SENARAI
SEMAK BEKALAN UNTUK AKHIRAT
(SIRI KELAS FARDHU AIN –SIRI 1 )
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH RAKAAT
|
DALIL
|
|
2
|
4
|
Solat Sunat Wuduk:
“Tidaklah
salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian
mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain
Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan
baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja
(pintu) yang dikehendakinya”.
Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.
|
||
1
|
Waktu
subuh
1.1 solat wuduk
1.2solat sebelum subuh
1.3 solat subuh
|
|
|
|
2
|
Waktu
Israq
2.1solat isyraq
2.2solat taubat
2.3solat hajat
2.4
solat tasbih
|
|
|
Solat Sunat Isyraq:
“Sesiapa
solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik
matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah
baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.”
(Hadis
Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
|
3
|
Waktu Dhuha
3.1Solat Dhuha
3.2Solat taubat
3.3Solat hajat
3.4
Solat tasbih
|
|
|
Solat Sunat
Dhuha:
“Barangsiapa
yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala
dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Solat Tasbih:
“.....Jika
engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka
lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka
lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun
dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”
( HR Abu Daud bab solat tasbih no : 1297 )
|
4
|
Waktu Zohor
4.1Solat wuduk
4.2Solat sebelum
zohor
4.3Solat zohor
4.4Solat selepas
zohor
4.5Solat taubat
4.6
Solat hajat
|
|
|
Solat Sunat
Taubat:
Suatu
pagi Rasulullah memanggil Bilal dan bertanya: “Wahai Bilal, dengan amalan apa
yang menyebabkan engkau mendahuluiku ke syurga? Sesungguhnya
semalam aku memasuki syurga lalu aku mendengar bunyi tapak kakimu di
hadapanku”. Jawab Bilal: “Wahai Rasulullah, tiadalah aku melakukan suatu dosa
melainkan aku akan bersolat dua rakaat, dan tiadalah aku mengalami suatu
hadas melainkan aku akan berwuduk kerananya”. Dalam satu riwayat: “…dan aku
lihat bahawa wajib ke atasku kerana Allah bersolat dua rakaat”. Maka jawab
Rasulullah SAW: ”Dengan amalan inilah”.
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, katanya: Hadith hasan sahih gharib)
|
5
|
Waktu Asar
5.1Solat wuduk
5.2Solat sebelum
asar
5.3
Solat asar
|
|
|
Solat Sunat
Sebelum dan Selepas (Rawatib);
Dari
Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat
sebelum salat Zhuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2
rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.
(HR
Muttafaqun 'alaihi)
|
6
|
Waktu Maghrib
6.1Solat sunat
wuduk
6.2Solat sebelum maghrib
6.3Solat maghrib
6.4Solat selepas
maghrib
6.5Solat taubat
6.6
Solat hajat
|
|
|
Solat sunat
Witir:
Dari
Abu Hurairah: “Sesiapa yang
tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”
(Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Abu Daud).
|
7
|
Waktu Isyak
7.1Solat
wuduk
7.2Solat
sebelum isyak
7.3Solat
isyak
7.4Solat selepas
isyak
7.5Solat taubat
7.8Solat hajat
7.9Solat
istikharah
7.10Solat
witir
|
|
|
Solat Sunat
Tahajud:
Firman
Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang
bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil
mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum
ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit
sekali tidur di waktumalam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun
kepada Allah."
(
Surah az-Zariat ayat 15-18 )
|
8
|
Waktu Qiamullail
8.1Solat wuduk
8.2Solat
tahajud
8.3Solat taubat
8.4Solat hajat
8.5Solat tasbih
8.6Solat witir
|
|
|
Solat
Sunat Hajat:
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang
bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya
kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia
menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,
kemudian dia mengucapkan doa…… Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan
dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam
hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’.
Hadis
riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya
Kitab al-Sholaah, no: 441.
|
|
JUMLAH RAKAAT
|
|
|
|
P/S:
Sila (/) jumlah rakaat yang telah kita laksanakan. Semoga kita memperbanyakkan
ibadat-ibadat sunat bagi menampung ibadat fardhu supaya kita layak menjadi
kekasih Allah yang dicintai-Nya. Tingkatkan amalan kita sesuai dengan
peningkatan usia kita.
Memperbanyakkan
amalan ibadat sunat bukan menjadi sebab masuk syurga tetapi menjadi sebab kita
mendapat cinta dan rahmat Allah SWT, melalui rahmat-Nyalah kita dimasukkan ke
syurga. Tetapi jika tidak
memperbanyakkan ibadat sunat , kita tidak layak mendapat cinta, rahmat dan
redha-Nya. Maka kitatidak layak mendapat
syurga Allah SWT.
Saya mohon semua yang saya sayangi mengamalkan ibadat ini, bertambah saban tahun sehingga melebihi 4 rakaat yang saya letakkan.
Semoga mendapat manfaat dan beribadatlah seolah-olah kita mati esoknya. amin