita bermula dengan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat
mencintai Allah dan Rasulullah SAW.
1. Berjalan ke tandas dengan niat mensucikan diri untuk
bertemu dengan Allah
Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi SAW bersabda:
نِيَّةُ
الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada
amalannya”. [Riwayat al-Thabarani (5942) dalam al -Mu’jam al-Kabir,
185/6]
- Niat
merupakan perkara yang penting kerana ia akan menentukan halatuju
perbuatan kita. Ini kerana, niat tidak dapat dipisahkan daripada setiap
perbuatan kita. Niat menjadi sebab mendapat apa yang dikehendaki, maka
jika banyak niat maka banyaklah yang kita dapat.
- Kadang-kandang
amalan kita juga boleh berlaku riak, ujub dan sifat-sifat dicela yang
lain. Untuk itu, kita harus berjaga-jaga dengan setiap amalan kita agar
terhindar daripada sifat-sifat yang dicela tersebut.
- Niat
juga menjadi kayu ukur bagi penerimaan sesuatu amalan
Imam Nawawi r.a mengatakan, dari
Amirul Mukminin, Abu Hafsh ‘Umar bin Al-Khattab r.a, ia
berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ
ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ يَنْكِحُهَا
فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ
“Sesungguhnya setiap amalan
tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya seseorang hanya mendapatkan apa yang
dia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya,
maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya karena mencari
dunia atau karena wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia
tuju.” (HR. Bukhari dan Muslim). Sumber: Kitab Hadits Arbain:
Imam An- Nawawi.
Maka sebaik sahaja kita bangun dari tidur
untuk ke bilik air, mulailah langkah dengan berniat untuk mensucikan diri
supaya dapat bertemu dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW yang sangat dirindui, setelah
beberapa jam kita tidur, hubungkan diri kita setiap masa dengan Allah SWT dan
Rasulullah SAW, maka bersihlah diri kita dari najis kerana dengan keluarnya
najis, niatkan supaya badan kita menjadi sihat. Betulkan tujuan sihat adalah
untuk beribadat kepada Allah, diringankan fizikal kita untuk melakukan semua
suruhan Allah, mohon diringankan badan kita dan hati kita supaya mampu
mengerjakan ibadat-ibadat sunat. Terdapat banyak kes saudara2 kita yang tidak
boleh buang najis dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai komplikasi yang
menyusahkan kita untuk beribadat. Terkena pelbagai penyakit.
2. Depan pintu baca doa masuk tandas:
Daripada Anas bin Malik RA:
كَانَ
النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الخَلَاءَ قَالَ : (
اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبائِثِ ).
Maksudnya: Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas.
Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan
lelaki dan syaitan wanita”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139]
Para ulama’ menetapkan antara
sebab mengapa dianjurkan kita meminta perlindungan kepada Allah SWT ketika
memasuki tandas adalah agar kita terlindung daripada syaitan-syaitan yang
mendiami tempat-tempat najis dan tempat terbukanya aurat.
Kelebihan
Ta’awudz:
- membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh
syaitan.
- cara untuk bertawakal kepada Allah SWT.
- ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu,
- menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was.
Tandas merupakan rumah syaitan, terdapat
banyak rumah syaitan di dalam rumah kita,
kita berkongsi rumah dengannya, kita masuk rumahnya banyak kali dalam satu hari, bayangkanlah jika
kita tidak membaca doa ini, kita lihat macam-macam berlaku dalam rumah tangga
kita, suami bergaduh dengan isteri, anak-anak bergaduh dengan ibu bapa, sumbang
mahram, anak tidak betah tinggal di rumah, rumah seumpama neraka walaupun rumah
mewah, besar cukup semuanya. Bacalah doa ini pada setiap kali masuk tandas, siapakah yang mampu menjauhkan
kita dari gangguan syaitan ini, ia sentiasa berada bersama kita, dalam setiap
urat nadi tubuh kita, ia tidak pernah berputus asa, dia menggunakan pelbagai
cara sehingga kita terpedaya. Rasullullah SAW telah mengajar kita cara yang
paling mudah untuk menjauhkan diri dari syaitan ini. Jadi sudah pasti dengan
kehendak Allah SWT kita mampu menjauhkan diri dari gangguan syaitan dan iblis
ini. Kita akan dijauhi dari sebarang musibah. Oleh itu wajibkan diri kita
membaca doa ini dengan berniat mengikut sunnah Rasullullah saw dan mohon
bantuan dari Allah SWT. Kita lihat berapa ramai yang sakit fizikalnya, sakit
jiwanya dan sakit akalnya kerana gangguan makluk ini. Berat sangat kah untuk
membaca doa ini setiap kali masuk tandas.
3. Mendahului dengan kaki kiri
( Ya Allah, jauhilah kakiku ke tempat maksiat)
Tiada dalil khusus daripada
Rasullullah SAW amalan memasuki tandas menggunakan kaki kiri dan keluar
menggunakan kaki kanan. Walaubagaimanapun. Amalan ini bersifat qiyasi. Iaitu
qiyas kepada hadith yang lain iaitu:-
حَدّثَنَا أَبُو حَفْصٍ عُمَرُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمُفِيدُ الْبَصْرِيّ،
ثنا أَبُو خَلِيفَةَ الْقَاضِي، ثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطّيَالِسِـُيّ، ثنا
شَدّادٌ أَبُو طَلْحَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ قُرّةَ، يُحَدِّثُ،
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنّهُ كَانَ، يَقُولُ: «مِنَ السّـُنّـَةِ إِذَا
دَخَلْتَ الْمَسْجِدَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُمْنَى، وَإِذَا خَرَجْتَ أَنْ
تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُسْرَى»
“Telah mengabarkan kepada kami
Abu Hafsh Umar bin Jafar al-Mufid al-Bashry, (Abu Hafsh berkata) ‘Telah
mengabarkan kepada kami Abu Khalifah al-Qadhy, (Abu Khalifah berkata), ‘Telah
mengabarkan kepada kami Abu Walid ath-Thayalisi, (Abu Walid berkata), ‘Telah
mengabarkan kepada kami Syadad Abu Tholhah, (Abu Tholhah berkata), ‘Aku telah
mendengar Mu’awiyah bin Qurrah mengabarkan dari Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa dia mengatakan “Termasuk amalan
sunnah apabila engkau hendak masuk masjid maka mulailah dengan kaki kanan dan
apabila meninggalkan masjid maka mulailah dengan kaki kiri.”
(Hadith riwayat Al-Hakim si dalam
kitabnya al-Mustadrak I/218 no. 791 dan al-Baihaqy II/442 – hadith sahih telah
disepakati oleh adz-Dzahabi, Dinilai sahih oleh Syaikh Albani dalam Silsilah
Ahadith ash-Sahihah no. 2478)
Qiyasnya begini.
Jika memasuki tempat yang baik,
mulainya dengan kaki kanan, maka jika melangkah ke tempat yang kurang baik
dibandingkan dengan tempat asal, iaitu dimulakam dengan kaki kiri.
Daripada ‘Aisyah RA, berkata:
Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan
sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang
dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).
Al- Imam an-Nawawi dalam kitab
beliau, Syarhu Shahih Muslim dan Al-Imam Ibnu Daqiqil ‘Id serta ada beberapa
ulama’ lain lagi yang menyebutkan bahawa masuklah tandas dimulai dengan kaki
kiri dan keluarlah tandas dengan kaki kanan berdasarkan hadis di atas.
Berdasarkan pendapat ulama ini,
maka kita beramallah, masuk tandas dengan kaki kiri kerana mengikut amalan para
ulama. InsyaAllah
4. Memakai sandal dengan kaki
kanan
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي
تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ.
]صحيح البخاري , كتاب الوضوء ,
باب التيمن في الوضوء والغسل , حديث رقم [168
Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).
Berdasarkan hadis ini, marilah
kita mula memakai sandal dengan kaki kanan, berniatlah mengikut sunnah dan
kegemaran Rasulullah SAW, maka dengan cara ini kita telah bersama dengan Allah
dan Rasulullah SAW. Amalan sebegini akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT
dan Rasulullah SAW yang menjadi sebab banyak kebaikan lain diperolehi seperti
syafaat Baginda, bertambah rindu dan cinta kepada Allah dan Baginda. Hidup yang
lebih reda, iman dan amal soleh bertambah dan sebagainya.
5. Memakai sandal di dalam
tandas
Terdapat riwayat dari Habib bin
Sholeh, beliau mengatakan,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ
لَبِسَ حِذَاءَهُ وَغَطَّى رَأْسَهُ
Ketika Rasulullah SAW masuk
tandas, beliau memakai sandal dan penutup kepala. Status hadis: Hadis ini
diriwayatkan al-Baihaqi no. 465 dan kata as-Suyuthi hadis ini mursal.
Ibnul Arabi mengatakan: “Sandal
termasuk pakaiannya para nabi.”
Dalam hadis dari Jabir r.a dari Nabi SAW bahwa beliau memotivasi
umatnya untuk banyak menggunakan sandal. Baginda bersabda:
اسْتَكْثِرُوا مِنَ النِّعَالِ فَإِنَّ الرَّجُلَ لاَ يَزَالُ
رَاكِبًا مَا انْتَعَلَ
“Sering-seringlah memakai
sandal. Karena seseorang akan selalu naik kendaraan selama dia memakai sandal.” (HR.
Ahmad 14874, Muslim 5615 dan yang lainnya)
Sunnah Rasulullah SAW memakai
sandal, belilah sandal dan letaklah di setiap bilik air, niatkan untuk mengikut
sunnah Rasulullah SAW, ketika memakainya berniatlah agar dijauhi dari memakai
sandal yang diperbuat dari api neraka seperti yang berlaku kepada Abu Talib bin
Abdul Muthalib paman yang sangat disayangi Rasulullah SAW, namun dia mati dalam
kafir. Kita bukan sesiapa di sisi Rasululah SAW, jika tidak beramal dengan
sunnah dan jarang berselawat, Rasulullah SAW tidak kenalpun kita, jauh sekali
disayangi oleh Baginda.
Sebagian ulama mengatakan ibadahnya orang yang lalai hanya menjadi kebiasaan,
sementara kebiasaan orang yang sadar bisa menjadi ibadah. (Syarh al-Arbain an-Nawawi,
Ibnu Utsaimin, hlm. 9). Maka inilah ilmu anugerah Allah untuk umat Nabi Muhammad
SAW agar kita menyakininya dan mengamalkannya.
6. Menutup kepala/ menutup aurat
Dari Zubair bin Awam, beliau
mengatakan,
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ
الصِّدِّيقَ ، قَالَ ، وَهُوَ يَخْطُبُ النَّاسَ : ” يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِينَ
، اسْتَحْيُوا مِنَ اللهِ ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إنِّي لأظل حِين
أَذْهَبُ إلَى الْغَائِطِ فِي الْفَضَاءِ ، مُغَطّيًا رَأْسِي اسْتِحْيَاءً مِنْ
رَبِّي
Bahwa Abu Bakr as-Shidiq pernah berkhutbah, “Wahai kaum
muslimin, malulah kalian kepada Allah. Demi Dzat yang jiwaku berada di
tangan-Nya, ketika saya hendak buang air di luar, saya tutupi kepalaku karena
malu kepada Rabku.” (HR. Ibnul Mubarok dalam az-Zuhd (1/107) dan Ibnu Abi
Syaibah dalam al-Mushanaf (1/105).
Diriwayatkan dari Abu Bakr as-Shiddiq tentang anjuran
menutup kepala ketika masuk tempat buang hajat dan itu shahih dari beliau.
(as-Sunan, 1/96)
Mengikut Sunnah Para Khalifah
Al-Rasyidin Rasulullah S.A.W secara
khususnya memberikan petunjuk dan arahan kepada para sahabat untuk mengikuti
Abu Bakr al-Siddiq dan juga Umar al-Khattab. Ini berdasarkan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
اقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ
Maksudnya: Hendaklah kamu
semua mengikuti dua orang selepasku iaitu Abu Bakr dan juga Umar. Riwayat
Al-Tirmizi (3662)
An-Nawawi mengatakan,
Imamul Haramain, al-Ghazali, al-Baghawi dan ulama lainnya mengatakan,
‘Dianjurkan untuk tidak masuk tempat buang hajat dengan kepala terbuka.’
(al-Majmu’, 2/93)
Masuk tandaspun kena tutup aurat,
di dalam tandas hanya ada kita dan syaitan-syaitan, ada malaikat dan Allah SWT,
tetapi indahnya Islam perkara yang wajib ditutup tetap kena tutup sama ada
tersembunyi atau dikhalayak ramai. Hubungan kita dengan Allah, Malaikat dan
Rasululah SAW tidak pernah terpisah, sebagai bukti kecintaan kita kepada Allah SWT
dan Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama beramal supaya kita dianugerah
kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sehingga hati kita dipenuhi
dengan kerinduan yang amat kepada Allah dan Baginda Rasulullah SAW.
Sekian, kita ketemu lagi untuk
langkah seterusnya dalam siri ke dua. InsyaAllah. Amin
Sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wrt
Ustazah Dr. Saharizah binti Mohamad Salleh