Ciri-ciri Blogger Mesra Islam
Assalamualaikum, kepada semua blogger yang beragama Islam, renungkan kepada dalam diri kita, adakah kita menepati ciri-ciri sebagai blogger Islam yang meletakkan diri sebagai da'i mengamalkan amar makruf nahi mungkar untuk bekalan akhirat nanti, perhatikan ciri-ciri berikut;
1. Adakah masa yang diluangkan untuk menulis blog dapat menghasilkan sesuatu yang produktif dan kesan yang efektif kepada blogger dan pembaca tanpa membawa kesan yang membawa fitnah kepada Islam?
2. Adakah dengan maklumat dan info yang disebarkan melalui blog
dapat mengekalkan momentum hubungan kita dengan Allah S.W.T secara
konsisten? atau dengan kata lain, sejauhmanakah peranan kita menyebarkan
dakwah melalui blog dapat mendekatkan diri kita iaitu taqarrub kepada Allah S.W.T?
3. Apakah setiap post atau artikel yang kita terbitkan benar-benar mencerminkan keperibadian kita sebagai blogger muslim yang sebenar dan selari dengan matlamat mempraktikkan Islam sebagai cara hidup?
4. Benarkah fakta dan maklumat yang kita
paparkan dirujuk kepada sumber yang sahih dan tidak mengelirukan
pembaca yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang?
5. Bagaimana kita menangani komen dan
kritikan daripada pembaca terhadap artikel yang kita terbitkan secara
berhemah dan berhikmah?
Jawapan kepada kelima-lima soalan di atas menjadi intipati kepada kriteria blogger
muslim yang benar-benar menghayati perjuangan para sahabat Rasulullah
S.A.W yang dapat saya memberikan penjenamaan kepada mereka sebagai blogger yang dijamin mendapat redha dan syurga Allah (رضي الله عنهم).
Moga topik ini
membuka ruang kotak fikiran diri saya sendiri dan pembaca yang lain agar
sama-sama memikirkan formula berkesan merawati penyakit-penyakit ummah
pada hari ini, insya Allah..
Dipetik dari MAG