Bismillahirrahmanirahhim. Assalamualaikum wrt
Kuliah Agama Minggu Pertama 2/9/2016
Tajuk: Tanda-Tanda Ikhlas
Kuliah Agama Minggu Pertama 2/9/2016
Tajuk: Tanda-Tanda Ikhlas
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana Allah telah melapangkan
diriku dan diri saudara/saudari, sahabat dan anak-anak sekelian untuk
datang ke majlis Ilmu, salah satu taman syurga Allah SWT. Syukur juga
daripada ribuan penghuni, hanya kalian yang dipilih oleh Allah. Doa dan
harapan kita semoga kitalah juga antara orang yang dipilih oleh Allah
untuk menghuni syurganya nanti. amin
sahabat dan anak2 sekelian.
Terdapat banyak tanda-tanda ikhlas yang ada pada orang yang ikhlas antaranya;
1. Selalu berwaspada terhadap diri dan sentiasa menganggap diri serba kekurangan.
Perbuatan yang mengatakan aku baik, aku selalu berbuat baik, akulah
yang buat itu, akulah yang buat ini, akulah yang mencipta kejayaan dan
sebagainya. Kata-kata dan ungkapan yang memberi makna kitalah yang
terbaik ini akan menjadi bahaya dan mudarat yang besar kepada diri kita.
Abdullah
bin Umar suatu ketika menangis, lalu ditanya "mengapa kamu
menangis?" bukankah kamu telah melakukan ketaatan yang banyak?. Abdullah
bin umar menjawab;" Aku menangis kerana mendengar firman Allah yang
bermaksud"..sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang
bertakwa" (al-Maidah :27).
Abdullah bin Umar seorang yang telah
banyak beribadat, apabila mendengar ayat ini, beliau menangis kenapa?
kerana Allah hanya menerima ibadat orang yang bertakwa kepada Allah.
Takwa itu tempatnya di hati.Bermakna sifat takut kepada Allah itu juga
tempatnya di hati. bilamana hati bersih, suci, dari penyakit riak,
sombong, ujub, angkuh dan takbur, barulah Allah menerima amal ibadat
kita. orang yang menjauhi diri dari sifat-sifat tadi adalah orang yang
bertakwa.Mereka adalah orang yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Maka
jauhilah perbuatan yang menganggap diri lebih baik dari orang lain.
Mengikut Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, (Yusuf
al-Qaradhawi). Orang mukhlis sentiasa menuduh diri berlebih2an
kepada Allah sedangkan sebenarnya kurang melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak
mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada
dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata
keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya
tidak diterima.
Inilah yang sentiasa berlegar di hati dan minda
mereka, rasa bimbang merasa lebih baik kepada manusia apa lagi kepada
Allah. Sentiasa menjaga hati, jangan sekali-kali terpesong hatinya
kepada riak, ujub malah paling takut sombong dan takbur, berbangga diri
dengan kebaikan-kebaikan yang dimiliki.
Kerana sikap seperti
inilah, sebahagian ulama salaf menangis tersedu-sedu ketika jatuh
sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih
menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam,
berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak
berzikir?”
Beliau menjawab, “Apa yang membuatkan aku menangis
kerana aku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku yang masuk dalam
timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku. Sedangkan Allah telah
berfirman, Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa,”
Sahabat dan anak-anak.
Bagaimana dengan kita? solat tidak banyak, puasa sunat tidak banyak,
sedekah berkira, haji dan umrah sekali seumur hidup, mengajar ilmu agama
tidak pernah, berzikirpun tak banyak, tetapi merasa diri lebih baik,
lebih hebat, dari orang lain, sentiasa menyebut2nya pula berulang kali,
adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bertakwa?
Marilah
kita jaga hati kita yang sentiasa dibolak balik, pastikan ia berada di
trek siratol mustaqim, tiada dirosakkan oleh riak, ujub, sombong dan
takbur. Bersihkan setiap perbuatan dan perkataan dengan cerminan hati yang
ikhlas sekurang-kurangnya pada tahap lilahi Taala.
Dalam kitab
Al Hikan, karya Syeikh Ibnu Atho’ilah tentang kedudukan seorang hamba
dalam amal perbuatannya, terdapat dua tingkatan kemuliaan seorang hamba
ahli ikhlas, iaitu hamba Allah yang abrar dan hamba Allah yang
muqarrabin.
Keikhlasan seorang abrar adalah apabila amal
perbuatannya telah bersih dari riya‘ baik yang jelas maupun tersembunyi.
Tujuan amal perbuatannya hanya untuk mendapatkan pahala yang dijanjikan
Allah SWT. Dengan kata lain, amalan seorang hamba yang abrar dinamakan
amalan lillah, yaitu beramal karena Allah. Amal lillah menghasilkan
sekedar memperhatikan hukun zahir.
Perbincangan tentang
keikhlasan hamba yang abrar, yang berniat kerana Allah semata2 dalam
setiap perbuatan telah dibincangkan sejak kuliah yang pertama lagi. Untuk menjadi hamba
yang abrarpun kita tidak mampu. Kita tidak mampu untuk melafazkan
lillahi Ta'ala pada setiap perbuatan kita, makan, minum, belajar,
bekerja, berjalan, bersukan, dan sebagainya. Kita tak mampu menghapuskan
riak, ujub, takbur dan sombong ketika melaksanakan kerja harian kita.
Kita tetap melakukan amalan dengan menyebut-nyebut kebaikan, kelebihan dan
keistimewaan kita. hanya baru setakat lillah pun kita belum lulus.
Inikan pula tahap keikhlasan hamba Allah yang muqarrabin. Maqam
mukhlisin muqarrabin ini, adalah ia merasa bahwa semua amal kebaikannya
semata-mata kurniaan Allah kepadanya, amalan seorang hamba yang
muqarrabin dinamakan amalan billah, yaitu beramal dengan bantuan karunia
Allah, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufik. Amal billah
menembus ke dalam perasaan kalbu. Sebab segala sesuatu itu dari Allah,
sebab Allahlah pemilik, pengurus, pentadbir, dan pencipta. Tiada
sesuatupun dari kita sesuai dengan zikir "la hau la wala quuwata illa
billahil aliyyunl azim".
Wajarkah kita, menyebut2 kebaikan kita,
membanding-bandingkan kelebihan, keistimewaan, kerajinan, kejayaan,
kepandaian, kebijaksanaan, kekayaan dan sebagainya sedangkan semua itu
kurniaan Allah kepada kita. Malulah kepada Allah, mengakui ketaatan
beribadat, banyak berpuasa, banyak solat, banyak berzikir, banyak
bersedekah dan sebagainya sedangkan semua itu kurniaan Allah kepada
kita. Semua kelebihan itu bukan kerana aku pandai, aku rajin, aku bijak
kerana pandai, rajin dan bijak itu juga kurniaan Allah kepada kita.
sahabat dan anak sekelian,
Jika kita berbuat demikian, maka lahirlah rasa ikhlas dan ikhlaslah
punya semua ibadat dan amalan kita diterima oleh Allah.Alanglah
malangnya kita jika segala jerit perit kita tidak diberi sebarang
balasan oleh Allah di akhirat nanti.
Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, sebagai berikut :
"Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah
pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat terheran-heran akan penciptaan
gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya? "Ya Rabbi, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?"
Allah
menjawab, "Ada, iaitu besi" (Kita mafhum bahwa gunung batu pun bisa
menjadi rata ketika ditolak oleh buldozer atau sejenisnya yang terbuat
dari besi).
Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?"
Allah yang Maha suci menjawab, "Ada, yaitu api" (Besi, bahkan waja bisa menjadi cair dan mendidih setelah dibakar api).
Bertanya kembali para malaikat, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, yaitu air" (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air).
"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?" Kembali bertanya para malaikat.
Allah yang Maha tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, yaitu angin"
(Air di samudera luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung, dan
menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan
menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang
tengah berlayar, tiada lain karana dahsyatnya kekuatan angin. Angin
ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya menjawab, "Ada,
yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya
sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
Artinya, orang
yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat melebihi semua yang
di atas adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai
dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas
tanpa ada unsur pamer ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.
Jadi sahabat dan anak2 sekelian jadilah hamba Allah yang ikhlas
sekurang-kurangnya di tahap permulaan iaitu melakukan segala sesuatu itu
dengan niat. Sesuai dengan hadis " sesungguhnya setiap amalan itu
bermula dengan niat' kemudian berpindahlah ke maqam yang lebih tinggi.
insyaAllah.
Sekian, akan disambung pada jumaat minggu keempat. InsyaAllah.