Sabtu, 25 Januari 2014
Ahad, 5 Januari 2014
PEMUDA HEBAT DI ZAMAN RASULULLAH SAW
lihatlah sejarah. Bandingkan dengan pemuda masa kini
Adakah kita lupa, tentang Mus’ab bin Umair? Pemuda
yang memeluk Islam tatkala umurnya menjejak 18 tahun. Siapa yang tidak kenal
dirinya, pemuda tampan yang digilai wanita Arab Mekah sehingga minyak wanginya
sahaja sudah mampu memberitahu akan kehadirannya. Disebabkan kebenaran yang
diyakininya, lantas ditinggalkannya segala kemewahan. Walaupun tentangannya
adalah ibunya sendiri, yang sebelum ini sangat-sangat menyayanginya!
Kita tahu tentang Usamah bin Zaid, panglima perang
termuda kesayangan Rasulullah s.a.w? Ketika itu usianya belum pun mencecah dua
puluh tahun, tetapi mendapat kepercayaan yang sangat tinggi daripada Baginda.
Begitu juga Sultan Muhammad Al-Fateh, sebaik-baik
raja dan mempunyai sebaik-baik tentera. Menakluk Kota Konstantinopel seawal
umur 21 tahun sehingga berjaya membuktikan hadith nabi. Bergegak gempitalah
seluruh umat islam ketika itu, hadith Baginda ternyata benar, wilayah Islam
kian menyinar.
Pemuda-pemuda itu telah pun membuktikannya.
Ternyata, barisan pemuda juga adalah penjulang panji-panji Islam satu ketika
dahulu. Adakah kita tidak pernah menoleh ke belakang sebentar? Belajar dari
sejarah, agar nanti kita juga bakal mencipta sejarah yang juga megah. Bukan
untuk sesiapa, tetapi untuk sebuah kemenangan yang diimpikan semua masyarakat
Islam terutamanya.
Syed Mahadzir (2005) dan Abdul Latip Talib (2010), Sejarah
membuktikan bahawa golongan pemuda merupakan golongan yang paling berperanan di
dalam perkembangan dakwah Islam. Rasulullah s.a.w sendiri ketika menerima wahyu
baru berusia 40 tahun, Saidina Abu bakar berusia 37 tahun, Saidina Umar berusia
27 tahun, Saidina Ali berusia 9 tahun, demikianlah sahabat-sahabat baginda yang
lain seperti Zaid bin Tsabit, Usamah
bin Zaid, Mus’ab bin Umair dan Tha’labah bin Abdul Rahman.
Di Dalam al-Quran banyak
terdapat ayat-ayat yang mengisahkan tentang peranan remaja dan perjuangan
mereka. Antaranya menceritakan tentang kisah remaja yang lari ke gua kerana
hendak menyelamatkan akidah mereka dari kekejaman raja yang zalim.
Firman Allah dalam surah al-Kahfi: 10 bermaksud;
“(Ingatlah peristiwa) tatkala serombongan
orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa:”Wahai Tuhan kami!
Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kami kemudahan-kemudahan
serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.
Allah juga menyebut
tentang wasiat Lukman Al-Hakim kepada anaknya supaya tidak menyegutukan Allah,
menyedarkan bahawa Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya, mendirikan solat,
tidak merasa angkuh dan sentiasa bersederhana dalam tingkah laku. Firman Allah
dalam surah Lukman:17 yang bermaksud:
“ Wahai anak kesayanganku, dirikanlah
solat, suruhlah berbuat kebaikan dan larang daripada melakukan perbuatan yang
mungkar dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu.Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukanya”.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang mendapat
perlindungan arasy daripada Allah di akhirat kelak, yang mana pada hari itu
tidak ada sebarang lindungan selain daripada lindungan tersebut. Antara
golongan tersebut ialah pemuda yang sepanjang umurnya sentiasa bertumpu ke
masjid’ (Riwayat As-Syeikhan).
Remaja yang menjadikan
masjid sebagai sumber rujukan sudah pasti akan memperlihatkan watak yang lebih
jelas dan menjadi model serta sebagai pengantara masjid dan masyarakat.
Sabda Rasululah s.a.w lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum terhadap pemuda (remaja) yang tidak didapati pada dirinya keruntuhan moral dan akhlak” ( Riwayat Ahmad dan Abu Ya’la).
Pada zaman Rasulullah SAW, remaja ketika
itu sangat gigih dan beriman, golongan merekalah yang mencatat sejarah keagungan Islam. Mereka merupakan pembawa panji-panji
Islam yang sentiasa tersebar dan berkibar dalam satu kawasan geografi yang
begitu luas. Remaja ketika itu ditunjangi oleh Abdullah bin Mas’ud, Abd Rahman
bin Auf, Said bin Zaid, Saidina Ali, Usamah bin Zaid dan ramai lagi.
Sebagai mengambil beberapa
contoh Saidina Ali sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w semasa
baginda dikepong oleh pemuda-pemuda Quraish sedangkan beliau tahu nyawanya
terancam. Manakala Usamah bin Zaid dalam usia remaja beliau telah menerima
amanah yang besar daripada Saidina Abu bakar untuk memimpin satu bala tentera
ke medan jihad sebagai pengganti ayahnya.
Di dalam Al Qur’an, Allah SWT
dengan jelas menyebutkan definisi pemuda atau as syabab tersebut di dalam surat
Al Kahfi ayat 13:
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى [١٨:١٣]
“Kami ceritakan kepadamu (wahai
Muhammad) perihal mereka dengan benar sesungguhnya mereka itu orang-orang muda
yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah
petunjuk”.
Rasululullah
s.a.w bersabda:
”Aku berpesan
kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka
paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini,
lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” (HR.
Bukhari)
Allah dan Rasulullah SAW meletakkan
pemuda dikedudukan yang begitu istimewa, sampai Rasulullah SAW mewasiatkan
untuk berbuat baik pada golongan kaum belia ini kerana hati mereka lembut. Para pemudalah
yang pertama sekali bergabung dengan Rasulullah
s.a.w. mengusung agama yang hanif (Islam) sedangkan orang tua menentang baginda
.
Ingatkah saat
Zaid bin Tsabit, seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bergabung dengan Islam
saat usianya 11 tahun ketika terjadi perang Badar. Beliau seorang sahabat belia
yang menghafal ayat dan surat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah. Beliau adalah
pemuda yang cerdas sehingga Rasulullah mengangkatnya menjadi pembantu Nabi
untuk menulis wahyu yang turun dan menulis surat kepada orang Yahudi, meskipun
dia masih belia.
Ingatkah pada
Mush’ab bin Umair, seorang remaja Quraisy, pemuda tampan, anak seorang
bangsawan yang gagah berani. Meskipun berkecukupan, beliau lebih memilih
meninggalkan gemerlapnya dunia, karena Mush’ab bin Umair lebih mencintai Allah
SWT dan Rasulullah s.a.w dari dunia dan seisinya. Beliau juga seorang pemuda
yang menjadi Duta Pertama Islam di Madinah dan berhasil membangun masyarakat
Islam di sana. Malah menjadi seorang guru pertama di Madinah dan itu dilakukan
saat usianya yang masih muda.
Kisah Abdullah
bin Mas’ud, seorang sahabat yang terkenal sangat mahir dengan al-Quran, memeluk
Islam berusia kira-kira 18 tahun. Beliau dengan beraninya memperdengarkan
bacaan al-Quran buat julung kalinya di khalayak kafir Quraish sehingga beliau
pulang dengan mukanya yang luka dan berdarah (Zuraimi Ismail dalam Majalah Q
& A,2013).
Demikian juga, kisah
tentang Usamah bin Zaid, panglima perang termuda kesayangan Rasulullah s.a.w.
Ketika itu usianya belum pun mencecah dua puluh tahun, tetapi mendapat
kepercayaan yang sangat tinggi daripada Baginda.
Malah terdapat ramai lagi para sahabat Nabi Muhammad saw tika diangkat menjadi Rasul
tatkala baginda berumur 40 tahun. Pengikut-pengikut baginda pada generasi
pertama kebanyakannya juga daripada kalangan pemuda, bahkan ada yang
masih kecil. Usia para pemuda Islam yang dibina pertama kali oleh Rasulullah
saw di Daarul Arqaam pada tahap pembinaan, adalah sebagai berikut: yang paling
muda adalah 8 tahun, iaitu Ali bin Abi Thalib dan Az-Zubair bin Al-Awwam,
Thalhah bin Ubaidillah, 11 tahun, Al Arqaam bin Abil Arqaam 12 tahun, Abdullah
bin Mazh’un berusia 17 tahun, Ja’far bin Abi Thalib 18 tahun, Qudaamah bin Abi
Mazh’un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib Ar Rumi berusia di bawah 20
tahun, ‘Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan Al Miqdad bin al
Aswad berusia 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun, Umar bin al Khathab 26
tahun, Abu Ubaidah Ibnu Jarrah dan ‘Utbah bin Rabi’ah, ‘Amir bin Rabiah, Nu’aim
bin Abdillah, ‘ Usman bin Mazh’un, Abu Salamah, Abdurrahman bin Auf di mana
kesemuanya sekitar 30 tahun, Ammar bin Yasir diantara 30-40 tahun, Abu Bakar
Ash Shiddiq 37 tahun. Hamzah bin Abdul Mutalib 42 tahun dan ‘Ubaidah bin Al
Harith yang paling tua diantara mereka iaitu 50 tahun.
Demikianlah hebatnya cara dakwah Rasulullah s.a.w yang mampu membina
jiwa-jiwa yang sanggup dikorbankan dengan hanya memiliki sebuah rumah yang
serba kekurangan iaitu Daarul Arqam, bukanlah masjid yang besar lagi mewah.
Pembentukan akidah yang mendalam kepada setiap pemuda, maka akan melahirkan
jiwa-jiwa yang sanggup berdepan dengan pelbagai masalah. Inilah peranan dan
tanggunjawab para da’i, imam, pemimpin, pengurus, pentadbir, ahli jawatankuasa
dan pihak masjid dalam mengembalikan hak Allah dan Rasul yang telah diabaikan
selama ini.
Sabtu, 4 Januari 2014
KURSUS KEPIMPINAN ASAS PEMUDA/PEMUDI MASJID
1.
PENDAHULUAN
Berdasarkan laporan dari pelbagai
pihak, didapati kes jenayah berleluasa
di kalangan remaja dan pemuda malah orang dewasa juga semakin meningkat.
Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bertindak tegas dan tegar untuk
membenteras masalah ini. Semua pihak mesti melihat dengan serius segala usaha
dan tenaga untuk digembelingkan bagi menghadapi peperangan ini.
Bukti-bukti yang
menunjukkan jenayah ini berleluasa seperti berikut;
1.1
Mymetro 16 November 2011
melaporkan anak tak sah taraf meningkat hingga 152,182 orang, Selangor mencatatkan
jumlah tertinggi 18,983 orang. (Sumber:JPN).
1.2
Masalah disiplin di sekolah:
Harian Metro 28 Disember 2010 melapor 111,484 orang pelajar
1.3
Buang Bayi :PDRM menyatakan 2004
hingga 2010 seramai 396 orang bayi dibuang dan 2011 pada
bulan januari sahaja 34 kes telah dilaporkan.
1.4
Agensi Anti dadah Kebangsaan (ADK): Etnik Melayu
adalah penagih paling ramai dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu
(2010), iaitu 9,734 orang (80.59 peratus), berbanding Cina sebanyak 1,096 orang
(9.07 peratus), India 926 orang (7.67 peratus), pribumi Sabah 238 orang (1.97
peratus), pribumi Sarawak 29 orang (0.24 peratus) dan etnik lain 56 (0.46 peratus).
Keseluruhannya, penagih yang dikesan dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan sebanyak 361.91 peratus berbanding
tempoh sama pada 2009. Sepanjang Januari hingga Jun tahun
lalu, penagih baru yang dikesan berjumlah 8,984 orang, meningkat 507.44 peratus
berbanding 1,479 orang dalam tempoh sama tahun lalu, manakala penagih berulang
seramai 3,095 orang, meningkat 172.45 peratus berbanding 1,136 tahun
sebelumnya.
1.5
Jabatan Siasatan Jenayah
Pemerdagangan (JSJK): Malaysia mencatatkan kerugian akibat jenayah kolar putih
sejumlah RM2 billion pada tahun 2008. Pada tahun 2005 didapati sebanyak 8,952
kes dan meningkat sehingga 168% pada
tahun 2010 iaitu sebanyak 24,023 kes. Jenayah ini lebih merbahaya dan lebih
besar impaknya menurut laporan ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ( Berita
Kampus, 17 Mei 2012).
Adakah tuan-tuan dan puan-puan ingin berdiam diri?,
menyalahkan antara satu sama lain, dengan membiarkan remaja dan pemuda kita
terumbang ambing, terkeliru, bingung dengan kerenah orang dewasa dan tua yang
sama seperti mereka bergelumang dengan dosa dan dosa.
Adakah pernah tuan dan puan mendengar
perintah Allah kepada Jibril a.s. supaya memusnahkan kampung yang mempunyai
ahli maksiat?. Firman Allah dalam hadis
Qudsi yang bermaksud;” Tenggelamkan
kampung itu! Jibril a.s. berkata: “wahai Tuhanku, di sana ada hamba-Mu si fulan
yang selalu rukuk dan sujud”. Allah
menjawab ;” Wahai Jibril, mulalah!. Sungguhpun wajahnya tidak berpaling
pada-Ku satu jam pun.” (riwayat Baihaqi)
Demikianlah murkanya Allah kepada
orang yang hanya sibuk beribadat untuk dirinya sahaja tanpa memperdulikan orang
lain, apa lagi jika sibuk dengan hal-hal keduniaan semata-mata.
Atas dasar inilah, maka saya merangka
Kursus Kepimpinan Asas untuk para remaja
dan pemuda Masjid supaya mereka ini
dapat membimbing generasi seterusnya setelah ketiadaan kita.
2.
VISI DAN MISI KURSUS
Visi : Untuk melahirkan masyarakat Islam yang
komited terhadap masjid dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan
kepada semua lapisan masyarakat
Misi : Untuk melahirkan satu pengurusan pentadbiran masjid yang terbaik,
cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W.T
3. MATLAMAT
3.1 Pemimpin
melaksanakan tugasnya untuk menjadi hamba Allah semata-mata
3.2 Pemimpin
berusaha merebut sebanyak mungkin reda
Allah SWT dalam jawatannya.
3.3 Pemimpin
menjadikan dirinya bermanfaat untuk
orang lain kerana Allah SWT
3.4 Pemimpin
mesti bercita-cita untuk meninggikam syiar Islam
4. OBJEKTIF
4.1 Objektif umum
4.1.1 Mengembalikan
fungsi masjid seperti di zaman Rasulullah s.a.w
4.1.2 Mendidik
pemuda sebagaimana Rasulullah s.a.w mendidik mereka
4.1.3 Melahirkan
pemuda yang berani dan sanggup berkorban untuk menegakkan agama Islam
5.2 Objektif Khusus
5.2.1 Mendidik
pemuda menjadi hamba Allah yang cintakan
al-Quran
5.2.2 Membimbing
pemuda supaya menjadi pemimpin yang mahir al-Quran dan asas-asas kepimpinan
dengan mengambil Rasululah s.a.w sebagai contoh kepimpinan.
5.2.3 Melahirkan
pemuda yang boleh menjadi pemimpin dan
juga imam serta mampu mendidik masyarakat ke arah diredai oleh Allah.
5.3.4 Menubuhkan
Jawatan kuasa Pemuda Masjid.
6. SIRI KURSUS KEPIMPINAN PEMUDA
MASJID
Setiap peserta dikehendaki menyertai kursus ini sepenuhnya
bagi melayakkannya mengendalikan program-program untuk mendidik remaja dan
pemuda agar masjid dipenuhi dengan
golongan remaja sesuai dengan contoh teladan Rasulullah s.a.w. Siri kursus
tersebut ialah;
6.1 Kem Hafazan al-Quran
6.2 Kursus Imam dan Pengucapan Awam
6.3 Kursus
Kepimpinan & Pengurusan Organisasi
6.4 Kem
Pemantapan Sahsiah Pemimpin
7. SASARAN
7.1 Hanya
pemuda/pemudi yang berusia antara umur
16 hingga 30 tahun seramai 20 hingga 30 orang sahaja. Setiap orang dikehendaki
melengkapkan siri kursus ini supaya terdedah kepada reality kepimpinan
sekarang. Kursus ini sesuai dengan cara Rasulullah s.a.w kerana ramai sahabat
baginda berusia demikian ketika dididik oleh baginda.
9. TARIKH DAN TEMPAT
Bil
|
Kursus
|
Tarikh
|
Tempat
|
1
|
Kem Hafazan al-Quran
|
17-19/1/2014
|
Masjid
|
2
|
Kursus Imam danPengucapan Awam
|
31/1-2/2/2014
|
Masjid
|
3
|
Kursus Kepimpinan &Pengurusan Organisasi
|
21-23/3/2014
|
HotelSeri Malaysia
Port Dickson
|
4
|
KemPemantapanSahsiah
Pemimpin
|
25-27/4/2014
|
Teratai Malaya,
Janda Baik.
|
Pemilihan kursus ini berdasarkan keutamaan yang diambil dari Sunnah
Rasulullah s.a.w.
Langgan:
Catatan (Atom)